Saturday, April 17, 2010

Selamat Bertunang Erah Shahirah

Ayat-ayat cinta....

Tadi buat ke sekian kalinya, mengutip berkat di majlis orang... Hehehe... Actually saya menghadiri majlis pertunangan salah seorang kawan baik saya. Rasa tak sangka, perkenalan yang terjadi semasa masing-masing berdepan dengan masalah, boleh menjadi persahabatan yang kukuh dan kekal. Semoga kekal ke akhir hayat ya.. InsyaAllah... By the way, kawan saya yang telah selamat melangsungkan pertunangan tadi ialah Nur Shahirah aka Erah with Khairul Hakimin.

Erah sangat comel tadi. Cik Andam (muda sangat nak panggil mak andam, baru 25 tahun) dan Abang Romey (photographer) komen muka Erah macam Siti Nurhaliza. Tapi betul la, orang tak pernah mekap ni, bila sekali mekap, nah! Ambik kau.... macam Siti Nurhaliza terus...

Tau tak, diorang dah couple for 10 years tau! Gile kan... Sangat kuat dan setia. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu....

Tapi sedikit kecewa tadi, blueberry cheesecake yang saya buat dan hias cantik-cantik untuk pertunangan dan birthday Erah, jatuh tergolek dalam kereta gara-gara kereta depan yang brek ntah apa-apa... Frust... Tapi tak mengubah rasa pun, tetap sdap... Apalah ada pada rupa kan... hahaha! Gila perasan... Tapi korang tak boleh claim saya perasan tau, sebab saya buat ikut resipi chef wan.... Tak de sebab saya nak perasan pandai buat cheese cake sedap sebab budak 10 tahun pun boleh buat kek tu ikut resipi Chef Wan bagi... easy yet sedap yet kalori berganda... Huhuhu....

Ok, ok, back to the story... Tadi saya n Aima je kawan Erah yang datang. Yang lain kerja n tak dapat cuti. Tiba-tiba saya n Aima jadi watak penting di situ... Hehehe.... Datang awal dari tetamu, tapi balik paling lewat... Dah la tak behave langsung. Kedua-dua belah pihak sedang bincang kat ruang tamu, kami dalam bilik bergelak ketawa macam langsuir sampaikan adik Erah, Elah datang cakap, "Weh, gelak sampai ruang tamu dengar". Hahaha... So, ada sape2 lagi nak jemput kami MEMERIAHKAN majlis????? Plz do inform us early, hokey? Ngeee~

No comments: