Sunday, January 24, 2010

.ada.model.dalam.family.

Ni entry request... Pasal adikku yang paling bongsu. 'Aleya Insyirah nama dia. Dah pun umur 5 tahun. Pasal nama dia ni, saya yang pilihkan. Siap berebut form dengan adik beradik dan dengan abah. Hehe... Sebab saya jeles kak long dah diberi mandat untuk bagi nama adikku yang ke 7 iaitu Ahmad Faris Iman. So yang bongsu ni, saya la yang gila kuasa... Tu pun dapat mandat separuh je. Saya cuma dibenarkan bagi sepatah, sebab perkataan pertama tu abah dah fix nak letak 'Alia' which is dekat-dekat dengan nama abah, Alias... Tapi saya yang gila kuasa ni terus tulis siap-siap nama kat form 'Aleya Insyirah binti Alias. Terpaksa la abah saya terima dengan hati terbuka. Hehe....

'Aleya ni sangat la suka laser orang. Kecik-kecik lagi dah tunjuk bakat.

Hari tu dia sound depan family, "Umi, Kak Eg nak kawen dengan Abang Yie ke?" Adui, malu ok... Kena laser depan abah... Dah la kakak dia i still tak ada kerja... Dah umur 24 lak tu....

Dia la yang saya cakap laser saya masa saya buat cucur refer resipi tu... Menusuk kalbu, hokey....

Okey la, sekarang kita tengok aksi gedik dia bila depan kamera....

tengok la... betapa fotogediknya adik saya... hehe... dia la penghibur di kala duka... penyebuk di kala saya perlukan ketenangan... Heheh...


No comments: