Wednesday, March 24, 2010

Mari Membina Jiwa yang Sihat....

Semalam saya beli RAPI mag... The content was so good... worth every cent....

Kat sini, saya nak kongsi satu artikel dari RAPI.. Pesanan buat semua dan juga diri saya.

It is all about membina jiwa yang sihat....

~Langkah yang melahirkan kesihatan jiwa terdiri daripada:
  1. Membiasakan diri memilih yang BENAR walaupun sukar dilakukan.
  2. Menikmati dengan puas dan mensyukuri apa yang dimiliki.
  3. Membiasakan diri untuk berkongsi dan bersikap peduli, mengubah paradigma dari PENERIMA kepada PEMBERI..
  4. Membiasakan diri untuk berfikir dan berzikir.
  5. Membiasakan bekerjasama dan bertolak ansur.
  6. Belajar melihat hikmah di sebalik musibah yang menimpa.
  7. Mmebiasakan diri untuk memberi aksi POSITIF walaupun melihat aksi yang NEGATIF
  8. Menyebarkan kasih sayang.
  9. Membersihkan hati dari pergaulan yang tidak baik.
  10. Tidak marah kecuali untuk mendidik...
~ Hindarkan langkah yang membuatkan jiwa sakit seperti:
  1. Membiasakan diri memilih yang memberi MANFAAT walaupun salah.
  2. Menempatkan keinginan dan tuntutan di luar batas jangkauan.
  3. Tidak mahu berkongsi, tidak peduli dan mementingkan diri.
  4. Tidak suka berfikir dan berzikir.
  5. Kebiasaan 'one man show'
  6. Menyekat kreativiti spiritual.
  7. Kebiasaan membalas aksi NEGATIF dengan reaksi NEGATIF YANG BERLEBIHAN.
  8. Kasih sayang hanya untuk diri sendiri (self-centered)
  9. Mengumpul pergaulan yang tidak baik.
  10. Menyemarakkan nafsu amarah.
Tanyakan pada diri anda, sudah bersediakah jiwa anda untuk memulakan hidup baru dengan paradigma baru? Ini kerana hidup ini untuk dinikmati walaupun banyak cabaran dan pengaruh persekitan yang tidak menggalakkan. Hidup yang membahagiakan bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi lebih kepada memancarkan dan menyemarakkan gelombang kebahagiaan kepada orang sekeliling.

~11 tips ekstra capai kesihatan MINDA & JIWA
  1. Jangan pernah membandingkan diri anda dengan orang lain. Percayalah bahawa kita dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri.
  2. Jangan tetapkan matlamat hidup berdasarkan pandangan orang lain. Capailah mengikut perancangan anda.
  3. Jangan ambil mudah dengan keluarga yang anda sayangi. Sentiasa dekat dengan mereka untuk membantu anda merasakan jiwa anda dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang.
  4. Jangan biarkan kenangan lalu menggangu hidup anda di masa depan. Hiduplah dengan kenyataan apa yang sedang berlaku hari ini dan bakal berlaku esok hari. Jangan pernah hidup dengan kenyataan silam yang kelak akan memudaratkan jiwa anda.
  5. Jangan pernah berputus asa bila anda masih belum mampu menggenggam apa yang anda impikan. Tiada istilah gagal melainkan apabila anda sudah berhenti untuk mencuba.
  6. Jangan takut untuk mengakui anda adalah manusia biasa dan tidak pernah sempurna. Inilah kata kunci yang akan sentiasa menjadi nadi untuk anda berusaha menjadi lebih baik setiap masa.
  7. Cabaran yang datang bukan untuk ditakuti sebaliknya sahutlah cabaran itu dengan minda yang positif. Bina kekuatan diri dan rancanglah apa yang perlu anda lakukan demi menjayakan cabaran tersebut.
  8. Usah pernah berputus asa dalam mencari cinta. Cinta sejati bukan mustahil untuk dicari melainkan anda telah menutup pintu hati anda untuk memberikan cinta. Cinta perlu sebagai bantuan untuk mengembirakan hati dan minda yang celaru.
  9. Bina satu impian hidup keran ahidup tanpa impian adalah sebuah kehidupan tanpa harapan. Hidup tanpa harapan adalah hidup tanpa matlamat. Tanpa matlamat maka anda tidak menjana kemampuan minda dan otak anda sewajarnya.
  10. Jangan terlalu cepat mengejar matlamat kerana anda hanya akan menyeksa tubuh dan otak anda untuk berfikir. Percayalah bahawa matlamat yang disusuli dengan perancangan rapi adalah terbaik supaya anda mampu menerima cabaran dan kegagalan yang mungkin anda hadapi.
  11. Setiapkali anda berasa tertekan, tariklah nafas sedalamnya. Katakan pada diri, hidup adalah perjalan untuk anda nikmati kembaranya pada setiap langkah anda.
RAPI edisi 15 Mac 2010.

No comments: