Wednesday, April 14, 2010

teacher G rindu kamu....



Tadi sebenarnya pergi interview untuk post Pegawai Tadbir Yayasan Terengganu. Mula-mula tu cuak jugak nak pilih baju. Last-last umi jahit baju biru cam warna kain sekolah menengah tu. Turqoise ke eh? Baju tu plain je. Tapi kain ada cam corak songket sikit. Tapi warna takde la kontra sangat. So aku plan nak pakai selendang bercorak. Tapi my sayang cakap, better pakai tudung biasa. Tapi cam tak cantikkan. Sebab masa kat GEMS dulu belajar tentang level of authority ni...

Pastu decide nak berdegil pkai selendang tu jugak. Huhu.. Ko tanya pendapat orang, buat apa Cik Egie oii kalau xnak pakai buah idea dorang. Saje je kan nak menumpang kasih. Huhu...

YT buat interview tu 4 sesi, selama dua hari. Pagi tadi, sesi ketiga, ada 14 candidates. Semalam kawan saya Haida pun terpilih juga untuk interview tu. Dia kata sesi 2 ada 10 candidates je. Rasanya ada 40 something candidates kot. Tapi dengar-dengar, dia nak pakai 6 orang je. Hopefully, saya terpilih. Rasa nak sangat kerja tu. Sebab sesuai dengan jiwa kot. Hehehe... Saya suka kerja ofis camtu. Tapi sekali-sekala, nak la jugak keluar kan...

Saya candidate ketiga tadi. Ada 5 panel interview. Semua sempoi je. Kalau kita nervous, dia bagi soalan-soalan yang santai je. Best... Ini interview keempat yang saya hadiri sejak bergelar penganggur ni... Dan keempat-empatnya adalah berbeza. Takpe... Good for experience. Kan?

Lepas je habis interview, saya ke Harma English Centre untuk mengambil surat pengesahan dari bos dulu. Surat tu kena bawa untuk temuduga KPLI nanti [kalau ada rezeki la...] Tapi better sedia awal-awal... Takde la kelam kabut last minute nanti.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Harma English Centre, wah... Dah banyak berubah dah. Dulu, sebelum masuk UMT, sempat la saya mengajar di situ selama dua bulan. Ajar budak 4 tahun. Mencabar ok. Ajar dorang maths, sains, pjk, mengaji apa semua... Ase tak sangka budak-budak kecik terer english. Hehehe... Rasa sangat puas hati bila dorang cepat faham apa yang kita ajar. Memang la bagi korang budak 4 tahun memang la senang nak ajar. Tapi, sebenarnya budak 4 tahun lagi susah nak ajar. Sebab dorang ada lagi yang tak pandai menulis, tak pandai mengeja, tak pandai membaca. Tapi ada beberapa pelajar yang bijak. Yang paling aku ingat, Sofea, Daniel Hakim, Imran, Husaini. Yang paling bijak aku rasa si kecik yang umur 2 taun setengah, tapi pandai membaca dalam bahasa inggeris. padahal pelat susah nak faham. Nama apa eh... lupa. Tapi muka dia aku ingat lagi. Adzim kot.

Wah, rindunya kamu semua. Mesti dah besar-besar semua kan. Rindunya la..... Nak upload gambar, tapi external hard disc rosak. Later la ye....

1 comment:

Egie Polaris said...

haip, i upload 1 pic, knapa jd 2? magic tol...