.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, May 21, 2010

Allah Maha Membantu....

Aku ni kan, kalau masuk bab kena buat keputusan yang besar, sangat la aku lemah semangat. Lagi-lagi kalau kena memilih antara dua. Sumpah aku tak pandai. Pastu mula la merata aku buat questionaire suruh orang jawab.

Tapi dah sekerat jalan, baru aku perasan. Apesal la aku bongok sangat... Selalu alpa, selalu lupa... Bahawasanya, hanya kepada Allah kita bergantung harap. Hanya Dia yang Maha Tahu. Pastu baru terkial-kial buat istikharah...

Dan alhamdulillah.... Kita je yang selalu lupakan Allah, sedangkan Dia tak pernah lupakan hambaNya... Alhamdulillah kerana melapangkan perjalanan hidupku, Ya Allah. Alhamdulillah kerana menunjukkanku hidayah dan petunjukMu....

Dan dengan petunjukMu, aku lebih gagah melangkah. Lebih kuat mengatur derap. Lebih tahu ke mana arahku... Alhamdulillah....


No comments: