.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 10, 2017

Ingatkan Premium Beautiful mahal... Mampu milik je rupanya....



Ramai yang cakap, tak mampu la beli Premium Beautiful. MAHALLL... Ok, cuba bagitau biasa korang tapau breakfast atau lunch korang berapa ringgit?

RM 5.00?
RM 7.00?
RM 10.00?

Haa, itu dah lebih dari mampu dah tu nak beli Premium Beautiful.... Bayaran ansuran Premium Beautiful ni cuma RM 3.20 je tau sehari... Sebulan cuma RM 95 je.

Bukan tu sahaja, dengan beli satu set lengkap PB, korang akan dapat BONUS TUNAI dan PELUANG MENANG CABUTAN BERTUAH SEBUAH BMW tau!

PM Egie untuk tahu lebih lanjut.


Sape ada Premium Beautiful lama yang dah tak muat?



Ada ramai yang PM Egie, kata berminat nak beli Premium Beautiful baru, 
TAPI DAH ADA Premium Beautiful. 
TAPI, TAK PAKAI PUN SEBAB PB DAH KECIK.

Aik, PB dah kecik atau awak makin besar? 🤔🤔🤔 Ok, ok, takpe... Jangan risauuu... Nak tak Egie share cara pakai PREMIUM BEAUTIFUL BARU SECARA PERCUMA 
dan jadikan 
PREMIUM BEAUTIFUL LAMA korang tu sebagai MESIN ATM untuk JANA PENDAPATAN. 

Pssstt, korang boleh dapat
🎯 BONUS RM5000
🎯 TIKET KE KOREA PERCUMA
🎯 TIKET CABUTAN BERTUAH KERETA BMW

Bestkan? Terus PM Egie untuk tahu cara mudah ni... 

Thursday, September 7, 2017

Boleh je pakai Premium Beautiful single piece. Tapi.....

Asaalamualaikum... Selamat malam Jumat.... Semoga hari ini lebih baik dari semalam untuk kita semua...

 Egie dah buatkan artwork ni dan mak bisnes approve...

Ramai yang tanya,

"Egie, boleh tak aku nak pakai Long Girdle je?"

"Aku nak pakai Waist Nipper je, boleh?"

"Aku nak pakai Long Bra je, tak nak one full set. Boleh tak, Egie?"

Ok, so this artwork Egie buat khas untuk korang tau!


Bukan tak boleh pakai one piece of Premium Beautiful. Tak selesa tu satu hal, tapi yang paling penting, #pbcorset ni functional corset. Korset yang berfungsi untuk improve kesihatan #dalaman dan improve kecantikan #luaran korang. Badan sihat, bentuk menarik, lagi best kan?

Apa yang menjadikan PB ni #functional korset? Sebab PB adalah satu-satunya korset yang ada #farinfrared rays atau #FIR yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Setiap piece of PB ni ada fungsi tersendiri. Nak PB bantu secara optimum, kita kena la pakai 1 full set.

Kalau pakai #single piece, dah satu hal jadi bentuk badan tak sekata macam gambar yang Egie share ni. Lagi #ngeri kan?

Psssttt, kalau beli one full set, boleh dapat penjimatan up to #RM600 tau! UNTUNG SANGAT....

Ada 3 cara bayaran.
✅ Tunai langsai
✅ Kad kredit (lump sum atau ansuran)
✅ Ansuran Aeon serendah RM 95* sebulan.


Boleh PM Egie for any inquiry ya.

Wednesday, June 21, 2017

Kenapa Min Kaffe pilihan saya...



Egie memang suka kopi. Be it kopi asli kampung atau kopi campuran 3 in 1. Tapi sejak pertama kali mencuba Min Kaffe Egie terus jatuh cinta.


Rasanya begitu istimewa. Terasa pahit biji kopi berkualiti Robusta tu. Kurang manis. Lemak-lemak masin. Belum lagi saya jumpa kopi dengan rasa seunik ini. Biasanya kopi 3 in 1 dalam pasaran terlalu manis di lidah saya. Lebih istimewa Min Kaffe ni dirumus tanpa gula. Sesuai sangat buat santapan mereka yang menghidapi diabetes dan darah tinggi. Kandungan Garam Buluh pula mampu menurunkan bacaan gula dalam darah dan menuruskan tekanan darah. Perut pun lebih selesa.

Habis sekotak, Egie perasan Egie lebih bertenaga, badan lebih ringan, pelawasan lancar, tiada lagi masalah sembelit, gastrik dan migrain. Jeans pun makin longgar.


Jom bersama-sama dengan Egie lebih sihat dengan Min Kaffe. Tukar KOPI anda, tukar HIDUP anda.

Psstt: Dengan Min Kaffe, bukan setakat boleh SIHAT dan KURUS, tapi juga boleh KAYA tau.

PM Egie untuk maklumat lanjut.

Izyan Alias
013-9943935
Usahawan Min Kaffe 
Seremban/Port Dickson/Besut

Tuesday, April 11, 2017

Home dining dan pizza homemade paling sedap di Seremban 2

Hai assalamualaikum. Ehem ehem.... Hidup lagi tuan blog ni rupanya ya.... Hahaha! Macam dia sorang berkerjaya, berbisnes dan ada anak....

Macam busy nau!

Ok la... untuk mengaktifkan kembali blog ni, Egie mulakan dengan perkongsian tentang makanan sedap di Seremban 2.

Maklum la Egie ni suka makan. So, kali ni Egie nak share tentang La Strada Pizzaria di Seremban 2. La Strada Pizzaria ni home based restaurant yang menyediakan hidangan barat yang sedap-sedap. Pizza dia memang terbaik.

Antara pilihan pizza di La Strada Pizzaria

La Strada Pizzaria

La Strada Pizzaria
Nahhh, ni dia pilihan freshly homemade pizza di sana. Semuanya mewah dengan topping dan juga cheese tau! Memang berhantu. Bertali-tali wehhh cheese dia. Aihh taip ni pun tertelan-telan air liur... 

Selain menyediakan khidmat DELIVERY, korang juga boleh DINE-IN di sana. Cuma korang perlu memaklumkan awal beberapa hari kepada pemilik LSP, Puan Nurul (012-7750723) atau suaminya En. Irwan (012-2361105)

Cuma dine-in untuk pizza je boleh walk in.

Kalau untuk menu lain seperti their famous Lamb Shanks, Grilled Chicken, Chicken Chop, Lamb Chop, pasta tu kena order in advance la. Lamb shank tu slow cook for 4 hours, berakar bontot korang menunggu kalau walk in. Hehe. Seriously their lamb shank tu sedap giler dan big portion tau!

Di sana juga kita boleh book untuk special occasion seperti birthday celebration, anniversary celebration etc.

Egie dah pernah buat surprise untuk suami sempena our 5th wedding anniversary 14 Mac yang lalu.

5 tahun sekali je ni kot buat special celebration camni... Dan suami betul-betul surprised!!! Alhamdulillah. 

Anniversary tahun lepas, gigih Egie buat kek nak surprise kan suami, tapi akhirnya Egie yang surprised sebab suami terlupa hari tu adalah hari ulangtahun pernikahan kami... Hahaha! bergaduh merajuk-rajuk akhirnya malam tu.... Hehe.... 

So, untuk anniversary di LSP, Egie book dan plan awal-awal dengan pemiliknya. Pilih menu, request rose bouquet dan cakes.... 

An Nasaie sedang menikmati his grilled chicken

Hiasan ruang makan

Mrs. Always Right... :-p

First time bagi bunga untuk suami... Hihi... 

Dah siap makan main course baru mereka hantarkan kek dan bunga
 Sekali lagi suami surprised bila dah siap makan, the owner hantarkan bunga dan kek.
Mujur request 1 slice je. Mujur tak pakai Premium Beautiful malam tu. 
Memang dah niat nak metekedarah malam tu. Hahaha! 
Memang tak ingat langsung dah azam nak jadi macam Catriona Ross tu. Hehe.... 

Bergambar di port wajib di LSP sebelum balik

Scrumptious lamb shank

Dekorasi ruang makan

Our choices
Lamb shank yang di masak secara perlahan selama 4 jam. Isi yang melt in mouth la bak kata Manu MKR dan saucenya memang sangat sedap. Tapi this lamb shank big portion tu. Egie yang jenis perut kawah ni pun tak habis. Suami yang tangki kecik tu pulak yang mampu habiskan semua sebab teramat sedap. 

Suami asyik cakap, "Gini punya sedap, tak payah ke Tony Roma's lagi la nak makan sedap-sedap."

Hah kauuu! Tony Roma's pun kalah. 

Akibat tak habiskan lamb shank dan chicken grill tu, sampai hari ni kami masih kesal dan menyesal tau!!!! Hehe. Sedap tak menahan... Ganja betul!!!!
Grilled chicken with creamy mushroom taragon sauce yang sedap gilerrrr
Ayam yang garing di luar, lembut di dalam. dan sauce yang sangat-sangat sedap sampai teringat tau.... Sampai hari ni pun suami masih memuji.


Alhamdulillah, pilihan makanan sedap-sedap belaka.Dengan suasananya yang cosy, senang je hati ibu dan ayah makan sebab Nasaie pun bermain-main dalam kawasan rumah tu je. Gate tertutup rapat. Siap pakej the owner tolong pegangkan Kayla sewaktu ibu dan ayah menikmati hidangan. 

Then untuk sambutan hari jadi suami yang ke 31 pun Egie pilih this place....

Lamb chop dan chicken chop

Family potraiture

Imam-iman ibu

Happy 31st birthday Jannati
Sekian sahaja entry pertama di tahun 2017 ni. Semoga kembali konsisten menghasilkan entries baru di masa akan datang. Insya Allah, amin. 

So, orang-orang Seremban, Senawang, Port Dickson, Seremban 2 dan kawasan yang sewaktu dengannya tu jangan lupa merasai kelazatan sebenar hidangan barat di La Strada Pizzaria ya. 

Selamat malam.... 




Thursday, December 29, 2016

2016 bakal meninggalkan kita

Hai assalamualaikum. Lamaaaa gile tak update blog. Sebabnya IOS terbaru iPhone tak ada apps untuk Blogger. Buka blogger guna Chrome atau Safari pulak tak boleh update gambar dari iphone. Tak tahu kenapa. Ada yang tahu tak? Nanti drop komen ya...

Alhamdulillah, 2016 berjaya dilalui dengan pelbagai perasaan.

Nanti Egie share cerita tentang my daughter yang dilahirkan pada 19 April 2016, tentang perkembangan berat badan Egie (azam 2016 tercapai dengan jayanya alhamdulillah), tentang mu business jual korset Premium Beautiful, dan juga alhamdulillah selepas 3 tahun di SMK Bukit Saujana, Egie kini berkhidmat di sekolah baru, SMK Intan Perdana pula. Alhamdulillah peluang menimba pengalaman baru di tempat baru.

Nanti Egie sambung update ye...