Monday, March 29, 2010

Inilah hidup..

Saya melalui kenangan yang paling perit di Shah Alam. Dalam hidup ini, saya jarang berhadapan dengan peristiwa-peristiwa seperti itu. Cuma sesekali. Dan sesekali itu seakan meragut semua kekuatan yang ada dalam diri. Dan sesekali itu membuatkan saya lebih mengenal diri, lebih matang, lebih beringat. Tapi bila hilang rasa pedih, hilang rasa sakit, saya alpa kembali. Dan bila ia terjadi lagi, saya goyah kembali.

Kenangan di Shah Alam, mengambil masa 3 bulan untuk saya lupakan. Untuk saya maafkan mereka yang terlibat. Tapi bila diungkit kembali hari ini, gelora di jiwa seakan baru semalam saya laluinya...

Hati, sabar.

Hati, maafkanlah dia.

Hati, kuatlah.

Hati, Allah ada.

Hati, lupakanlah...


Saya tidak mengatakan saya betul. Saya tak bersalah. Saya tak gedik. Saya kenal saya siapa. Saya juga manusia biasa. Makhluk Allah yang lemah. Saya tidak sempurna.


Salah saya mungkin sebab terlalu mudah percaya pada orang. Terlalu berbaik sangka, dan bila terjadi sesuatu di luar sangkaan, saya cepat kecewa.


Mari kita baca tulisan kak Nani ROstam, http://nanirostam.blogspot.com, her writing is such a miracle medicament for a hurt soul... Kak Nani, saya copy paste ya... Saya dah letak link dah pun di tajuknya. Ilmu yang baik, elok dipanjangkan....

Mengapa Kita Suka Meletakkan Orang Dalam Keadaan Serba Salah. Baik Sangat kah Kita?

"Learn from your past, move on, grow stronger. people are fake, but let your trust last longer. do what you got to do, but always stay true, and never let anyone get the best of you".




Bumi Allah ini luas. Seluas manapun, jalan itu juga yang akan kita lalui. Pantai itu juga yang akan kita sisiri. Langit itu juga yang kita dongak dan merasai terik mataharinya, simbahan sinar bulannya dan mengkagumi kerlipan bintangnya.

Hari hari yang mendatang merupakan sebuah rentetan hidup buat kita nikmati.Dan hari-hari yang berlalu adalah satu sejarah yang harus kita pelajari dan usah dilupai.


Andai kita menyedari bahawa hidup ini bagai pusingan roda. Hari ini kita di bawah, esok lusa pasti kita diatas pula. Begitulah sebaliknya. Jangan sesekali kita berfikir yang kita tidak seperti mereka itu dan ini. Walhal bila tiba masa kita mahu tak mahu kita pula berada dalam situasi seperti yang pernah mereka tempuh.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Siapa kita untuk mencemuh, menilai dan memandang rendah apabila kita sendiri tidak berada di dalam keadaan mereka itu.

Siapa kita untuk selalu mencari kelemahan dan kekurangan mereka sedangkan kita sendiri tidak mampu tampil menghulur salam sebaliknya cuma berani menunjukkan kekuatan dan kebenaran di balik nama yang indah dan sekadar gambaran luaran yang kita adalah baik.


Memang mudah untuk lidah berkata-kata, memang mudah untuk jari menuding sana sini. Memang mudah untuk tangan membaling batu kemudian sembunyikan dibelakang. Tetapi kalau kita berada di tempat mereka barulah kita faham yang mereka cuma manusia biasa, yang mahu belajar dari pengalaman, kesilapan dan keadaan. Kalau kita tidak mampu membantu, sekurang-kurang memahami mereka dengan kata-kata yang indah dan baik. Jangan cuma tahu mencela kelemahan orang.

Wajarkah kita rasa keyakinan dan kekuatan orang itu adalah satu kelemahan dan keaiban dirinya.Sedang kita tak tahu apa yang cuba ditempuhi dan diatasinya. Bersahabatlah dengan mereka dengan kata-kata semangat, bukan menyebab mereka jadi jauh dengan kata-kata yang melemahkan lagi jiwa mereka.

Begitu saya memahami deritanya hati seorang isteri jiran sebelah saya. Tiada mendung, tiada hujan, tiba-tiba hati suami berubah pergi. Sudah hampir 6 bulan suami tidak mahu kembali. Bayang betapa hancur hati seorang isteri. Saban hari menangisi diri. Saya yang mendengar pun pilu sendiri. Sejak itu dia langsung tidak mahu bertegur sapa dengan jiran tetangga. Cepat-cepat keluar masuk rumah takut bertembung dengan jiran-jiran. Hilang entah kemana keyakinan dirinya selama ini. Melihat sikap nya jadi begitu saya tidak langsung berkecil hati terhadapnya. Malahan saya amat memahami situasinya. Dia keliru. Dia malu. Dia takut akan reaksi dari jiran tetangga bila mengetahui masalah rumahtangganya.

Memang wajar dia merasakan begitu. Kerana banyak di antara kita, hanya tahu mencemuh bila melihat kepincangan orang. Bila dia bercerita kepincangannya, kita mungkin merasakan untuk apa membuka pekung di dada. Sebaliknya bila dia bercerita rumahtangganya bahagia kerana dia cuba menjadi isteri yang terbaik, kita mengata yang dia terlalu yakin dan riak.

Mengapa kita begitu gemar meletakkan orang dalam keadaan serba salah. Mengapa tidak kita bersama-samanya cuba meletakkan diri kita ditempatnya. Dan menghargai hidup kita tidak seburuk nasib dirinya.

Saya amat memahami keadaan siisteri yang menderita ditinggalkan oleh orang yang dicintai begitu juga saya amat memahami keadaan suaminya yang memang dah tidak menyintai lagi isterinya dan cintanya telah beralih arah.Si suami mahu menceraikan isterinya tetapi isterinya merayu untuk tidak diceraikan.

Dalam keadaan begitu tiada siapapun yang bersalah. Amatlah sukar untuk kita menduga perasaan manusia.Kalau dah hilang rasa cinta, memang sukar untuk menemui kembali. Kalau dah menaruh rasa cinta pula amat sukar untuk membuangnya dari hati.

Namun hidup perlu diteruskan.Betapa pahit,pedih atau deritapun, kita harus tempuhi jua. Kadang-kadang dalam hidup kita cuma boleh memilih untuk melupakan atau terus mengenangkan penderitaan.

Kalau jiran saya itu datang dan mengadu nasib dan bercerita masalahnya kepada saya,pasti saya terima dengan hati penuh terbuka. Pasti saya akan depangkan tangan memeluknya penuh kasih sayang. Pasti bahu ini saya biarkan untuk dia menumpang tangisan. Pasti saya akan memberi perangsang dan semangat supaya keyakinannya datang kembali. Supaya dia merasa yang dia masih cantik, masih sempurna untuk merasai cinta yang lebih baik.

Tidak semua orang sama dalam menghadapi masalah hidup ini. Saya sekadar dapat melihat dan merasakan dari jauh kerana dia memilih untuk menghadapinya sendiri. Saban hari menangisi nasibnya sendiri. Merahsiakan perihal rumahtangganya dalam pengetahuannya sendiri.Mudah-mudahan dia tahu apa yang dia lakukan untuk menangani penderitaan jiwanya.

~~~~~~~
Buat Norehan Arifin dan Zurafni Mat Daud, saya minta maaf dan terima kasih untuk segalanya.


2 comments:

nieja said...

u dengan kawan u kenapa?

Egie Polaris said...

kwn mkn kawan... 4 tahun bkwn, 3bln dia dpt kawan baru, the she was totally changed. Tak cukup dgn tu, buruk2 kan i kat ofis lama... Sedangkan kita yang byk tolg dia, berkorban utk dia. Bukan nk ugkit, tp tkilan. Tah, manusia... Kwn i ckp, xyah regret. Org cmtu,xkwn pun xpe...

Best bc blog nieja, ada close frens yg blh bersuka duka bsama2... lucky u...