Friday, June 11, 2010

Warna dunia...

Sebenarnya malam tadi, sangat sakit hati... Aku ingat aku dah transform jadi orang penyabar, rupanya belum lagi tanpa my sayang ada di sisi....

Cerita dia macam ni... Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang sahabat yang boleh dikategorikan bestfriend jugak la dengan aku telah membawa rombongan family abangnya untuk menempah baju dengan my umi. Dah dekat setahun dah kot. Abangnya ni agak berbadan besar menyebabkan baju ke pejabat agak terbatas pilihannya. Kalau ada pun agak mahal dan tidak mengikut ukuran sebenar badannya. So dia tempah dua pasang baju kemeja ala kot cam tu la kot. Then, yang satu tu dah siap dan diambil semasa raya hari tu bersama dengan baju kawan saya, adik dia, kakak ipar dia dan juga anak-anak sedaranya.
Lagi satu pun dah siap cuma tak bubuh butang je lagi.

Setelah hampir setahun jugak kot, tak pun 9 bulan lebih camtu, saya bertemu kembali dengannya semasa menghadiri temuduga DPLI di UMK. So, saya cakap la; "Baju abang ko dah siap, tinggal nak bubuh butang je. Bila abang ko nak datang ambik? Dah lama dah siap."

Dia balas; "Entah la, abang aku dah lama tak balik." Aku still ingat lagi jawapan dia ni....

Tapi malam tadi sms yang dia bagi, buat aku rasa terbakar...

'Kak EG, ko cakap baju abang aku dah siap, tinggal butang je tak bubuh lagi. Tapi tadi abang aku nak gi ambik, tak siap pun lagi. Butang pun tak bubuh lagi. Abang aku dah 'mechok' dah ni wei. Gane ni?'

Ok, bagi korang, maybe tak rasa pape kan... Tapi bagi aku, ape ke hallnya ko nak datang tak sms tanya dulu. Memang betul la hari tu aku cakap baju dah siap cuma tak bubuh butang lagi. Alah, biasala, selagi kita tak tau due date, mesti kita tak buat final touch up, kan... Ko dulu pun, sama je masa belajar.... Tak de nya minggu depan due date, minggu ni assignment ko dah perfect. Aku tak cakap ko aje, aku pun sama... Sebab tu benda normal ok....

Kalau ko sms dulu sebelum datang, memang umi sempat la jahit butang tu. Bukan makan masa 40 hari 40 malam pun... Dengan jarak rumah dia ke rumah aku ni, memang sempat siap la. Tapi since ko datang tak bagitau, nasib la kan...

So aku bagitau umi tentang sms tu, then umi cakap suruh ambil pagi esok la, which is pagi ni la, atau tengahari. Sebab pukul 3 petang kitorang nak setup majlis reunion untuk kawan-kawan lama abah.

Tapi yang buat aku tambah terbakar, bila aku sms suruh datang ambil pagi ni atau tengahari, dia balas apa tau???

'Sempat ke? Nanti kang jadi cam hari tu kang... Abang aku dah balik banyak kali ke kampung ajak gi ambil baju, tapi tak siap pun."

Ada rasa nak sula orang tak bila baca asms camtu???? Dah umi cakap datang ambil, datang je la... Nak tunggu ko sms bagitau nak datang, cam haram la kan... Lagi satu yang buat aku rasa nak marah bila baca sentence, 'abang aku dah banyak kali balik kampung ajak gi ambil baju tapi tak siap.'

Hello!!!! Yang hari tu masa jumpa kat UMK, tak lama pun, baru hari tu.. Dia jugak yang cakap, abang dia dah lama tak balik kampung. Hamboi, saje ye nak curah minyak...

Sumpah aku rasa terkilan. Aku takpe lagi sebab aku tak de share pun dalam urusniaga ni. tapi fikir la siapa yang ko call suruh tolong belikan kain, jahitkan baju dinner ko masa ko kat Cherating. Pastu, tak cukup belikan kain, jahit, kitorang pergi hantar lagi ke Cherating which is ambil masa 5 jam dari rumah aku, ok!!!! Dannnnnnn, belum bayar pun lagi upah jahit tu semua!!!!!

Ok, aku bukan nak berkira, tapi tolong ingat sikit betapa besarnya hati mak aku gi beli kain, pilih yang cantik-cantik untuk ko, jahit, usaha cari orang nak gi hantar baju...SEBAB KO KAWAN BAIK ANAK DIA... Tapi camni ko balas???? Terima kasih banyak2..

Betul la my sayang cakap, kita buat baik dengan kawan, belum tentu kawan buat baik dengan kita.

Aku bukan cakap semua perkara yang aku buat, aku mintak balas, tapi tolong jaga hati mak aku sikit, boleh?????? Hati aku tak pe, sebab aku ada doktor hati.... [Wink*wink]

Dan sampai sekarang dia belum datang ambil baju tu... Suka hati ko, nak datang, datang. Tak nak datang, SUDAHHHH!!!!

Malam tadi, ada sorang sales engineer ni nasihat aku, kalau dia tak dia tak datang, pergi la hantar rumah dia. Dekat je kan.... Ingat, customer always right...

Owhhh, pelisss... Customer camni, takde pun takpe... Dah la bukan sikit dia punya cerewet. Kejap nak 4 poket, kejap call cakap nak letak penutup kat semua poket, kejap lagi call cakap nak letak dua penutup aje pulak, kejap lagi call cakap nak tambah lubang letak pen, kejap lagi call cakap nak letak butang kat poket... Huh, kalau tukang jahit tu bukan umi aku, aku rasa ada je baju orang nak ke humban luar tingkap... Bersyukur ok ko jahit baju dengan mak aku... Kalau aku, jangan harap aku nak bagi muka!!!!

Ok, sekarang aku cuba buang rasa nak marah. Dan cuba smile... Tq, sayang...

Ehh???? Hehehe...

P/S: Syg, klu rasa entry ni berciri hatred dan anger yg melampau, let me know, then i'll remove it. ok?

No comments: