Wednesday, February 17, 2010

Relieved... :-)

Kalau semalam saya rasa tension,

Kalau semalam saya rasa stress,

Kalau semalam saya rasa bimbang,

Kalau semalam saya rasa kurang kasih sayang,

Kalau semalam saya rasa tak kuat,

Kalau semalam saya rasa tak ada semangat,

Kalau semalam saya rasa serba salah,

Kalau semalam saya rasa tak layak jadi kekasih,




Hari ini saya rasa lega. Relieved. Rupanya apa yang saya bimbangkan, apa yang buat saya rasa tension, apa yang buat saya rasa negatif, adalah bukan milik saya. Bukan hak saya. Bukan rezeki saya. Setelah semuanya selelsai hari ini, saya rasa lega.

Walaupun dari situasi yang berlaku nampak seolah-olah saya yang lemah, saya yang cepat mengalah, saya yang tidak berusaha, saya yang tak pandai berdikari....

Tapi setelah saya muhasabah diri, inilah sebenarnya yang terbaik untuk saya.

Saya pernah cakap, kan... Ada masalah yang sangat mengganggu kita, tapi sukar untuk berkongsi dengan orang yang rapat dengan hati dan kehidupan kita kerana masalah itu adalah P&C.

Hari ini, setelah keputusan dan kata sepakat dicapai, sedar atau tidak, masalah yang menghimpit hati kecil dan minda halus saya turut selesai.

Syukur padaMu Ya Allah kerana menyayangi dan melindungi diri saya. Hanya Engkau yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Syukur Alhamdulillah...

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)


Bila Kekasih Mengundang aku Pulang
Mahligai Menanti Penuh Gemilang
Bila Kekasih Menyingkap Tabir Cinta
Tiada Terbatas Dengan Kata-kata
Dapatkah aku Membalas Dengan Air Mata
Tanda Syukur Menerima
Setelah Sekian Lama
Menghamba Hidup Pada Dunia
Seribu Tahun Takkan Sama
Sesaat Bersatu Dalam Nyata
Kerna Kasih ku Sanggup Korbankan
Jasad dan Nyawa
Terang Bulan Kerana Mentari
Hadir Bayang Kerana Cahaya
Begitulah Cinta Kita
Tiada Jarak Pemisah Lagi
Tiada Garis Sempadan Budi
Aku Terima dan Jua Memberi
Seikhlas Hati
Seribu Tahun dan Sejuta Langkah
Seribu Tahun Bersinar Cinta
Kita Bertemu Di Penghujung Rindu

2 comments:

cik shaiDa aZlin said...

nape ni gee? pnc sgt ke even aku pun

Egie Polaris said...

p&c gak ah... sbb xleh cite kt org len... kalo crita, akn mburukkn keadaan or mjtuhkn pride org...

xpe la... aku sbr je....

wsh me luck...