.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, February 7, 2010

Prawn olio

Hari ni saya nak share the most favorite recipe of mine...

Prawn Olio Spaghetti

Ni la resipi yang paling family saya suka. Resipi ni resipi saya main agak-agak je lepas makan kt Pizza Hut. Tapi rasa dia, boleh la... Dah di modify dari resipi asal Prawn Olio Pizza Hut...

Bahan-bahannya:
1 paket spageti San Remo - jgn beli yang brand malaysia, tak sedap dan tekstur spageti tak best.
3 sudu olive oil
1 sudu kecil Italian herbs McCormick
5 biji cili padi
5 biji bawang putih cincang
1 biji bawang besar dadu
1 bungkus sosej Ayamas - sosej lain tak best sebab aroma dia tak sebest Ayamas
udang dibuang kulit
1 kiub pati ayam
daun saderi dan daun bawang - hiris
garam gula

Cara-cara
1. rebus spageti dengan sedikit garam dan olive oil sampai lembut, tos.
2. sosej di hiris nipis dan digoreng sampai masak
3. tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hiris sampai naik bau
4. masukkan udang
5. masukkan kiub pati ayam dan sedikit air
6. kemudian masukkan garam dan gula
7. pastu masukkan itaian herbs
8. pastu bolehlah dimasukkan spageti
9. then, kita msukkan sosej yang telah digoreng tadi.
10. pastu kacau rata dan rasa garam gula
11. sebelum angkat bolehlah dimasukkan daun sup dan daun bawang.
12. hidangkan bersama serbuk bawang putih McCormick (optional).

p/s: kalau takde udang, guna sosej saja pun takpe. kiub pati ayam pun kalau tak letak, tetap sedap. resipi ni sesuai utk orang-orang yang diet sebab ianya sgt mengenyangkan dan perut tahan kenyang untuk tempoh yang lama.



No comments: