Thursday, January 7, 2010

Mood hari ini....

Mood hari ini masih seperti 4 hari lepas. Mood untuk bekerja masih belum ada. Rasa bimbang. Tahun ni, negara berada dalam tahun terakhir untuk RMK-9. Ramai pekerja kontrak, pekerja sambilan kerajaan diberhentikan kerana kekurangan peruntukan untuk membayar gaji mereka. Saya sangat bimbang. Kerana saya masih belum lagi mempunyai kerja. Semestinya sukar untuk mendapat peluang pekerjaan di sektor kerajaan tahun ini. Adui, bimbangnya. Sekarang baru di bulan Januari. Dan masih ada lagi 11 bulan yang tidak pasti. Tahun depan dah 25 tahun.... Urgh, tuanya...

Dalam setahun ini, saya perlu melengkapkan diri dengan segala kemahiran yang diperlukan untuk mendpat tempat di sektor kerajaan atau swasta. Namun, jauh di dalam hati saya, saya rasa saya lebih suka untuk bekerja di sektor swasta. Tapi biasanya, ibubapa lebih suka anak-anak mereka menceburi sektor kerajaan. Hmm, dalam keadan sekarang, tak kisah la dapat kerja kerajaan ke, swasta ke, yang penting, dapat kerja.

InsyaAllah...

Saya sendiri pun sudah tak tahu bagaimana untuk memperbaik mood kerja saya. Buku Law of Attraction, yang saya beria-ria beli di MIECC dulu pun, masih belum khatam lagi. Bukan tak mempunyai masa lapang, tapi semasa di tempat internship lama, terlalu banyak masalah yang mendatang menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk memahami Law of Attraction. Dan kini, di tempat internship baru, buku tu masih terbiar sepi.

Azam minggu ini, saya akan habiskan buku tu di hujung minggu ini....

Insya Allah.

Tapi.... hujung mingu ni nak hang out dengan my Abe Ku Saye... Well, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Hari ni, my x-immediate supervisor mengSMS saya... What a concern supervisor...

Thank you boss...

Pesanan untuk my x-immediate supervisor,

~ siapkan claim bulan Januari hujung bulan ni ye... Hehe...

No comments: