Tuesday, March 30, 2010

Sahabat

Macam geli nak taip perkataan sahabat di ruangan title setelah apa yang saya lalui 6 bulan ini. I used to have a bestfriend. Used to.

Tapi tak ke mana pun. 4 tahun kami berkawan. 4 tahun saya ikhlas berkawan dengan dia. 4 tahun saya percayakan dia. Tapi ini yang saya dapat. Ya, saya pun tak sempurna. Ego saya tinggi. Saya kuat memberontak. Saya cepat marah. Saya kurang sabar. Tapi syukurlah, pengalaman di Shah Alam mengajar saya untuk jadi lebih penyabar, lebih merendah diri. Tapi masih tidak cukup sempurna.

Kalau dia tak pernah bergelar sahabat, tidaklah saya rasa terkilan sebegini. Tapi bila kita ikhlas menolong, ikhlas membantu, kita akan rasa terkilan bila mendapat balasan begini. Sesiapa pun, akan rasa apa yang saya rasa. Kalau pun saya tidak mampu selalu menyenangkan hati dia, kalau pun saya tidak mampu selalu menggembirakan dia, sekurang-kurangnya ingatlah betapa besarnya hati saya membantu tika dia tiada tempat berpaut, betapa ikhlasnya saya menghantarnya hingga ke muka pintu sewaktu dia tidak sempat membeli tiket bas pulang berhari raya ke kampung. Bukan saya mahu mngungkit. Tapi hati ini terkilan. Bukan tidak ikhlas, tapi sedikit sebanyak, rasa pedih.

Kalau dia bukan sahabat selama ni, kalau kami tak pernah berkongsi sedih dan tawa selama ni, tidaklah saya terkilan mana. Tidaklah saya bersedih hati. Tidaklah saya berkecil hati.

Tapi dia pernah bergelar sahabat. Pernah bersusah senang bersama. Pernah berkongsi megi semangkuk. Pernah berkongsi air segelas.

Dan sekiranya saya bersalah, saya merendahkan hati serendah-rendahnya, dan memohon maaf dari dia. Tapi bila dia meletakkan semua kesalahan di atas bahu mereka yang tiada kaitan dengan kehidupan kami, saya rasa makin terkilan. Inikah sahabat yang saya kenali 4 tahun lepas. Inikah dia sahabat yang terkenal dengan gelaran innocent di zaman universiti dulu.

Tak apalah sahabat, kalau apa yang saya dapat hari ini kerana silap saya di masa lalu, saya terima. Semoga kamu tidak pula melalui apa yang saya lalui hari ini, kerana silap kamu di hari ini.

Semoga hidup kamu dirahmati Allah.

Sahabat, kamu terkenal dengan sifat baikmu dulu, kekalkan lah.... Semoga hidupmu lebih baik di masa depan.


Dan saya, tidak pernah akan berhenti membaiki diri dan peribadi. Kerana saya tidak pernah sempurna. Setiap yang berlaku, saya jadikan pengajaran. Semoga diri bertambah matang. Diri bertambah kuat.


Ya Allah, tunjukkanlah aku hidayahMu...

No comments: