Friday, January 1, 2010

Happy 01.01.10

Happy New Year

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri saya untuk bernafas menghirup nikmat-Nya di muka bumi ini. Muhasabah diri di hari pertama tahun baru, menilai kekhilafan yang telah saya lakukan selama 365 hari di tahun 2009, serasa diri teramat kerdil. Mempersiakan 365 untuk melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, serasa amat menyesal.

Saya tahu saya tidak sempurna mana. Saya cuba jadi insan yang baik, terhadap Allah, sahabat-sahabat dan juga orang sekeliling, tapi kerana saya manusia biasa, masih banyak yang kurang. Saya masih lagi belum mampu untuk berprasangka baik terhadap semua orang, masih belum mampu membersihkan hati dari memburuk-burukkan orang yang tidak saya sukai, masih belum mampu untuk menahan amarah bila ada perkara yang teramat sangat mencabar had kesabaran saya. Saya masih belum sempurna.

Semoga tahun baru membawa lebih banyak kegembiraan, pengajaran, pelajaran baru, peluang yang lebih baik kepada saya. Dan semoga ada impian-impian saya yang mampu saya laksanakan dengan cemerlang.

01.01.10 membawa seribu makna kepada saya. Tarikh ini seolah membunyikan alarm kepada saya bahawa, hari yang saya hitung bersama Mohd. Nazri Fauzi semakin mendekat. Serasa amat gementar, berdebar... Kami masih belum bersedia. Persediaan diri, persediaan mental, persediaan kewangan. InsyaAllah, perancangan yang baik akan diberkati Allah, dan semoga Allah mempermudahkan kami mencapai impian kami.

2009 memberi terlalu banyak pengajaran tentang erti hidup kepada saya. Biarpun perit meniti hari, namun alhamdulillah, 2009 berakhir dengan 'happy ending' bagi diri saya.

Buat semua orang-orang yang terlibat, TERIMA KASIH... Maafkan semua salah dan silap saya. Saya tahu saya tidak sempurna...

Salam 1 Januari....

No comments: