.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, June 12, 2010

Reunion orang lama

Hari ni sangat penat.... Abah dan kawan-kawan lamanya seramai empat orang berkumpul di rumah buat reunion. So, rumah dipenuhi 4 families la tadi. Gila punya penat. Tapi aku suka.... Suka treat guests. Suka dapat happykan mereka. Dapat hidangkan makanan yang sedap-sedap untuk mereka.

Penat tapi berbaloi bila mereka pulang dengan hati gembira. Dan sebagai tuan rumah, kami gembira bila semua makanan habis tak bersisa. Setelah melalui sesi makan yang tak berenti sambil dorang bercerita cerita lama yang mana kami golongan anak-anak cuma diam tak reti nak sampuk sebab dah lupa kenangan yang dorang ceritakan tu atau pun, kami belum wujud lagi time tu, makanan yang disediakan, tinggal bekas semata-mata...

Punya la sibuk tadi sampaikan aku ambil masa dari kul 5 petang sampai kul 10 malam untuk habiskan sepinggan nasi goreng. Ya la, makan semulut, bangun tukar gelas bersih, pastu jap-jap bangun tambah air, pastu bngun tukar pinggan bersih. Tapi, aku memang suka jamu orang. So, aku sangat happy tadi.

Hopefully, my future hubby nanti suka buat rumah terbuka or jadi host dalam mana-mana acara melibatkan gathering. Sebab aku suka masak. Kepuasan bila kita masak dalam kuantiti yang banyak, dan makan tu habis, tak terkata... Sebab tu la masak jadi hobi aku. Sebab aku rasa tenang bila dapat masak. Maybe tu salah satu reason aku gained 5kgs within 1 month at home. Hehehe....

Tapi kan, tadi dapat crank call. Macam bodoh je orang tu... Malas lagi nak cerita sebab sekarang aku dalam mood happy. Nanti la, next time aku cerita. Lagipun, boleh juga dijadikan pengajaran dan peringatan untuk korang semua nanti. Sekarang, malas nak spoil my good mood...

1 comment:

Lady Arween said...

salam egie..lari topik cikit..akak dh ada buku manisnya cinta..nak ka?