.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, June 1, 2010

Useless....

Sejak berhibernasi hampir 2 bulan kat rumah tanpa buat apa-apa selain sibuk kawal badan jangan sampai lepas had berat yang sepatutnya, feeling adalah sangat teruk.

Fikiran dah dihasut anasir-anasir negatif sampaikan aku dah back to negative person again. Something that i really wanna avoid. Susah ok bila dah dirasuk zarah-zarah negatif ni... Sume benda jadi negatif. Sume benda aku fikir aku tak boleh buat. Sume benda aku rasa aku tak mampu buat.

Sampai satu tahap, aku rasa aku sangat U S E L E S S...

See!!!!

Sangat teruk kan impact virus negatif ni. Dah la Dr. Hati dah nampak gaya-gaya nak step out from my life... Pastu, aku nak consult problem aku dengan sape lagi kalau dia tak de????

Bila dah lama tak berkomunikasi dengan dunia luar, camni lah jadinya aku... Asyik terperap je kat rumah.

Nak drive, keta xde.

Nak keje, keje xde.

Nak kawen, duit xde.

Nak hangout, kawan xde.

Nak bergayut, kredit xde.

Broadband ni pun dah nampak gaya nak putus nyawa 5,6 hari lagi. Segan ok nak mintak abah bayarkan lagi. Tapi kalau dah terpaksa, mintak jugak... Tapi, ada broadband pun, macam xde. Hidup segan, mati tak mau... Nak loading website pun berchenttaaa nak kena tunggu. Tambah menyakitkan hati, ada la... Tak pasal-pasal aku yang dah belajar-belajar jadi penyabar jadi tak berapa nak sabar lagi dah. Tapi pelan-pelan, istighfar juga dalam hati... Penyakit marah ni, jangan dipupuk... susah bila dah melekat dalam hati.

Ok, ok, sekarang aku kena fikir apa aku nak buat bagi mengisi masa lapang aku yang tinggal lagi sebulan ni....

1. Improve driving skills.
2. Improve communication/ interpersonal communication skills.
3. Enhance self-confidence.
4. Install positive thinking into my mind.
5. Khatamkan al-Quran yang tinggal lagi 20 pages++ tu.
6. Improve English language.
7. Get myself slimmer. Ahakz...
8. Jangan fikir lagi fasal mereka-mereka yang tak mau dirinya difikirkan.
9. Attend majlis kawen kawan-kawan yang bersusun minggu depan. Untung-untung jumpa kawan-kawan lama, terbukak jugak minda bila update cerita-cerita baru fasal dorang.
10. Takde idea lagi dah...

Setakat ni, misi jangka pendek aku cuma dua. Awal Julai ni, mintak-mintak ada peluang untuk join DPLI. InsyaAllah. Tapi malas nak mengharap sangat. Takut kecewa. Tapi sebenarnya, memang aku harap sangattt dapat DPLI. Umi, abah, tok wan, ayah tok, my AbeKuSaye, suma macam berharap aku dapat DPLI tu. Lagi la aku kecut perut. Takut tak dapat. Banyak hati yang aku kecewa nanti. Hati aku, tak yah cerita la... My Sayang pulak, ehh??? still my sayang ke??? tak kesahlah apa pun, ok, my sayang pun tak kesah aku dapat yang mana-mana pun, tapi dia promise, akan sentiasa sokong aku from my back...

Tapi, kalau dah memang Allah tetapkan DPLI bukan rezeki aku, merasalah aku ke Skudai. Join program IMGLAD. Train and place again... Jauhnya Skudai. Memang la ada cousins and my BFF, Ayuni... Tapi, ntah... Indescribable feeling. Feeling dia tu bukan feeling yang aku rasa masa aku nak join program GEMS dulu. Ntah, Allah knows the best for me. Rite?

Tapi tadi, GEMS Secretariat called. Buat soal jawab sikit kepada ex-Gemmies yang jobless ni. Ada la dorang tanya few Qs macam graduated dari U mana, course apa, pastu tanya la working area that we interested to, job field and etc. Katanya, dorang nak tolong carikan kerja yang bersesuaian dengan kita. Tapi, lepas letak telefon, rasa menyesal pulak bila aku jawab, aku tak kisah kerja dalam bidang mana-mana pun kecuali finance consultant and kerja carik orang beli insurance tu sume. Patutnya aku cakap la aku nak kerja yang memang related dengan degree aku...

Adohai, rasa nak lempang diri sendiri pulak... Dah elok ada orang nak tolong carikan kerja, aku buat main-main pulak. Tapi, rasanya... boleh call back kot... InsyaAllah.

Nak mengadu kat sape eh??? Dah janji nak pandai-pandai bawa diri, pandai-pandai la bawa diri tu Miss Polaris ye.... Hehehe.... Janji dah makan diri dahhhh..... Tanggung la sendiri...

No comments: