Monday, March 1, 2010

Kenapa berteriak, hati tidak berjarak....

Malam semalam, tengah kemas-kemas buku dan nota-nota zaman universiti dulu, saya terjumpa satu rencana, keratan akhbar yang saya pernah tampal di notice board meja study saya dulu..

Kenapa berteriak, hati tidak berjarak...

Saya sangat sukakan rencana ini. Dalam rencana ini, si penulis mengetengah persoalan hati secara tidak langsung.

Adakah anda faham dengan tajuk rencana itu? Baiklah, mari saya huraikan secara ringkas.

Dalam rencana itu, seorang guru bertanya kepada muridnya; 'Mengapa dua orang yang bergaduh akan bercakap dengan nada dan suara yang kasar?'

Berbagai-bagai jawapan yang diperolehi dari pelajar-pelajarnya. Tapi semuanya tidak benar.

Maka, jawab guru itu; 'Bila dua orang yang bergaduh, mereka menggunakan suara dan nada yang tinggi kerana waktu itu hati mereka jauh.'

Logik, kan? Dicontohkan, sepasang kekasih kadang-kadang tidak perlu menyatakan secara lisan apa yang ingin dikongsikan bersama pasangannya kerana hati mereka dekat. Bila bercakap dengan nada yang perlahan, suara yang lembut. Kerana hati mereka dekat. Kadang-kadang, belum sempat mengutarakan rindu pada kekasih yang jauh, baru sahaja terlintas di fikiran, si kekasih telah mendapat panggilan atau pesanan ringkas SMS dari kekasih yang jauh.

Kerana hati mereka dekat, setiap apa yang bermain di fikiran mereka, mesejnya dihantar oleh gelombang alam semesta. Tanpa ada sebarang halangan. Pernahkan, kita alami situasi sebegini?

Situasi ini ada kaitannya dengan Law of Attraction.

Oleh itu, bila bergaduh, janganlah menggunakan nada yang tinggi dan bahasa yang kasar kerana ianya hanya akan mencipta jarak di hati anda dan pasangan.... Berbincanglah dengan lembut, penuh rasional dan kesabaran. Tidak perlu berteriak kerana hati tidak berjarak...

No comments: