.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 30, 2010

Sahabat

Macam geli nak taip perkataan sahabat di ruangan title setelah apa yang saya lalui 6 bulan ini. I used to have a bestfriend. Used to.

Tapi tak ke mana pun. 4 tahun kami berkawan. 4 tahun saya ikhlas berkawan dengan dia. 4 tahun saya percayakan dia. Tapi ini yang saya dapat. Ya, saya pun tak sempurna. Ego saya tinggi. Saya kuat memberontak. Saya cepat marah. Saya kurang sabar. Tapi syukurlah, pengalaman di Shah Alam mengajar saya untuk jadi lebih penyabar, lebih merendah diri. Tapi masih tidak cukup sempurna.

Kalau dia tak pernah bergelar sahabat, tidaklah saya rasa terkilan sebegini. Tapi bila kita ikhlas menolong, ikhlas membantu, kita akan rasa terkilan bila mendapat balasan begini. Sesiapa pun, akan rasa apa yang saya rasa. Kalau pun saya tidak mampu selalu menyenangkan hati dia, kalau pun saya tidak mampu selalu menggembirakan dia, sekurang-kurangnya ingatlah betapa besarnya hati saya membantu tika dia tiada tempat berpaut, betapa ikhlasnya saya menghantarnya hingga ke muka pintu sewaktu dia tidak sempat membeli tiket bas pulang berhari raya ke kampung. Bukan saya mahu mngungkit. Tapi hati ini terkilan. Bukan tidak ikhlas, tapi sedikit sebanyak, rasa pedih.

Kalau dia bukan sahabat selama ni, kalau kami tak pernah berkongsi sedih dan tawa selama ni, tidaklah saya terkilan mana. Tidaklah saya bersedih hati. Tidaklah saya berkecil hati.

Tapi dia pernah bergelar sahabat. Pernah bersusah senang bersama. Pernah berkongsi megi semangkuk. Pernah berkongsi air segelas.

Dan sekiranya saya bersalah, saya merendahkan hati serendah-rendahnya, dan memohon maaf dari dia. Tapi bila dia meletakkan semua kesalahan di atas bahu mereka yang tiada kaitan dengan kehidupan kami, saya rasa makin terkilan. Inikah sahabat yang saya kenali 4 tahun lepas. Inikah dia sahabat yang terkenal dengan gelaran innocent di zaman universiti dulu.

Tak apalah sahabat, kalau apa yang saya dapat hari ini kerana silap saya di masa lalu, saya terima. Semoga kamu tidak pula melalui apa yang saya lalui hari ini, kerana silap kamu di hari ini.

Semoga hidup kamu dirahmati Allah.

Sahabat, kamu terkenal dengan sifat baikmu dulu, kekalkan lah.... Semoga hidupmu lebih baik di masa depan.


Dan saya, tidak pernah akan berhenti membaiki diri dan peribadi. Kerana saya tidak pernah sempurna. Setiap yang berlaku, saya jadikan pengajaran. Semoga diri bertambah matang. Diri bertambah kuat.


Ya Allah, tunjukkanlah aku hidayahMu...

Monday, March 29, 2010

Inilah hidup..

Saya melalui kenangan yang paling perit di Shah Alam. Dalam hidup ini, saya jarang berhadapan dengan peristiwa-peristiwa seperti itu. Cuma sesekali. Dan sesekali itu seakan meragut semua kekuatan yang ada dalam diri. Dan sesekali itu membuatkan saya lebih mengenal diri, lebih matang, lebih beringat. Tapi bila hilang rasa pedih, hilang rasa sakit, saya alpa kembali. Dan bila ia terjadi lagi, saya goyah kembali.

Kenangan di Shah Alam, mengambil masa 3 bulan untuk saya lupakan. Untuk saya maafkan mereka yang terlibat. Tapi bila diungkit kembali hari ini, gelora di jiwa seakan baru semalam saya laluinya...

Hati, sabar.

Hati, maafkanlah dia.

Hati, kuatlah.

Hati, Allah ada.

Hati, lupakanlah...


Saya tidak mengatakan saya betul. Saya tak bersalah. Saya tak gedik. Saya kenal saya siapa. Saya juga manusia biasa. Makhluk Allah yang lemah. Saya tidak sempurna.


Salah saya mungkin sebab terlalu mudah percaya pada orang. Terlalu berbaik sangka, dan bila terjadi sesuatu di luar sangkaan, saya cepat kecewa.


Mari kita baca tulisan kak Nani ROstam, http://nanirostam.blogspot.com, her writing is such a miracle medicament for a hurt soul... Kak Nani, saya copy paste ya... Saya dah letak link dah pun di tajuknya. Ilmu yang baik, elok dipanjangkan....

Mengapa Kita Suka Meletakkan Orang Dalam Keadaan Serba Salah. Baik Sangat kah Kita?

"Learn from your past, move on, grow stronger. people are fake, but let your trust last longer. do what you got to do, but always stay true, and never let anyone get the best of you".




Bumi Allah ini luas. Seluas manapun, jalan itu juga yang akan kita lalui. Pantai itu juga yang akan kita sisiri. Langit itu juga yang kita dongak dan merasai terik mataharinya, simbahan sinar bulannya dan mengkagumi kerlipan bintangnya.

Hari hari yang mendatang merupakan sebuah rentetan hidup buat kita nikmati.Dan hari-hari yang berlalu adalah satu sejarah yang harus kita pelajari dan usah dilupai.


Andai kita menyedari bahawa hidup ini bagai pusingan roda. Hari ini kita di bawah, esok lusa pasti kita diatas pula. Begitulah sebaliknya. Jangan sesekali kita berfikir yang kita tidak seperti mereka itu dan ini. Walhal bila tiba masa kita mahu tak mahu kita pula berada dalam situasi seperti yang pernah mereka tempuh.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Siapa kita untuk mencemuh, menilai dan memandang rendah apabila kita sendiri tidak berada di dalam keadaan mereka itu.

Siapa kita untuk selalu mencari kelemahan dan kekurangan mereka sedangkan kita sendiri tidak mampu tampil menghulur salam sebaliknya cuma berani menunjukkan kekuatan dan kebenaran di balik nama yang indah dan sekadar gambaran luaran yang kita adalah baik.


Memang mudah untuk lidah berkata-kata, memang mudah untuk jari menuding sana sini. Memang mudah untuk tangan membaling batu kemudian sembunyikan dibelakang. Tetapi kalau kita berada di tempat mereka barulah kita faham yang mereka cuma manusia biasa, yang mahu belajar dari pengalaman, kesilapan dan keadaan. Kalau kita tidak mampu membantu, sekurang-kurang memahami mereka dengan kata-kata yang indah dan baik. Jangan cuma tahu mencela kelemahan orang.

Wajarkah kita rasa keyakinan dan kekuatan orang itu adalah satu kelemahan dan keaiban dirinya.Sedang kita tak tahu apa yang cuba ditempuhi dan diatasinya. Bersahabatlah dengan mereka dengan kata-kata semangat, bukan menyebab mereka jadi jauh dengan kata-kata yang melemahkan lagi jiwa mereka.

Begitu saya memahami deritanya hati seorang isteri jiran sebelah saya. Tiada mendung, tiada hujan, tiba-tiba hati suami berubah pergi. Sudah hampir 6 bulan suami tidak mahu kembali. Bayang betapa hancur hati seorang isteri. Saban hari menangisi diri. Saya yang mendengar pun pilu sendiri. Sejak itu dia langsung tidak mahu bertegur sapa dengan jiran tetangga. Cepat-cepat keluar masuk rumah takut bertembung dengan jiran-jiran. Hilang entah kemana keyakinan dirinya selama ini. Melihat sikap nya jadi begitu saya tidak langsung berkecil hati terhadapnya. Malahan saya amat memahami situasinya. Dia keliru. Dia malu. Dia takut akan reaksi dari jiran tetangga bila mengetahui masalah rumahtangganya.

Memang wajar dia merasakan begitu. Kerana banyak di antara kita, hanya tahu mencemuh bila melihat kepincangan orang. Bila dia bercerita kepincangannya, kita mungkin merasakan untuk apa membuka pekung di dada. Sebaliknya bila dia bercerita rumahtangganya bahagia kerana dia cuba menjadi isteri yang terbaik, kita mengata yang dia terlalu yakin dan riak.

Mengapa kita begitu gemar meletakkan orang dalam keadaan serba salah. Mengapa tidak kita bersama-samanya cuba meletakkan diri kita ditempatnya. Dan menghargai hidup kita tidak seburuk nasib dirinya.

Saya amat memahami keadaan siisteri yang menderita ditinggalkan oleh orang yang dicintai begitu juga saya amat memahami keadaan suaminya yang memang dah tidak menyintai lagi isterinya dan cintanya telah beralih arah.Si suami mahu menceraikan isterinya tetapi isterinya merayu untuk tidak diceraikan.

Dalam keadaan begitu tiada siapapun yang bersalah. Amatlah sukar untuk kita menduga perasaan manusia.Kalau dah hilang rasa cinta, memang sukar untuk menemui kembali. Kalau dah menaruh rasa cinta pula amat sukar untuk membuangnya dari hati.

Namun hidup perlu diteruskan.Betapa pahit,pedih atau deritapun, kita harus tempuhi jua. Kadang-kadang dalam hidup kita cuma boleh memilih untuk melupakan atau terus mengenangkan penderitaan.

Kalau jiran saya itu datang dan mengadu nasib dan bercerita masalahnya kepada saya,pasti saya terima dengan hati penuh terbuka. Pasti saya akan depangkan tangan memeluknya penuh kasih sayang. Pasti bahu ini saya biarkan untuk dia menumpang tangisan. Pasti saya akan memberi perangsang dan semangat supaya keyakinannya datang kembali. Supaya dia merasa yang dia masih cantik, masih sempurna untuk merasai cinta yang lebih baik.

Tidak semua orang sama dalam menghadapi masalah hidup ini. Saya sekadar dapat melihat dan merasakan dari jauh kerana dia memilih untuk menghadapinya sendiri. Saban hari menangisi nasibnya sendiri. Merahsiakan perihal rumahtangganya dalam pengetahuannya sendiri.Mudah-mudahan dia tahu apa yang dia lakukan untuk menangani penderitaan jiwanya.

~~~~~~~
Buat Norehan Arifin dan Zurafni Mat Daud, saya minta maaf dan terima kasih untuk segalanya.


Wednesday, March 24, 2010

Mari Membina Jiwa yang Sihat....

Semalam saya beli RAPI mag... The content was so good... worth every cent....

Kat sini, saya nak kongsi satu artikel dari RAPI.. Pesanan buat semua dan juga diri saya.

It is all about membina jiwa yang sihat....

~Langkah yang melahirkan kesihatan jiwa terdiri daripada:
  1. Membiasakan diri memilih yang BENAR walaupun sukar dilakukan.
  2. Menikmati dengan puas dan mensyukuri apa yang dimiliki.
  3. Membiasakan diri untuk berkongsi dan bersikap peduli, mengubah paradigma dari PENERIMA kepada PEMBERI..
  4. Membiasakan diri untuk berfikir dan berzikir.
  5. Membiasakan bekerjasama dan bertolak ansur.
  6. Belajar melihat hikmah di sebalik musibah yang menimpa.
  7. Mmebiasakan diri untuk memberi aksi POSITIF walaupun melihat aksi yang NEGATIF
  8. Menyebarkan kasih sayang.
  9. Membersihkan hati dari pergaulan yang tidak baik.
  10. Tidak marah kecuali untuk mendidik...
~ Hindarkan langkah yang membuatkan jiwa sakit seperti:
  1. Membiasakan diri memilih yang memberi MANFAAT walaupun salah.
  2. Menempatkan keinginan dan tuntutan di luar batas jangkauan.
  3. Tidak mahu berkongsi, tidak peduli dan mementingkan diri.
  4. Tidak suka berfikir dan berzikir.
  5. Kebiasaan 'one man show'
  6. Menyekat kreativiti spiritual.
  7. Kebiasaan membalas aksi NEGATIF dengan reaksi NEGATIF YANG BERLEBIHAN.
  8. Kasih sayang hanya untuk diri sendiri (self-centered)
  9. Mengumpul pergaulan yang tidak baik.
  10. Menyemarakkan nafsu amarah.
Tanyakan pada diri anda, sudah bersediakah jiwa anda untuk memulakan hidup baru dengan paradigma baru? Ini kerana hidup ini untuk dinikmati walaupun banyak cabaran dan pengaruh persekitan yang tidak menggalakkan. Hidup yang membahagiakan bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi lebih kepada memancarkan dan menyemarakkan gelombang kebahagiaan kepada orang sekeliling.

~11 tips ekstra capai kesihatan MINDA & JIWA
  1. Jangan pernah membandingkan diri anda dengan orang lain. Percayalah bahawa kita dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri.
  2. Jangan tetapkan matlamat hidup berdasarkan pandangan orang lain. Capailah mengikut perancangan anda.
  3. Jangan ambil mudah dengan keluarga yang anda sayangi. Sentiasa dekat dengan mereka untuk membantu anda merasakan jiwa anda dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang.
  4. Jangan biarkan kenangan lalu menggangu hidup anda di masa depan. Hiduplah dengan kenyataan apa yang sedang berlaku hari ini dan bakal berlaku esok hari. Jangan pernah hidup dengan kenyataan silam yang kelak akan memudaratkan jiwa anda.
  5. Jangan pernah berputus asa bila anda masih belum mampu menggenggam apa yang anda impikan. Tiada istilah gagal melainkan apabila anda sudah berhenti untuk mencuba.
  6. Jangan takut untuk mengakui anda adalah manusia biasa dan tidak pernah sempurna. Inilah kata kunci yang akan sentiasa menjadi nadi untuk anda berusaha menjadi lebih baik setiap masa.
  7. Cabaran yang datang bukan untuk ditakuti sebaliknya sahutlah cabaran itu dengan minda yang positif. Bina kekuatan diri dan rancanglah apa yang perlu anda lakukan demi menjayakan cabaran tersebut.
  8. Usah pernah berputus asa dalam mencari cinta. Cinta sejati bukan mustahil untuk dicari melainkan anda telah menutup pintu hati anda untuk memberikan cinta. Cinta perlu sebagai bantuan untuk mengembirakan hati dan minda yang celaru.
  9. Bina satu impian hidup keran ahidup tanpa impian adalah sebuah kehidupan tanpa harapan. Hidup tanpa harapan adalah hidup tanpa matlamat. Tanpa matlamat maka anda tidak menjana kemampuan minda dan otak anda sewajarnya.
  10. Jangan terlalu cepat mengejar matlamat kerana anda hanya akan menyeksa tubuh dan otak anda untuk berfikir. Percayalah bahawa matlamat yang disusuli dengan perancangan rapi adalah terbaik supaya anda mampu menerima cabaran dan kegagalan yang mungkin anda hadapi.
  11. Setiapkali anda berasa tertekan, tariklah nafas sedalamnya. Katakan pada diri, hidup adalah perjalan untuk anda nikmati kembaranya pada setiap langkah anda.
RAPI edisi 15 Mac 2010.

Friday, March 19, 2010

Down The Memory Lane

KISAH 1: Merisik khabar

Menjejak mimpi betul tadi... Saya ke majlis perkahwinan rakan sekolah rendah saya, Yati... Almost 12 years tak jumpa. Bimbang jugak takut dah tak cam rupa dia.... Kang sentap di hari bahagia kang! Nasib baik saya pergi sana dengan nenek n umi...

Masa sampai kat tangga, ada dua perempuan menyambut kedatangan kami. Cepat-cepat saya kerah minda saya recall cane wajah Yati... Sambil tanya umi 'Yang mana satu eh, umi... Kak Eg lupa la muka dia.'

Saya buat-buat confident je bersalam, hulur hadiah sambil cakap 'Congratulation' padahal tak sure pun tu ke Yati. Kawan yang 'baik' kan? Hehe.... Tadi kitorang gi awal. Masa orang tengah sembahyang Jumaat sebab takut susah nak parking. The bride pun tak mekap lagi sebab rombongan lelaki dijadualkan akan datang pukul 3 ptg. Tapi standard la Melayu kan...... Janji pukul 3, pukul 3 la baru bertolak.... Sebab the bride tak mekap lagi, saya pun susah sikit la nak cam. Masa cakap congratz tu tadi, bimbang jugak kot-kot silap orang, saya yang hijau muka di tempat kejadian... Hehehe....

Then, saya pun bercakap-cakap la dengan Yati... Bertanya khabar tentang kawan-kawan sekolah rendah. Saya dulu sekolah kampung. Tak ramai kawan-kawan sekelas yang sekolah tinggi. Saya pulak masuk sekolah asrama masa menengah. Tu yang lost contact tu. Setakat yang saya sempat korek dari Yati tadi, Ameliza, Silawati n Zalina je yang masuk universiti.. Kalau dah camtu, tak yah berangan la nak cari dorang dalam Facebook... Apapun tadi sempat dapat nombor telefon Yati and Mariah. In case la saya nak kahwin nanti, kan....... Verangan, verangan.....

Dannnnn... rupanya, Mariah dan Rozita dah lama kahwin. Dah ada anak dah pun... Saya je yang masih lagi single and available....

Tau tak... selepas 12 tahun, apa yang membezakan saya dan Yati????? BERAT BADAN!!!! Hahaha... Saya rasa Yati maintain je dengan saiz asal, tapi saya mengembang 2,3 kali ganda... Kembang takpe asal HOT. [my sayang, sila muntah hijau!] Segan tol!!! Tapi sedikit vangga di situ sebab sebaik saja saya sampai tadi, Yati terus tegur, 'Lain la dia skg'. Dia adalah merujuk kepada saya... See, see, kawan saya kenal saya, and saya pulak tengah menggelupur recall muka dia. Sangat 'baik', kan?

Silawati tu pulak, saya ada jumpa masa ambil exam mtest kpli hari tu, tapi masa nak tegur, saya tak tau nak great dia as apa sebab saya lupa nama dia. Vongok betul la Izyan Alias ni....

Tetiba rindu dengan kawan-kawan sekolah rendah... Dan jeles pula bila Ellen sedang arrange reunion kelas 6 Mawar SKPN dia tu...

KISAH 2: Amek berkat pah ceroh!!!

Tadi menyertai rombongan peminangan kawan sepermainan, Abang Ngah. Sebenarnya tak nak pergi pun. Cukup la umi dan abah je, kan...

Tapi bila dah... 'Ala, jom la Izi pergi... Bila lagi.... Jom la... Amek berkat'...

Hadui!!! Amek berkat pah ceroh doh aku ni... Kawin dop, dop pun jugok...

Bila Abang Ngah dah cakap camtu, saya pun mengalah.... Lepas balik dari rumah Yati, ngam-ngan abah pun dah sampai rumah, terus gerak ke rumah Wahida aka Wa aka Cik Tunang.



KISAH 3: Sayu pilu sudu garfu

Bila dah banyak sangat attended majlis kahwin dan majlis tunang kawan-kawan, saya rasa sedikit sayu. Sedih pulak bila ingat mereka dah jauh meninggalkan saya. Fasa hidup yang berbeza... Pasti sukar untuk melangkah seiring kembali seperti waktu-waktu dulu.

Dan sedikit sedih bila memikirkan... 'Aku bila?' Bagi lelaki memang la it doesn't matter. Sebab bagi lelaki, 'Life begins at 40'... Tapi bagi perempuan, itu isu sensitif...

Dan juga sedikit terguris tapi tak terluah bila orang yang kita sayang macam tak bersungguh je nak berusaha ke arah itu.

Abang, please la.... Be serious... Kita bukan makin muda...




pi.es: gambar akan di upload nnt sebab selkom berukben sangat vengom di Besut ini...

Thursday, March 18, 2010

Happy 24th Birthday Nur Izyan

Nampak tak saya pakai brooch baru tu? Haha... Wajah seorang Izyan yang baru berumur 24 tahun


Hari ni saya genap 24 tahun.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat terus menyedut oksigennya, menikmati indahnya pemandangan ciptaanNya, mendengar suara-suara kesayangan saya. Merasai nikmat disayangi dan dihargai. Syukur Alhamdulillah...

Ini merupakan entry ke-99 yang dihasilkan oleh saya untuk blog kesayangan saya ni. Niat untuk menjadikan entry hari ini entry ke-100 tidak kesampaian kerana malam tadi Celcom Broadband tidak bekerjasama dengan saya... Celcom Broadband, wth la ko ni...

Semoga hari ini saya menjadi Nur Izyan yang baru. Izyan yang kuat. Izyan yang bersemangat. Izyan yang lebih baik. Izyan yang berhati waja. Izyan yang tidak mudah jatuh sayang pada orang. Izyan yang tidak mengharap dari sesiapa. Izyan yang tidak lagi mengemis kasih. Izyan yang jujur. Izyan yang tidak cepat marah. Izyan yang mudah memafkan dan melupakan salah orang. Izyan yang penyabar. Izyan yang rasianal. Izyan yang positif minded. Izyan yang tidak cepat sentap. Dan segala sifat yang baik-baik.

Semoga saya cepat dapat kerja. Berpeluang menyenangkan umi abah dan family, dapat membalas jasa mereka. Cepat bertemu jodoh dan dapat cepat kahwin...

InsyaAllah...


Amin.....

Tuesday, March 16, 2010

Bestday present in advance

Today dapat hadiah bestday...

2 hari awal..

Very the cute brooch... Dah lama suka. Tapi tak mampu beli...


Kalau korang tengok harga dia, mesti korang akan cakap; 'Hek eleh, brooch RM 79 pun tak mampu beli....' Tapi... kau dan aku memang berbeza... Bukan tak mampu beli. Tapi it's related to my principle. Bagi saya, tak worth it kalau beli brooch harga RM 79 sebab saya dah tahu sangat dah, kalau saya beli brooch 3 Rm10 tu 10 bijik minggu ni, minggu depan cuma akan tinggal 2...

Tapi ni, dah dapat brooch Zhulian Rm 79 tuh, saya pasti minggu depan pun masih ada sebab sayang gila. Sayang pada brooch and saya pada pemberi brooch...

Sekali sekala jadi penerima ni, best jugak kan...

Ops, masih lagi lupa nak cakap... Pemberi that lovely brooch is my lovely sister. The one and only. KAK LONG...

Thanks Kak Long. Love u so much... And Darwisy also...





mY bEsTfRieNd'S WeDdiNg

Assalamualaikum...

First of all;

Selamat Pengantin Baru

Firdhaus & Ayuni



Hmmm.... dah lama tak update blog... Bukan sibuk sangat, tapi tiada apa yang menarik untuk diabadikan dalam blog ni. Saya rasa hidup saya agak lame kebelakangan ni, hinggalah tiba pada tarikh 14 dan 15 Mac 2010.

Sebabnya pada tarikh tersebut, saya telah menghadiri majlis akad nikah dan persandingan kawan baik saya, Nurul Ayuni dan Mohd. Firdhaus di Pasir Mas, Kelantan. Saya ke Pasir Mas bersama Effa. Hmm, ni la kali pertama saya terlibat secara langsung dengan perkhwinan kawan-kawan.

Dan....

I was a bridesmaid on that day... Bridesmaid bidan terjun.... Dan yang lawaknya bridesmaids pakai baju tak sama warna. Saya pakai maroon and bridesmaid belah lelaki pakai baju melayu kuning raja. See!!! Sangat kontra di situ...

Ok. Ok. Back to the story.

Majlis akad nikah diadakan di masjid. Dengan hanya sekali lafaz, Ayuni telah pun selamat dimartabatkan sebagai seorang isteri kepada Mohd. Firdhaus. Hmm, tak sangka kawan baik yang bergelak tawa dan berkongsi tangis bersama sejak 10 tahun telah pun bergelar Mrs. Firdhaus...

Nak tengok gambar tak? Ok, ok... Jom...

Saat-saat terakhir berstatus 'bujang'

Ayuni sangat nervous time ni. Kaki dan tangan dia sejuk dan biru. Huhu... So nervous huh?


Penguat semangat Ayuni [kuat ke???]

Saje je duduk dekat-dekat dengan Ayuni sebab nak ambil berkat. Hehe... Bridesmaid yang gatal nak kahwin tapi takde calon... Saya la tu... Lalala....

Tapi bengang jugak bateri kamera habis malam akad nikah tu... Bateri ganti tak bawak. Charger pun tak bawak. Bad planning... [frust]. Dah bimbang dah sebab dah tau tak dapat ambil gambar hari sanding tu...

Haaa... lupa nak cerita fasal Amirah, adik Ayuni. Nampak tak gadis comel berbaju pink atas Evo tu? Hehe... Tu la Amirah. Kesian dia... Bertongkat sebab kaki patah masa main futsal kat Indon... Ada besi ok dalam kaki. Sangat ngeri. Walaupun bertongkat, walaupun terpaksa melompat-lompat daki tangga flight, sanggup balik dari Indon demi kakak tersayang. Btw, Mirah tu bakal doktor hokey.... Jangan main-main!

Ok, then kita teruskan lagi ke majlis persandingan.

Ayuni dan Firdhaus dalam persalinan kedua.

Untuk persalinan pertama, saya tak sempat snap with my own handset sebab masa tu saya jadi pengapit. Dan Effa tak pandai guna handset saya. Huhu... Tengok, kualiti gambar agak buruk sebab handset saya 3.2 mp only...

Ni persalinan terakhir

Sangat cantik, kan? Ayuni lost 3kgs before the wedding... Very lucky, rite? Saya pun nak kurus camtu la time kahwin nanti. Baru cantik... Hahaha....

Haaa, ni persalinan pertama. Songket maroon. Tapi Ayuni alone la sebab rombongan lelaki belum sampai.

Tu je la kot serba sedikit sepanjang majlis perkahwinan Mohd. Firdhaus dan Nurul Ayuni pada 14 dan 15 Mac 2010. Untuk gambar yang lebih cantik, kita tunggu Ayuni sendiri upload bila photographer dia bagi cd. Ok...

Sebenarnya semalam dah janji dengan Mr. Asrizy nak jumpa kat rumah Ayuni. Tapi dia habis kerja lambat. Masa dia dan gf dia sampai, saya dah pun bertolak balik... Frust betul... Sebab dah lama teringin nak tengok Nurul Hazirah.

Next time, ok...

Last but not least,

Semoga Berbahagia sehingga ke anak cucu.... Jangan gaduh-gaduh taw!

Wednesday, March 3, 2010

Mr. Asrizy

Tadi call Mr. Asrizy...

Wished him Happy 24th Birthday...

Mr. Asrizy, tak sangka... kamu dah tua... [aku bajet muda.... muda 15 hr je dr dia...huhu]

Semoga kamu berbahagia bersama Nurul Hazirah aka Darling sampai syurga.

Semoga kamu berjaya mencapai semua cita-cita kamu.

Semoga kamu dapat jaga umi baik-baik.

Semoga kamu tak lupa sedekahkah doa dan bacaan Yaasin kepada arwah abah, arwah Abang Ki, Arwah abang Ha.



Dan tadi Mr. Asrizy gave me a real advice... Very the kasar sentences.. Well, that's so Mr. Asrizy... Dia memang macam tu. Tak pandai cakap berlapik seribu alas kalau nak cakap something. Cakap ikut sedap mulut n hati dia je. Tapi saya akui, semua kata-kata dia tu betul. Ya, saya akui, saya yang salah...

Tapi cadangan dia tu terlalu 'zalim'. Tak tau nak ikut ke tak. Tapi reason of that suggestion tu memang konkrit gila... Aduhai Mr. Asrizy... Is there any other choice for me?


Tuesday, March 2, 2010

Cinta 53 bintang~1

Nana merungut-rungut di depan cermin sambil membetulkan tudung sutera merah di kepalanya. Sudah hampir setengah jam dia di depan cermin. Tangannya melaju seiring dengan mulut yang bising membebel. Tudung rasmi syarikat, berfabrik sutera 100% memang sentiasa mendatangkan masalah kepadanya dan juga kawan-kawan setiap kali diarahkan untuk memakai tudung itu pada majlis-majlis rasmi syarikat.

Hari ini dia diarahkan untuk menguruskan gerai pameran syarikatnya di KLCC bersempena PIPOC 2009. Nana membetul-betulkan kemeja putihnya dan bergegas memakai sandal. Telefonnya menjerit-jerit melagukan Tanpa menandakan Asrul sudah menunggu di bawah flatnya. Rinnie yang bertugas bersamanya melangkah seiring.

“Cantik tudung…” Ayat pertama Asrul mengundang senyuman di wajah Nana.

“Sindir nampak… Aku bangun pukul 5.30 tau pagi tadi sebab tudung ni...” Balas Nana.

“Tu la, geram betul kan Na…” Rinnie di belakang menambah.

“Lapar la… Drive-thru Mc D ya…” Nana mengosok-gosok perut. Asrul anggukkan saja. Tahu sangat dengan Nana. Makan Mc D tiap-tiap hari pun Nana sanggup. Berbeza benar dengar dirinya yang kurang menggemari makanan segera sebegitu.

Perjalanan ke KLCC dari Shah Alam memakan masa hampir 45 minit. Masing-masing membawa wajah ceria walaupun dalam hati, mereka sedikit gundah kerana pengunjung-pengunjung PIPOC bukanlah orang awam biasa, tapi pegawai-pegawai atasan dari dalam dan luar negara.

Setibanya di Dewan 6, mereka bergegas mencari gerai yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Masih ada sejam sebelum pameran bermula. Produk-produk dan juga brosur-brosur berkenaan produk disusun rapi.

Friendship days

Friendship day? Mesti korang pelik kan... Ya la, biasanya Friendship Day disambut pada 1 atau 2 Ogos. Tapi di sini, di Besut, saya merayakan Friendship Day setiap hari. Sangat tenang jiwa di sini. I just love Besut so much.

Sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang make my day bright. Irah dan Aima. Tak sangka perkenalan yang terjadi secara kebetulan membawa kebahagian yang sangat menyenangkan. Hopefully this friendship will lasts forever.

Penceria-penceria hari saya juga termasuklah, Kak Asma, Hamdan, Kak Nab, Kak Na, Pijoe, Abang Lan, Abang Ki, Abang Mie, Abang Die, Azril, Pok Ya, dan semua staf-staf di sana... Dan tak lupa, Tn. Hj. dan En. Pian (Erk!!! Ye ke??? Lalalaa...) Memang kadangkala saya merungut, tapi sedar atau tidak, merekalah yang mewarnai hidup saya. Yang mencceriakan saya. Yang banyak memberi pengajaran, pelajaran. Yang membuatkan saya lebih memahami erti dunia pekerjaan. Persahabatan yang ikhlas. Persahabatan yang berpaksikan hati. Itulah yang saya cari. Yang tak dapat ditemui di Shah Alam dulu...

Bukan tak jumpa di Shah Alam. Ada. Jumpa. Salah satunya Irah. Yang lain tu, biarlah menjadi rahsia diri. Wajah rahsia hati. Akan sentiasa tersemat di lipatan kenangan. Akan menjadi sejarah terindah. Akan menjadi pelajaran yang bermakna. Sahabat, terima kasih. I've learnt so much. Good luck, all the best, best wishes. Take care.

Now, i'm trying to fill up a hole in my heart. That hole happened for a missing piece. Now it look alike an incomplete jigsaw puzzle... So imperfect.

Monday, March 1, 2010

Baiklah...

Saya tak faham apa yang saya mahu sebenarnya. Tak jelas. Tak tahu. Kabur.

Kadang-kadang saya sering bertanya pada diri, adakah saya seorang yang tidak bersyukur?

Saya mempunyai apa yang orang lain tak ada, tapi dalam masa yang sama mencari apa yang saya tiada. Masih mencari kesempurnaan yang tidak sepatutnya saya cari. Mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan hidup saya....

Saya seperti pengemis.

Seperti peminta sedekah.

Dipandang sebelah mata pun tidak...


Bila terlalu banyak memberi, kadangkala hati dicuit rasa ingin menjadi penerima. Cukuplah sesekali kalau tidak dapat selalu... Cukuplah sekali kalau tidak dapat dua kali.

Bila terlalu menyayangi, kadangkala terselit juga rasa mahu disayangi.

Bila terlalu memanjai, kadangkala terasa juga mahu dimanjai.

Bila terlalu banyak berkorban, kadangkala terasa jiwa mati... Sepi... Sunyi...


Baiklah. Baiklah. Saya mengalah. Saya pasrah. Saya terima sahaja.



Bak kata Wan Najwa Arifah Wan Ahmad;

Memandang tak semestinya memerhati,
Memerhati tak semestinya meminati,
Meminati tak semestinya mencintai,
Mencinta tak semestinya kekal abadi.

Kenapa berteriak, hati tidak berjarak....

Malam semalam, tengah kemas-kemas buku dan nota-nota zaman universiti dulu, saya terjumpa satu rencana, keratan akhbar yang saya pernah tampal di notice board meja study saya dulu..

Kenapa berteriak, hati tidak berjarak...

Saya sangat sukakan rencana ini. Dalam rencana ini, si penulis mengetengah persoalan hati secara tidak langsung.

Adakah anda faham dengan tajuk rencana itu? Baiklah, mari saya huraikan secara ringkas.

Dalam rencana itu, seorang guru bertanya kepada muridnya; 'Mengapa dua orang yang bergaduh akan bercakap dengan nada dan suara yang kasar?'

Berbagai-bagai jawapan yang diperolehi dari pelajar-pelajarnya. Tapi semuanya tidak benar.

Maka, jawab guru itu; 'Bila dua orang yang bergaduh, mereka menggunakan suara dan nada yang tinggi kerana waktu itu hati mereka jauh.'

Logik, kan? Dicontohkan, sepasang kekasih kadang-kadang tidak perlu menyatakan secara lisan apa yang ingin dikongsikan bersama pasangannya kerana hati mereka dekat. Bila bercakap dengan nada yang perlahan, suara yang lembut. Kerana hati mereka dekat. Kadang-kadang, belum sempat mengutarakan rindu pada kekasih yang jauh, baru sahaja terlintas di fikiran, si kekasih telah mendapat panggilan atau pesanan ringkas SMS dari kekasih yang jauh.

Kerana hati mereka dekat, setiap apa yang bermain di fikiran mereka, mesejnya dihantar oleh gelombang alam semesta. Tanpa ada sebarang halangan. Pernahkan, kita alami situasi sebegini?

Situasi ini ada kaitannya dengan Law of Attraction.

Oleh itu, bila bergaduh, janganlah menggunakan nada yang tinggi dan bahasa yang kasar kerana ianya hanya akan mencipta jarak di hati anda dan pasangan.... Berbincanglah dengan lembut, penuh rasional dan kesabaran. Tidak perlu berteriak kerana hati tidak berjarak...