.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, June 27, 2010

Today's update

Hmm, hari ni pergi buat buat medical check up dan cuci gambar pasport aje..



Hari ni, pecah rekod sepanjang pengangguran period aku bangun subuh dan terus mandi... Lepas tu tunggu umi siap-siap, terus bertolak gi rumah Erah sambil hantar umi ke Jerteh. Umi makin sibuk sekarang sejak jadi cikgu kelas jahitan... Tapi takpe, aku sokong je sebab itu minat umi. Sementara aku ada kat rumah ni, mana yang boleh aku tolong, aku tolong such as tolong masak, kemas rumah, settlekan baju adik-adik...



Pastu amek Erah gi Pasir Puteh sebab Terengganu cuti sempena SUKMA hari ni. So, pergi je la klinik kat Pasir Puteh. Nama klinik adalah rahsia ye, sebab aku nak ngumpat sikit nih... Ngahaha!!!!



Masa tu pukul 9.20 pagi. Aku pun daftar la nama. So, Miss yang jaga kaunter tu cakap, "ok, turn awak pukul 11 pagi ya. Bagi NAMA." Aku pun hulur la ic. Pastu aku tanya, "tu je?", dia cakap ya... Dah siap sume aku ajak Erah gi pekena roti telur...

Lepas tu masuk klinik balik tunggu turn. TAAAAPPPIIII! Dah pukul 1.20 tghr pun, nama aku dia tak panggil lagi, macam pelik la kan. Dah 2, 3 kali aku tanya, lambat lagi ke?, dia cakap, kejap lagi dia panggil la.

Lepas tu, dah kul 1.30 tghr, dia tanya, "Tak cek lagi ke?" Aku jawab belum.

Pastu dia tanya, "Borang semua dah serah ke?". Pun aku jawab belum.

Pastu tang ni, memang aku menyirap la. Dah bukan macam sirap limau ke sirap bandung dah.....

Dia kata, "La, kenapa tak serah borang. Patut la saya cari borang awak, tak de."

Aku yang dah geram ni balas, "La, kenapa tak mintak? Mana saya tahu." Dia yang kerja jaga kaunter, layan customer, tanya aku pulak kenapa tak serah borang. Ada ko mintak? Kalau ko mintak,sure la aku bagi. Dah la bajet comel. Yang bajet comel tu, skati dia la.... Ni, buat kerj asikit, gayut kat telefon. Kejap2, gayut... Bukan telefon klinik, ok! Handset.... banyak la ko punya amanah kerja..

Lepas tu, lepas aku marah, tau pulak dia nak buat muka. Lantak ko la.... Aku memang pantang la kalau kena tunggu lama. Tambah pulak, kalau kena deal dengan orang yang tak punctual ni.... kalau aku yang senang-senang hati sendiri nak pergi tunggu kat klinik tu pukul 9.30 pagi walaupun aku tau turn aku pukul 11 pagi, tak pe la jugak....

Lepas tu, baru la doktor panggil, cek, dan buat x-ray semua. Bukan lama pun. Tak sampai setengah jam pun. Pastu, dah siap semua, tunggu kat ruangan menunggu lagi sementara doktor nak bagi filem x-ray tu. Pastu kan, ada budak pompuan sebelah Erah tu, cantik sangat. Aku rasa dia datang lagi lewat dari aku. Pendiam je nampak. Sekali bila ayah dia datang tanya dah siap ke belum, tau dia jawab apa?

"Tak siap lagi.... Patient bukan ramai sangat pun. Buat kerja je lembap." Nah kau... Pendiam la sangat.... Sekali keluar suara, terus ke batang hidung si penjaga kaunter tu.... Memang pun. Si penjaga kaunter tu banyak main dari buat kerja.... Sebok sangat dengan handset dia tu, sampai lupa nak mintak borang aku.

Ok, lepas tu aku belanja Erah KFC. Sakit hati punya pasal, aku order banyak-banyak sebab masa tu dah pukul 2.00, sangat lapar, ok!

Tapi dah minum air sikit, makan fries sikit, mula la aku pandang Erah, Erah pandang aku.... Kenyang ok!!!! Tadi lapar, and tengah marah, nafsu sikit punya tamak order ayam, cheezy wedges, fries and Toasted Pocketful.

Lagi satu, sebenarnya aku terkilan juga hari ni. Sebab sebenarnya aku dah janji dengan kawan aku, si X tu untuk pergi klinik sama-sama. Siap berjanji lagi nanti aku akan fetch her kat rumah. Tapi, masa aku sampai rumah Erah, aku call dia, dia cakap dia dah sampai klinik. What the heck la... Aku baru je berjaya pujuk hati nak lupakan salah dia yangbaru je dia buat kat aku, dia dah buat perangai balik. What the friend la camtu.

Sampaikan malam tadi, masa aku bagitau abang aku nak gi klinik sama-sama dengan X, siap berjanji nak ambil dia kat rumah segala, abang cakap,"Sayang ajak X ke?" See, abang aku pun tak percaya aku boleh simply forgive and forget. Dan aku jawab, "Haah, malas la nak gaduh-gaduh." Then abang kata, ok.

Nasib baik aku dah janji dengan Erah. Kalau aku all alone, cane? Dah la aku tak tau jalan... Adohai, kawan.... Kawan keeeeerrrr?

Malam tu, cerita kat abang, abang cakap, "Tu la, abang dah kata.... Sayang ni, dah 4 tahun lebih kenal dia, tak serik-serik lagi. Orang macam tu, tak boleh tumpang. Lepas ni, gi sana, tak payah la buat baik-baik sangat dengan dia. Put her in the last choice in everything you do."

Entah la, kadang kala, aku cuba jadi seperti pokok buahan dia tepi jalan, di lempar batu, tetap dibalas buah. Tapi sampai bila? Orang sekarang, tak ramai yang ada hati perut. Tak ramai yang ada otak. Yang ramainya, yang selalu fikir kesenangan sendiri...

Apa pun, aku lega sebab dah settlekan medical checkup. Lepas tu pergi cuci gambar pasport.

No comments: