Thursday, July 15, 2010

Student life:UPM

Hari ni hari ke 11 di UPM. Dah pun start lecture. 8-5 everyday... Agak penat la. Tapi still ok lagi....

Tetiba, ada banyak perkara yang perlu di settlekan.

1. Kena buat medical checkup once again at gov clinic/hosp utk surat perjanjian dgn KPM.
2. Beli scateur.
3. renew lesen

Eh, asal la macam xbyk sgt???

Hmm, xde masa nk update blog.. lgpun, ada org xska bc blog haku... so, mls nk update...

till then~

daa~

Saturday, July 10, 2010

Day 7: UPM

Hmm, hari ni hari terakhir orientasi kot... Malam ni ada majlis bersama pengetua kolej. Tapi kalau tengok banner Minggu Perkasa Putra, dorang tulis orientasi start 3 Julai till 11 Julai... Ah, biar je la... Mana yang tak perlu, tak payah la ikut.

Malam tadi, agak bengang jugak dengan bebudak faci kolej ni... Kitorang punya la respect dorang. Tapi camtu je dorang layan kami. Kalau diikutkan, geng aku yang seramai 7 orang ni je yang join program tu sedangkan budak-budak DPLI lain, tak join langsung pun program-program minggu orientasi tu... Tapi bila kitorang tanya elok-elok, dorang macam malas nak fikir panjang or refer to orang-orang atasan....

Macam malam tadi, diorang suruh kitorang beli pakej kolej RM 50 berupa jersi kolej, beg cerut, topi, keychain, borang kokurikulum sukan, dan buku merit. Tak lupa juga bayaran RM10 deposit untuk jersi aras. Wehhhh!!! Ini dah lebih ni.. Aras pun nak baju seragam segala ke???? Dah la masa awal minggu hari tu dapat pakej untuk minggu orientasi berupa jersi jugak... Dan ni, baju aras pulak...Katanya untuk program merdeka nanti... Oi cik adik, akak-akak sume ni, kat hostel setahun aje... Eh, bukan... 10 bulan aje... Nak kumpul merit segala nak buat apa??? Nak berkokurikulum apanya kalau kokurikulum dijadualkan setiap Sabtu dan a part of us ada kelas on Saturday...

Bila kitorang tanya, dorang jawab, wajib beli kak...

Pastu yang bengangnya... tetiba je felo yang tak pernah involve dalam aktiviti tetiba malam tu terpacak dok kira duit... Hamboi, tang duit je, ko bersungguh, ya... Bila tanya, tau jawab wajib bayar je... Boleh tak fikir rasional sikit... Pastu kalau kitorang tanya lebih sikit, ko report kat pengetua kata budak DPLI banyak problems.. Huh, sakit jiwa, hokey.... Nasib baik kawan-kawan suka buat lawak yang membawa kepada kelapangan dada semasa meyertai setiap program....

Sabo je la.... Malam ni, majis bersama pengetua, tak tau la apa pulak yang nak dibebelkan oleh pengetua tu... Nasib baik muka ensem... Lalalala~

Dan semalam jugak baru aku perasan memory card handset nokia aku terjatuh kat masjid masa program bacaan Yaasin malam Jumaat lepas. Memang handset aku jatuh kat tangga masjid, tapi dalam ramai-ramai orang camtu, mana perasan memory card tu dah jatuh. Dah la masa tu handset tu mati sebab bateri flat. Tak de rezeki kot. Tapi sayang juga sebab dalam tu ada gambar-gambar sepanjang minggu orientasi... Aduhai, sedih betul....

Malam tadi, balik dari dewan, aku ajak As berenti kat masjid. Dah puas cari, memang betul la takde rezeki. Tak tau la ada orang jumpa atau mak cik cleaner dah sapu bersih kawasan tu untuk solat Jumaat. Harap-harap, kalau ada orang jumpa pun, memory card tu dah tak boleh access sebab rosak. Memang la tak de gambar-gambar free hair or nampak aurat ke apa... Tapi gamabr kita yang bertudung pun dikira peribadi jugakkan untuk dilihat oleh orang yang tak berkenaan...

Everything happens for a reason...

Dah memang bukan rezeki aku. Semoga aku sentiasa dalam lindungan-Nya.... Amin...

Thursday, July 8, 2010

Day 5: UPM

Ye, hari ni hari kelima di UPM. Hari kelima menghuni kolej 12... Perasaan bertambah-tambah seronok tambahan pulak bertemu geng sekepala yang selalu suka buat lawak pecah perot... As, Shima, Diana, Nora, Mira dan Kak Mini. Dalam geng kami, 3 orang dah pun berkahwin. Kak Mini tu pun baru 2 bulan habis pantang. Sedih gile kena tinggal baby dengan mak...

Tadi pun sekali lagi buat lawak pecah perot... Imagina la, kami berjaya menyumbat makhluk-makhluk bersaiz L dan XL seramai 7 orang tu dalam Kancil As.. Kancil hokey???? Gile buat magic, nasib baik tak kena tahan dengan guard... Ngeheee~

Dan perasaan juga bertambah gembira bila student DPLI diberi pengecualian untuk aktiviti-aktiviti dalam Program Minggu Perkasa Putra yang mana tak berkaitan dengan kami... Hoyeah!!! Sungguh best... Dan semalam, berjaya tido selama dua jam di waktu petang..... Sedangkan sebelum ni, nak telan nasik pun tak sempat... Sungguh nikmat, ok....

Pagi tadi, forum Atribut Seorang Profesianal pun sangat best... Lecturers sume best-best. Dan salah seorang lecturer kami ialah isteri Dr. Fadzilah Kamsah... Wahha, tak sangka kan...

Tapi, asenya our lectures and our student life will be very happening and inspiring, sebab lecturers sume the best...

Banyak sangat nak update, tapi masa xde... Gambar pun tak sempat upload lagi... Tunggu minggu orientasi habis la.. ok....

Dan untuk orang tu yang nak gi berpoya-poya kat Genting hujung minggu ni, sila jangan lupa saya!!! Hehehe....


Wednesday, July 7, 2010

UPM: Third day

Hari ke-3 di UPM... menjalani minggu orientasi setelah berumur 24 tahun ni menyebabkan jiwa sedikit memberontak. Bukan mahu komplen, tapi tertanya-tanya apa rasionalnya minggu orientasi pelajar DPLI digabungkan bersama pelajar ijazah.... Dan apa rasionalnya kami dipaksa mendengar tentang taklimat Palapes, Suksis, Kokurikulum dan mungkin esok, taklimat PTPTN sedangkan kami takkan terlibat langsung dengan semua tu untuk sepanjang masa setahun di UPM. InsyaAllah... Seolah-olah memberi rendang daging kepada vegetarian.... Macam tu la kami diperlakukan... Huhu...

Nasib baik doktor hati ada.... Kalau tak aku tak sekuat seperti ini... Thank you, sayang....

Ni pun mencuri masa tido untuk update blog... Esok kena bangun before 6 am...

Minggu Perkasa Putra bermula 3/4 Julai - 11 Julai 2010... Long way to go...

Dan dapat kawan baru yang best-best semua... Diana, Adeline, Eiylin, As, Nora, Shima, Mira, Juwita dan Fiza... Rasanya tu je kot yang paling sekepala... Alhamdulillah, Allah gantikan 9 kawan baru untuk sorang kawan yang diambil dariku setelah 4 tahun berkawan... Alhamdulillah, Allah tahu yang terbaik untukku... Alhamdulillah....

Sepanjang orientasi, kolej aku tak diberi jadual/tentatif harian. Kononnya P & C... Aku pun tak tahu apa yang p n c sgt tu... Menyusahkan aku nak atur life.. Makan pun tak sempat kunyah.. Main telan je... Semayang pun baca fatihah pun lagi laju dari LRT.... Kejar masa kononnya...

Hmm, my sayang cakap, lapangkan dada, sentiasa bersangka baik, terima segalanya, dan ingat, Allah tahu yang terbaik untuk kita... Kan yang? Tq syg...

ok, nak tido skg.. Penat yang amat...

Till then...

Tetiba rasa nak tido.. Sambung later ya...

Thursday, July 1, 2010

Last day...

I'm goinG to be super duper busy today... Esok akan bertolak ke Kemaman dan overnite rumah my uncle. Then pagi Sabtu, bertolak ke Shah Alam and overnite rumah my another uncle. Then, pagi Ahad mendaftar di Kolej Ke12 UPM. Dan Isnin, memulakan minggu Perkasa Putra... Harap-harap aku akan jadi lebih gagah perkasa di sana... So many hurdles to get through... I know, Allah is always with me...

Walawey... pagi esok nak bertolak, tapi hari ni aku belum pun start packing. Sempat ke? Pagi tadi, nenek pulak bagitau nak buat kenduri solat hajat kat rumah dia sebab cucu-cucu dah nak pergi ke universiti masing-masing. Ofkos la aku akan bz di dapur nenek petang sampai ke malam. Dah tu, bila aku nak packing barang nih????

Hari tu, aku cakap aku tak jadi pergi rumah my parent-in-law-to-be,kan? Sebenarnya jadi. Last minute action. Ngeheehe... Pukul 5.10 petang kot aku bertolak ke rumah my father's uncle, then pergi ambil Najwa dan terus ke rumah parent-in-law-to-be [OMG-payah-ok-nak-taip-benda-ni]. Sampai kat rumah PILTB dah pun pukul 6 petang.... Pastu borak-borak sikit, pukul 6.30 petang terus ke pantai air tawar sebab sangat-sangat craving for nasi air Pak Awi. Femes ok nasi air tu kat area Pantai Air Tawar tu... Sedap sangattt...

Hah, lupa nak cakap. Ada satu kejadian memalukan telah berlaku kat rumah PILTB. The scene is, aku tak pandai reverse kereta. Aku memang failed bab-bab reverse ni. Ngehngehngeh~ Dan hasilnya, masa nak balik dari PILTB, dengan bersaksikan PILTB, adik abang and sepupu-sepupu dia, aku reverse secara membabi buta. Ngahaha! Tapi berjaya juga menuju ke jalan utama secara bersusah payah. Hoh, malu gila ok.... Aku pun tak faham kenapa aku tak pusing je kereta kat laman.... Dan bersusah payah je reverse. Sampai sekarang aku tak paham lagi nih... Takpe, next time....

Malam tu, abang cakap, "Mak cakap, sayang tu tak terer lagi drive, nanti pesan kat sayang drive elok-elok." Adoyai, malu ok... Jatuh saham depan mak mertua... Mak, saya failed reverse je... Lalala~ Apapun, pesanan mak tetap saya ingat. Hehehe....

Ok, kembali ke kedai nasi air Pak Awi, Pantai Air Tawar... Percaya atau tidak, pukul 7.30 petang baru kami bertolak balik. Tu pun tak sempat habiskan nasi air dan air batu jagung yang sedap tu sebab hujan turun bersama ribut taufan [ok, itu hiperbola].... Tapi, tetap kategori hujan ribut...

Gerun gile drive dalam hujan ribut. Aku tawakal je drive balik rumah walaupun jalan blur je aku nampak. Dah la silau mata, tinggi... Ngeheee.. Nasib baik selamat sampai ke rumah tepat pukul 8.10 malam... Nasib baik abah tak marah... Ngahahaha~

Tapikan, aku sangat happy hari tu... Sebab Najwa dah GEMOK... [Ellen, u should see her figure... Seriously, she's getting fatter] Macam tak caya tengok Najwa dah berisi sikit. Senang hati agaknya... Heheheh... Tapi still lagi slimmer than me. Normal aje, cuma sejak kenal Najwa sejak form 2 kot, aku dah biasa tengok dia kurus, so, bila jadi camni, aku rasa weird sikit la... Tapi she's getting more beautiful than before. Aku pun tak tau jamu apa dia makan... Hehehe... Jamu kasih sayang kot... Ngeheheee~

Ok, ni part muhasabah diri sikit. Sebenarnya aku susah hati sikit. Sebab, walaupun KPM taja kos pengajian dan elaun sepanjang DPLI tu, tapi kami hanya akan dapat terima elaun lepas tiga bulan. 3 bulan ok?? Bukan tak boleh mintak dengan abah, tapi aku dah 24 tahun ok. Dah tua. Segan nak mintak duit sebab dah dekat 6 bulan tak mintak duit abah. Ni kena mintak lagi. Rasa tak berapa best. And i have broadband bill to pay. Memang kat UPM ada hotspot, tapi aku tak nak terminate aku punya broadband walaupun service cam B_RUK. Dah la ni pun banyak berhabis duit untuk persiapan. Tambah pulak, my bro Ammar pun akan start pengajian di TATI, Terengganu. Banyak jugak kos untuk dua manusia ni nak start belajar. Nasib baik dapat bantuan kewangan sikit dari my abang. TQ abang.

Tu pun terpaksa jimat-jimat. Semalam, aku tukar pencuci muka. Sebelum ni aku pakai pencuci muka sendayu tinggi (RM38) dan toner sendayu tinggi (RM 39), dan semalam, aku beli pencuci muka Tia Amelia je harga RM 16 dan toner dia pun RM16. Two for RM32... sangat pandai cut cost. Tapi ok je aku rasa Tia Amelia's product. Baru guna malam tadi. Best jugak. Alah, pakai Sendayu Tinggi for oily and acne skin pun camni jugak muka aku. Bukan transform jadi flawless cam kulit Najwa pun... Eh, apa motif selit nama Najwa nih? Hehehe.... Harap-harap, aku lebih pandai manage duit nanti. Kena la belajar-belajar finance management kan. Nanti dah nak kawen, senang. Tak de la duit habis beli barang tak perlu. Whoahahah, berangan nak kawen.... Kerja pun tak tau kat mana....

Ehh...

K, need to stop here sebab nenek ajak teman pergi pasar sebab nak beli barang untuk kenduri malam ni... Ok, till then, assalamualaikum.