Monday, March 1, 2010

Baiklah...

Saya tak faham apa yang saya mahu sebenarnya. Tak jelas. Tak tahu. Kabur.

Kadang-kadang saya sering bertanya pada diri, adakah saya seorang yang tidak bersyukur?

Saya mempunyai apa yang orang lain tak ada, tapi dalam masa yang sama mencari apa yang saya tiada. Masih mencari kesempurnaan yang tidak sepatutnya saya cari. Mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan hidup saya....

Saya seperti pengemis.

Seperti peminta sedekah.

Dipandang sebelah mata pun tidak...


Bila terlalu banyak memberi, kadangkala hati dicuit rasa ingin menjadi penerima. Cukuplah sesekali kalau tidak dapat selalu... Cukuplah sekali kalau tidak dapat dua kali.

Bila terlalu menyayangi, kadangkala terselit juga rasa mahu disayangi.

Bila terlalu memanjai, kadangkala terasa juga mahu dimanjai.

Bila terlalu banyak berkorban, kadangkala terasa jiwa mati... Sepi... Sunyi...


Baiklah. Baiklah. Saya mengalah. Saya pasrah. Saya terima sahaja.



Bak kata Wan Najwa Arifah Wan Ahmad;

Memandang tak semestinya memerhati,
Memerhati tak semestinya meminati,
Meminati tak semestinya mencintai,
Mencinta tak semestinya kekal abadi.

2 comments:

cik shaiDa aZlin said...

aku penah dengar ayt wa ni....

Egie Polaris said...

kata-kata ni wa tulis kt autograf mg ke eh... klu x silap aku, time tu kite form 3...

form 3 yg mengenalkan kita dengan wan najwa arifah wan ahmad...

form 3 yg mengenalkan aku dgn cinta pertama, dgn Mr. Asrizy...

missed those moments so much...