Wednesday, June 9, 2010

Lelaki idaman aku dan dia....

Semalam seorang sahabat dunia akhirat aku datang mengadap bersama sedikit domestic problem. Memula, aku tak tahu nak buat macam mana, sebab aku tak ada pengalaman pun. Tapi, sebab dia sahabat dunia akhirat, aku cuba consult masalah dia dengan kawan-kawan yang lebih berpengetahuan dari segi ilmu agama dan ilmu-ilmu domestic....

Masalahnya agak berat. Mungkin bagi yang tak pernah mengalaminya, akan rasa masalah itu kecil sahaja... Tapi, berat bahu yang menanggung, Allah sahaja yang tahu. Bukan aku mahu bercerita tentang hal domestic orang, tapi mungkin untuk dijadikan peringatan untuk diri sendiri.

Teman dunia akhirat aku ni merupakan salah seorang isteri zaman ini yang terpaksa berjauhan dengan suami akibat kekangan jarak tempat kerja. Isteri jauh nun di selatan dan suami di pantai barat. Dan mereka cuma bertemu dua kali sebulan.

Perkahwinan yang cuma baru berusia 3 bulan menjadi dingin. Mungkin faktor kekurangan masa berkualiti bersama yang menjadi punca. Tambahan pula, sahabat ini, sedang mengandung.... Perempuan, maklumla... Di trimester pertama pula... Sudah pastilah very emotionally unstable... Dan si suami yang jarang-jarang bertemu isteri, sesekali bertemu, sudah pasti lah ingin menuntut hak sebagai suami.

Dalam pada aku tak berpengalaman, tapi hasil ilmu-ilmu yang diperolehi dari novel, magazine dsb, aku come up dengan beberapa nasihat...

1. Pergi berubat cara kampung...
Masalah tak suka suami datang dekat ni, bahaya for long distance couple... Dan pasti
membawa kepada long term effect yang tak berapa cantik... Tak mau la camtu kan... Dulu elok-elok jadi sweet couple, loving couple semua, kena la maintain camtu jugak lepas kawen, kan... Saya cakap, semua tu, setan semua... Setan memang suka kan kalau yang bukan muhrim bersentuh-sentuh, dan setan lagi suka kalau pasangan yang dah halal bersentuhan rasa tak nak sentuh-sentuh. Berubat cara kampung ni bukan la pergi jumpa bomoh-bomoh mengarut tu.. Tapi pergi jumpa ustaz or ustazah yang arif untuk menguatkan iman, menjauhkan dari hasutan setan...

2. Wujudkan waktu kualiti bersama...
Bagi long distance couple ni, masa berkualiti adalah sangat penting. Yalah, sesekali jumpa, biarlah kenangan-kenangan manis tu tersemat di hati. Buat menguatkan rasa cinta bila berjauhan. So saya cadangkan, sentiasa solat berjemaah... Lepas tu lepas jemaah Maghrib, boleh la bertadarus berdua-duaan sambil tunggu Isyak. Tak salah kan.. Baik untuk mom and dad-to-be and bagus untuk perkembangan minda baby... Dan juga, boleh menjauhkan kita dari hasutan setan durjana tu.. This idea saya baca dari HLOVATE punya e-novel yang bertajuk GTI Trouble Maker kot tajuknya... So sweet kan kalau dapat suami yang boleh bimbing kita sampai macam tu... This idea juga saya baca dari blog nurulism.com... So sweet couple they are... Dan lagi, kalau tak suka suami sentuh-sentuh kita, kawal perasaan... Memang la kita dalam fasa hormon tak stabil, tapi jangan layankan sangat benda-benda tak elok ni... Sentiasa beristighfar dan cuba berlapang dada... Suami tu ada hak terhadap kita... Lagipun sentuhan-sentuhan dan hubungan yang halal itu memang sudah menjadi a part yang diwajibkan dalam Islam in domestic life... Dapat pahala pulak tu.. Just simple like dat...Wallahuallam...

3. Enhance the knowledge...
Bagi pasangan suami isteri yang baru dan lama pun, pengetahuan dalam mengendalikan bahtera rumahtangga adalah sangat penting. Kena rajin study, kena rajin apply, kena rajin improve diri... So, saya cadangkan supaya dorang sentiasa amalkan amalan membaca. Buku Amalan Semasa Hamil, Pa&Ma, Parenthood... Beli buku sama-sama, baca buku sama-sama, amal sama-sama. InsyaALLAH, everything will get better... InsyaALLAH, suami yang baik, akan memahami perasaan dan kehendak isteri yang terumbang ambing emosinya semasa di awal kehamilan. InsyaAllah, suami yang baik, yang di dadanya penuh ilmu, akan cuba mengetepikan ego, dengan memahami ketidakselesaan isteri... Bukan mempergunakan kuasa veto sebagai suami semata-mata... Lagipun, benda-benda macam tu, bukan lama... Biasanya cuma di awal kehamilan sahaja. Dan kalau pun berpanjangan hingga ke akhir kehamilan, bersabar dan cuba memahami. Lagipun, isteri itu mengandungkan zuriat kita juga... Kita kahwin dengan niat untuk hidup bersama selamanya. So, bila ada dugaan sebegini, bersabarlah. Dan kuatkan iman dan cinta di hati... Perjalanan kita masih jauh...




Ah-ha... Bila kau baca balik, taip balik apa yang aku nasihatkan member aku tu.. rasa tak percaya aku boleh bagi nasihat camtu... Dah la tak ada pengalalaman... Tapi bukan cakap kosong aje... Based on apa yang aku pernah baca dalam buku juga... Mungkin sebenarnya benda-benda kat atas tu senang diucap, tapi untuk dipraktikan bagi sesiapa sahaja yang benar-benar sedang berdepan masalah, agak sukar...

Dan, sebenarnya itu la antara ciri suami idaman aku dan sesiapa saja. Beriman, pandai ngaji, rajin buat amalan sunat, understanding, dan macam-macam lagi... Dalam novel, senang la nak create watak sebegini.... Dalam dunia realiti? Wallahuallam...

Dan aku doakan agar kawan dunia akhirat aku tu berbahagia dengan suami tercinta... Ehh? Kejap aku, kejap saya... Aku pun emotionally unstable ke? Heheh...



Hadapi dengan senyuman...
Semua kan baik-baik saja...




Wallahuallam,
Assalamualaikum...

No comments: