Sunday, January 24, 2010

Saya dah tau dah...

Yeay!

Saya dah tau dah cane nak tukar background blog... Yuhu!!! Kredit to Kak Green Apple sbb saya visit page dia la saya tahu cane nak tukar blog skin ni...

Cantik tak page saya sekarang?

Cantikkan??

Haha, gile riak saya ni... Tuhan tarik balik nikmat Dia bagi kang, baru tau...

Tak kira la korang nak kutuk pun, yang penting saya suka my blog...




Hmmm, saya sebenarnya tengan bimbang. Tengah susah hati. Sebab esok saya kena pergi taklimat apa tah dengan my fren, Irah. Dua hari... Esok and lusa... Saya bukan bimbang pasal saya kena attend that taklimat, tapi saya bimbang fertigation site saya... Pokok-pokok tu tengah sakit, saya bimbang. Saya ingat esok nak pergi site tu. Nak ambil gambar and email ke Miss Dahlia which is my lecturer for Crop Protection masa kat campus dulu...

Saya betul-betul bimbangkan pokok-pokok tu... Kesian dia... Nanti wabak tu merebak, habis rugi peserta-peserta fertigasi saya... Adui, beratnya hati nak attend that taklimat.

Saya rasa saya dah mula jatuh cinta sekali lagi. Jatuh cinta pada fertigasi. Siyes, saya sangat bimbang kan mereka. Hati saya tak senang nak lengah-lengahkan rancangan saya untuk snap pictures simptom-simptom penyakit dah hantar kepada Miss Dahlia untuk keterangan lanjut. Saya tak sabar nak rawat mereka....

Korang doakan la penyakit dorang tak melarat selama saya tak pergi jenguk mereka tu, ya... Hokey, tq... Daa~


No comments: