.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, June 29, 2010

OMG!!!! Sabar, sabar dan sabar....

Nampak tak aku punya list thing-to-do yang cantik je aku susun kat entry sebelum ni?????

Dan ni sekali lagi aku menyirap sebab dah settle semua, aku sms adik aku, " Balik pukul berapa? Nak guna kereta pukul 3.3o ptg.. Isi minyak sekali...." Sebab semalam aku dah isi minyak... Ngeheee~

Tapi dia balas, "Nak guna cane, ni nak gi Kuala Terengganu ni..." Hoh, terus meletup aku rasa... Ni la yang aku bengang dengan adik aku nih.... Nak pergi mana-mana, bukan tau nak inform awal-awal. Bajet keta hak dia sorang. Dah la kalau dia nak pergi kerja, mengarah aku itu ini.... Goreng keropok la, masak cepat la, basuhkan baju dia la.... Time free tak nak buat.. Tau membuta je... Dah lewat nak gi kerja baru kelam kelibut nak arah-arah orang.... Bukan aku tak boleh buat, tapi guna the rite tone ok... Aku lempang kangggg!!!!

Ngungkit pun ngungkit la... Aku bengang sebab aku dah buat appointment dengan parent-in-law-to-be aku... Parent-in-law-to-be hokkkey!!!! Bukan main-main.... Silap-silap mark aku kena potong hari ni...

Ni, tengah tunggu abang aku balas sms.. Tadi aku dah gitau dia tak jadi pegi rumah mak dia hari ni. Aku suruh dia yang bagitau mak dia sendiri... Aku tengah hot ni... Datuk tu pulak bukan reti nak balas cepat... Dah berejam aku tunggu nih...

Nampaknya, plan esok, kena buat hari ni dan plan hari ni kena buat esok.... Siap la ko... Malam ni aku sembunyikan terus kunci kereta tuh!

No comments: