Thursday, January 21, 2010

Destinasi cinta

Setelah 3 minggu di ofis baru, saya rasa saya telah menemui cinta hati saya. Perjalanan dunia kerjaya di sini adalah lebih baik dari di ofis lama. Walaupun working environment sangat worse kat ofis baru. Hehehe...

Saya rasa saya telah temui apa yang saya inginkan dalam karier saya. Sedar atau tidak, saya sangat enjoy bekerja di sini. Setiap pagi, semangat sentiasa berkobar-kobar untuk ke tempat kerja di mana perasaan ini tidak begitu membara semasa di ofis lama.

Mungkin saya tidak betah berurusan dan bekerja dengan orang. Jiwa saya lebih suka bekerja dengan tanaman kot. Menguruskan kebajikan pokok-pokok rockmelon membuatkan saya tenang. Walaupun bekerja di tengah panas (walaupun di bawah SPH), walaupun kepenatan berganda, walaupun saya jadi hitam, walaupun pecah peluh seharian, saya tetap gembira. Tetap gundah gulana bila mereka diserang penyakit. Kerana mereka, saya rajin menelaah buku-buku tentang penyakit dan serangga perosak rockmelon, which is chapter yang paling last saya hadap semasa di kampus dulu. Saya mula mengerti, inilah hidup yang saya cari.

Miss Dahlia, saya rasa menyesal tak study bab Crop Protection sungguh-sungguh masa di kampus dulu. Kalaulah aktiviti mengurus projek fertigasi ini saya lakukan sebelum menjejak kaki ke universiti, saya rasa, sayalah pelajar terbaik subjek Crop Protection, Hehehe...

Satu lagi faktor kenapa saya suka ofis baru mungkin kerana hidup saya di hometown ni tak diganggu oleh anasir-anasir negatif seperti KAWAN MAKAN KAWAN, KAWAN LUPA DIRI, KAWAN TAK SEDAR DIRI, KAWAN TAK KENANG BUDI. Eh, malas la aku nak fikir fasal engkau... Pegi mampus la... Hidup la engkau dengan kawan buah hati pengarang jantung engkau tu.... Kalau kau hadapi apa yang aku rasa dulu, aku rasa ada je yang terjun tingkat 4 flat 51 belakang uitm tu... Ingat la sikit, apa yang kau buat akan balik kat engkau suatu hari nanti... Tunggu je la...

Eh, tiba-tiba saya perasan entry yang bermula dengan penuh kecintaan macam sudah jadi sad ending pulak. Saya stop kat sini la.... Malas dah nak emo-emo....

No comments: