Thursday, February 4, 2010

Kenapakah soalan sebegitu ditanya?




Kenapa masyarakat sekeliling suka bertanyakan soalan yang tak perlu dijawab?
Kenapa masyarakat sekeliling suka bertanyakan soalan yang tak patut ditanya?


Soalan pertama

Kenapa ambil STPM Sains stream instead of matriculation?

Hati saya menjawab

Halluuuu, kalau matric tu boleh dimasuki sesuka hati, boleh dipilih sesedap rasa, dah lama ok aku masuk matric!!!!



Soalan kedua

Kenapa ambil course Agrotech? Tak ambil course Sains Komp ke, Biz Admin ke?

Hati saya menjawab

Bengong ko apo? Ingat nak pilih course tu buleh main tunjuk2 ngan jari telunjuk, pastu org UPU ckp, 'ok, beres. Sila masuk course yang awak pilih tadi. terima kasih'....



Soalan ketiga

Weh, engkau dah 4 tahun lebih couple, apasal tak kawen lagi?

Hati saya menjawab

Apa engkau ingat couple 4 tahun lebih, duit jatuh berdebuk dari langit 20 ribu ringgit untuk buat majlis kawen ke?



Soalan keempat

Weh, engkau dulu couple dengan Mr. Asrizy 3 tahun lebih, apasal clash? Tak sayang ke? Kalau tak sure sekarang korang dah kawen....

Hati saya menjawab

Apa engkau ingat, aku tahu ke yang jodoh aku dengan dia sampai takat tu je... Lagipun, belum tentu kalau aku stay dengan dia, rezeki kitorang sama dengan rezeki yang dia dapat sekarang?



TAPI MULUT SAYA MENJAWAB

NTAH LA... sambil senyum simpul penuh ikhlas walaupun hati mensumpah berkilo-kilo.



Hadui la... Penat ok berhadapan dengan soalan-soalan sebegitu. Manusia, boleh tak dari engkau beramah mesra bertanya khabar bercampur menjaga tepi kainku, baik engkau diam. Kalau aku laser, engkau kecik hati. Kalau aku balas, engkau cakap kurang hajar. So, sebelum pape yang buruk berlaku, better engkau DIAM.... sebelum aku sumpah engkau jadi sesumpah....


Wah, emo tiba-tiba... Tapi betul la, kadangkala kita jadi sensitif dengan soalan orang yang tak pandai jaga sensitiviti kemanusiaan. Maybe bagi korang soalan tu biasa aje. Takde deep impact pun kat hati korang, kan. Tapi cuba korang berada di tempat saya. Berada di tempat seorang

gadis

yang berumur 24 tahun tepat 3.35 pagi 18 Mac 2010 nanti,

yang tak ada kerja tetap,

yang sedang yang telah menjadi kekasih Mr. Abe Ku Saye selama 4 tahun 5 bulan,

yang grad dengan B. Sc. Agrotechnology (Postharvest Technology) dari UMT pada 15 Julai 2009,

yang kini sedang menjalankan training di bawah program GEMS di KETARA,

dan

yang ditanya soalan-soalan sebegitu, apa korang rasa?


yang benar,
saya yang tiba-tiba emo....

No comments: