.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, June 17, 2010

Butterflies flying in my stomach

Hari ni, hari nervous sedunia ok...

Tapi buat-buat selamba.

Kononnya tak ada apa-apa.

Cuba sibukkan diri dengan jemur baju adik-adik sebakul dua di ampaian.

Cuba sibukkan diri kemas bilik, tukar cadar, selimut, sapu bilik.


Tolong jahit baju customer umi...

Tetiba dapat sms... "Sayang, dah cek ke belum?"

Adoi la.... Bertambah banyak butterflies berterbangan dalam perut.

Dah la web site
http://upu.mohe.gov.my/ tak leh loading. Berejam tunggu....

Pastu online FB, kak zurai cakap mariah dapat.

Pastu call mariah, mariah cakap kak ayu senior yang tolong cekkan..

So, call kak ayu, suruh tolong cekkan jugak...


Then, yuhuuuuu!!!!



Alhamdulillah,



Aku berjaya ditawarkan program pengajian Diploma Pendidikan Sains Pertanian ambilan Julai 2010 di Universiti Pertanian Malaysia. Alhamdulillah. All the patience, tawakkal, efforts dibalas Allah dengan buah yang begitu manis.



Sekiranya Allah telah tetapkan ini yang terbaik untuk aku, maka aku akan berusaha bersungguh-sungguh, dan buat yang terbaik.



Terima kasih kepada semua yang tak henti-henti berdoa untuk kejayaan dan karier masa depan aku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.



Dan hari ini Allah telah tunjukkan, ada hikmah di sebalik pahit manis yang aku lalui sepanjang bergelar jobless graduate ini. Segala yang pahit, aku jadikan pengajaran. Dan yang manis itu tetap tersemat di lipatan kenangan.



Hari ini, Allah berikan segala apa yang aku mohon darinya sejak sekian lama.
Hari ini juga Allah tunjukkan kebesaran kuasaNya... [Yang salah itu tetap salah, Allah tahu tapi orang lain takkan tahu]
Betapa hari ini, aku tahu, betulnya tindakanku untuk menukar internship placement ku dari Shah Alam ke hometown. Betapa Allah telah melorongkan hatiku ke arah yang Dia ketahui, lebih baik untukku. Walaupun, aku pernah terkial-kial membuat keputusan, biarpun aku pernah kabur-kabur dengan keputusan yang bakal kuambil.
Betapa banyak hadiah dari Allah setelah aku mengambil keputusan untuk berundur seketika, mengambil satu langkah ke belakang untuk bersiap sedia untuk berdepan dengan dugaan dan masa depan.
Sesungguhnya, mengalah itu tak semestinya kalah...
Dan hari ini juga, aku sedar, aku telah mula belajar menjadi orang yang pemaaf, orang yang sabar. Sesungguhnya aku memaafkan mereka dengan seikhlas hatiku.
Sesungguhnya, kemaafan itu dendam yang terindah.
Tidak sia-sia aku pesan pada diri sendiri agar maafkan mereka setiapkali sebelum aku terlena di malam hari.
Tidak sia-sia aku pesan pada diri sendiri agar lupakan kesalahan mereka padaku kerana bimbang salahku pada orang lain yang tak terhitung. Yang aku lakukan di luar sedar atau sengaja.
Tidak sia-sia aku bersangka baik dengan apa yang telah aku lalui sepanjang bergelar Gemmies dan jobless graduate. Yang baik itu aku jadikan pengajaran, yang pahit itu jadikan sempadan, yang manis itu, biarlah tersimpan di lipatan kenangan...
Aku tahu, ada someone di belakangku yang membuatkan aku gagah kala aku goyah. Thanks orang itu... Hehe...
Betapa gembiranya hari ini kerana mampu mengembirakan hati umi abah, tok wan dan ayah tok, dan juga yang tersayang kerana aku tahu mereka tak pernah berhenti berdoa untuk melihat aku berjaya, dunia akhirat.
Betapa gembiranya aku hari ini sehinggakan aku rasa rama-rama turut terbang keluar dari mulutku tiap kali kata terlafaz saat menghebahkan berita gembira ini. Alhamdulillah ya Allah...
Betapa banyak kurniaan Allah padaku hinggakan hambaNya yang lemah ini, kerapkali lupa bersyukur.... Ampunkan aku....
Benar kata Kak Nani Rostam, satu hari nanti, mereka yang menendang kita hingga kita jatuh terduduk suatu waktu dulu, hanya mampu melihat betapa tingginya kita mampu bangkit semula hari ini. Dan dia, kudoakan rezekinya lebih baik dariku...
InsyaALLAH, alhamdulillah.
Till then~




No comments: