Sunday, December 26, 2010

E-day..

Alhamdulillah, our e-day went so well yesterday. Thanks to Allah SWT, families and friends....

Gambar tak dapat dikongsi lagi. Sebab my photographer belum siap edit lagi. Maybe ambil masa lama sikit sebab nak kena edit muka i yang horrible gile on that day... huhuhu..

Thanks to Lin and sweetheart, Dayang, Wa and sweetheart, Ijea and little Alya Batrisya, Irah, Ilah and Papa Teh aka Faizeli sebab sanggup balik kampung semata-mata untuk my e-day. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, i'll be there for your big days friends.

Dan rasanya mulai hari ini;

Dulu, My Abe Ku Saye ditukarkan kepada My sayang dan mulai semalam ditukarkan lagi kepada my Prince. Cehh, gedik... Hehehe..

Sebenarnya takut nak tengok muka sendiri dalam gambar on my e-day. Sebab rasanya muka haku sangat horrible. Dah la my frens yang jd photographer cakap kitorang macam plastik dalam gambar. Sebab sangat stiff. See, nampak sangat la kami ni tak fotogedik.. Hehehe...

Apapun semoga perjalanan hidup kami akan berjalan lancar, penuh kebahagiaan, semoga dikuatkan iman dan semangat dalam menempuh hidup bersama. Doakan kami...

Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami.

InsyaAllah...


Wednesday, December 22, 2010

Takde hati...

Sangat la takde hati....

Esok ada 3rd microteaching. Kitorang kena conduct an experiment. For this microteaching, we will do it in group consist of 3 person. The duration given is 30 minutes.

Tapi, seyes la... Takde hati pun nak prepare untuk microteaching ni. Sebab hati aku dah awal-awal lagi balik kampung. Esok microteaching habis pukul 1 kot. Hopefully they will finish it up by 1 o'clock.. Tak mo dah terperap lama-lama dalam lab sains pertanian tu..

Dan akan bertolak balik kampung by 9.30 pm.. Owh, sangat tak sabar.

Walaupun agak cuak memikirkan persediaan di rumah yang tak setel lagi... Kesian jugak kat my umi and auntie. Dah la my auntie demam..

Rasa tak sangka, after 5 years, 3 months and 9 days, we will officially getting engaged..

Harap semua berjalan lancar dan jodoh kami kekal dunia akhirat.

InsyaALLAH.

Tuesday, December 21, 2010

Sedihhhh...

Lagi seminggu kot nak kena pindah ke blok lama...

Rasa sedih pulak nak tinggal bilik baru ni...

Dulu kemain lagi membebel2 bila kena pindah ke blok belakang yang jauh dari main gate, jauh dari cafe... Tapi bila dah duduk sini, rasa jatuh cinta. To be honest aku mula suka dengan perjalanan yang jauh setiap hari untuk ke bus stop dekat main gate kolej untuk tunggu bas ke kelas, ke cafe dan juga untuk ke toilet sebab bilik sekarang berselang sembilan bilik dengan toilet. Sedangkan dulu selang tiga je dari toilet.

Tak tahu kenapa, day by day, aku rasa suka je atur langkah ke toilet walaupun mula-mula duduk sini sangat la seksa nak ke toilet. Kalau nak gi toilet, selalu je tahan-tahan sambil tunggu ada pinggan kotor nak cuci or bila ada nak gi isi air dalam kettle. Takde maknanya aku nak berulang alik kejap gi answer de nature call, kejap gi basuh tangan, kejap gi basuh gelas. Tapi sekarang, i love to do it. Maybe some kinds of exercise for someone yang malas exercise like me kottt.. Tapi bila lama-lama dok sini, rasa willing to berulang alik ke tandas just untuk cuci gelas sebijik, kejap gi basuh bawang yang nak masak, kejap lagi aku gi basuh beras, kejap lagi aku gi basuh alat-alat yang diguna lepas masak. And i feel fitter than before la kot even berat tak turun banyak.

Another thing that i like about my new room is the susun atur dalam bilik ni which meja study aku jauh dari katil. So, everytime aku nak study or buat asg or hadap laptop, aku kena duduk di kerusi. Sedangkan di bilik lama, meja studi betul2 sebelah katil aku, so aku hadap laptop or buat kerja dengan bersila atas katil. Dan lepas tu, tak sampai setengah jam, aku me'landing' atas katil tanpa sikit pun rasa bersalah dan tido... Huhuuhu.... Cane la berat aku tak naik, kannn??

Dan jugak, sayang nak berpisah dengan rumet baru... Huhu... Xpe la Cik Rumet, ada masa nanti kita hangout sama-sama lagi ya..

Orang kata, tak kenal maka tak cinta....

K, till then....



Monday, December 20, 2010

Bersyukur atas kurniaanMu~

Alhamdulillah, thank you very much to the Almighty, Allah SWT for the unbelievable gifts given to me today.

First and foremost, I am very happy today when i see my 1st semester's result. All the hard-works really paid off. Alhamdulillah i managed to get Dean List eventho for DPLI students, there is no term like Dean List. There are just Pass or Fail in our transcript. But the pointer really made my mood good today. Smile always... And i know that im not the one and only that got pointer 3.75 and above. I thought, about 3/4 from our class got 3.75 and above kottt... As far as i concern la... Hehehe... Tapi xpe, tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat. Rezeki masing-masing kan. Kalau ramai yang dapat pointer tinggi, better for us la kan. insyaALLAH we'll be a better teachers in our future undertaking. Cehh, future la sangat.. Padahal tinggal lagi 6, 7 bulan je sebelum posting...

Thanks to all that contributed so much. Im not alone in getting that pointer. Thanks for my parents, grandparents, siblings, friends, BFF and my love for continuous support and prayers for me to get succeed. Thanks everybody. From the deepest of my heart.

Dan menambahkan kegembiraan hari ni, allowance dah masuk... Hohoho.. Berjoli sakan la... Tapi for savings dan asingkan awal-awal dah.

Makanya, terjadilah perkara yang berikut:

a) Belanja my rumet makan

b) Treat my self la kannn.... Penat dowh berladang, tak tido malam buat asg sume... And penat hadap kontroversi segala eventho org lain yang buat salah, aku yang dapat nama... Tapi xpe, ALLAH Maha Tahu.... Tak perlu la kot aku gi begitau semua org the truth, kan... Yang mana dah lepas jadikan pengajaran. The gud news is, aku dah makan ayam dah... Tapi ayam untuk lauk nasi tu, agak kurang lagi la. And dont ask me to clean the raw chicken....

c) Treat for myself again. Sedap sangat popia basah mak cik ni. Mewahhhh isi dia. Tapi tamak punya pasal, beli 5 bijik. Tak sedar yang lepas tu gi dinner kat McD. By now ni pun still lagi aku n rumet terkulat-kulat pandang popia yang masih berbaki 2 bijik tu.. Plz dont ask sape yang makan the rest 2 bijik and 1 bijik tu....

d) Last treat for my self today. Hehehe... Alah, pakai toner murah pun nak tayang keeee???? Tapi walaupun murah, ni fave toner aku. Muka aku ni memang jenis mudah naik jerawat. Kalau tak pakai toner dua hari, jerawat dah naik toncang dah. And kebetulan toner dah habis 3 hari lepas, so beli je lahhh...


Btw, aku ada agenda istimewa malam ni. Kukus kelapa for making lepat pisang tomorrow morning.... The lepat pisang is requested by my sayang sebab dia tgk pic lepat pisang yang aku buat hari tu... So lepas mgrib tadi gigh la aku meredah hujan dengan my rumet ke pasar malam mencari pisang, kelapa parut and daun pisang. Ni, tengah kukus kelapa supaya tak basi pagi esok. Harap2 tak basi la.. InsyaALLAH...

Sunday, December 19, 2010

U-N-P-R-O-D-U-C-T-I-V-E

Really another an unproductive weekend.

A load of assignments but haven't any mood to start it. Actually i thought, i just need to have a bit of Hardworking Vitamin to trigger myself to start doing my assignments then everything will goes smoothly effortless to force my self to finish them.

Huhh, mana nak cari vitamin Hardworking ni? CCM Pharmaceutical xde buat ke??? Kordels? Naturelle? Anyone????

Let me list them up.

1) Writing and presentation slides for 'Pengairan Titisan' - Dr. Ramlah

2) Presentation slides for experiment micro-teaching: Induction set - Dr. Ramlah

3) Proposal Dr. Shaffe

I thought for no 1 and 3 i have to finish it by 6th Jan and for no 2 we have to present it on 23rd Dec before i return home for my E-day. They might look simple but i really need H vit to trigger me... OMG...

So helpless i am.

Tapi kannn!!! Thought another reason for me to have any mood to do my asg is, i surf the internet and blog-hopping so much when i have no class to attend. Ok, tonite i'll try as hard as i can to turn of the internet and do my asg at 9.30 pm. InsyaALLAH.

Btw, the book that i thought i hv been misplaced it has been found. Ya Allah, syukran. Now i dont need to spend my money for it. I dont know why when i searched it in my box last week i didnt find it. But yesterday, when i searched it again in that box, it was there. Alhamdulillah. Maybe last time i was so panicked. And someone has labeled me as 'CUAI'. Ok, heard and understand. But somehow i have a thought that, 'Who will ask to lost something? No one, right?Hmmm, speechless.

Today, still alone without my rumet. But fortunately she came back by the evening today. With my fav ikan pekasam. Memula gedik nak makan nasi separuh je, tapi dengan ikan pekasam camtu, sape nak tolak kannnn... Unless orang tu tak makan pekasam but i loikee... Nasik pulak panas2, i added half ladle more rice to my plate. Tak malu.. Hehehe...

Very the lazy to cook today. I just had hot milo and 3 pieces of biscuits for breakfast, vegetarian mamee cup noodle for lunch and called my sayang to buy me cheesy chicken burger for my dinner. And we ate the burgers at cafe Serumpun at 5.30 pm. Then, after finish eating the burger, i told my sayang, "Kenyang dapat tengok muka abang." Very the cheesy la pulak ayatnya.. Heheh..

Then my sayang balas, "Tak kenyang apanya dah makan burger ayam tambah cheese sebijik." Dush!!! Patah batang idung i. Dah la idung tak berapa nak ada batang. Huhuhu...

Ehh, forgot to tell, before yesterday, i thought Blogger had problems because i cant change my font style, size and color, but then when i use Mozilla instead of Google Chrome, my blog turned out to be as usual. Then, aku tak guna Google Chrome lagi dah padahal duluuuuuuu, before i format my laptop i prefer google chrome. Maybe google chrome gaduh dengan blogger kot. Huhu...

Saturday, December 18, 2010

once in a blue moon

Ni masa baru lepas breakfast tepi tasik SS [abaikan je Black Suede deodorant tu-baru beli]


Yes, after knowing him for about 5 years and 3 months, for the first time today he said, "Jom makan KFC, dah lama tak makan KFC."

Aku like, "Hah? Nak makan apa? KFC? Kan baru je kejap tadi makan nasi ayam mushroom claypot."

"Teringin la, dah lama tak makan KFC kan."

Memang pun. Sejak aku duduk Serdang ni, baru sekali je kot kami makan KFC. Selebihnya aku yang pilih nak makan McD. Tapi yang aku heran tuh, cane la datuk ni boleh teringin nak makan fastfood. Padahal, dia punya perut melayu gilerr.... Selama dia dia la yang sebok dok membebel, "Buat apa la nak makan fastfud, mahal je lebih. Kenyang sekejap aje."

Tapi banyak betul dia makan hari ni. Pagi tadi aku gorengkan nasi, dia makan 3/4, aku makan 1/4. Pastu gi beli tiket kat Putra, balik tu gi Mines. After solat Zohor and beli cincin dia terus aku ajak dia makan Chicken Rice Mushroom Claypot di fudcot Mines. Hari tu masa keluar dengan my new rumet, dia la yang recommend makan claypot tu. Sedap sangat. Tambah lagi makan dengan cili potong and kicap tu. Berasap2. Panas campur pedas. Tapi agak big portion la. Hari tu aku makan tak habis pun. Tadi pun share je dengan my sayang.

Tapi boleh pulak dia sumbat lagi ayam goreng seketul. Agak tak syok la kot makan ayam KFC sekarang. Sebab dia promote ayam goreng baru. Apatah nama dia. Aku prefer spicy yang lama dulu. Biasanya kalau KFC keluarkan ayam goreng baru, aku takkkan makan ayam kat situ. Tak berapa gemar. Dan sejak kenal ayam goreng McD, terus aku jatuh cinta. Be it regular or spicy, i love them both..

Bercakap tentang tahun baru, dah tinggal berapa hari je lagi kan nak melangkah ke tahun baru... Apa je pencapaian tahun ni... Azam tahun lepas, apa yang tercapai? Azam baru pulak, cane? Hmm, kita cakap tentang topik ni di entry baru la ye...

Lagi 6 hari.... Nervous nye...

Takut pulak rasanya nak hadapi cabaran alam pertunangan. Orang kata dugaan musim bertunang ni hebat. Sebagai persediaan menempuh alam rumahtangga. Kalau berjaya hadapi segala onak duri dunia pertunangan, maka insyaALLAH, bahagia dunia akhirat bila dah berkahwin kelak.

Bila dah bertunang ni, dah lain statusnya. Nak buat pape pun kena fikir tentang kedua belah keluarga. Nak bertindak pun kena mintak izin dan pendapat dia dulu... Mampukah aku???? InsyaALLAH, doakan ye... Semoga dipermudahkan segalanya oleh ALLAH SWT.

Align Center
Bukti di KFC

Menu buka puasa lagi....

Hari ni, alhamdulillah berpuasa lagi. Dan berjaya menamatkan puasa dengan jayanya...

Menu buka puasa, simple-simple aje.


Roti perancis celup telur dengan bola-bola api tiga bijik... Tak lupa, hot Milo.... Kenyang gilerz...

Sebenarnya ada orang nak belanja dinner, tapi hujan.. Takpe, esok kita paw dia cukup2...

Tapi pagi esok ingat nak goreng nasi before keluar. Dah lama tak masak untuk my sayang.... Lagipun, boleh jimat sikit. Kalau breakfast kat kedai, koman2 habis RM10... Lagipun masak sendiri lagi best kan... Boleh campak sesuka hati kita je...

Aku pun tak faham kenapa lately asyik post pasal makanan je... Petanda badan nak mengembang agaknye... Huh, ngerizzz!

Friday, December 17, 2010

Dinner + breakfast

~Ini la rumet saya untuk 1 bulan~

Alhamdulillah, semalam berjaya menghabiskan puasa sunat 10 Muharram dengan jayanya... Cehh, padahal bantai tido 4 jam sebab class cancelled... Tapi tu tido tengahari... Sunat nabi kata. (Padahal nabi kata sunat tido 10 minit je tengahari~)

Bukak puasa dengan french bread with peanut butter and strawberry spread and of course my favourite hot Milo.... My sayang suruh masak, tapi sebab my rumet dah balik kampung, rasa malas pulak nak masak and makan sorang-sorang. Xde feel.. Cehh...

Baru satu hari 2 hari my rumet balik kampung, dah rasa rindu dah... Dah la minggu depan kena kembali ke bilik lama.... Nanti dah tak boleh dah masak sama-sama dengan my rumet. Dan kemudiannya kena duduk bersama rumet lama balik. Rumet lama pun best jugak. Tapi sebab dia bz attend classes, dia tak masak. Alah, nak sedih apanya, rumet sekarang ni, bilik dia depan aje bilik lama aku....

Lepas isyak, rasa lapar pulak. Maklum la, aku ni jenis pemasin. Kalau sehari tak dapat makan makanan bergaram, tak sah. I'm not really a sweet-tooth actually. Tapi kalau sesekali orang belanja kek Secret Recipe or Big Apple or apple pie Burger King, sumpah tak tolak... Hehehe... ~

So, decide nak masak. Dalam kepala dah 'terngiang-ngiang' kesedapan cucur bilis...

Maka, jadilah....

Savory Little Pancake served with chili sauce and grounded blackpepper

Savory Little Pancake

Wahhhh, nama tak nak kalah. Padahal cucur bilis yang tak mengambang dengan jayanya... Hehehe... Saje buat dia cair-cair sikit. Senang sangat la nak buat ni.

Telur sebijik, bawang besar setengah labu, hiris (aku suka bawang banyak), cili padi sebiji hiris halus, bilis sejemput buang kepala dan basuh pastu tumbuk setengah lumat (sebab nak bagi rasa dia bercanda mesra dengan tepung. Tepung satu cawan kot. Tah la, aku main curah je sesedap rasa. Dapat la 10 bijik... Mengah kauu nak habiskan... Jangan lupa letak garam secukup rasa. Kalau ada sawi pun best jugak hiris lebih kurang setengah cm cmtu... Sedapp... Tak rasa sayur langsung.

Tapi nasib baik hari ni sambung puasa lagi. Boleh la cut calories intake lagi kannnn... Nasib baik malam tadi buka website iluvislam ke apatah.... Dia cakap kalau tak sempat puasa sehari sebelum 10 Muharram, bolehlah sambung berpuasa sehari selepas. So, hari ni, insyaALLAH, akan habiskan sehari lagi puasa.

Malam ni tak yah masak kot. Ada orang nak belanja makan... Alhamdulillah... Huhu~

Tuesday, December 14, 2010

Mihun goreng~ Makan petang

Niat asal nak goreng mihun ni pagi tadi as breakfast. Tapi sebab pagi tadi kelas pukul 8.00 pagi, tak sempat la kan... So, makan je lepat pisang yang aku buat malam tadi tu...

Tengahari, balik bilik, rumet dah masak nasi dah. Dah goreng sayur and belikan additonal lauk. Ayam masak sambal dan ikan kering goreng. Sedap betul makan nasik panas baru masak nih... Tapi sebab nakA jaga badan (kononnya~) aku makan setengah senduk je nasi.

Pastu tido jap, bangun pukul 2.30 petang. Sebab nanti ada kelas pukul 5-9pm. So, goreng la mihun untuk makan sebelum pergi kelas. Sebab takut gastrik datang balik. Kebelakangan ni, pantang lambat sikit makan, terus gastrik.

Goreng mihun pun cikai-cikai je. Guna resipi Tok Wan. Tumis bilis and udang kering yang ditumbuk dengan bawang merah, bawang putih and cili padi tumbuk. Pastu dah garing sikit, masukkan cili giling. Dah pecah minyak, masukkan air sikit, garam gula secukup rasa, bolehlah letak mihun dan sayur.



Jemput la makan...

Lepat pisang





See, macam tak percaya aku tengok pisang yang tersenyum manja dalam plastik 5,6 biji atas meja study aku dah jadi lepat pisang... Gila gigih aku and rumet gi cari daun pisang kat pasar malam tadi. Mengidam punya pasal.

Dah la steamer takde. Nampak tak dua biji rice cooker kat atas tu? Hah, aku punya idea la tu masukkan air dalam periuk besar tu, then letak periuk kecik tu dalam tu, then tutup dengan dia punya lid, dan steam. Sekali jadi, kauuuu! Macam tak percaya...

Tapi sikit kecewa la sebab takde kelapa parut. Kalau ada lagi syok, kan... Tapi aku ni memang suka memandai-mandai, so bubuh je serbuk santan. Boleh la...

Sedap jugak... Heaven giler sebilik dengan rumet baru ni. Sama-sama giler masak... Lagii dua minggu, aku tak tau la baju aku yang umi jahit muat tak... Huhu...

Monday, December 13, 2010

Muhasabah....

Kadang-kala, manusia ni bila diduga dengan sesuatu yang perit dan hebat, baru la tahu langit itu tinggi rendah. Baru tahu diri ini kuat. Baru tahu, ada seseatu yang kita buat, tak diredhai ALLAH hingga kadangkala boleh menyekat anugerah dari ALLAH yang sangat kita impikan.

Maka itu, jangan salah kan orang sekeliling. Jaga hati. Jangan berburuk sangka.

Sebelum mengata orang, pandang diri diri cermin, tanya pada diri, layakkah aku melabel orang dengan gelaran yang buruk-buruk sedangkan ALLAH itu Maha Tahu. Tanya pada diri, sempurna sangatkah aku???

Sebelum dengki dengan orang, tanya dulu pada diri... Besar sangat ke sumbangan orang itu dalam hidup kita. Kalau jawapannya, TAK ADA, abaikan je lah... Tak payah beratkan kepala dengan sibuk fikir hal orang lain. Jaga diri sendiri dulu ya.

Lagi satu, jangan terlalu berani menyampaikan apa yang kita dengar. Kalau tak tahu betul salah, letak duduk sesuatu perkara, diamkan aje. Jangan nanti di akhirat kelak nanar mencari orang yang kita bohongi dan orang yang kita umpati....

Ingatan untuk diri sendiri. Wallahuallam...

Selagi sendamu mengundang tawaku~

Cehh, jiwang lak.

Tadi sebenarnya my sayang ajak pergi JOm Heboh. First time pergi Jom Heboh. Jakunz gilers. Tapi aku tengok biasa je Jom Heboh ni. Cam karnival biasa-biasanya. Bezanya cuma sebab ada artis kot. Tapi, kalau tak pergi pun, xpe kot. Sebab aku alah sikit tempat yang crowded and panas ni. Nanti mula la migrain.

Dah ladi tak pasal2 dua kali aku sentap. Kesian betul kat buah hati pengarang jantung tuh. Cekal giler layan aku. Aku rasa, seminggu sebelum bulan mengambang, aku memang takleh jumpa dengan my sayang. Bukan apa, kesian kat dia. Ye la, sentap tak agak2. Macam mintak kena lempang je kan?? Hehe.. Ehh, ke memang aku jenis yang mmg sentap tak agak2 tak kira masa??? Uit orang di sana, sila la jawab... Huhu..

Tapi puas hati jugak la sebab dapat beli sleeveless cardigan. Dah lama cari. Susah nak jumpa. Ye la, dah nak jadi bini orang ni, kena pakai baju sopan-sopan gitu. Tadi tu pun, kali pertama aku sentap sebab my sayang tak bagi aku buka jacket hitam yang aku pakai tu sebab dia cakap baju aku seksis... Ye ye je nak jimat. Ngahaha~ Terus la aku sentap. Dah la kat dalam jaket tu aku pakai longsleeves dari material tebal giler. Macam sweater Schwazenbach tu... Ada lak nak aku pakai dua lapis. Tengahari yang oiii, panas. Tapi nasib baik my sayang tak jawab, "Kat akhirat nanti nun, lagi panas yang oi,.." hehe... Disebabkan itulah aku cari jugak sleeveless cardigan tu. Yang labuh sikit tu la.. Sebab banyak t-shirt long sleeves aku yang agak ketat and singkat. Bukan agak, memang ketat and singkat. So nanti boleh la pakai dengan sleeveless cardigan labuh tu tanpa ragu. Tadi pun, dia yang pilih kan.. Nak sangat aku pakai baju labuh kann, nah pilih lahh...

Dalam sentap tu, sempat gak la aku tanya, "Tak sayang sayang ke?"

Balas dia, " Sebab sayang la abang buat camni."

OK, tq dear. Got it...

Tapi, sentap tak lama pun... Dapat je jumpa ubat kat bawah ni, terus senyum.....


Lapar rupanya.... Macam budak-budak. Lapar aje, buat prangai~

Sedap weh Roti Impit ni rupanya. RM 2.50 je. Tadi my sayang pilih mushroom sausage. Sedap. Alah, kalau dah lapar, semua sedapppp. Padahal boleh masak sendiri aje hidangan ni... Tapi malam tu pulak, dia jual lelong, RM3 for 2. Lagi la sedap kannn. Sebab murah. So makan lagi for 2nd round. Terus cancel nak makan Prosperity Burger di McD.... Masing-masing dah kenyang.

See, dia tak bagi aku buka jacket... Tapi kekasih ini sedang cuba mengubat hati, tetap senyum~

Pastu,


Terus senyum ikhlas-ikhlas sebab dah dapat buka jacket. Tapi muka kekasih hati haku lak yang tak berapa redha kan...

Bajet nak nampak kurus la tu ambil gambar, duduk belakang. Tapi tetappp jugak lengan tu nampak macam Malek Nor. Stress!!! Tapi makan tak pantang~ Blah la...

Kat konsert Jom Heboh tu, sempat dengar 1st song je. Ana Raffali, Black and Altimet. Suhaimi Mior Hassan tak dapat datang. Tu yang Black ganti tu. Best jugak lagu tu... 1st time kot aku dengar de whole song. Nampak sangat la aku ni tak suka dengar lagu sampai tak tahu lagu-lagu baru kat Mesia nia..

Ase nak upload lak videonya...

Sunday, December 12, 2010

Brunch, alhamdulillah...


Pagi ni, pagi-pagi lagi celik mata, rumet ajak masak.

Nasi lemak dengan sambal telur...

Eyh jap!!!! Aku cakap 'pagi-pagi' ke tadi? Sebenarnya sedar pun dah pukul 10 pagi. Tu lah bahananya tidur lepas subuh. Bertuah punya anak dara, kan? Tu pun nasib baik my sayang call. Kalau tak, tak tau la nasi lemak tu siap pukul berapa.

Tapi aku tolong kupaskan bawang dan basuhkan telur je. Nasi lemak, rumet yang buatkan. Guna serbuk santan segera je. Yang penting ada halia. Tapi kannnn, kalau ada bawang hiris, serai titik and daun pandan lagi wangi kan. Tapi nak buat cemana, barang yang xde xyah la dikenang. Sedar la diri tu duduk asrama je... ~

Untuk sambal pulak, kitorang mayangkan bawang merah, halia dan bawang putih, tumis, letak cili giling (beli ye, kat hstel xde batu giling~cehh, macam la kat rumah ada). Pastu sebab xde asam macam cuka or asam jawa or asam keping, kitorang masukkan je sos cili sikit. Pastu rasa.... Oihh, sedap woit. Macam masak kat rumah jugak. Walaupun kurang bahan.

Pastu, untuk sayur, kitorang celurkan brokoli yang dah hampir nak kuning tu. Dari dia kuning, aku tak lalu nak makan, baik makan dengan nasi lemak hari ni, kan?

So, here it is. Nasi lemak sambal telur. Alhamdulillah, kenyang.

Saturday, December 11, 2010

Food paradise

Malas sebenarnya nak post entry baru sebab the last 2 entries, font size and color xleh tukar. Dia ikut setting theme. Menyampah ok! Macam tak berseri je blog haku dengan color font camtu. Dah la besar gedabak. Masalah apa la pulak budak blogspot ni. Kang aku tukar pakai wordpress kang!!!

Tapi lately aku rajin masak. Ehehe... Nak kata jimat, tak jugak. Sebabnya sekali berhabis untuk beli barang dapur, lagi tinggi dari kos makan kat kedai. Tapi hilang tension bila masak. Dah la ingediant mewah tak macam kat kedai.

Kesian pulak tengook rice cooker aku yang cenonet tu. Semua aku main masak je dalam tu. Siap letak cellophane tape tu nak suruh dia kekal dengan mode 'COOK'.

Jom tengok hasil masakan budak hostel yang tak ade multicooker nih!

1. Cucur pisang


Dah lama teringin nak makan cucur yang banyak pisang bukan banyak tepung. Dah order dengan my sayang, tapi dia asyik keje balik lewat je kan, so aku masak la sendiri. Puas hati weh... Ni rasa nak makan lepas pisang lak. Pisang beli kat pasar malam tak sentuh lagi. Tapi tak ada steamer la pulak. Aku ingat nak beli bekas besi comel-comel dan jugak bekas berlubang tu. Nak masak dalam rice cooker je. Jadi tak jadi, aku telan je nanti.

2. Spagetti


Baru dua tiga sudu aku makan, sambil hadap pc, baca jurnal halal, sekali aku tengok ada cop halal yang tak leh di consider as halal ada kat packaging ni. Terus sume selamat masuk tong sampah. Lagipun xde la sedap mana pun... Rasa dia macam masin pahit-pahit sikit. Kalau betul pun halal, rasanya aku tak mampu nak habiskan juga. Sebab tak sedap. Ingat hari tu nak beli jenama San Remo. Yang jenis dia dah sediakan bahan untuk sos tu. Tapi tengok tak de cop halal pulak. Tu yang pilih yang ni. Sekali, diragui pulak!!!!

3. Nasi goreng


Ni yang paling kerap aku masak kot. Biasanya guna perencah Seri Aji je. Sebabnya perencah Adabi mahal 20 sen... Hahaha! Kedekut nak mam~. Tapi ingredients dia biasanya vary la kan. Kadang-kadang letak sosej. Kadang-kadang letak tauhu goreng. Kalau hari pertama beli barang dapur, merasa la letak cherry tomatoes or kucai or daun sup (tapi hari tu aku tersilap amek daun ketumbar~hmm, campak jugak lah dalam nasik goreng) Cara-cara masak nasik goreng orang malas adalah:

Pertama tumis bawang putih, bawang merah and halia sampai perang. Pastu masukkan sosej kejap. Pastu masukkan beras. Ya, beras ya puan-puan. Bukan nasik. Pastu masukkan air ikut jenis beras korang. Pastu masukkan perencah dan kacau. Cili padi jangan dilupa ya. Baguis untuk peghidap gastrik macam aku nih!!!! Tutup rice cooker sampai masak. Pastu dah nak dekat kering, kacau-kacau nasik dalam tu supaya sebati dan masukkan sayur. Pastu off kan suis rice cooker dan biarkan periuk still bertutup dengan lid dia tu. Supaya wap tak terbebas dan nescaya, kerak takkan melekat di periuk. Pastu sila la makan...

Nexttttt!!!!!!

4. Cucur bawang

Ehh, aku tak jumpa pulak gambarnya. Tapi aku hari tu aku letak bawang hiris, kucai, sosej and cili padi di cincang paling halus dalam tu... Sedap wohh!!! Walaupun keras sebab aku takde telur nak humban dalam adunan. Tapi tetap selamat masuk perut aku.

5. Petola Ular Fritters


Sedap giler ni, ok. Manis-manis je rasa petola ular tu. Hiris nipis, celup dlam tepung serbaguna cap apa tah. Yang rumet aku dapat dalm bag cabutan bertuah masa kat MAHA hari tu. Aku rasa yang membuatkan petola ular goreng celup tepung ni sedap adalah sebabnya bukan aku yang masak, Ahmad Albab yang masak!!!! Hehe... Aku amek shift yang round paling last tu je untuk goreng. Tu pun sebab Ahmad Albab nak semayang maghrib... Sedap ni, betul!

6. Bubur Abang Sayang



Ni kot yang paling latest. Semalam my sayang demam tiga serangkai. Demam + selsema + batuk. So, kebetulan rumet ajak teman dia servis kereta then singgah pasar malam, aku belikan barang untuk buatkan bubur ayam ni. Sepatutnya ingredient dia mengikut kata rumetku yang berpengalaman menjual bubur ayam kat P5, cuma letak halia, ayam, garam, kiub pati ayam je. Tapi aku dah rambang mata tengok sayur murah and segar kat pasar malam, terus beli kentang, lobak, brokoli. Tapi lobak beli sebiji je, kentang pun sebiji je.... Macam nak kena lempang je kan?

Ok, mula-mula kita rebus dada ayam yang dikerat empat oleh peniaga tu. Kalau ikut kata rumet, kena hiris halus-halus. Maap la yer, fobia aku nak sentuh ayam daging mentah tak ilang lagi. Lalu kita rebus je 4 ketul macam tu dengan halia yang banyak gile. Untuk hilangkan bau hanyir ayam. Tapi aku menderhaka sikit dengan resipi sebab aku gi tumis dulu bawang putih and halia sampai naik bau, baru letak air. Dah mendidih, kita keluarkan la isi ayam tu.

Lepas tu baru kita masukkan beras. Sikit aje ya. Jangan tamak sebab beras ni akan mengembang berganda-ganda. Aku letak beras 1 pot kecik ikut pot periuk letrik yang paling kecik tu la. Ayam tu kita carikkan isi dia pakai garfu. Pastu bila beras dah kembang, masukkan la segala bahan macam kiub pati ayam, kentang, carrot, ayam. Pastu tunggu la semua tu lembut. Makan masa sejam jugak ko.

Masa nak makan tu tabur daun sup, bawang goreng and lada sulah.

Tu tupperware yang aku bagi kat my sayang. Aku sendukkan untuk 3 orang makan.

Malam tu, pukul 9 my sayang datang bawak aku ke kedai, teman di makan. Sebab dia demam, aku suruh dia makan sup daging and nasik putih. Bubur tu makan pagi esok which is pagi ni sebab hari ni cuti. So tak yah masak breakfast lagi dah. My sayang tu rajin, every pagi masak breakfast. Bukan roti telur okkkk, siap nasi goreng bagai!

Pastu dah siap hantar aku balik. Sejam lepas tu kot dia call.

'Yang, sedap la bubur.'

"Ye ke? Dah panaskan dah? Takut pagi esok basi.'

"Tak panaskan pun. Dah habis dah.'

"La, makan dengan Pojie and Yusman ke?'

"Tak la, abang makan sorang."

"Ehh??? Biar betul? Kan abang baru lepas nasik je tadi."

"Betul. Ingat tadi nak try je. Pastu rasa sedap la pulak. Tengok-tengok dah tinggal sikit. Serba salah nak simpan untuk esok. Abang habiskan terus."



Wahhhh, kembang ati i ok... Hehe... Tu kalau demam tak baik-baik lagi tu, tak tau la...

Hari ni nak dia nak gi dinner company dia. Tema kemain lagi, 'Pakaian tradisional'. Tengok dalam tentatif. Pukul 10.30 pm - Disco.

Cam hampehhh... Tau la company Jepun. Tapi agak-agak la nak match kan tema baju dengan aturcara majlis.

"Yang, kul 10.30 nanti, terus balik!!!!! Kalau tak jangan jumpa esok!

Friday, December 10, 2010

14 days to go....

Hmmm, yesss! about 14 days to go before our e-day. Feeling??? Very the cuak ok...

Preparation pun tak settle lagi. Semua humban kat umi and auntie.

Nasib baik barang hantaran dah beli sikit-sikit dari awal hari tu lagi. Tak la kalut sangat. Tinggal nak topup barang yang tak cukup je lagi.

Sekarang tengah cari hiasan untuk kek dalam internet. Sebab my sayang request my choc cake for the hantaran. So ingat nak buat macam kak Nani Rostam. Nak tambah strawberry paste and fresh strawberry. But the cake and topping from my own recipe. Barang-barang untuk kek, papan alas kek and kotak pun main order dari jauh je. Tak tahu la my umi and kak long jumpa tak cari ikut selera aku. Cuma sekarang tengah bimbang takut tak dapat jumpa fresh strawberry and whipped cream sebab aku akan sampai di Besut on Friday dawn. And unfortunately the next day is the public holiday which is the Xmas day.

For sure Erah Shahirah akan dikerah untuk mencari barang-barang yang sukar dijumpai oleh my mom. Lagi satu, blueberry cheese tart yang di sponsor and handmade by my teacher should be diambil hari khamis. Tu satu lagi kerja untuk mengerah my friend gi ambil kat rumah cikgu tu.

The pelamin pun akan dibuat sendiri. So tengoklah nanti macamana hasilnya...

Adush, cuakk...

Lagi bertambah cuak tengak jarum penimbang yang degil tak nak gerak ke kiri. Dan jugak jerawat yang bermaharaja lela nih.. Yess, hormonal changes. Ehh, salahkan hormon pulakk... Maka itu, telah meminta izin my mom untuk merasmikan dulu set SK II yang aku belikan untuknya nihh... Hehehe... Very the bertuahkan budak Egie nih...

Papepun...

Doakan semuanya berjalan lancar ya...

Dan buat semua yang terguris hati, terluka hati, tersakit hati dengan manusia bernama aku ni, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Betulla kawan aku cakap, my sayang adalah manusia paling CEKAL. Cekal hadap perangai aku.... Tq sayang... Lv u.... Ecehhh... Gelis...

Till then.

So, for my dear Sayang

Here you are~ For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Monday, December 6, 2010

The best weekend

Memula dapat tahu ada cuti 5 hari, menggelitis rasa nak balik kampung. Sebabnya cincin tunang tak beli lagi. Tapi my sayang pulak ajak balik Batang Kali... Wahh, tergoda i.. dah tahu dah dapat spend time dengan sapa kat Batang Kali nanti... of course la my Vanilla Coke... kannn... Ye, Aishah Sofea and Ain Fatiha yang sumpah comel rasa nak penyet-penyet tu...

After make-up by Auntie Egie (1st day)

Aishah Sofea - a model to be

Kakak Aisyah and Adeq Ain ~ Before make-up (1st day)

Lepas tu call umi mintak izin, and transfer kan duit cincin kat umi. Biar umi je la yang belikan ya... Anak dara and anak teruna sila bersuka ria di Batang Kali...

Elehh, takde maknanya bersuka ria... Kat rumah family my future sis-in-law tu, sume kena bertutup litup. Jangan tak percaya bila aku pakai kain batik dan bertudung 24 jam kat rumah tu kecuali masa mandi and tido.... Tapi siyes best dapat jumpa ain and aishah..

See! Tengah study Kajian Tindakan di ruang tamu

Lagi best, siang malam pagi petang dapat makan sedap-sedap. Hehehe... Tapi betul, Kak Za masak memang best walaupun lauk biasa-biasa aje. Sungguh aku takut nak timbang berat badan lepas 3 hari di rumah Kak Za.

Malam pertama; nasi panas, ikan goreng, budu, tom yam ayam. (Malam pertama, sumpah lapar dan aku tak segan makan. Tapi tak tambah ok. Mind u!!! - Tapi, memang aku jenis tak segan melantak punnn..)

Hari kedua:
Pagi - Kuetiaw goreng.
Tengahari - The best ever laksa penang. Aku tak tahu la aku yang jakun atau kak za memang pandai masak atau laksa penang guna ikan sardin ayam brand - kisar sume and campak dalam periuk je bersama kuah tomato- memang rasa dia superb!!!!
Petang - 2nd round laksa penang and goreng pisang and apam balik.
Malam - Nasi panas, ikan goreng, pucuk paku goreng dengan udang pedas gilerr and ikan masak lemak cili padi.

The best ever laksa penang

Hari ketiga:
Breakfast - Nasi lemak best giler-tapi segan-tambah-pastu-nyesal-sampai-sekarang. Tapi tak snap picture pun sebab my sayang tak bagi... Elehh, padahal jeles!

Ouhh, cuak-cuak... Berapa la berat aku sekarang. Tak tahu la samada aku yang buruk lantak atau aku jakun dah lama tak makan home-made meal. Tapi sumpah sedap. Sampai sekarang perut aku rasa lapar sebab dah terbiasa 2 malam taking dinner.. Kalau dapat nasi lepak pagi tadi ni, sumpah mak mertua lalu belakang pun aku tak perasannn...


Thursday, December 2, 2010

setittis embun di sahara...

bila kita jatuh,

dan keseorangan,

rasa dah tak berdaya nak bangun...

tapi bila kita tetiba sedar,

dalam kejauhan, masih ada yang sayang,

kita rasa gagah untuk bangkit semula kan...

kerana aku cuma manusia biasa,

terima kasih kerana menyayangiku...

thanks sayang....

thank you so much,

even i JUST can lend u my ears.....

even i cant offer everything u deserve

Wednesday, December 1, 2010

Ikhlas tapi jauh

aku menjauh bukan kerana benci,

sekadar memberi sedikit ruang,

untuk muhasabah diri,

kau dan aku....





Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..


Saturday, November 27, 2010

Aku diet!!!!

Ye, aku sedang diet.

Pagi:
Seketul muffin coklat dengan sekotak susu Dutchlady low fat.

Tengahari:
Maggi goreng Mamee - goreng sendiri dalam rice cooker -G I G I H, am i....

Malam:
Yes!2 slices of Pizza Hut Extreme Cheesy 6 with pepperoni

anddd.....

With additional cheese powder and tabasco sauce....

Ummmm, yummy!!!!!

Muka bengkerk kena paksa makan pizza sampaikan nak sumbat 2 slices pun dia tak larat. He only ate 1 and half slices... Very the eastern my sayang, kannn?????



Ehhhh??? Diet kah hakuuuu?????




Friday, November 26, 2010

Taktik baru tipu kredit handset

Tadi aku dapat sms.

Ni p'cik guna kad orng, tolng isikan p'cik top up RM30 di number baru p'cik ni nom dia 01789_1279, pasal p'cik ada kes di balai polis, Boleh tak cepat sikit beli


Wahh, gigih pak cik tu taip mesej siap guna capital letter bagai... No pengirim tu adalah +628523_102908...

Ni, pak cik.. Saya nak tanya sikit, kad boleh pakai buat anta sms ehhh?? Lagi satu, kes apa kat balai polis tu sampai kena topup RM 30? Kalau betul in emergency, mintak share RM 1 sudah la... Sempat tu buat call family nak inform.... Lagipun, pak cik boleh pinjam telefon kat balai polis tu. Polis mesti allow punya kalau betul in emergency. Tak pun, tunggu aje la pihak polis sndiri yang informkan kepada keluarga pakcik...

Pak cik jangan risau ya....

Saya doakan kes pak cik cepat selesai....


Kawan-kawan, be careful ya. Jangan terpedaya dan tersimpati kepada orang-orang sebegitu. Aku rasa bukan orang tempatan la... Kannnn???

kecekguan

Belum lagi jadi cikgu, dah merungut... Tak la, bukan merungut pun. Tapi beban kerja cikgu memang banyak pun secara realitinya. Sebab tu agaknya penyarah-pensyarah di sini melambakkan assignment secara pukal kepada pelajar-pelajar perguruan agar bila memasuki bidang perguruan secara tetap nanti tak adalah terkena kejutan budaya ke segala apa.. kan...

Ni pun, bertimbun-timbun assignment tak siap lagi... Meh nak senarai sket...

1. Kajian Tindakan - Grup - Submit 5 Jan 2011
2. Kajian Tindakan - Individu - Submit 1 Disember 2010
3. Kaedah Mengajar - Grup 1 - Submit draf 30 November 2010
4. Kaedah Mengajar - Grup 2 - Submit draf 30 November 2010
5. Penaksiran Pembelajaran - Grup - Submit 30 November 2010
6. Test Kajian Tindakan - 8 Disember 2010
7. Rancangan Pengajaran dan ABM - Present 2 Disember 2010.


Fuhh, fuhhh, fuhhh.. Banyak gilerrr.. Dah la sekarang ni sibuk dok angkat barang sebab kena pindah blok. Sebabnya renovation will be done at our current block.... Hmm, pindah je la.. Keselamatan itu lagi pentingkan.. Dah la dua hari lepas, aku baru siap mandi, sedang berjalan dari toilet ke bilik, pekerja-pekerja lelaki selamba aje berbincang di tangga blok. Sakit betul hati. Dah engkau letak notis nak start 29 November, boleh tak kau datang buat check up 29 November??? Tak reti fikir ke privacy penghuni blok perempuan nih??? Kalau di universiti dulu, kalau ada orang maintenance lelaki yang akan masuk ke blok, pak guard akan buat pengumuman supaya semua penghuni wanita aware. Dan lebih berjaga-jaga dari segi aurat. Owh, lupa.. itu pengurusan universiti. Ini pengurusan swasta.. Arggghhh, stress...

Nak buat assignment pun rasa terbantut mood bila tengok bilik yang bersusun barang berbungkus-bungkus ni.. Petang nanti la nak pindah barang sikit2... Tak nak bawak semua pun...