.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, June 21, 2010

Custard layer cake


Add caption





Nampak tak gambar di atas?









Menyelerakan?









Sumpah menyelerakan... Aku tak tipu...









Tambah-tambah kalau makan masa berbuka pose. Tapi sebelum tu store dalam peti sejuk dulu. Owh, sungguh heaven berbuka puasa dengannya...









Nak try? Very the easy.









Ni aku letakkan resipinya kat sini...









Ok, jom masuk segmen history sikit... Custard layer cake ni, first time aku jumpa bila kawan umi, Kak Na bawak datang ke rumah. Tengokkn rupa dia yang sungguh membuatkan kita drooling, makanya aku mintak resipi. Tapi tak buat pun lagi. Tapi dah 2 kali order dengan Kak Na. RM 35 sebiji. Saiz lebih kurang kek 2kg... Tahan 3,4 hari juga tapi kena simpan dalam peti....









Ok, ini resipinya.










Bahan A


1 1/2 tin susu cair


150 gm gula kastor


7 biji kuning telur





# Kacau rata semua bahan. Ketepikan.









Bahan B

210 gm tepung naik sendiri

100 gm gula kastor

200 gm air

100 gm minyak jagung

4 biji kuning telur

3/4 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla



# Pukul sampai putih semua bahan.



Bahan C

11 biji putih telur

100 gm gula

2/4 sudu teh krim of tartar



# Pukul sehingga menjadi meringue which is kita terbalikkan bekas upside down pun, putih telur tak jatuh.



Cara-cara

1. 2/3 sudu gula dicairkan dalam loyang sampai jadi hangus dan percikkan air.



2. Adunan B dan C dikacau rata dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.



3. Adunan A dimasukkan ke dalam loyang berisi gula hangus.



4. Bubuh adunan merah, hijau dan kuning ke dalam loyang gula hangus berselang seli mengikut kreativiti samada secara layer by layer, or marble or, ikut suka hati kamu. Jangan bimbang, adunan kek takkan bercampur dengan adunan custard sebab adunan kek adalah light enuff to float on the custard mixture.



5. Bakar secara water bath which is isikan loyang di dalam loyang yang lebih besar yang berisi air. Bakar hingga kek masak, mengikut oven masing-maisng.



Dah masak, tunggu sejuk baru terbalikkan dalam dulang hidangan dan simpan dalam peti ais. Lepas tu makan sambil menikmati syurga dunia...



Selamat mencuba.

1 comment:

marinahunny said...

hhuwaaaa thanks egie..akhirnye jumpa tapi mana nak cari krim of tartar ek?