.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 10, 2010

Day 7: UPM

Hmm, hari ni hari terakhir orientasi kot... Malam ni ada majlis bersama pengetua kolej. Tapi kalau tengok banner Minggu Perkasa Putra, dorang tulis orientasi start 3 Julai till 11 Julai... Ah, biar je la... Mana yang tak perlu, tak payah la ikut.

Malam tadi, agak bengang jugak dengan bebudak faci kolej ni... Kitorang punya la respect dorang. Tapi camtu je dorang layan kami. Kalau diikutkan, geng aku yang seramai 7 orang ni je yang join program tu sedangkan budak-budak DPLI lain, tak join langsung pun program-program minggu orientasi tu... Tapi bila kitorang tanya elok-elok, dorang macam malas nak fikir panjang or refer to orang-orang atasan....

Macam malam tadi, diorang suruh kitorang beli pakej kolej RM 50 berupa jersi kolej, beg cerut, topi, keychain, borang kokurikulum sukan, dan buku merit. Tak lupa juga bayaran RM10 deposit untuk jersi aras. Wehhhh!!! Ini dah lebih ni.. Aras pun nak baju seragam segala ke???? Dah la masa awal minggu hari tu dapat pakej untuk minggu orientasi berupa jersi jugak... Dan ni, baju aras pulak...Katanya untuk program merdeka nanti... Oi cik adik, akak-akak sume ni, kat hostel setahun aje... Eh, bukan... 10 bulan aje... Nak kumpul merit segala nak buat apa??? Nak berkokurikulum apanya kalau kokurikulum dijadualkan setiap Sabtu dan a part of us ada kelas on Saturday...

Bila kitorang tanya, dorang jawab, wajib beli kak...

Pastu yang bengangnya... tetiba je felo yang tak pernah involve dalam aktiviti tetiba malam tu terpacak dok kira duit... Hamboi, tang duit je, ko bersungguh, ya... Bila tanya, tau jawab wajib bayar je... Boleh tak fikir rasional sikit... Pastu kalau kitorang tanya lebih sikit, ko report kat pengetua kata budak DPLI banyak problems.. Huh, sakit jiwa, hokey.... Nasib baik kawan-kawan suka buat lawak yang membawa kepada kelapangan dada semasa meyertai setiap program....

Sabo je la.... Malam ni, majis bersama pengetua, tak tau la apa pulak yang nak dibebelkan oleh pengetua tu... Nasib baik muka ensem... Lalalala~

Dan semalam jugak baru aku perasan memory card handset nokia aku terjatuh kat masjid masa program bacaan Yaasin malam Jumaat lepas. Memang handset aku jatuh kat tangga masjid, tapi dalam ramai-ramai orang camtu, mana perasan memory card tu dah jatuh. Dah la masa tu handset tu mati sebab bateri flat. Tak de rezeki kot. Tapi sayang juga sebab dalam tu ada gambar-gambar sepanjang minggu orientasi... Aduhai, sedih betul....

Malam tadi, balik dari dewan, aku ajak As berenti kat masjid. Dah puas cari, memang betul la takde rezeki. Tak tau la ada orang jumpa atau mak cik cleaner dah sapu bersih kawasan tu untuk solat Jumaat. Harap-harap, kalau ada orang jumpa pun, memory card tu dah tak boleh access sebab rosak. Memang la tak de gambar-gambar free hair or nampak aurat ke apa... Tapi gamabr kita yang bertudung pun dikira peribadi jugakkan untuk dilihat oleh orang yang tak berkenaan...

Everything happens for a reason...

Dah memang bukan rezeki aku. Semoga aku sentiasa dalam lindungan-Nya.... Amin...

No comments: