Friday, January 22, 2010

Rahsia malam Jumaat...

Dont know how to start with...

17 Januari 2010, bukan hari Jumaat kan? Ya, memang bukan hari Jumaat pun walaupun tajuk entry ni tertera malam Jumaat. Tak kisah la hari apa. Tapi malam 17 Januari tu aku menerima SMS berisi mesej "Sayang, i love you so much". Nombor telefon yang takde dalam handset aku.

Wondered juga... sape la... Then aku balas " I just afraid u got the wrong number. I'm not your sayang"

Then dia balas "Dont afraid coz i'm not to hurt u.dont afraid coz u r not loose anything if i got the wrong #" Ni SMS real ok... Aku tak edit content dia even a letter.

Pastu aku tak balas sebab malas nak layan orang tak kenal.

Tapi malam tadi, malam Jumaat.

Hoih, ayat tak de kaitan....

Ok, malam tadi, aku tak dapat tido. Then golek-golek atas katil sambil godek handset. Baca-baca SMS lama. Then, terbaca balik mesej 17 Januari tu. Tengok nombor cam kenal. Tapi try check di handset Celcom, still tak tau nombor sape. So, aku hantar la SMS, "Sape ni". Tapi dia tak balas. Ok, maybe dia tido. Time tu dah pukul 1 pg lebih kot.

Terfikir jugak, maybe kawan-kawan. Tapi nama dia tak de lalam simpanan aku sebab telefon lama aku rosak dan semua nombor telefon aku save dalam handset, bukan di sim card.

Pagi tadi, dia balas. Aku lupa apa ayat apa dah. tapi dia cam tak nak gitau dia sapa.

Tapi lepas tu aku mengadu kat my Abe Ku Saye. Then my Abe Ku Saye suruh forward sume msg budak tu kat dia. Aku dah forward sume kecuali msg first yang dia cakap I lv u tu. Tapi, maybe time tu my Abe Ku Saye not in the cool mood, so tak pasal-pasal kitorang gaduh.

Gaduh giler ok sampai habis ungkit benda-benda lama n sampai keluar perkataan aku-engkau.

Masa tu aku dah tension dah. Apasal pulak aku t-tiba kena marah sebab dapat SMS dari orang yang aku tak kenal, orang yang dia tak kenal.

Pastu dia bagi cadangan. "Hantar message kt budak tu cakap dia binatang."

Pastu aku balas, "Kalau dia kawan sayang, cane? Sayang yang dapat malu nanti."

Dia cakap, "Peduli apa. Pandai sangat nak main-main."

Pastu message yang berbunyi agak kasar dan agak kurang ajar which aku pun tak sampai hati nak taip selamat sampai kepada kawan RAHSIA itu.... Bunyinya, :"Bntg ah ko. Sbb ko aku gaduh dengan laki aku." See, sangat kurang ajar dan ber IQ rendah kan hantar msg mcm tu kat org... Aku tak tuduh sape2 ok...
Tapi orang di sana tetap balas. Msgnye berbunyi, "Asal lak? Laki ko igt ko lesbian ke?"
So, dari sms ini, aku meramalkan sendernya adalah perempuan.

Tapi nafsu marah mengatasi segalanya. Setan dah bersorak menang time ni bila aku balas "Aku tany ako sape ko tak nak jawab. Kan aku dah cakap aku tak kenal ko. Sbb tu aku tanya ko sape. Yang ko gi hantar msg sayang i luv u tu, pehal. Ko la yg lesbian..." Time ni aku dah tak waras.

Aku ni pantang sikit kalau kesabaranku tercabar. Aku akan transform jadi monster zalim nanti. Sebab tu kalau aku tengah sabar, jangan api-apikan aku. Kalau aku meletup, mmg dah tak macam orang dah.

Dia ttp balas masg aku, ok. Kali ni dia balas "Mana ada aku anta. ko jangan main tuduh je. Idiot."See, dia curah minyak petrol dalam api! Not my mistake ok. Pandai ko ye nk bakar amarah aku..

Balasanku kali ini "Kalau takde nombor ko tercongok kat sender tu, tak de la aku msg tanya ko sape. Aku tanya sape sbb aku aku tak tau". Faham tak aku tak kenal ko? Aku ni, punya la nak berprasangka baik sampai aku kerah habis kawan2 aku cek nombor telefon ko. Dan dorang cakap dorang pun tak tau. Ko igt ko DIVA? Sume orang kenal?

Tapi kawan aku cakap jangan layan je. Dan cakap mintak maaf la dengan ko. Sbb maybe ko kawan aku. Then aku mintak maaf. See! Aku yang ego dan keras kepala ni sanggup mintak maaf dengan ko hasil perbuatan ko yang bergurau cam biawak! Apa mahal sangat nama ko sampai takleh gitau aku?

Tapi sekarang aku nak lupakan sume ni. Hari Jumaat dicemari dengan anasif negatif yang tah pape. Aku pun tercalit dosa sama.... Puas la hati ko kan...

Tapi kalau betul ko kawan aku, aku betul mintak maaf. Aku tanya cara baik ko sape, ko nak buat jual mahal. Boleh tak berprasangka baik sikit? Boleh tak pk yang aku ni mmg tak knl ko ke, aku terhilangkan no ko ke... See! (Ulangan perkataan SEE yang ke beberapa kali. Malas aku nak kira) betapa teruknya impak bila ko cuba gurau kasar camtu.

Tapi, tak kira la apa pun, kepada pemilik nombor ,aku mintak maaf. 0-0 ok...


Sayang, if u read this, i think you should guide me more on how to be calm n patient in this situation. See, how teruk i am bila kesabaran saya tercabar. Sama dengan yang jadi kat Shah Alam kan....

Buat 017-6_7_7_1, terima kasih keran amenjadi batu pengukur untuk menguji tahap iman saya. Sabr itu separuh dari iman, dan tadi nampak sangat iman saya masih kurang. So, let alone la benda-benda yang berlaku hari ni, it is better for me to improve my level of patience.

Dan kesimpulannya, SAYA TAK LULUS UJIAN KESABARAN DARI ALLAH SWT DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI... Ase hinanya saya. tapi nasib baik saya diberi kesempatan untuk muhasabah diri dan diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki diri. Ya Allah, ampunkan saya,. Syukur kerana saya diberi peluang untuk melalui hari ni.. And i got a very good lesson today.

No comments: