Tuesday, June 29, 2010

OMG!!!! Sabar, sabar dan sabar....

Nampak tak aku punya list thing-to-do yang cantik je aku susun kat entry sebelum ni?????

Dan ni sekali lagi aku menyirap sebab dah settle semua, aku sms adik aku, " Balik pukul berapa? Nak guna kereta pukul 3.3o ptg.. Isi minyak sekali...." Sebab semalam aku dah isi minyak... Ngeheee~

Tapi dia balas, "Nak guna cane, ni nak gi Kuala Terengganu ni..." Hoh, terus meletup aku rasa... Ni la yang aku bengang dengan adik aku nih.... Nak pergi mana-mana, bukan tau nak inform awal-awal. Bajet keta hak dia sorang. Dah la kalau dia nak pergi kerja, mengarah aku itu ini.... Goreng keropok la, masak cepat la, basuhkan baju dia la.... Time free tak nak buat.. Tau membuta je... Dah lewat nak gi kerja baru kelam kelibut nak arah-arah orang.... Bukan aku tak boleh buat, tapi guna the rite tone ok... Aku lempang kangggg!!!!

Ngungkit pun ngungkit la... Aku bengang sebab aku dah buat appointment dengan parent-in-law-to-be aku... Parent-in-law-to-be hokkkey!!!! Bukan main-main.... Silap-silap mark aku kena potong hari ni...

Ni, tengah tunggu abang aku balas sms.. Tadi aku dah gitau dia tak jadi pegi rumah mak dia hari ni. Aku suruh dia yang bagitau mak dia sendiri... Aku tengah hot ni... Datuk tu pulak bukan reti nak balas cepat... Dah berejam aku tunggu nih...

Nampaknya, plan esok, kena buat hari ni dan plan hari ni kena buat esok.... Siap la ko... Malam ni aku sembunyikan terus kunci kereta tuh!

3 more days

Yeah, dat's rite. 3 more days to get prepared before leaving my comfy bed, my comfy pillow and my mom secret recipes....

.:Today's update:.
1. Medical checkup - DONE!
2. Certificates (photocopied n endorsed) - DONE!
3. Pasport sized pic - DONE!
4. Forms filling - DONE!
5. Hostel's fee - NOT YET
6. Contact lens, solution, facial skin care products, mascara - NOT YET
7. Bed sheet yang baru beli (basuh) - NOT YET
8. Susu Nespray - NOT YET
9. Packing things - NOT YET
10. Kasut sukan (basuh) - NOT YET
11. Renew driving licence - NOT YET

.:And today's plan:.
1. Visit my father's uncle.
2. Visit my parent-in-law-to-be
3. Fetch Najwa and lepak at pantai.
4. If we have enuff time, will drop by at Effa's house to visit her mom yang baru discharged.
5. Ehhh, before that, on the way to Najwa's, singgah beli facial skin care products.


.:Tengah pening fikir:.
1. What to bring along to my parent-in-law-to-be... Homemade cake or fresh fruits????
2. Contact lens, susu, mascara (yang ni macam tak perlu beli lagi la... habiskan dulu yang dah sedia ada).


.:InsyaALLAH, for tomorrow:.
1. Basuh cadar baru... Ngehee~ First time ada cadar pink. Before this, biru je manjang. Tapi sebenarnya lagi berkenan cadar biru yang kak long pilih untuk my bro, Ammar. Tapi takkan nak bagi Ammar pakai cadar pink, kan????
2. Basuh kasut sukan. Last time pakai pun masa gi cycling kat Agricultural Park, Shah Alam... Ehh? Kasut camtu boleh masuk kategori kasut sukan ke???? Hmm, pakai je la... Aku bukan nak jadi cikgu Pendidikan Jasmani pown....
3. Packing things.
4. Renew driving licence

Agak-agak, sempat tak???/

Hmm, sebenarnya, aku rasa aku ni emotionally unstable. Aduhh, camni la perempuan. Kalau hormon tak mau stabil, datang tak agak-agak. Bukan masanya lagi pun, cuma maybe, PMS kot. Emotion sangat tak stabil. Sentap tak agak-agak. Lepas tu, sentap lagi bila orang tu dan orang tu buat tak layan.

To Mr. Unstable Emotion,

Please stay away from me for several days, at least until i get prepared to leave my house by Friday's evening.

Hoping that you will consider my request.

Thanks for your cooperation.

Regards,
Egie Polaris

Sunday, June 27, 2010

Today's update

Hmm, hari ni pergi buat buat medical check up dan cuci gambar pasport aje..



Hari ni, pecah rekod sepanjang pengangguran period aku bangun subuh dan terus mandi... Lepas tu tunggu umi siap-siap, terus bertolak gi rumah Erah sambil hantar umi ke Jerteh. Umi makin sibuk sekarang sejak jadi cikgu kelas jahitan... Tapi takpe, aku sokong je sebab itu minat umi. Sementara aku ada kat rumah ni, mana yang boleh aku tolong, aku tolong such as tolong masak, kemas rumah, settlekan baju adik-adik...



Pastu amek Erah gi Pasir Puteh sebab Terengganu cuti sempena SUKMA hari ni. So, pergi je la klinik kat Pasir Puteh. Nama klinik adalah rahsia ye, sebab aku nak ngumpat sikit nih... Ngahaha!!!!



Masa tu pukul 9.20 pagi. Aku pun daftar la nama. So, Miss yang jaga kaunter tu cakap, "ok, turn awak pukul 11 pagi ya. Bagi NAMA." Aku pun hulur la ic. Pastu aku tanya, "tu je?", dia cakap ya... Dah siap sume aku ajak Erah gi pekena roti telur...

Lepas tu masuk klinik balik tunggu turn. TAAAAPPPIIII! Dah pukul 1.20 tghr pun, nama aku dia tak panggil lagi, macam pelik la kan. Dah 2, 3 kali aku tanya, lambat lagi ke?, dia cakap, kejap lagi dia panggil la.

Lepas tu, dah kul 1.30 tghr, dia tanya, "Tak cek lagi ke?" Aku jawab belum.

Pastu dia tanya, "Borang semua dah serah ke?". Pun aku jawab belum.

Pastu tang ni, memang aku menyirap la. Dah bukan macam sirap limau ke sirap bandung dah.....

Dia kata, "La, kenapa tak serah borang. Patut la saya cari borang awak, tak de."

Aku yang dah geram ni balas, "La, kenapa tak mintak? Mana saya tahu." Dia yang kerja jaga kaunter, layan customer, tanya aku pulak kenapa tak serah borang. Ada ko mintak? Kalau ko mintak,sure la aku bagi. Dah la bajet comel. Yang bajet comel tu, skati dia la.... Ni, buat kerj asikit, gayut kat telefon. Kejap2, gayut... Bukan telefon klinik, ok! Handset.... banyak la ko punya amanah kerja..

Lepas tu, lepas aku marah, tau pulak dia nak buat muka. Lantak ko la.... Aku memang pantang la kalau kena tunggu lama. Tambah pulak, kalau kena deal dengan orang yang tak punctual ni.... kalau aku yang senang-senang hati sendiri nak pergi tunggu kat klinik tu pukul 9.30 pagi walaupun aku tau turn aku pukul 11 pagi, tak pe la jugak....

Lepas tu, baru la doktor panggil, cek, dan buat x-ray semua. Bukan lama pun. Tak sampai setengah jam pun. Pastu, dah siap semua, tunggu kat ruangan menunggu lagi sementara doktor nak bagi filem x-ray tu. Pastu kan, ada budak pompuan sebelah Erah tu, cantik sangat. Aku rasa dia datang lagi lewat dari aku. Pendiam je nampak. Sekali bila ayah dia datang tanya dah siap ke belum, tau dia jawab apa?

"Tak siap lagi.... Patient bukan ramai sangat pun. Buat kerja je lembap." Nah kau... Pendiam la sangat.... Sekali keluar suara, terus ke batang hidung si penjaga kaunter tu.... Memang pun. Si penjaga kaunter tu banyak main dari buat kerja.... Sebok sangat dengan handset dia tu, sampai lupa nak mintak borang aku.

Ok, lepas tu aku belanja Erah KFC. Sakit hati punya pasal, aku order banyak-banyak sebab masa tu dah pukul 2.00, sangat lapar, ok!

Tapi dah minum air sikit, makan fries sikit, mula la aku pandang Erah, Erah pandang aku.... Kenyang ok!!!! Tadi lapar, and tengah marah, nafsu sikit punya tamak order ayam, cheezy wedges, fries and Toasted Pocketful.

Lagi satu, sebenarnya aku terkilan juga hari ni. Sebab sebenarnya aku dah janji dengan kawan aku, si X tu untuk pergi klinik sama-sama. Siap berjanji lagi nanti aku akan fetch her kat rumah. Tapi, masa aku sampai rumah Erah, aku call dia, dia cakap dia dah sampai klinik. What the heck la... Aku baru je berjaya pujuk hati nak lupakan salah dia yangbaru je dia buat kat aku, dia dah buat perangai balik. What the friend la camtu.

Sampaikan malam tadi, masa aku bagitau abang aku nak gi klinik sama-sama dengan X, siap berjanji nak ambil dia kat rumah segala, abang cakap,"Sayang ajak X ke?" See, abang aku pun tak percaya aku boleh simply forgive and forget. Dan aku jawab, "Haah, malas la nak gaduh-gaduh." Then abang kata, ok.

Nasib baik aku dah janji dengan Erah. Kalau aku all alone, cane? Dah la aku tak tau jalan... Adohai, kawan.... Kawan keeeeerrrr?

Malam tu, cerita kat abang, abang cakap, "Tu la, abang dah kata.... Sayang ni, dah 4 tahun lebih kenal dia, tak serik-serik lagi. Orang macam tu, tak boleh tumpang. Lepas ni, gi sana, tak payah la buat baik-baik sangat dengan dia. Put her in the last choice in everything you do."

Entah la, kadang kala, aku cuba jadi seperti pokok buahan dia tepi jalan, di lempar batu, tetap dibalas buah. Tapi sampai bila? Orang sekarang, tak ramai yang ada hati perut. Tak ramai yang ada otak. Yang ramainya, yang selalu fikir kesenangan sendiri...

Apa pun, aku lega sebab dah settlekan medical checkup. Lepas tu pergi cuci gambar pasport.

Saturday, June 26, 2010

Come here u...closer, closer...

Haih, cam penanh dengar je tajuk entry kan... Ngehee~

Tade, sebenarnya aku tengah cuak ni...

Tadi kawan aku yang akan ke UPM sama-sama cakap, bila kita buat pengesahan penerimaan tawaran DPLI online, that button will turn to green instead of red... Tapi aku rasa aku dah click 4 kali di waktu yang berlainan, tapi dia still je merah.... Cane ni??? Aduhai, nervous nye... Dah la pengesahan penerimaan tu kena buat before hari ni.... Tapi kan, masa aku click TERIMA tu, ada keluar statement, yang dia dah terima jawapan aku tu... Cumanya dia still RED in color...

Call Mariah lak tak dapat-dapat...

Time-time cenggini la aku rasa aku nak my sayang ada sebelah aku RIGHT NOW!!!!!

Sayang.... cane ni????

Sila lempang aku bagi aku sedar sikitttt!

Hari ni dah 26 Jun 2010.... Tak sampai seminggu lagi aku akan ke UPM...

Tapiiiiii....

1. Borang baru print

2. Borang ~ belum isi

3. Medical checkup ~ belum buat

4. Packing barang ~ belum buat

5. Makeup ~ belum beli... (certain things yg dah habis la... such as mascara, and skincare product...ehh? masuk kategori mekap ke? ehehe)

6. Certificates ~ belum fotostat and endorse

7. Pasport sized picture ~ belum cuci

See, aku belum ready pun lagi nak start sekolah balik... Punya la main-main... Nasib baik tadi pergi print borang kat rumah sepupu aku... Dia ni pun nak masuk UMP 3 Julai ni.... Tau la jugak sedikit sebanyak perkembangan terkini.

Perkembangan 1

Aku: Eh, semua borang ni kena print ke Abang?

Abang (Sepupu): Semua kena print la kak eg.. Farid (adik dia) dulu pun print semua.

Aku: Ehhh, kak eg dulu dia hantar by post.

Abang: Tak la... Farid dulu, offer letter je dia post.

Aku: Oooo, nasib baik kak eg tak tunggu je borang sampai....

~ 5 taun lepas, time aku nak masuk u, sume benda sampai depan pintu rumah.... Hehehe... Cepatnya masa berlalu... Eceh, nak cover malu...

Perkembangan 2

Aku: Ehh, Abang dah buat medical checkup? Kat mana?

Abang: Dah, kat klinik Lokman...

Aku: Asal tak wat kat klinik kerajaan?

Abang: Kak Eg tau tak, Abang dah gi tanya kat klinik kerajaan, 4 Julai ni baru ada kosong....

Aku: Kat Klinik Lokman ramai tak orang?

Abang: Takde la ramai sangat... Abang gi pukul 9 pg, kul 3 ptg baru siap... (sambil sengeh-sengeh perli)


Isk, isk, isk.... Kalau my sayang ada kat sebelah kan, senang.. sume dia leh monitor... Ngeheee~

Dah tu, bila aku nak siapkan sume ni?


Perkembangan 3

Tadi cakap dengan umi.

Aku: Ahad ni la kak eg nak gi buat medical checkup... Ingat nak gi amek Erah dulu.. Buat teman.

Umi: Ahad ni cuti la cik kak.

Aku: Asal lak cuti?

Umi: Cuti SUKMA.

Aku: Asal lak Terengganu cuti? Kan SUKMA kat Melaka, Melaka je la cuti.

Umi: Kan Terengganu yang johan keseluruhan...

Aku: Ehhhh????

~ See, mak aku lagi updated dari anak dia... Malu i... Seb baik tau Sukma buat kat Melaka... Kalau tak, mampus aku kena paksa telan air newspaper ngan umi... Ala, tapi tak leh salahkan aku... Aku bz kat umah... Kena sapu lantai, kena masak. Mana sempat nak tengok sukan kat tv... Ehh? 2 chores je, asal cam bz ngalahkan ada anak 16 ni????

Wednesday, June 23, 2010

Amer Pinang?????

Haha... Tajuk takmo kalahhhh!!! Padahal readers tak terkejut pun... Hehe....

Sebenarnya hari ni gi rumah Erah kat Kampung Pinang... Lepas tu, lalu Kampung Amer, nampak kereta Najwa. So singgah juga la sekejap....

Dah lama gile tak jumpa Najwa ni... Maklum la, student master... Buzy manjang... Tadi pun dia baru sampai dari UUM pukul 4 petang tadi... Lagi pun Najwa ni suka hidup dalam life dia sendiri... So, kena la hormat privacy dia.... Apapun, kami tetap bestfriend forever.. Kan Wa? Hehehe... Dah makin cantik Si Wawa nih... Dah la dah memang cantik... Patut la Syam sayang...

Tadi saje je sebenarnya gi rumah Erah... Sebab nak tengok gambar tunang dia... Cantik sangat... Tapi gambar aku dalam tu, sume tak cantik... Geram betul... Memang bukan fotegedik la aku ni... Dah tuan punya diri tak bape cantik, cane la gambar nak jadi cantik, kan? Egie, pliss wake up!!! Ngee~

Pastu tadi sms dengan Aima. Aima ni kawan masa praktikal kat KETARA, manage rockmelon fertigation. Dia ni student UPM. So, korek2 la sikit cite pasal UPM. Hmm, Aima cakap kolej aku, kolej 12, dekat je dengan kolej 14 yang bakal dihuni oleh Kakwa, Mariah, Bell dan Yana. Dorang sume tu x-cosmet aku yang bakal bergelar cosmet jugak kat UPM nanti. Dalam satu pagar. Aku pun takleh imagine lagi ni. Just rasa lega sikit. Aku pun tak paham kenapa aku sorang di antara kami berlima ni yang tercampak kat kolej 12... Takpe, aku percaya ketentuan Allah. Everything happens for a reason, rite?

Aima ni, duduk kolej 14. Hmm, lagi... Aima cakap kolej tu macam hostel biasa je, bukan macam apartment macam kat UMT. Aku rasa sedikit tak selesa di situ.. Hehehe.... Bukan sebab aku manja nak accomodation yang selesa tau. Mind u, sayang!!!! Tapi sebab aku ni penakut hantu. So, kalau hostel cam apartment, takde la takut sangat nak gi toilet or bathroom kalau stay up malam or kalau bangun mandi awal subuh... [Eh, Egie kah yang ingin mandi di awal subuh tu???? Macam salah orang je...Ngee~]

Tade cite la nak share hari ni... Cuma kesal tak sudah sebab tak puasa hari ni... Takpe, esok masih ada, insyaALLAH...

Ok la, tu je... till then~

Aku rindu sayang kamu...

Monday, June 21, 2010

Custard layer cake


Add caption





Nampak tak gambar di atas?









Menyelerakan?









Sumpah menyelerakan... Aku tak tipu...









Tambah-tambah kalau makan masa berbuka pose. Tapi sebelum tu store dalam peti sejuk dulu. Owh, sungguh heaven berbuka puasa dengannya...









Nak try? Very the easy.









Ni aku letakkan resipinya kat sini...









Ok, jom masuk segmen history sikit... Custard layer cake ni, first time aku jumpa bila kawan umi, Kak Na bawak datang ke rumah. Tengokkn rupa dia yang sungguh membuatkan kita drooling, makanya aku mintak resipi. Tapi tak buat pun lagi. Tapi dah 2 kali order dengan Kak Na. RM 35 sebiji. Saiz lebih kurang kek 2kg... Tahan 3,4 hari juga tapi kena simpan dalam peti....









Ok, ini resipinya.










Bahan A


1 1/2 tin susu cair


150 gm gula kastor


7 biji kuning telur





# Kacau rata semua bahan. Ketepikan.









Bahan B

210 gm tepung naik sendiri

100 gm gula kastor

200 gm air

100 gm minyak jagung

4 biji kuning telur

3/4 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla



# Pukul sampai putih semua bahan.



Bahan C

11 biji putih telur

100 gm gula

2/4 sudu teh krim of tartar



# Pukul sehingga menjadi meringue which is kita terbalikkan bekas upside down pun, putih telur tak jatuh.



Cara-cara

1. 2/3 sudu gula dicairkan dalam loyang sampai jadi hangus dan percikkan air.



2. Adunan B dan C dikacau rata dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.



3. Adunan A dimasukkan ke dalam loyang berisi gula hangus.



4. Bubuh adunan merah, hijau dan kuning ke dalam loyang gula hangus berselang seli mengikut kreativiti samada secara layer by layer, or marble or, ikut suka hati kamu. Jangan bimbang, adunan kek takkan bercampur dengan adunan custard sebab adunan kek adalah light enuff to float on the custard mixture.



5. Bakar secara water bath which is isikan loyang di dalam loyang yang lebih besar yang berisi air. Bakar hingga kek masak, mengikut oven masing-maisng.



Dah masak, tunggu sejuk baru terbalikkan dalam dulang hidangan dan simpan dalam peti ais. Lepas tu makan sambil menikmati syurga dunia...



Selamat mencuba.

Sunday, June 20, 2010

Jejak-jejak ke menara gading...

Semalam setelah membuat survey secara random kepada kawan-kawan ex-classmates yang turut sama mendapat tawaran DPLI Sains Pertanian, terus jadi cuak serta merta sebab mereka semua register 3 Julai... Asal lak aku register 4 Julai?

Setelah double check, rupanya aku sorang je yang tercampak kat Kolej 12... Dorang berempat kat kolej 14.... Huhu... Tapi aku tengok map, tak jauh pun kolej 12 dan 14 tu.. dekat je.. Tapi still cuak.. Hopefully dapat roomate yang baik, yang sekepala, yang boleh saling melengkapi.. eceh, macam calon somi lak.. haha... Tapi sepanjang 3 tahun kt UMT, dh byk pahit manis asam garam hidup berroomate aku tempuh.. Pernah la sakit jiwa dua kali dan sekali bahagia.. Hehe...

Tak pe, pengalaman mematangkan kita. Kadangkala, berhadapan dengan roomate yang tak sekepala, mencabar iman dan kesabaran. Tapi, tanpa kita sedar, kita belajar menjadi insan yang lebih baik semasa mengurus masalah dengan dia. Belajar lebih sabar, belajar lebih dekat dengan Allah... Belajar mengubah sikap agak tidak bersikap sebegitu dengan orang lain agar orang lain tidak mengalami apa yang kita lalui....

Dan kali ini, aku memasakkan hasrat, untuk tidak lagi rapat secara extreme dengan mana-mana kawan. Cukuplah berkawan secara bersederhana dengan semua orang... Kerana, bersederhana itu adalah dituntut dalam islam...

Tapi masalahnya, aku bukan jenis friendly dengan semua orang. Dah memang jenis camtu... Bukan senang nak approach semua orang in a split second... It takes time... Tapi seingat aku, memang aku tak ramai kawan rapat... Masa kat UMT pun, hidup aku dikelilingi 5 orang makhluk Allah tu je...Aku memang bukan jenis mulut manis suka tegur, puji orang... Entah, nanti kena ubah la kot.. Kalau nampak benda cantik, kena puji... Tak salahkan mengembirakan hati orang... Bukan hipokrit... Tapi jujur... Aku ni memang jenis camni... Tak peka. Kawan pakai baju baru, aku tak perasan pun.... Hehe... Kesian kawan tu, dok bercatwalk namblas kali depan aku pun, aku tak perasan. Kalau aku perasan pun, aku diam je... Sungguh la berat mulut nak puji macam ada diamond dalam mulut. Aku tak puji bukan sebab aku jeles ke apa, tapi memang jenis camni... OK, nnt ubah perangai yang satu ni...

Masa kat Tengku Mahmud pun, aku tak ramai kawan baik... Seingat aku, my very first bestfriend in life is Nurul Ayuni. Walaupun sekelas masa form 1, tapi masa form 2 baru start close. Lepas tu masa form 3, start kenal Nurul Shaida Azlin dan Wan Najwa Arifah. Lepas tu, kitorang berempat, aku, yunie, wawa dan lin jadi geng sekepala.... Tuisyen pun sama-sama. Bila habis form 4, masa cuti before masuk form 5, aku join tuition Add Maths kt Pusat Tuisyen Aziz, start close dengan Wawa. Sebab yunie dah pindah ke Pasir Mas.

Pastu, masuk form 5, sekelas dengan Wawa... Kebetulan atau suratan, kami jadi bestfriend sampai sekarang... Masa form 5 jugak selain Wawa, aku start close dengan Nurfarahhanie aka Effa...

Lepas tu form 6 ada Dayang n Jihan...

Dan aku rasa, sampai setakat itu sajalah aku mengumpul kawan baik yang berkawan memang dengan ikhlas berkawan tanpa ada reason or tanpa ada rasa nak ambil kesempatan ke apa...

Selepas itu, persahabatan yang tercipta adalah atas dasar memerlukan kawan sekuliah, segroup masa buat assignment and so on... Bila berkawan atas dasar macam ni, lepas je abis belajar, maka nilai persahabatan pun memudar... Dah tak contact, dah tak share anything personal and so on... Aku tak cakap mereka tak ikhlas berkawan.... Tapi keikhlasan itu terbatas. Mungkin kerana jalan hidup dan matlamat yang berbeza, atau mungkin kerana ada khilaf dari pihak aku sendiri... Aku memang sedar, aku bukanlah kawan yang terbaik, tapi aku sering mengutamakan kepentingan kawan dalam setiap yang aku lakukan.... Aku sukar kata TIDAK kepada permintaan mereka... Namun, itu belum cukup untuk aku mendapat title Kawan Yang Baik... I knew it... i dont deserve it...

Makanya, bila ada personal problem comes up, aku kembali ke pangkal jalan mencari Yunie, Lin, Wawa dan Effa... Kawan baik bagi aku, bukanlah kawan yang kita berhubung 16 kali sehari to share everything, tapi kawan baik adalah seseorang yang kita percayai untuk menyimpan rahsia kita, someone that we can share something with, and someone that we look for when something big happens in our lives... And someone that can stand behind us to share with us their strenght in our every bad day as well...

Apa yang aku perasan pun, aku, Lin, Wawa dan Effa bukanlah bersms or phone call setiap hari. Kami sangat jarang contct, tapi tak pernah putus hubungan. Dan sentiasa tahu perkembangan terkini each of us...

Dan kebelakangan ini, aku perasan, aku kembali mengumpul kawan baik. Sukar untuk menemui ganti kawan-kawan baik yang baru ini.... Dan syukur alhamdulillah kepada Allah kerana kembali menganugerahkan aku kawan baik yang tersangat baik. Semoga persahabatan ini takkan dicemari oleh anasir-anasir negatif. Dan semoga berkekalan dunia akhirat. Dan juga semoga aku sentiasa memperbaik diri untuk menjadi kawan yang baik kepada semua orang.... InsyaAllah....

Buat semua Teman Baik, thanks so much for always stay by my side, deep in my heart...

Hoi, hoi, hoi....

Ahhaaa, curik tagline Shahir Af8... Cik Egie, pelis la wake up... Dah tersasar dah ni dari tajuk sebenar entry....

Ok, fasal persediaan ke sekolah... Satu hape pun tak buat lagi... Plan nak print out segala forms yang aku susah payah download dari website UPM hari ni... Tapi Mariah cakap, nanti borang tu sume, UPM akan pos... Hoho, aku dah tersilap kutuk UPU hari tu... Aku ingat sume kena print out sendiri... Rupanya memang dorang pos... Tapi tu pun tak sure lagi... Kalau betul kata Mariah, makanya tunggu je la borang tu sampai...

Pastu baru pegi buat medical checkup segala... Hadoi, sumpah sesak klinik sebab musim kembali ke sekolah start bulan depan...

Dan buat cik Wawa comel, saya ke UPM membawa tuah birthday awak tau... No matrik saya 340.. which is sama macam birthday awak, 3 April... Harap-harap dapat tumpang tuah kamu, jadi berani dan berdikari macam kamu dan supaya life berjalan lancar seperti life kamu hendaknya. Amin...

Hmm, takat tu dulu la... Nanti dah prepare pape, aku update lagi... Hohoho, sunguh perasaan... Macam la ada readers nak tau update fasal ko.... Padahal tulis blog syok sorang je... Huahuahua... Xpe, tak kesah for wat reason, buat sometime, there's something that cant be expressed by spoken words, but written words can be.. Tapi ada jugak something that can be expressed neither by spoken nor written words... Kita smpan je dalam hati. Sebab benda-benda camtu shouldnt be revealed pun... Demi menjaga hati banyak pihak. Sebab kita hidup dalam dunia ni, bukan ada kau dan aku saja.... Kannnn????

So, till then~

Aku rindu sayang kamu...


Saturday, June 19, 2010

Get ready nak masuk sekolah balik...

Dengan ini diumumkan aku akan mendaftarkan diri di Kolej Keduabelas UPM, pada 4 Julai 2010...

Sebelum daftar kena print out surat tawaran dan segala jenis forms untuk dibawa di hari pendaftaran nanti... Aduhai... Zaman-zaman canggih camni, form pakai anta online aje... Sungguh haku tak suka... Aku lebih suka borang manual sampai depan umah posmen anta... Sebab mata aku ni agak la tak berapa boleh catch up benda alah di skrin laptop ni... Nanti ada la ter skip sana sini... Tak ke haru...

Borang medical check up pun kena print out sendiri.... Kena buat medical check up lagi.... Macam dulu-dulu.. Segan tol buat medical check up nih.. Kena buka segala menda masa x-ray... Urine test lagi... Cam loser je beratur sambil pegang beaker urine.. Erk, gelis... Hehehe....

Haip, banyaknya komplen Cik Egie, Allah dah bagi rezeki tu, boleh tolong bersyukur tak??????

Ok, ok.... Aku tak komplen lagi...

Hari ni sibuk dok buat list barang yang perlu dibeli.... Huh, betul2 macam baru nak masuk sekolah balik.

Tapi tak banyak mana pun barang nak beli... Takat buku-buku nota, exam pad, planner, stationeries tu, yang zaman belajar dulu, ada lagi kot. Kena korek balik la kotak-kotak yang bersusun tepi dinding tuh.... Huh, exercise lagi...

Tapi printer tak ada.... Dah rosak... Laptop pun separuh nyawa.... Hmm, guna je la hingga ke titisan nyawa terakhir.... I luv my laptop walaupun beso gedabak...

Hmm, sebelum berangkat, ada lagi 2 minggu untuk preparation.

Pastu kena gi lapor diri rumah mertua lak... Ada ke abang suruh aku gi time dia tak de.. Segan la i.... Hehe... Tengok la cane... Kalau segan, call je bagitau. Kalau ase muka tak malu, ajak Erah and Aima pergi bertandang...

Lagi satu masalah is handset.... Handset dah rosak satu... Lagi satu pun separuh nyawa juga... Tapi tak pe, aku pasrah je guna.... Tak ada la masalah sangat pun sebenarnya... Aku je yang kecoh lebih... Hehehe....

Tapi aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana diberi peluang menyambung pelajaran lagi.... Aku janji tak mau study last minute lagi. Aku janji akan buat yang terbaik. Kerana kali ini, aku mempertaruhkan masa depan generasi pemimpin dan tonggak negara di masa depan....

Benar kata Nabi Muhammad SAW, seberat-berat perkara adalah AMANAH... Berat bahuyang menanggung....

Tapi paling penting, aku bersyukur kerana akan melalui hari konvokesyen sekali lagi kerana perjalanan hari konvokesyen semasa di UMT dulu, tidak selancar mana which is, kami sampai lewat, kereta abah rosak, dan adik beradik tak jadi ikut so takde gambar family diambil di studio hari tu. Cuma ambil gambar dengan umi dan abah di luar dewan je. Hopefully, the next convo akan berjalan lancar dan dipenuhi momments gembira.

Hamboi.... get real plz cik egie.... Daftar pun belum dah berangankan hari konvo... Behave sket boleh???? Gigit kang, baru tau!!! Kan, yang... ehhh????

Apapun, diharap segalanya berjalan dengan lancar. Dan aku juga jadi lebih kuat, tabah, sabar dalam menempuhi fasa baru dalam hidup ini.... To Encik Reminder, plz stay by my side, ALWAYS.... Promise?


Thursday, June 17, 2010

Butterflies flying in my stomach

Hari ni, hari nervous sedunia ok...

Tapi buat-buat selamba.

Kononnya tak ada apa-apa.

Cuba sibukkan diri dengan jemur baju adik-adik sebakul dua di ampaian.

Cuba sibukkan diri kemas bilik, tukar cadar, selimut, sapu bilik.


Tolong jahit baju customer umi...

Tetiba dapat sms... "Sayang, dah cek ke belum?"

Adoi la.... Bertambah banyak butterflies berterbangan dalam perut.

Dah la web site
http://upu.mohe.gov.my/ tak leh loading. Berejam tunggu....

Pastu online FB, kak zurai cakap mariah dapat.

Pastu call mariah, mariah cakap kak ayu senior yang tolong cekkan..

So, call kak ayu, suruh tolong cekkan jugak...


Then, yuhuuuuu!!!!



Alhamdulillah,



Aku berjaya ditawarkan program pengajian Diploma Pendidikan Sains Pertanian ambilan Julai 2010 di Universiti Pertanian Malaysia. Alhamdulillah. All the patience, tawakkal, efforts dibalas Allah dengan buah yang begitu manis.



Sekiranya Allah telah tetapkan ini yang terbaik untuk aku, maka aku akan berusaha bersungguh-sungguh, dan buat yang terbaik.



Terima kasih kepada semua yang tak henti-henti berdoa untuk kejayaan dan karier masa depan aku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.



Dan hari ini Allah telah tunjukkan, ada hikmah di sebalik pahit manis yang aku lalui sepanjang bergelar jobless graduate ini. Segala yang pahit, aku jadikan pengajaran. Dan yang manis itu tetap tersemat di lipatan kenangan.



Hari ini, Allah berikan segala apa yang aku mohon darinya sejak sekian lama.
Hari ini juga Allah tunjukkan kebesaran kuasaNya... [Yang salah itu tetap salah, Allah tahu tapi orang lain takkan tahu]
Betapa hari ini, aku tahu, betulnya tindakanku untuk menukar internship placement ku dari Shah Alam ke hometown. Betapa Allah telah melorongkan hatiku ke arah yang Dia ketahui, lebih baik untukku. Walaupun, aku pernah terkial-kial membuat keputusan, biarpun aku pernah kabur-kabur dengan keputusan yang bakal kuambil.
Betapa banyak hadiah dari Allah setelah aku mengambil keputusan untuk berundur seketika, mengambil satu langkah ke belakang untuk bersiap sedia untuk berdepan dengan dugaan dan masa depan.
Sesungguhnya, mengalah itu tak semestinya kalah...
Dan hari ini juga, aku sedar, aku telah mula belajar menjadi orang yang pemaaf, orang yang sabar. Sesungguhnya aku memaafkan mereka dengan seikhlas hatiku.
Sesungguhnya, kemaafan itu dendam yang terindah.
Tidak sia-sia aku pesan pada diri sendiri agar maafkan mereka setiapkali sebelum aku terlena di malam hari.
Tidak sia-sia aku pesan pada diri sendiri agar lupakan kesalahan mereka padaku kerana bimbang salahku pada orang lain yang tak terhitung. Yang aku lakukan di luar sedar atau sengaja.
Tidak sia-sia aku bersangka baik dengan apa yang telah aku lalui sepanjang bergelar Gemmies dan jobless graduate. Yang baik itu aku jadikan pengajaran, yang pahit itu jadikan sempadan, yang manis itu, biarlah tersimpan di lipatan kenangan...
Aku tahu, ada someone di belakangku yang membuatkan aku gagah kala aku goyah. Thanks orang itu... Hehe...
Betapa gembiranya hari ini kerana mampu mengembirakan hati umi abah, tok wan dan ayah tok, dan juga yang tersayang kerana aku tahu mereka tak pernah berhenti berdoa untuk melihat aku berjaya, dunia akhirat.
Betapa gembiranya aku hari ini sehinggakan aku rasa rama-rama turut terbang keluar dari mulutku tiap kali kata terlafaz saat menghebahkan berita gembira ini. Alhamdulillah ya Allah...
Betapa banyak kurniaan Allah padaku hinggakan hambaNya yang lemah ini, kerapkali lupa bersyukur.... Ampunkan aku....
Benar kata Kak Nani Rostam, satu hari nanti, mereka yang menendang kita hingga kita jatuh terduduk suatu waktu dulu, hanya mampu melihat betapa tingginya kita mampu bangkit semula hari ini. Dan dia, kudoakan rezekinya lebih baik dariku...
InsyaALLAH, alhamdulillah.
Till then~




Saturday, June 12, 2010

Reunion orang lama

Hari ni sangat penat.... Abah dan kawan-kawan lamanya seramai empat orang berkumpul di rumah buat reunion. So, rumah dipenuhi 4 families la tadi. Gila punya penat. Tapi aku suka.... Suka treat guests. Suka dapat happykan mereka. Dapat hidangkan makanan yang sedap-sedap untuk mereka.

Penat tapi berbaloi bila mereka pulang dengan hati gembira. Dan sebagai tuan rumah, kami gembira bila semua makanan habis tak bersisa. Setelah melalui sesi makan yang tak berenti sambil dorang bercerita cerita lama yang mana kami golongan anak-anak cuma diam tak reti nak sampuk sebab dah lupa kenangan yang dorang ceritakan tu atau pun, kami belum wujud lagi time tu, makanan yang disediakan, tinggal bekas semata-mata...

Punya la sibuk tadi sampaikan aku ambil masa dari kul 5 petang sampai kul 10 malam untuk habiskan sepinggan nasi goreng. Ya la, makan semulut, bangun tukar gelas bersih, pastu jap-jap bangun tambah air, pastu bngun tukar pinggan bersih. Tapi, aku memang suka jamu orang. So, aku sangat happy tadi.

Hopefully, my future hubby nanti suka buat rumah terbuka or jadi host dalam mana-mana acara melibatkan gathering. Sebab aku suka masak. Kepuasan bila kita masak dalam kuantiti yang banyak, dan makan tu habis, tak terkata... Sebab tu la masak jadi hobi aku. Sebab aku rasa tenang bila dapat masak. Maybe tu salah satu reason aku gained 5kgs within 1 month at home. Hehehe....

Tapi kan, tadi dapat crank call. Macam bodoh je orang tu... Malas lagi nak cerita sebab sekarang aku dalam mood happy. Nanti la, next time aku cerita. Lagipun, boleh juga dijadikan pengajaran dan peringatan untuk korang semua nanti. Sekarang, malas nak spoil my good mood...

Friday, June 11, 2010

Warna dunia...

Sebenarnya malam tadi, sangat sakit hati... Aku ingat aku dah transform jadi orang penyabar, rupanya belum lagi tanpa my sayang ada di sisi....

Cerita dia macam ni... Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang sahabat yang boleh dikategorikan bestfriend jugak la dengan aku telah membawa rombongan family abangnya untuk menempah baju dengan my umi. Dah dekat setahun dah kot. Abangnya ni agak berbadan besar menyebabkan baju ke pejabat agak terbatas pilihannya. Kalau ada pun agak mahal dan tidak mengikut ukuran sebenar badannya. So dia tempah dua pasang baju kemeja ala kot cam tu la kot. Then, yang satu tu dah siap dan diambil semasa raya hari tu bersama dengan baju kawan saya, adik dia, kakak ipar dia dan juga anak-anak sedaranya.
Lagi satu pun dah siap cuma tak bubuh butang je lagi.

Setelah hampir setahun jugak kot, tak pun 9 bulan lebih camtu, saya bertemu kembali dengannya semasa menghadiri temuduga DPLI di UMK. So, saya cakap la; "Baju abang ko dah siap, tinggal nak bubuh butang je. Bila abang ko nak datang ambik? Dah lama dah siap."

Dia balas; "Entah la, abang aku dah lama tak balik." Aku still ingat lagi jawapan dia ni....

Tapi malam tadi sms yang dia bagi, buat aku rasa terbakar...

'Kak EG, ko cakap baju abang aku dah siap, tinggal butang je tak bubuh lagi. Tapi tadi abang aku nak gi ambik, tak siap pun lagi. Butang pun tak bubuh lagi. Abang aku dah 'mechok' dah ni wei. Gane ni?'

Ok, bagi korang, maybe tak rasa pape kan... Tapi bagi aku, ape ke hallnya ko nak datang tak sms tanya dulu. Memang betul la hari tu aku cakap baju dah siap cuma tak bubuh butang lagi. Alah, biasala, selagi kita tak tau due date, mesti kita tak buat final touch up, kan... Ko dulu pun, sama je masa belajar.... Tak de nya minggu depan due date, minggu ni assignment ko dah perfect. Aku tak cakap ko aje, aku pun sama... Sebab tu benda normal ok....

Kalau ko sms dulu sebelum datang, memang umi sempat la jahit butang tu. Bukan makan masa 40 hari 40 malam pun... Dengan jarak rumah dia ke rumah aku ni, memang sempat siap la. Tapi since ko datang tak bagitau, nasib la kan...

So aku bagitau umi tentang sms tu, then umi cakap suruh ambil pagi esok la, which is pagi ni la, atau tengahari. Sebab pukul 3 petang kitorang nak setup majlis reunion untuk kawan-kawan lama abah.

Tapi yang buat aku tambah terbakar, bila aku sms suruh datang ambil pagi ni atau tengahari, dia balas apa tau???

'Sempat ke? Nanti kang jadi cam hari tu kang... Abang aku dah balik banyak kali ke kampung ajak gi ambil baju, tapi tak siap pun."

Ada rasa nak sula orang tak bila baca asms camtu???? Dah umi cakap datang ambil, datang je la... Nak tunggu ko sms bagitau nak datang, cam haram la kan... Lagi satu yang buat aku rasa nak marah bila baca sentence, 'abang aku dah banyak kali balik kampung ajak gi ambil baju tapi tak siap.'

Hello!!!! Yang hari tu masa jumpa kat UMK, tak lama pun, baru hari tu.. Dia jugak yang cakap, abang dia dah lama tak balik kampung. Hamboi, saje ye nak curah minyak...

Sumpah aku rasa terkilan. Aku takpe lagi sebab aku tak de share pun dalam urusniaga ni. tapi fikir la siapa yang ko call suruh tolong belikan kain, jahitkan baju dinner ko masa ko kat Cherating. Pastu, tak cukup belikan kain, jahit, kitorang pergi hantar lagi ke Cherating which is ambil masa 5 jam dari rumah aku, ok!!!! Dannnnnnn, belum bayar pun lagi upah jahit tu semua!!!!!

Ok, aku bukan nak berkira, tapi tolong ingat sikit betapa besarnya hati mak aku gi beli kain, pilih yang cantik-cantik untuk ko, jahit, usaha cari orang nak gi hantar baju...SEBAB KO KAWAN BAIK ANAK DIA... Tapi camni ko balas???? Terima kasih banyak2..

Betul la my sayang cakap, kita buat baik dengan kawan, belum tentu kawan buat baik dengan kita.

Aku bukan cakap semua perkara yang aku buat, aku mintak balas, tapi tolong jaga hati mak aku sikit, boleh?????? Hati aku tak pe, sebab aku ada doktor hati.... [Wink*wink]

Dan sampai sekarang dia belum datang ambil baju tu... Suka hati ko, nak datang, datang. Tak nak datang, SUDAHHHH!!!!

Malam tadi, ada sorang sales engineer ni nasihat aku, kalau dia tak dia tak datang, pergi la hantar rumah dia. Dekat je kan.... Ingat, customer always right...

Owhhh, pelisss... Customer camni, takde pun takpe... Dah la bukan sikit dia punya cerewet. Kejap nak 4 poket, kejap call cakap nak letak penutup kat semua poket, kejap lagi call cakap nak letak dua penutup aje pulak, kejap lagi call cakap nak tambah lubang letak pen, kejap lagi call cakap nak letak butang kat poket... Huh, kalau tukang jahit tu bukan umi aku, aku rasa ada je baju orang nak ke humban luar tingkap... Bersyukur ok ko jahit baju dengan mak aku... Kalau aku, jangan harap aku nak bagi muka!!!!

Ok, sekarang aku cuba buang rasa nak marah. Dan cuba smile... Tq, sayang...

Ehh???? Hehehe...

P/S: Syg, klu rasa entry ni berciri hatred dan anger yg melampau, let me know, then i'll remove it. ok?

Thursday, June 10, 2010

Elyra Wedding ~ 10 Jun 2010




Hari ni, ke Kg Apal menghadiri majlis perkahwinan schoolmate Tengku Mahmud batch 99-05, Nir Rosli (Ely) dan Norazirawati (Ira) aka Elyra...

First attempt drive sendiri ke sana... Dah la jalan gila punya jem. Dorang sume dah tak hirau lampu isyarat dah. Main redah je... Sebab tu bertambah jem kot. Tau la cuti sekolah dan kenduri kahwin pun berlambak-lambak, tapi, ikut rules la.. kan... Dalam jem tu, sempat jugak la mati enjin 2 kali. Haha... Lepas ni, sumpah aku nak beli kereta auto... Tak mau manual... Rasa nak cramp kaki tekan clutch...

Ok, back to Elyra's wedding... Memula tengok Ira and Ely tengah bersanding rasa tak sangka yang dorang dah big enough untuk kahwin. Sebab kenal sejak Form 1 lagi... So, still rasa dorang amsih budak-budak sekolah. Haha... Sebenarnya, orang yang belum kahwin lagi ni yang still tak sedar diri dah tua... Hehehe... Kalau tak salah, dah 7 tahun dorang couple sebelum kahwin ni... Amazing, kan?

Tadi jumpa Ilah and Zura kat wedding Elyra, sempat la jugak borak-borak.... Ilah still belajar, nurse jugak... Zura, sama cam aku... Jobless graduate. Hahaha... Bezanya, dia tengah tunggu result KPLI, aku tunggu result DPLI.

Tadi Zura cakap, "Tahun ni paling ramai batch kita kawen.... Nanti kita kahwin, ada tak kawan-kawan yang datang? Sume dah kerja jauh."

Aku balas, "Tu la... Sume dah beranak pinak masa kita kawin nanti agaknya..."

Zura balas, "Nanti syok-syok kita tengah bersanding, anak2 dorang panggil kita 'mak cik'. Tak glamour langsung mak cik bersanding...." Haha... Lucu jugak... Tapi betul la... Hmm, mak cik pun, mak cik la... Dah jodoh belum sampai, nak buat cemana...


~~~~~~~
Sebenarnya malam semalam, aku really blur bout my future. All the opportunities are standing right in front me, but i dont know which one should i choose. Actually i got the very priceless opportunity... Everybody told me to grab it, but my father dont really like it. He told me to wait for the DPLI result first. But that result will be released on 19th June... Too long to wait..

After discussed it again with my friends, then i made a decision to ask my FYP supervisor. Opps, forgot to tell, before dat, i've made solat istikharah. Then this morning, i called my supervisor, and everything went well... Alhamdulillah... I felt that a really big door has been opened for me... Thank you ALLAH... Terlalu banyak yang Allah anugerahkan, kurniakan, hadiahkan, berikan kepada aku sehingga kadang kala aku lalai untuk mensyukuri nikmatnya... Maafkan aku Ya Allah...


Tapi betulla cakap my sayang... Allah belum bagi apa yang aku nak kerana Dia tahu aku masih belum mampu memikul tanggungjawab itu, kerana aku masih belum cukup bersedia... Sampai masa nanti, bila kau dah bersedia, dah cukup kuat, insyaAllah, what i want will be fall on my lap... Kalau pun apa yang dikurniakan itu bukan seperti yang aku harapkan, ianya adalah atas sebab Allah tahu itu yang terbaik untuk aku, sedangkan aku tidak... Dan kerana Allah tahu, i deserve that... Kerana sesungguhnya, Allah takkan sesekali memberi ujian yang tak mampu ditanggung oleh hambanya... So, kena lapangkan hati, kuatkan iman, sentiasa bersangka baik dengan apa yang kita dapat... Everything happens for a reason...

So, bila aku dah bisa memilih nanti, aku akan umumkan di sini...

InsyaALLAH.

Till then~

Wednesday, June 9, 2010

Lelaki idaman aku dan dia....

Semalam seorang sahabat dunia akhirat aku datang mengadap bersama sedikit domestic problem. Memula, aku tak tahu nak buat macam mana, sebab aku tak ada pengalaman pun. Tapi, sebab dia sahabat dunia akhirat, aku cuba consult masalah dia dengan kawan-kawan yang lebih berpengetahuan dari segi ilmu agama dan ilmu-ilmu domestic....

Masalahnya agak berat. Mungkin bagi yang tak pernah mengalaminya, akan rasa masalah itu kecil sahaja... Tapi, berat bahu yang menanggung, Allah sahaja yang tahu. Bukan aku mahu bercerita tentang hal domestic orang, tapi mungkin untuk dijadikan peringatan untuk diri sendiri.

Teman dunia akhirat aku ni merupakan salah seorang isteri zaman ini yang terpaksa berjauhan dengan suami akibat kekangan jarak tempat kerja. Isteri jauh nun di selatan dan suami di pantai barat. Dan mereka cuma bertemu dua kali sebulan.

Perkahwinan yang cuma baru berusia 3 bulan menjadi dingin. Mungkin faktor kekurangan masa berkualiti bersama yang menjadi punca. Tambahan pula, sahabat ini, sedang mengandung.... Perempuan, maklumla... Di trimester pertama pula... Sudah pastilah very emotionally unstable... Dan si suami yang jarang-jarang bertemu isteri, sesekali bertemu, sudah pasti lah ingin menuntut hak sebagai suami.

Dalam pada aku tak berpengalaman, tapi hasil ilmu-ilmu yang diperolehi dari novel, magazine dsb, aku come up dengan beberapa nasihat...

1. Pergi berubat cara kampung...
Masalah tak suka suami datang dekat ni, bahaya for long distance couple... Dan pasti
membawa kepada long term effect yang tak berapa cantik... Tak mau la camtu kan... Dulu elok-elok jadi sweet couple, loving couple semua, kena la maintain camtu jugak lepas kawen, kan... Saya cakap, semua tu, setan semua... Setan memang suka kan kalau yang bukan muhrim bersentuh-sentuh, dan setan lagi suka kalau pasangan yang dah halal bersentuhan rasa tak nak sentuh-sentuh. Berubat cara kampung ni bukan la pergi jumpa bomoh-bomoh mengarut tu.. Tapi pergi jumpa ustaz or ustazah yang arif untuk menguatkan iman, menjauhkan dari hasutan setan...

2. Wujudkan waktu kualiti bersama...
Bagi long distance couple ni, masa berkualiti adalah sangat penting. Yalah, sesekali jumpa, biarlah kenangan-kenangan manis tu tersemat di hati. Buat menguatkan rasa cinta bila berjauhan. So saya cadangkan, sentiasa solat berjemaah... Lepas tu lepas jemaah Maghrib, boleh la bertadarus berdua-duaan sambil tunggu Isyak. Tak salah kan.. Baik untuk mom and dad-to-be and bagus untuk perkembangan minda baby... Dan juga, boleh menjauhkan kita dari hasutan setan durjana tu.. This idea saya baca dari HLOVATE punya e-novel yang bertajuk GTI Trouble Maker kot tajuknya... So sweet kan kalau dapat suami yang boleh bimbing kita sampai macam tu... This idea juga saya baca dari blog nurulism.com... So sweet couple they are... Dan lagi, kalau tak suka suami sentuh-sentuh kita, kawal perasaan... Memang la kita dalam fasa hormon tak stabil, tapi jangan layankan sangat benda-benda tak elok ni... Sentiasa beristighfar dan cuba berlapang dada... Suami tu ada hak terhadap kita... Lagipun sentuhan-sentuhan dan hubungan yang halal itu memang sudah menjadi a part yang diwajibkan dalam Islam in domestic life... Dapat pahala pulak tu.. Just simple like dat...Wallahuallam...

3. Enhance the knowledge...
Bagi pasangan suami isteri yang baru dan lama pun, pengetahuan dalam mengendalikan bahtera rumahtangga adalah sangat penting. Kena rajin study, kena rajin apply, kena rajin improve diri... So, saya cadangkan supaya dorang sentiasa amalkan amalan membaca. Buku Amalan Semasa Hamil, Pa&Ma, Parenthood... Beli buku sama-sama, baca buku sama-sama, amal sama-sama. InsyaALLAH, everything will get better... InsyaALLAH, suami yang baik, akan memahami perasaan dan kehendak isteri yang terumbang ambing emosinya semasa di awal kehamilan. InsyaAllah, suami yang baik, yang di dadanya penuh ilmu, akan cuba mengetepikan ego, dengan memahami ketidakselesaan isteri... Bukan mempergunakan kuasa veto sebagai suami semata-mata... Lagipun, benda-benda macam tu, bukan lama... Biasanya cuma di awal kehamilan sahaja. Dan kalau pun berpanjangan hingga ke akhir kehamilan, bersabar dan cuba memahami. Lagipun, isteri itu mengandungkan zuriat kita juga... Kita kahwin dengan niat untuk hidup bersama selamanya. So, bila ada dugaan sebegini, bersabarlah. Dan kuatkan iman dan cinta di hati... Perjalanan kita masih jauh...




Ah-ha... Bila kau baca balik, taip balik apa yang aku nasihatkan member aku tu.. rasa tak percaya aku boleh bagi nasihat camtu... Dah la tak ada pengalalaman... Tapi bukan cakap kosong aje... Based on apa yang aku pernah baca dalam buku juga... Mungkin sebenarnya benda-benda kat atas tu senang diucap, tapi untuk dipraktikan bagi sesiapa sahaja yang benar-benar sedang berdepan masalah, agak sukar...

Dan, sebenarnya itu la antara ciri suami idaman aku dan sesiapa saja. Beriman, pandai ngaji, rajin buat amalan sunat, understanding, dan macam-macam lagi... Dalam novel, senang la nak create watak sebegini.... Dalam dunia realiti? Wallahuallam...

Dan aku doakan agar kawan dunia akhirat aku tu berbahagia dengan suami tercinta... Ehh? Kejap aku, kejap saya... Aku pun emotionally unstable ke? Heheh...



Hadapi dengan senyuman...
Semua kan baik-baik saja...




Wallahuallam,
Assalamualaikum...

Rupanya dia kesayanganku...

Betullah agaknya, aku memang tak pandai bersyukur. Bila sesuatu tu dah tak de, baru lah aku meraba...

Aku cakap camni sebab selama ni aku asyik komplen yang laptop ACER aku berat la, saiz gedabak la, xde webcam la... Dan macam-macam lagi. Maklumla, laptop zaman 60an... Aku beli laptop ni tahun 2006, masa semester 1 di UMT, tapi masa tu orang panggil KUSTEM lagi...

Tapi sekarang dia dah nampak simptom-simptom untuk diganti dengan yang lagi muda... Maklom la, orang tua... Selalu sakit-sakit... Adapter tu, tak yah cakap la bape kali aku dah tukar. Dah masuk kali ke tiga, ni rosak lagi... Aduhai, dah la duit xde ni... Kering kontang ok... Kemarauuuuu....

Pastu one of his neck pun dah patah dah dan telah menyumbang kepada masalah susah nak tutup and buka sebab kalau tutup inner part macam nak patah kalau tak tekan betul-betul secara sopan dan ayu.. Ehhhh? Ayu?? Tak sukaaaaa... Nyah ko dari blog aku... (Apa aku merepek ni, sebenarnya?)

Dan semua masalah tu menyebabkan aku susah nak online sebab sekarang pinjam laptop abah yang cenonet tu... Dulu, masa mula-mula tengok Ally, COO company aku kat GEMS dulu, asa teruja nak beli sama. Tapi sekarang, mintak maaf la... Aku seribu kali sayang laptop gedabak aku tuh... Tak kesah lah berat ke apa, yang penting skrin adalah mabeles...

Dahlah aku kena study untuk buat proposal research... Skrin laptop abah lak, kecik jer... Nak baca materials pun tak best. Berpinar-pinar mata rabun aku nih....

Ehhh, orang itu yang baru dapat 1st pay check,.... Apa kata belikan saya laptop???? Sedekah, dear.. Sedekah... Hahaha, banyak chanteq muka haku... Hihi..

So, conclusion nya adalah, aku sebenarnya sayang laptop aku...

Sekian, terima kasih....

Monday, June 7, 2010

Fake it until we make it....

Hmmm, ada beberapa amal dalam Islam yang Nabi Muhammad S.A.W cakap perlu dipaksa sehingga ia menjadi amalan....

Dan alhamdulillah, aku kini sudah semakin enjoy puasa sunat Isnin Khamis. Mungkin aku bermula sebab someone, tapi aku puasa bukan sebab dia. Tapi dia yang sentiasa memperingati dan menasihati dengan cara yang paling aku boleh terima. Dan kini, aku jadi ternanti-nanti menunggu setiap Isnin dan Khamis. Alhamdulillah...

Ehh, rasanya... amalan-amalan sunat macam ni, kalau kita buat pun, tak elok dihebah-hebah... Tapi sebab ini blog aku, dan blog ini untuk aku tulis semua benda yang aku nak simpan sebagai peringatan di masa depan, so, aku tulis la... Lagipun aku tau, blog ni tak ramai readers. 2,3 orang teman-teman yang paling rapat je. Dan de point yang aku cuba nak sampaikan is, knowing that 'SOMEONE' really make my life changes. In many parts, i think, i change for good... Thanks, sayang...

Ok, jom kita kembali ke pangkall jalan... Fake it until we make it juga boleh di apply kepada benda-benda lain dalam kehidupan kita.... Contohnya, aku sekarang ni, tengah sharpen my driving skill... Gile, bertaun aku tak drive sejak dapat lesen in 2005. Nasib baik tak lupa mana satu clutch(betul ke aku eja ni?), mana satu brek, mana satu pedal minyak... Sekarang ni, try jugak drive tiap-tiap hari. Kejap pun takpe.... Dan hasilnya, dah tak berapa nervous dah... There goes fake it until we make it... Buat-buat tak nervous masa drive sampai betul-betul tak nervous.... Thanks so much muah to my die hard supporter, my lovely sayang.... Dont know how to live without u la... Haha, padahal b4 kenal buleh je idup... Ngehee~ngada je lebih...

Dan aku ase, aku dah tau dah apa dia weakness point aku. Yang selama ni asyik drag all my confidence sampai jadi dah tak berapa confident... Rupanya selama ni aku experienced inferiority complex just because aku fikir aku tak pandai drive... Hahaha... Sekarang ni, dah boleh drive, rasa sedikit yakin dengan diri sendiri. Tercampak kat ceruk negeri mana pun, maybe boleh survive sebab boleh drive sendiri...InsyaALLAH....

Sebelum ni, asal pandang je kereta, rasa lemah semangat. Sebab ingatkann, tak pandai drive... Yang ko gi pandang je kereta tu, sape suruh. Next time, buka pintu, duduk, start enjin, drive je.... Boleh aje. Kalau betul-betul tak pandai, mesti dulu tak lulus pun masa test dengan JPJ tu kan... Lulus tanpa repeat mana-mana part pun... Parking lulus, jalan raya lulus, bukit pun lulus.... So, dah tau dulu boleh, mesti la sekarang pun boleh...

Wah, panjang ya bagi semangat kat diri sendiri... Hehehe...

Takpe, for good...

Sebenarnya aku tengah geram dengan laptop aku... Hari tu, dia cracked dekat one of his neck. So nak buka tutup tu, susah la sket. Seksa je nampak... Tapi masa tu ok lagi. Dan semalam, aku perasan, dia tak masuk charge pulak... Dah la bateri dah kong... Dan dah la aku perlu guna laptop tu untuk buat resume. Ok, buat resume tu xpe la boleh guna laptop adik-adik atau laptop abah, tapi nak print pulak yang susah sebab laptop aku je yang satu-satunya ada driver untuk printer kat rumah ni sebab cd ori dah hilang. Nak tunggu download, boleh... Tapi sakit jiwa la sikit.. Sebab aku guna BROADBAND CELCOM... owh, sungguh la rasa nak santau je selkom... Hari tu pun aku download, sehari ok kena tunggu... Dan lagi, dah la tarikh tutup job vacancy tu, 11 jun... InsyaAllah, sempat... Mudah-mudahan....

Wish me luck...

Ok, assalamualaikum....

Daa~

Saturday, June 5, 2010

Mengidam...

Tadi try pakai jeans lama yang tak stretchable yang aku beli masa semester 3 rasanya... Selama ni, asyik pakai stretchable jeans sampai tak sedar diri dah mengembang tahap giga... Then tadi, try pakai, guess what???? TAK MUAT ok!!!! Pakai sampai ke pinggang, ok lagi walaupun kat paha gile punya ketat. Yang membuatkan aku bertambah hampa bila tak boleh zip and butang pun... Huhu... Nampak gaya, memang aku kena mulakan operasi nih....

Abang, bila bantuan kewangan nak masuk nih??? Dah sesak napas dah nih... Hehehehe, macam la my abang baca blog ni...

Tapi, dalam pada kecewa jeans tak muat, masih lagi aku mengidam nak makan macam-macam...

First, of course la McD... Ehhh???? Hari tu cakap dah muak even to see M figure... Alah, itu hari tu.. Ini, hari ni... Lalala~

Second, rasa nak makan Kinder Bueno... Ni all time fave... Ada kisah rahsia di sebalik KB tu.. Terjadi kat GEMS SRC02. Ngehee~ Tapi belum try yang white choc punya... Mesti lagi best.. Aku ni memang die hard fan white choc pun... Ehh, tetiba teringat White Choc Macadamia Secret Recipe... Urghhh, heaven...

Third, blueberry cheese cake... Tadi review gambar-gambar kek yang aku pernah buat. Tak banyak mana pun. Blueberry cheese cake, choc cake, carrot pound cake, marble cake. Tu je kot. Tapi rasa teruja pulak nampak cheesecake yang putih susu tu ber'topping'kan blueberry pie filling yang ungu2 warna dia... Wah, seksi betul... Terus rasa nak makan... Tapi, kalau buat sendiri, mesti aku makan banyak. Tapi hari tu, my lovely friend, Erah janji nak buat kek tu... Tapi bila la nak jemput aku makan, kan.... Dia tu, sejak bertunang, sibuk ngalahkan zaman kerja dulu... Heheheh.. Tak ada la... Sebenarnya dia sibuk sikit, sebab adik dia sakit and lama juga berkampung di HUSM... Takpe2, take your time....

Fourth, Big Apple.... Siyes sedap... Tambah-tambah kalau yang topping white choc and blue/strawberry pie filling... Uish, sedapnya...

Fifth, seshyhhh... dah la... stop sampai 4 sudah... Tu pun belum tentu dapat. Jangan berangan lebih-lebih... Nanti kecewa overboard....

Tapi my first and foremost desire mesti la nak KURUS... Huhu, bila la nak jadi kenyataan nih~


p/s: ada orang tu baru dapat 1st salary, tak ingat saya ke? hehehe...