.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, February 27, 2010

Pelamin anganku musnah...



Semalam niat nak diet.






Breakfast :- Pisang sebiji dengan susu segelas.






Lunch :- Pisang 2 biji dengan air kosong.






Dinner :- Sup sayur (kul 6.00 ptg)


























Tiba-tiba malam abah bawa balik KFC hot n spicy.... Kononnya celebrate birthday adinda bongsu yang lahir hari Maulud...






Hancus diet ku...






Goyah imanku...














Pelamin anganku musnah....

Friday, February 26, 2010

Sesuci hati, setulus budi...

Salam, for sharing......

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba.Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !



AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

Thursday, February 25, 2010

Lesson learned



Semalam saya harvest rockmelon.




Semalam saya sakit kepala.




Semalam saya gastrik.




Semalam saya buat choclate cupcakes.




Semalam saya buat silap.
Pastu kantoi. Pastu saya takut nak jumpa my En. Boss. Pastu saya ngadu kat my sayang. Pastu my sayang marah saya gile-gile. Pastu saya tobat tak nak buat lagi dah...


Hari ini...

Saya fikir saya akan mati. Sebab for sure kena marah dengan  En. Boss. 

Then;




TADAAAAAAA!


Saya tak mati pun.
Just kena marah, kena tegur.
Pastu mintak maaf.
Pastu janji tak buat lagi.





For conclusion; lesson learned.






.:Ucapan:.

Sayang, thanks for the advices.

Tuesday, February 23, 2010

Can you plz be more rationale?

Saya tak bermaksud untuk, mengkomplen [cm pelik je perkataan ni], berburuk sangka, bersikap pasif, negatif, pesimis dsb.

Tapi saya rasa penat.

Penat jiwa.

Penat hati.

Penat minda.

Penat otak.


Kenapa mesti begini?

Sayakah yang bersalah?

Sayakah yang tidak mengerti?

Sayakah yang tidak memahami?

Sayakah yang keras kepala?


Tapi saya buat semua tu untuk kita. Untuk kamu. Untuk saya. FOR US.

Kadang-kala, saya pelik. Kenapa semakin saya merapati kamu, kita semakin jauh. Semakin saya mengejar kamu, semakin kamu lari.

Tapi...

Kalau saya yang menjauh, kamu yang menghampiri.
Kalau saya yang berlari, kamu yang mengejar.
Kalau saya diam, kamu yang berbicara.
Kalau saya sepi, kamu yang sunyi...

Abang, please... Don't do these to me.

Apa yang abang nak sebenarnya?

Saya tak faham.

Saya pening.

Saya keliru.

Saya celaru.

Saya tak tahu.


Abang, cara untuk mempamerkan kasih sayang memang pelbagai. Saya akui. Tapi, i just dont like the way you express your feeling to me.

Coz I call it;

Mengongkong. Tak rasional. Pentingkan diri sendiri. Pesimistik.

Abang macam tak percayakan saya. Kita dah lama. Sampai bila harus begini...


I just want a happy ending love story. I just want our relationship be like before. I just want you.

Friday, February 19, 2010

Semalam yang penat

Semalam sangat penat jiwa.

Pertama; sebab kena marah dengan Mr. Bos [erk!!! bos keeeeerrrr?] tapi tak diberi peluang untuk memberi penjelasan dari pihak kita.

Patutnya sebagai pegawai yang menguruskan kitorang, dia tak boleh guna kuasa veto dia untuk buat kita menjalankan tugas kita. Dia kena fair and square. Kena dengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak. Kita pulak, sebab dah tahu kata dia tak boleh dibantah sebab dia sangat HANGIN, kita diamkan aje. Susah sangat ke kalau dia nak cakap; 'I heard some rumours about you at the project site, can u plz explain that to me. I need to hear from your side.' Susahkah? Susah sangat ke jadi understanding begitu. Sekurang-kurangnya, fikirlah apa masalah yang kitorang hadapi di project site, or whatsoever...

Dia cakap, 'You knew me very well, rite? So, office hour is 8-5, plz no one dare to change it on your own!'

Erk???? Tau tak Mr. Bos, macam mana kerja di project site? Mr. Bos ingat sama ke dengan kerja di ofis, duduk atas kerusi empuk goyang kaki tengok movie di laptop sambil ditiup angin ganas dari aircond zaman jepun tu???????? Ek eleh.. cuba cerita sikit kul 9 Mr.Bos hilang ke mana... Cuba cerita sikit what meeting should u attend after 9am everyday.... Meeting di kedai Kak Yah sambil minum RADIX???? Erk, plz don't be hypocrite.

Owh, plz..... Cuba Mr. Bos buat kerja nonstop di project site 8-5, apa perasaan anda? Toksah kata 8-5 la, cuba je buat 8-1pm, apa rasa? Kalau Mr. Bos tak pengsan, sila bagitau saya apa pengalaman Mr. Bos... Saya pun ada rasa berminat nak tahu la apa rahsia Mr. Bos boleh maintain bertenaga... Kot-kot la boleh apply sama.

And one more thing Mr. Bos, saya rasa saya tak pernah dengar lagi orang lawat project site 8-5 no more or less... Kalau Mr. Bos kenal dengan pegawai sebegitu, plz introduce him/her to me... Really want to know him/her... Really interested....

Panas ok. Semalam sangat panas. Nasib baik staf lain ada yang berani menghibur dan menceriakan suasana. Kalau tak, for sure aku dah taip resignation letter nak hantar ke Khazanah...

Nasib baik aku SABAR!!!!


Kedua; penat fikir masalah yang saya fikir dah selesai. Soalnya hati...

Egie : 'Ja, aku penat.'

Jaja : 'Tau penat... So, putus hubungan terus dengan dia. Tak yah fikir fasal dia.'

Egie: 'I've tried, but i can't.'

Wednesday, February 17, 2010

Relieved... :-)

Kalau semalam saya rasa tension,

Kalau semalam saya rasa stress,

Kalau semalam saya rasa bimbang,

Kalau semalam saya rasa kurang kasih sayang,

Kalau semalam saya rasa tak kuat,

Kalau semalam saya rasa tak ada semangat,

Kalau semalam saya rasa serba salah,

Kalau semalam saya rasa tak layak jadi kekasih,




Hari ini saya rasa lega. Relieved. Rupanya apa yang saya bimbangkan, apa yang buat saya rasa tension, apa yang buat saya rasa negatif, adalah bukan milik saya. Bukan hak saya. Bukan rezeki saya. Setelah semuanya selelsai hari ini, saya rasa lega.

Walaupun dari situasi yang berlaku nampak seolah-olah saya yang lemah, saya yang cepat mengalah, saya yang tidak berusaha, saya yang tak pandai berdikari....

Tapi setelah saya muhasabah diri, inilah sebenarnya yang terbaik untuk saya.

Saya pernah cakap, kan... Ada masalah yang sangat mengganggu kita, tapi sukar untuk berkongsi dengan orang yang rapat dengan hati dan kehidupan kita kerana masalah itu adalah P&C.

Hari ini, setelah keputusan dan kata sepakat dicapai, sedar atau tidak, masalah yang menghimpit hati kecil dan minda halus saya turut selesai.

Syukur padaMu Ya Allah kerana menyayangi dan melindungi diri saya. Hanya Engkau yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Syukur Alhamdulillah...

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)


Bila Kekasih Mengundang aku Pulang
Mahligai Menanti Penuh Gemilang
Bila Kekasih Menyingkap Tabir Cinta
Tiada Terbatas Dengan Kata-kata
Dapatkah aku Membalas Dengan Air Mata
Tanda Syukur Menerima
Setelah Sekian Lama
Menghamba Hidup Pada Dunia
Seribu Tahun Takkan Sama
Sesaat Bersatu Dalam Nyata
Kerna Kasih ku Sanggup Korbankan
Jasad dan Nyawa
Terang Bulan Kerana Mentari
Hadir Bayang Kerana Cahaya
Begitulah Cinta Kita
Tiada Jarak Pemisah Lagi
Tiada Garis Sempadan Budi
Aku Terima dan Jua Memberi
Seikhlas Hati
Seribu Tahun dan Sejuta Langkah
Seribu Tahun Bersinar Cinta
Kita Bertemu Di Penghujung Rindu

Tuesday, February 16, 2010

Macam mana, eyh?

Cemana eh kalau kita tak boleh solve problem kita by ourself, tapi tak boleh share dengan orang lain sebab masalah tu adalah sangat P&C [private and confidential]. Pastu mula la kita rasa tak ada semangat, rasa tension, rasa serabut. Padahal kalau kita share dengan someone, senang aje that someone boleh recommend the solution. Benda-benda macam ni la yang selalu buat saya STRESS.


Lagi satu kan, pernah tak sometime kita rasa useless, tak kuat, tak cantik, semua orang tak suka kita, tak ada semangat, stress tak pasal-pasal, tak happy, bimbang tapi tak tau bimbang tentang apa, tak pandai berdikari, tak layak jadi kekasih buah hati kita... Pernah tak?

Macam mana eyh nak elakkan dari menghadapi situasi sebegitu? Sebab saya tak suka bila saya hadapi perasaan macam tu kerana ia boleh membunuh semua elemen-elemen positif dalam diri saya. Bila elemen-elemen positif tiada dalam diri saya, mula la my sayang cakap...

'Sorry, i fail to change u'

'U r full of negative aura'

Saya tak suka dia cakap macam tu. Sebab bukan saya tak cuba berubah, bukan saya tak belajar jadi kuat, bukan saya tak ikut nasihat awak.

But i need your continuous support and reminder. I really want to be a new tougher Nur Izyan. Seriously!!!

But dear, can u?


Anyone???? Is there anybody can help me?

Engagement 14 Februari 2010

Dah lama tak post entry.

Busy + Malas = Relax

Sebenarnya saya busy dengan satu majlis besar pada hari Ahad lepas bersamaan 14 Februari 2010, tapi tak bersamaan dengan Valentine's Day ya..

Majlis Pertunangan

Tapi bukan majlis saya. Tapi my auntie. Ni la my maternal auntie terakhir yang akan menamatkan zaman bujang dia. Sekarang sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan dia. Orang negori.. Ngeee~

Fizal + Faizal... Ok la tu....Kan?

Hari tu saya ditugaskan menyolek auntie. Dan juga temankan dia semasa majlis berlangsung. Nervous gile dowh semasa duduk di sisi dia semasa upacara menyarung cincin... Haih, aku pulak yang nervous. Auntie relax-relax aje... Hahaha... Ambil berkat... [wink*wink]

Rasa tak sabar pulak nak bertunang sama. Tapi my abe ku saye cakap, sabar dulu ya sayang... So saya pun sabar aje... InsyaAllah, tahun ni kami bertunang. InsyaAllah. Doakan kami ya...

Dah-dah... Jom kita tengok gambar-gambar semasa majis berlangsung. Simple yet perfect.


Gambar utama of course la gambar cincin, kan? Tanpa cincin, tak lengkap la sesebuah majlis pertunangan itu. Ceh... Bajet full of tradition la kononnya aku ni... Cincin dia sangat chanthek... My abe ku saye, sila take note. Wah! Hahaha!!!!

Kemudian jom la kita beralih kepada pasangan yang bertunang. Baju dia tak sama color sebab salah handset. Gambar MMS adalah tak boleh percaya... Ilusi optik yang terjadi menyebabkan color adalah berbeza sama sekali.

Ramai sangat yang nak ambil gambar sampaikan Uncle Faizal [pandai-pandai je saya panggil uncle Faizal padahal tak discuss pun lagi dengan auntie kena panggil apa]tak pandang camera saya... Tapi takpe. Kita ambil gambar dia banyak-banyak masa majlis sanding nanti. Last but not least, gambar penulis haruslah tidak dilupa. Buat pengetahuan readers, gambar penulis sentiasa membawa elements GEDIX dan ngada. So, harap bersabar di dalam hati. Dan jangan kutuk sebab orang mengutuk dapat dosa.




Wednesday, February 10, 2010

Ujian Allah



Saya demam...






Badan rasa berbahang...






Selsema...






Tekak tak selesa...






Kepala sakit...






Tak de selera makan...














==> Ellen, virus, bacteria and pathogen kamu telah menjangkiti saya....


























Tapi berjaya beli cd New Moon and Old Dogs. Saya sangat fanatik dengan Twilight. Tengok 16x pun tak pe... hari tu, sebelum balik dari Shah Alam, dah cuba untuk tengok New Moon for the 2nd time, tapi tak berjaya... Uhuks... Tapi tak pe, Edward tetap tersemat di hati. Eceh....

Sunday, February 7, 2010

Prawn olio

Hari ni saya nak share the most favorite recipe of mine...

Prawn Olio Spaghetti

Ni la resipi yang paling family saya suka. Resipi ni resipi saya main agak-agak je lepas makan kt Pizza Hut. Tapi rasa dia, boleh la... Dah di modify dari resipi asal Prawn Olio Pizza Hut...

Bahan-bahannya:
1 paket spageti San Remo - jgn beli yang brand malaysia, tak sedap dan tekstur spageti tak best.
3 sudu olive oil
1 sudu kecil Italian herbs McCormick
5 biji cili padi
5 biji bawang putih cincang
1 biji bawang besar dadu
1 bungkus sosej Ayamas - sosej lain tak best sebab aroma dia tak sebest Ayamas
udang dibuang kulit
1 kiub pati ayam
daun saderi dan daun bawang - hiris
garam gula

Cara-cara
1. rebus spageti dengan sedikit garam dan olive oil sampai lembut, tos.
2. sosej di hiris nipis dan digoreng sampai masak
3. tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hiris sampai naik bau
4. masukkan udang
5. masukkan kiub pati ayam dan sedikit air
6. kemudian masukkan garam dan gula
7. pastu masukkan itaian herbs
8. pastu bolehlah dimasukkan spageti
9. then, kita msukkan sosej yang telah digoreng tadi.
10. pastu kacau rata dan rasa garam gula
11. sebelum angkat bolehlah dimasukkan daun sup dan daun bawang.
12. hidangkan bersama serbuk bawang putih McCormick (optional).

p/s: kalau takde udang, guna sosej saja pun takpe. kiub pati ayam pun kalau tak letak, tetap sedap. resipi ni sesuai utk orang-orang yang diet sebab ianya sgt mengenyangkan dan perut tahan kenyang untuk tempoh yang lama.



Thursday, February 4, 2010

Mencari damai yang hilang...

Sini gaduh, sana pun gaduh.

Sini merajuk, sana pun merajuk.

Sini marah, sana pun marah.






So, cane nak cari damai yang hilang nih?


Kan best kalau dapat jadi cenggini:


Now that you're out of my life
I'm so much better
You thought that I'd be weak without you
But I'm stronger
You thought that I'd be broke without you
But I'm richer
You thought that I'd be sad without you
I laugh harder
You thought I wouldn't grow without you
Now I'm wiser
Thought that I'd be helpless without you
But I'm smarter
You thought that I'd be stressed without you
But I'm chillin'
You thought I wouldn't sell without you
Sold 9 million

I'm a survivor (What?)
I'm not gon give up (What?)
I'm not gon stop (What?)
I'm gon work harder (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm gonna make it (What?)
I will survive (What?)
Keep on survivin' (What?)

Thought I couldn't breathe without
I'm inhaling
You thought I couldn't see without you
Perfect vision
You thought I couldn't last without you
But I'm lastin'
You thought that I would die without you
But I'm livin'
Thought that I would fail without you
But I'm on top
Thought it would be over by now
But it won't stop
Thought that I would self destruct
But I'm still here
Even in my years to come
I'm still gon be here

I'm a survivor (What?)
I'm not gon give up (What?)
I'm not gon stop (What?)
I'm gon work harder (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm gonna make it (What?)
I will survive (What?)
Keep on survivin' (What?)

I'm wishin' you the best
Pray that you are blessed
Bring much success, no stress, and lots of happiness
(I'm better than that)
I'm not gon blast you on the radio
(I'm better than that)
I'm not gon lie on you and your family
(I'm better than that)
I'm not gon hate on you in the magazines
('m better than that)
I'm not gon compromise my Islam
(I'm better than that)
You know I'm not gon diss you on the internet
Cause my mama taught me better than that

After of all of the darkness and sadness
Soon comes happiness
If I surround my self with positive things
I'll gain prosperity

Tapi masalahnya tak leh... Bukan tak leh sume, ada yang saya boleh buat. Tapi ada some parts yang tak tercapai dek kemampuan seorang insan. Kita berserah saja la...

Only Allah knows why...

Kenapakah soalan sebegitu ditanya?




Kenapa masyarakat sekeliling suka bertanyakan soalan yang tak perlu dijawab?
Kenapa masyarakat sekeliling suka bertanyakan soalan yang tak patut ditanya?


Soalan pertama

Kenapa ambil STPM Sains stream instead of matriculation?

Hati saya menjawab

Halluuuu, kalau matric tu boleh dimasuki sesuka hati, boleh dipilih sesedap rasa, dah lama ok aku masuk matric!!!!



Soalan kedua

Kenapa ambil course Agrotech? Tak ambil course Sains Komp ke, Biz Admin ke?

Hati saya menjawab

Bengong ko apo? Ingat nak pilih course tu buleh main tunjuk2 ngan jari telunjuk, pastu org UPU ckp, 'ok, beres. Sila masuk course yang awak pilih tadi. terima kasih'....



Soalan ketiga

Weh, engkau dah 4 tahun lebih couple, apasal tak kawen lagi?

Hati saya menjawab

Apa engkau ingat couple 4 tahun lebih, duit jatuh berdebuk dari langit 20 ribu ringgit untuk buat majlis kawen ke?



Soalan keempat

Weh, engkau dulu couple dengan Mr. Asrizy 3 tahun lebih, apasal clash? Tak sayang ke? Kalau tak sure sekarang korang dah kawen....

Hati saya menjawab

Apa engkau ingat, aku tahu ke yang jodoh aku dengan dia sampai takat tu je... Lagipun, belum tentu kalau aku stay dengan dia, rezeki kitorang sama dengan rezeki yang dia dapat sekarang?



TAPI MULUT SAYA MENJAWAB

NTAH LA... sambil senyum simpul penuh ikhlas walaupun hati mensumpah berkilo-kilo.



Hadui la... Penat ok berhadapan dengan soalan-soalan sebegitu. Manusia, boleh tak dari engkau beramah mesra bertanya khabar bercampur menjaga tepi kainku, baik engkau diam. Kalau aku laser, engkau kecik hati. Kalau aku balas, engkau cakap kurang hajar. So, sebelum pape yang buruk berlaku, better engkau DIAM.... sebelum aku sumpah engkau jadi sesumpah....


Wah, emo tiba-tiba... Tapi betul la, kadangkala kita jadi sensitif dengan soalan orang yang tak pandai jaga sensitiviti kemanusiaan. Maybe bagi korang soalan tu biasa aje. Takde deep impact pun kat hati korang, kan. Tapi cuba korang berada di tempat saya. Berada di tempat seorang

gadis

yang berumur 24 tahun tepat 3.35 pagi 18 Mac 2010 nanti,

yang tak ada kerja tetap,

yang sedang yang telah menjadi kekasih Mr. Abe Ku Saye selama 4 tahun 5 bulan,

yang grad dengan B. Sc. Agrotechnology (Postharvest Technology) dari UMT pada 15 Julai 2009,

yang kini sedang menjalankan training di bawah program GEMS di KETARA,

dan

yang ditanya soalan-soalan sebegitu, apa korang rasa?


yang benar,
saya yang tiba-tiba emo....

Wednesday, February 3, 2010

hari malu sedunia...



Little cuzzy (standard 2) : kak eg, penyapu bulu ayam apa dia in english?

Me : (Terpaku dan ter'blank') Kakak gi ambil buku teks kakak, meh kak eg cari. (Sambil cover malu....)



Adoi, xde plak dalam buku teks...



Me pun call Effa.

Me : Effa, penyapu bulu ayam in english apa eh?

Effa : Jap2 aku pikir... (Pun blank diterjah sebegitu)

Me : Bukan ke feather duster?

Effa : Eh, aku ase ada word yg lagi simple... Tapi lupa...

Off call...



Call Lie.

Lie : Hah apa dia? (Ada nada bouncer di situ)

Me : Penyapu bulu ayam in english apa eh?

Lie : (Juga tergamam seketika) Sat gi org sms kak eg nnt igt...

Me : Muet band 4 pun xleh jawab soalan budak darjah 2 ke? (Tapi dalam hati saja... Hehehe...)

Off call...


Call Syam.

Me :Emergency! Emergency!

Syam : Apa dia?

Me :Penyapu bulu ayam in english apa dia?

Syam : Bengong ke apa ko nih? (sambil gelak-gelak)

Me : Cepat la wei, aku tengah ajar sepupu aku yang darjah 2 nih...

Syam : Tak tau aku... Ce tanya Jaja.

Me : (Hek eleh, gelak-gelak tadi ingat kan buleh jawab...) Xpe la...

Off call....


TENGOK! BAPE RAMAI GRADUATES YANG TAK LEH JAWAB SOALAN ENGLISH DARJAH 2!!!!! HAHAHA! MEH LA KITE PAKAT MALU BERAMAI-RAMAI. BAPE BANYAK DUIT PTPTN HABIS SARA KITORANG NGAJI, TAPI FAIL SOALAN ENGLISH BUDAK DARJAH 2...

Bila search dalam tenet, dah betul dah feather duster tu... Tapi saya pun sependapat dengan Effa. Macam ada satu word lain yang lagi simple....

ANYONE?????

Sembuh...

Saya sakit...

Enam hari saya sakit, dan hari ni dah sembuh...

Magic tak? Haha... soalan tak berunsurkan islamic langsung...

Baiklah, syukur alhamdulillah kerana sakit saya sudah sembuh.

Saya sakit perut saja. Tapi sakit perut yang pelik. Saya tak pernah lagi sakit perut pelik macam tu selama 6 hari macam tu. Apa aku tulis ni? Tapi betul, perut saya sakit macam senggugut pun ada, macam bloating pun ada, macam gastrik pun ada. Tapi tak peod... Pelikkan... Nak makan ubat pun tak tahu. Makan ubat gastrik pun still sakit. Umi tungku dengan tungku panas pun still sakit. Sapu minyak mestika kat perut pun still sakit. Minum air halia pekat-pekat pun, still sakit. Makan ubat Dr. Emma Nazlin bagi pun still sakit. (Dr. Emma Nazlin bagi? Free? Banyak chantek.. Saya bayar 48 ringgit baru dia bagi tau!)

Dah hari ni, dengan magiknya, saya bangun pagi dengan perut yang tak sakit... Dan tengahari tadi, segala persoalan saya terjawab. Walaupun cam pelik untuk diterima...


Jawapannya.....


........


........



........



BIARLAH RAHSIA....


Tapi sebelum tu, masa dalam tempoh sakit tu, saya sangat takut. Sebab mak sedara saya cerita, sepupu belah hubby dia pun ada sakit camtu gak. Sebabnya, dia bertunang dengan a guy. Tapi at the same time, ada 3 lelaki yang kecewa dengan pertunangan dia bargabung tenaga mengenakan ilmu hitam kepada dia... Hadui, takut....

Tapi saya rasa tak logik sebab setahu saya, takde lagi orang yang kecewa dengan saya... Betul kan, sayang? Saya je ada yang kecewa dengan orang tapi saya tak bongok untuk sihir-sihir orang. Sebab, kalau betul kita ikhlas sayang kan orang tu, kita takkan sakiti dia. Kan?

So, kesimpulannya, saya dah sihat... Lalalala..... Hehehe...

Syukur alhamdulillah...