.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, January 28, 2010

M-E-N-G-I-D-A-M

Siyes, tak gurau... Saya mengidam. Dah 28 hari saya tidak jumpa dia. Tak dapat pegang dia. Rinndu hati ini, tak payah cakap la. Kali terakhir saya pegang dia, cium dia, gigit dia ialah pada malam terakhir di Shah Alam. Lepas tu dah tak jumpa dah. Masih terasa-rasa lagi hangatnya dia di bibir saya. Hmmm.... betul-betul rindu....

Ni la dia kerinduan saya... Cuba teka apakah ini?

Tak yah susah-susah hati... Saya bagi jawapan sekarang....

TADAAAAAA!!!!



Sangat-sangat teringin. Dah naik pekak ORANG ITU dengar saya cakap saya ngidam Spicy Chicken McDeluxe ni... Rasanya setiap hari sejak 1Jan10... Ye tak SAYANG?

YB Idris Jusoh kesayangan saya...
Tolong la bukakan satu premis McD di Jerteh bumi Hadhari ni... Plz,......

Adoyai... terasa-rasa di lidah saya nikmatnya SCMD ni... Cukup pedas, cukup panas, cukup masin... PERFECT TASTE, PERFECT FEELING... Huh, sangat giler saya dengannya.... Pendek kata, kalau tengah lapar, kalau saya cuma diberi 2 choices, memang saya akan pilih SCMD daripada pilih my Abe Ku Saye... Haha! Yela, kalau pilih my Abe Ku Saye, bukan boleh gigit telan pun, kan? CINTA? ofkos la... Tapi cinta tak boleh mengenyangkan perut lapar bercampur gastrik, kan? Huhu... Yang, sori... Ngehngehngeh~

Wednesday, January 27, 2010

.:A-N-G-A-U:.

Saya sedang angau... Sangat kritikal keadaan saya sekarang. Angau pada cinta baru... Dia sangat gorgeous.

Tengok la....


Sangat cantikkan... Tu adalah bunga rockmelon varieti Glamour. Hah, amek engko... Nama pun dah glamour... So, no wonder la kalau bunga dia cantik and nanti bakal menghasilkan buah yang sedap dan mahal...

Tapi sekarang pokok tu ada beberapa yang kena serangan pest and diseases... Kalau yang simple2 cam leaf miner, leaf feeder, thrips and aphids tu, ok la lagi... Saya kenal la.. Tapi kalu dah ada cam simptom2 sudden wilt and bacterial wilt tu, mmg kena rujuk Ms Dahlia la...

Sekarang ni saya dok angau review gambar-gambar tanaman rockmelon tu yang saya snap semalam dan hari ni. Sangat cantik ciptaan Allah, subhanallah...

Tenang minda, buat kerja pun enjoy... Saya rasa, ini la yang saya cari dalam life saya. Ketangan ini lah... Inilah terapi minda saya.

Syukur la saya ditemukan dengan Cik Glamour ni di saat saya mahu melupakan ORANG ITU yang berkeras, beria-ria mahu dirinya dilupakan. Kadang-kadang saya tak faham tentang dia. Bukan kadang-kadang, tapi most of the time... Diri dia sangat sukar difahami dan dia pun nampak tidak mahu dirinya difahami oleh saya. Tapi bila dia request supaya saya lupakan dia, sebab dia orang kesayangan saya, saya cuba aje la turut kan kemahuannya...

ORANG ITU, awak senang la nak request minta diri dilupakan, sebab awak tak pernah rasa pape. Cuba awak sit in my shoes? Apa awak rasa? APA? BUSUK STOKING? Banyak chanthek ko jawab gitu!!!! Saya tukar stoking hari-hari tau... Dan saya juga sembur Febreze dalam kasut saya hokey!

Eih, ase cam terpesong jalan je... Hokey, kita kembali ke pangkal jalan.

SIGH...

Okey la awak, saya pun dah penat dipaksa oleh awak. Saya cuba la ikut kemahuan awak tu. Walaupun sampai sekarang saya tak faham apa rasionalnya awak requast benda-benda cenggitu.

Tapi jangan bimbang (walaupun saya tahu awak tak bimbang pun), apa yang baik, yang saya dapat dari awak, yang sentiasa awak pesan, yang selalu awak nasihat, yang selalu awak ingatkan, akan sentiasa saya pegang, dan cuba amalkan.

SAYANG,
thank you, I've learnt so much...




Tuesday, January 26, 2010

Cinta baru saya

Hilang segala gundah bila saya mendapat peluang untuk bertemu lagi dengan cinta hati saya. 2, 3 hari berjauhan dengan cinta hati, sangan menggundah gulanakan jiwa saya. Asyik bimbang memikirkan cinta hati,.. Sakitkah, sihatkah, cukup makankan, apa perkembangan hariannya... Semua tu buat saya bimbang.

Percaya atau tidak, saya sanggup ambil cuti untuk mengelak dari menghadiri kursus 'hampeh' semalam, semata-mata mahu bertemu cinta hati saya. Saya pun tak faham mengapa saya sanggup ambil cuti, tapi buat kerja... Sangat mendalam agaknya cinta saya terhadap cinta baru saya ini.

Hari ini, saya mengambil gambar cinta hati untuk di email kan kepada lecturer saya. Untuk memperkenalkan cinta hati saya itu kepada Miss Dahlia, dan juga untuk sedikit khidmat nasihat... Cinta hati saya sedang sakit... Huhu... Bimbangnya...

Nak tengok tak cinta hati saya?

Tengok la.. Jahat gile leaf feeder tu... Cam takde benda lain nk dimakannya...



Layu....

Sebab;


Batang dia jadi buruk sebab ada something yang cucuk batang dia... Then dia jadi buruk...

Sebab tu la saya perlukan khidmat nasihat Miss Dahlia... Miss, nnati tolong saya ya... Malam nanti saya email...

Monday, January 25, 2010

Civil servants

Hari ni saya betul-betul menyampah.

Civil servant...

Hebat sangat ke dapat jadi civil servant?

Kenapa mereka sangat la action tak bertempat. Suka pandang orang bawahan sebelah mata, macam la kitorang ni lulusan darjah enam. Kami di double standard kan... Sangat menyakitkan hati.

Saya sangat menyesal join bengkel ini. Bila kami sangat tidak diendahkan. Pandai ajak, tapi tak pandai layan. Mentang la kami ini belum ada kerja. Jangan ingat kami ni kuli. Saya sangat menyampah.

Saat ini, saya mula rindu CCMF... Working environment yang bagus, pekerja yang bagus, ketua yang bagus, collegues yang bagus... Sangat rindu... Bila saat-saat macam ni la saya mula memasang angan untuk kerja di sektor swasta atau pun GLC'S... Tak mau kerja kerajaan... Takut saya pun tend to be sombong tak bertempat... Macam la hebat sangat jadi civil servant... Staf bergred 17 pun pandang kami cam tak de mata... Macam kan dorang hebat snagat berpelajaran tinggi, berpengalaman luas... Woah, sangat sakit hati... Saya bukan nak minta mereka datang sembah cium kaki, tapi boleh tak tolong treat kami secara adil seperti kami layan Floor Manager kt ofis dulu... Sikit pun mereka tidak di double standard kan... Kalau tak caye, tanya Ida, pekerja Indon di ofis dulu on how we treat her.......

Esok saya nak cari alasan tak nak datang ofis... Lantak engkau la. Ingat saya kebulur sangat nak santap makanan free... Dah la tak sedap, layan kami cam sampah lak tu... Buat la report tu sorang-sorang...

Urgh...

.:SIGH:.

Sunday, January 24, 2010

Saya dah tau dah...

Yeay!

Saya dah tau dah cane nak tukar background blog... Yuhu!!! Kredit to Kak Green Apple sbb saya visit page dia la saya tahu cane nak tukar blog skin ni...

Cantik tak page saya sekarang?

Cantikkan??

Haha, gile riak saya ni... Tuhan tarik balik nikmat Dia bagi kang, baru tau...

Tak kira la korang nak kutuk pun, yang penting saya suka my blog...




Hmmm, saya sebenarnya tengan bimbang. Tengah susah hati. Sebab esok saya kena pergi taklimat apa tah dengan my fren, Irah. Dua hari... Esok and lusa... Saya bukan bimbang pasal saya kena attend that taklimat, tapi saya bimbang fertigation site saya... Pokok-pokok tu tengah sakit, saya bimbang. Saya ingat esok nak pergi site tu. Nak ambil gambar and email ke Miss Dahlia which is my lecturer for Crop Protection masa kat campus dulu...

Saya betul-betul bimbangkan pokok-pokok tu... Kesian dia... Nanti wabak tu merebak, habis rugi peserta-peserta fertigasi saya... Adui, beratnya hati nak attend that taklimat.

Saya rasa saya dah mula jatuh cinta sekali lagi. Jatuh cinta pada fertigasi. Siyes, saya sangat bimbang kan mereka. Hati saya tak senang nak lengah-lengahkan rancangan saya untuk snap pictures simptom-simptom penyakit dah hantar kepada Miss Dahlia untuk keterangan lanjut. Saya tak sabar nak rawat mereka....

Korang doakan la penyakit dorang tak melarat selama saya tak pergi jenguk mereka tu, ya... Hokey, tq... Daa~


.ada.model.dalam.family.

Ni entry request... Pasal adikku yang paling bongsu. 'Aleya Insyirah nama dia. Dah pun umur 5 tahun. Pasal nama dia ni, saya yang pilihkan. Siap berebut form dengan adik beradik dan dengan abah. Hehe... Sebab saya jeles kak long dah diberi mandat untuk bagi nama adikku yang ke 7 iaitu Ahmad Faris Iman. So yang bongsu ni, saya la yang gila kuasa... Tu pun dapat mandat separuh je. Saya cuma dibenarkan bagi sepatah, sebab perkataan pertama tu abah dah fix nak letak 'Alia' which is dekat-dekat dengan nama abah, Alias... Tapi saya yang gila kuasa ni terus tulis siap-siap nama kat form 'Aleya Insyirah binti Alias. Terpaksa la abah saya terima dengan hati terbuka. Hehe....

'Aleya ni sangat la suka laser orang. Kecik-kecik lagi dah tunjuk bakat.

Hari tu dia sound depan family, "Umi, Kak Eg nak kawen dengan Abang Yie ke?" Adui, malu ok... Kena laser depan abah... Dah la kakak dia i still tak ada kerja... Dah umur 24 lak tu....

Dia la yang saya cakap laser saya masa saya buat cucur refer resipi tu... Menusuk kalbu, hokey....

Okey la, sekarang kita tengok aksi gedik dia bila depan kamera....

tengok la... betapa fotogediknya adik saya... hehe... dia la penghibur di kala duka... penyebuk di kala saya perlukan ketenangan... Heheh...


Saturday, January 23, 2010

my 1st luv dah nak kawen....

my 1 st luv which is Mr. Asrizy dah nak kawen soon...

saya tumpang happy tengok awak happy....

Apa ni, sume ex saya cepat kawen tapi saya tak kawen-kawen lagi. Saya ni bawa berkat kot. Hehe...

Tapi kalau my Abe Ku Saye ajak kawen tahun ni pun, saya tak nak lagi. Saya tak ready lagi. Tak ready dari banyak segi. Segi tiga, segi empat segi lima. Eh, tak la... Dari segi mental, kewangan dan fizikal kot. Huhu.... Saya tak nak kawen selagi berat saya tak cecah 57kg... Nanti sanding tak berseri, nampak gemuk saja. Dah la my Abe Ku Saye slim aje orangnya.

Tapi yang buat saya sedikit tersentuh jiwa raga was, bakal isteri dia tu wajahnya macam saya. Dia yang kata... Hehe... Nak jugak tu ingat muka saya... Yang dulu engkau sesuka hati tinggal aku sengsara sendiri tu kenapa? Tapi tak pe, saya maafkan sebab kalu Mr. Azrizy tak tinggal saya, saya takkan dapat life macam sekarang which bersama my Abe Ku Saye...

Mr. Asrizy, thank you so much. I've learnt so much....

Tak pe la, sampai masa, saya kawen la nanti kan... Allah pun tahu saya belum bersedia. Tu yang jodoh saya tak sampai lagi tu...

apapun, Mr. Asrizy... All the best n semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...

Friday, January 22, 2010

Rahsia malam Jumaat...

Dont know how to start with...

17 Januari 2010, bukan hari Jumaat kan? Ya, memang bukan hari Jumaat pun walaupun tajuk entry ni tertera malam Jumaat. Tak kisah la hari apa. Tapi malam 17 Januari tu aku menerima SMS berisi mesej "Sayang, i love you so much". Nombor telefon yang takde dalam handset aku.

Wondered juga... sape la... Then aku balas " I just afraid u got the wrong number. I'm not your sayang"

Then dia balas "Dont afraid coz i'm not to hurt u.dont afraid coz u r not loose anything if i got the wrong #" Ni SMS real ok... Aku tak edit content dia even a letter.

Pastu aku tak balas sebab malas nak layan orang tak kenal.

Tapi malam tadi, malam Jumaat.

Hoih, ayat tak de kaitan....

Ok, malam tadi, aku tak dapat tido. Then golek-golek atas katil sambil godek handset. Baca-baca SMS lama. Then, terbaca balik mesej 17 Januari tu. Tengok nombor cam kenal. Tapi try check di handset Celcom, still tak tau nombor sape. So, aku hantar la SMS, "Sape ni". Tapi dia tak balas. Ok, maybe dia tido. Time tu dah pukul 1 pg lebih kot.

Terfikir jugak, maybe kawan-kawan. Tapi nama dia tak de lalam simpanan aku sebab telefon lama aku rosak dan semua nombor telefon aku save dalam handset, bukan di sim card.

Pagi tadi, dia balas. Aku lupa apa ayat apa dah. tapi dia cam tak nak gitau dia sapa.

Tapi lepas tu aku mengadu kat my Abe Ku Saye. Then my Abe Ku Saye suruh forward sume msg budak tu kat dia. Aku dah forward sume kecuali msg first yang dia cakap I lv u tu. Tapi, maybe time tu my Abe Ku Saye not in the cool mood, so tak pasal-pasal kitorang gaduh.

Gaduh giler ok sampai habis ungkit benda-benda lama n sampai keluar perkataan aku-engkau.

Masa tu aku dah tension dah. Apasal pulak aku t-tiba kena marah sebab dapat SMS dari orang yang aku tak kenal, orang yang dia tak kenal.

Pastu dia bagi cadangan. "Hantar message kt budak tu cakap dia binatang."

Pastu aku balas, "Kalau dia kawan sayang, cane? Sayang yang dapat malu nanti."

Dia cakap, "Peduli apa. Pandai sangat nak main-main."

Pastu message yang berbunyi agak kasar dan agak kurang ajar which aku pun tak sampai hati nak taip selamat sampai kepada kawan RAHSIA itu.... Bunyinya, :"Bntg ah ko. Sbb ko aku gaduh dengan laki aku." See, sangat kurang ajar dan ber IQ rendah kan hantar msg mcm tu kat org... Aku tak tuduh sape2 ok...
Tapi orang di sana tetap balas. Msgnye berbunyi, "Asal lak? Laki ko igt ko lesbian ke?"
So, dari sms ini, aku meramalkan sendernya adalah perempuan.

Tapi nafsu marah mengatasi segalanya. Setan dah bersorak menang time ni bila aku balas "Aku tany ako sape ko tak nak jawab. Kan aku dah cakap aku tak kenal ko. Sbb tu aku tanya ko sape. Yang ko gi hantar msg sayang i luv u tu, pehal. Ko la yg lesbian..." Time ni aku dah tak waras.

Aku ni pantang sikit kalau kesabaranku tercabar. Aku akan transform jadi monster zalim nanti. Sebab tu kalau aku tengah sabar, jangan api-apikan aku. Kalau aku meletup, mmg dah tak macam orang dah.

Dia ttp balas masg aku, ok. Kali ni dia balas "Mana ada aku anta. ko jangan main tuduh je. Idiot."See, dia curah minyak petrol dalam api! Not my mistake ok. Pandai ko ye nk bakar amarah aku..

Balasanku kali ini "Kalau takde nombor ko tercongok kat sender tu, tak de la aku msg tanya ko sape. Aku tanya sape sbb aku aku tak tau". Faham tak aku tak kenal ko? Aku ni, punya la nak berprasangka baik sampai aku kerah habis kawan2 aku cek nombor telefon ko. Dan dorang cakap dorang pun tak tau. Ko igt ko DIVA? Sume orang kenal?

Tapi kawan aku cakap jangan layan je. Dan cakap mintak maaf la dengan ko. Sbb maybe ko kawan aku. Then aku mintak maaf. See! Aku yang ego dan keras kepala ni sanggup mintak maaf dengan ko hasil perbuatan ko yang bergurau cam biawak! Apa mahal sangat nama ko sampai takleh gitau aku?

Tapi sekarang aku nak lupakan sume ni. Hari Jumaat dicemari dengan anasif negatif yang tah pape. Aku pun tercalit dosa sama.... Puas la hati ko kan...

Tapi kalau betul ko kawan aku, aku betul mintak maaf. Aku tanya cara baik ko sape, ko nak buat jual mahal. Boleh tak berprasangka baik sikit? Boleh tak pk yang aku ni mmg tak knl ko ke, aku terhilangkan no ko ke... See! (Ulangan perkataan SEE yang ke beberapa kali. Malas aku nak kira) betapa teruknya impak bila ko cuba gurau kasar camtu.

Tapi, tak kira la apa pun, kepada pemilik nombor ,aku mintak maaf. 0-0 ok...


Sayang, if u read this, i think you should guide me more on how to be calm n patient in this situation. See, how teruk i am bila kesabaran saya tercabar. Sama dengan yang jadi kat Shah Alam kan....

Buat 017-6_7_7_1, terima kasih keran amenjadi batu pengukur untuk menguji tahap iman saya. Sabr itu separuh dari iman, dan tadi nampak sangat iman saya masih kurang. So, let alone la benda-benda yang berlaku hari ni, it is better for me to improve my level of patience.

Dan kesimpulannya, SAYA TAK LULUS UJIAN KESABARAN DARI ALLAH SWT DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI... Ase hinanya saya. tapi nasib baik saya diberi kesempatan untuk muhasabah diri dan diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki diri. Ya Allah, ampunkan saya,. Syukur kerana saya diberi peluang untuk melalui hari ni.. And i got a very good lesson today.

Thursday, January 21, 2010

Destinasi cinta

Setelah 3 minggu di ofis baru, saya rasa saya telah menemui cinta hati saya. Perjalanan dunia kerjaya di sini adalah lebih baik dari di ofis lama. Walaupun working environment sangat worse kat ofis baru. Hehehe...

Saya rasa saya telah temui apa yang saya inginkan dalam karier saya. Sedar atau tidak, saya sangat enjoy bekerja di sini. Setiap pagi, semangat sentiasa berkobar-kobar untuk ke tempat kerja di mana perasaan ini tidak begitu membara semasa di ofis lama.

Mungkin saya tidak betah berurusan dan bekerja dengan orang. Jiwa saya lebih suka bekerja dengan tanaman kot. Menguruskan kebajikan pokok-pokok rockmelon membuatkan saya tenang. Walaupun bekerja di tengah panas (walaupun di bawah SPH), walaupun kepenatan berganda, walaupun saya jadi hitam, walaupun pecah peluh seharian, saya tetap gembira. Tetap gundah gulana bila mereka diserang penyakit. Kerana mereka, saya rajin menelaah buku-buku tentang penyakit dan serangga perosak rockmelon, which is chapter yang paling last saya hadap semasa di kampus dulu. Saya mula mengerti, inilah hidup yang saya cari.

Miss Dahlia, saya rasa menyesal tak study bab Crop Protection sungguh-sungguh masa di kampus dulu. Kalaulah aktiviti mengurus projek fertigasi ini saya lakukan sebelum menjejak kaki ke universiti, saya rasa, sayalah pelajar terbaik subjek Crop Protection, Hehehe...

Satu lagi faktor kenapa saya suka ofis baru mungkin kerana hidup saya di hometown ni tak diganggu oleh anasir-anasir negatif seperti KAWAN MAKAN KAWAN, KAWAN LUPA DIRI, KAWAN TAK SEDAR DIRI, KAWAN TAK KENANG BUDI. Eh, malas la aku nak fikir fasal engkau... Pegi mampus la... Hidup la engkau dengan kawan buah hati pengarang jantung engkau tu.... Kalau kau hadapi apa yang aku rasa dulu, aku rasa ada je yang terjun tingkat 4 flat 51 belakang uitm tu... Ingat la sikit, apa yang kau buat akan balik kat engkau suatu hari nanti... Tunggu je la...

Eh, tiba-tiba saya perasan entry yang bermula dengan penuh kecintaan macam sudah jadi sad ending pulak. Saya stop kat sini la.... Malas dah nak emo-emo....

Saturday, January 16, 2010

Hancur hatiku...

Di satu malam Jumaat. Seorang kakak sedang berfikir-fikir tentang menu yang hendak disediakan malam itu buat santapan mereka sekeluarga.

Kakak : Umi, nak masak apa malam ni...

Umi : Tadi umi beli tauhu. Teringin nak makan tauhu yang macam kakak masak hari tu.

Kakak : Oooo, yang kita salin resipi dari tv tuh ke?

Umi : Ya. Buku resipi ada atas oven kat kitchen.

Kakak pun belek-belek resipi untuk memastikan semua bahan ada. Tauhu, udang kering, udang hidup, bawang besar, tepung gandum, tepung beras, bawang besar, daun sup, kiub pati ayam telur... Hmmm, semua ada...

Kakak pun mengadun adunan cucur tauhu sambil bertemankan buku resipi yang terbentang.

Adik bongsu : Kakak masak apa umi? Kek ke?

Umi : Tak la. Masak cucur...

Adik bongsu : Masak cucur pun tengok resipi ke?

Huhuhu... Adikku... Hancur luluh hati kakakmu ini...Hinanya kakakmu ini di matamu...

Tapi tak jadi sentap... Ase nak senyum... Umi pun senyum...

Adikku, kakak bukan tak reti masak cucur sampai kena refer resipi sampai cantu sekali... Tapi nak make sure semua bahan untuk cucur tauhu tu cukup supaya rasanya SEDAP dan kamu boleh makan dengan penuh selera... Hehehe...

Apapun, sindiranmu tetap tersemat di hatiku...

.:Without a Word:.

I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place

I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place

Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.

Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before

Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised



missing you so badly...

.:sigh:.

Sunday, January 10, 2010

Kalaulah...



Kalaulah membuang kenangan itu semudah mengeronyok sehelai kertas dan dicampak ke dalam Recycle Bin...

Kalaulah membuang kenangan itu seperti membasuh baju dengan Vanish...

Kalaulah membuang kenangan itu semudah mencuci pinggan dengan Sunlight...

Kalaulah membuang kenangan itu seperti memadam kata-kata dengan Liquid Paper...

Kalaulah membuang kenangan itu semudah seperti kamu yang membuang diri saya dari hidup kamu, dah lama saya buang kenangan itu semua...

Kenangan manis yang menjadi duri...

Kenangan manis yang menghantui diri...

Kenangan manis yang sentiasa tersemat di hati...

Maaf, saya bukan seperti kamu yang mudah melupakan semua itu...~_~

Sunday is not so blues...

I'm not really blues today, actually. I'm in good mood to work today. But somehow, there are some uneasy feelings that still haunting me.

Pagi tadi pergi site visit sekejap. 2 sites je... Site pemprosesan serunding dengan rempeyek. Then dapat buah tangan. Hehehe... Tapi sebenarnya saya ragu-ragu juga untuk terima semua buah tangan tu. Sebab dulu, penyelia internship saya yang dulu pernah cakap, kita tak boleh terima pemberian orang bila kita gi site visit camtu. Tapi kalau nak berkeras menolak, takut si pemberi tu kecik hati pulak. Dan tak mahu menjatuhkan pride si pemberi... Ayyok, cane ni? Anyone?

Lepas tu duduk di office sambil cari bahan untuk business plan paperwork about fertigation. Dah la Celcom broadband punya coverage cam hampeh giler kat area KETARA ni... Nama je KETARA, tapi coverage tak berapa KETARA... Hadoi, sabo je le....

Baca-baca about fertigation... Persediaan untuk temuramah peserta-peserta fertigasi esok.... Korang, watch out esk! Hehe...

Hopefully, tomorrow will be a better day for me... Lebih baik berpanas di fertigation site untuk topup ilmu berbanding duduk di ofis menyedut asap rokok orang, kan? Huhu...

After lunch hour, tiba-tiba teringat kata-kata dari Sumayyah, kawan secompany masa di GEMS...

Confusing, worrying, boring but no ring...

Hurm, suits me very well at this moment... Su, cilok awak punya ayat... Halal ye...

Saturday, January 9, 2010

Kejayaan hari ini..

Setelah sekian lama... baru hari ini saya tahu yang sebenarnya, rasa nervous untuk drive kereta sudah tiada dalam diri saya... Hmm, kalau korang nak kutuk saya cam hampeh je sebab tak berani drive, kutuk la... Tapi hari ini, saya dah berjaya drive tanpa ada rasa nervous... Tapi still ada sikit kelam kabut... Parking depan Super Mas pun senget benget.. Bukan salah saya ya, saya tak biasa drive Wira.. Biasa dengan Kancil je... Biasa la tu kan, dah 4 tahun peram lesen.. Dah jadi pekasam dah...

Syukur alhamdulillah...

Nanti boleh pergi kerja sendiri dengan kereta. Lagipun minggu depan dah kena jaga site fertigasi... 2 hari sekali, kena pergi ke sana. Lagi 3 hari, duduk ofis, siapkan paperwork...

Pasal kejayaan drive ni... Eceh, 'kejayan' tuuuuuuuu.... Terima kasih buat semua yang bagi semangat kat saya... My sayang, my Abe Ku Saye, umi, Law of Attraction, dan orang yang ajar saya fasal Law of Attraction. Juga tak dilupakan my adik yang tak jemu-jemu marah kakak dia yang kalut kibut masa masuk simpang n keluar simpang nih... Hehe...

Eh, macam speech penerima anugerah Skrin la pulak...

Tapi takpe, untuk menambahkan semangat saya jugak...

Bak kata Michael J. Losier dalam Law of Attraction, attract more of what we want, and less what we don't. Camtu la lebih kurang... So, kena keep on telling ourselves what we want.

Thursday, January 7, 2010

Mood hari ini....

Mood hari ini masih seperti 4 hari lepas. Mood untuk bekerja masih belum ada. Rasa bimbang. Tahun ni, negara berada dalam tahun terakhir untuk RMK-9. Ramai pekerja kontrak, pekerja sambilan kerajaan diberhentikan kerana kekurangan peruntukan untuk membayar gaji mereka. Saya sangat bimbang. Kerana saya masih belum lagi mempunyai kerja. Semestinya sukar untuk mendapat peluang pekerjaan di sektor kerajaan tahun ini. Adui, bimbangnya. Sekarang baru di bulan Januari. Dan masih ada lagi 11 bulan yang tidak pasti. Tahun depan dah 25 tahun.... Urgh, tuanya...

Dalam setahun ini, saya perlu melengkapkan diri dengan segala kemahiran yang diperlukan untuk mendpat tempat di sektor kerajaan atau swasta. Namun, jauh di dalam hati saya, saya rasa saya lebih suka untuk bekerja di sektor swasta. Tapi biasanya, ibubapa lebih suka anak-anak mereka menceburi sektor kerajaan. Hmm, dalam keadan sekarang, tak kisah la dapat kerja kerajaan ke, swasta ke, yang penting, dapat kerja.

InsyaAllah...

Saya sendiri pun sudah tak tahu bagaimana untuk memperbaik mood kerja saya. Buku Law of Attraction, yang saya beria-ria beli di MIECC dulu pun, masih belum khatam lagi. Bukan tak mempunyai masa lapang, tapi semasa di tempat internship lama, terlalu banyak masalah yang mendatang menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk memahami Law of Attraction. Dan kini, di tempat internship baru, buku tu masih terbiar sepi.

Azam minggu ini, saya akan habiskan buku tu di hujung minggu ini....

Insya Allah.

Tapi.... hujung mingu ni nak hang out dengan my Abe Ku Saye... Well, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Hari ni, my x-immediate supervisor mengSMS saya... What a concern supervisor...

Thank you boss...

Pesanan untuk my x-immediate supervisor,

~ siapkan claim bulan Januari hujung bulan ni ye... Hehe...

Wednesday, January 6, 2010

keluar dari mulut BUAYA

Hari ni merupakan hari ke 4 saya di ofis baru. Masih dalam proses membiasakan diri dengan suasana kerja warga kerajaan. Mula-mula lapor diri di sini, saya hanya diam memerhati. Dan sedikit merungut dalam hati . Bukan niat saya mahu mengkritik. Tapi working environment di sini memang sangat menyesakkan dada saya. Mungkin mereka tiada kerja untuk dibuat di awal-awal tahun ni. Tapi jangan la membising, keluar tak tentu hala dan the worst is SMOKING IN OFFICE. can you imagine that? Yeah, the smokers smoke in the office just like that. In closed office. In aircond... Fuh, lemah jantung I....

Saya rasa, saya lebih suka working environment di mana pekerja tiba di ofis 15 minit lebih awal dari waktu bekerja, client yang menunggu untuk berjumpa staff setengah jam lebih awal dari waktu yang dijanjikan, pekerja yang memulakan kerja sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 8 dengan suasana sunyi dan penuh khusyuk... Tapi masih ada waktu-waktu untuk bertanya khabar dan bergurau senda dalam waktu-waktu curian seminit dua.

Kalau la manusia boleh disetting mengikut kesukaan kita... Bestnya... Tapi tak best juga... Nanti tiada la flavor of life... kan?

Berbalik kepada tajuk entry, saya ni ibarat keluar dari mulut BUAYA, masuk mulut harimau. Reason? Sebab saya lari dari dusty air from fertilizers plant, tapi terpaksa menyedut asap rokok dalam ofis di sini... Tapi saya tetap bersyukur kerana hati dan perasaan saya lebih sihat dari dulu.

I love my flavor of life...

Tuesday, January 5, 2010

Melompat lebih tinggi



Kita berlari dan terus ‘kan bernyanyi

Kita buka lebar pelukan mentari

Bila ku terjatuh nanti,

kau siap mengangkat aku lebih tinggi

Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti, kita siap ‘tuk melompat lebih tinggi

Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada kar’na kau telah tercipta, Ha~a…

Ku petik bintang,
untuk kau simpan
Cahayanya tenang,
berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman,
juga s’bagai jawaban,
semua tantangan
Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa menua memisahkan kita,
Degupan jantung kita akan s’lalu seirama
Bila kau rindu aku

Monday, January 4, 2010

Get real, Izyan...


The first step is a hard thing to make. But once it was started, we can run in a blink, in a breath. So, just step one by one until u find ur final destination.

Menda la Izyan ni mengarut...

Jiwa kaco...

Haha....

Just reminding myself...

Friday, January 1, 2010

Happy 01.01.10

Happy New Year

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri saya untuk bernafas menghirup nikmat-Nya di muka bumi ini. Muhasabah diri di hari pertama tahun baru, menilai kekhilafan yang telah saya lakukan selama 365 hari di tahun 2009, serasa diri teramat kerdil. Mempersiakan 365 untuk melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, serasa amat menyesal.

Saya tahu saya tidak sempurna mana. Saya cuba jadi insan yang baik, terhadap Allah, sahabat-sahabat dan juga orang sekeliling, tapi kerana saya manusia biasa, masih banyak yang kurang. Saya masih lagi belum mampu untuk berprasangka baik terhadap semua orang, masih belum mampu membersihkan hati dari memburuk-burukkan orang yang tidak saya sukai, masih belum mampu untuk menahan amarah bila ada perkara yang teramat sangat mencabar had kesabaran saya. Saya masih belum sempurna.

Semoga tahun baru membawa lebih banyak kegembiraan, pengajaran, pelajaran baru, peluang yang lebih baik kepada saya. Dan semoga ada impian-impian saya yang mampu saya laksanakan dengan cemerlang.

01.01.10 membawa seribu makna kepada saya. Tarikh ini seolah membunyikan alarm kepada saya bahawa, hari yang saya hitung bersama Mohd. Nazri Fauzi semakin mendekat. Serasa amat gementar, berdebar... Kami masih belum bersedia. Persediaan diri, persediaan mental, persediaan kewangan. InsyaAllah, perancangan yang baik akan diberkati Allah, dan semoga Allah mempermudahkan kami mencapai impian kami.

2009 memberi terlalu banyak pengajaran tentang erti hidup kepada saya. Biarpun perit meniti hari, namun alhamdulillah, 2009 berakhir dengan 'happy ending' bagi diri saya.

Buat semua orang-orang yang terlibat, TERIMA KASIH... Maafkan semua salah dan silap saya. Saya tahu saya tidak sempurna...

Salam 1 Januari....