.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 25, 2010

150 juta



Fynn Jamal- 150 Juta



Untuk kali keseratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Tuesday, August 24, 2010

Selamat jalan atok...

Hari ni, baru ada masa sikit mengadap blog...

Ahad, bersamaan 11 Ramadhan, 6.30 petang mendapat perkhabaran atok sebelah abah telah kembali ke rahmatullah.

...Speechless...

Dengan group assignments yang berlambak... aku sikit pun tak mampu mencuri masa untuk pulang ke majlis perkebumian atok. Dan cuma mempunyai beberapa detik untuk bertanyakan keadaan di kampung. Dan aku tak punya masa untuk mengenang atok dan menangis... Cuma mampu menyedekahkan Yaasin dari kejauhan.

Dan pagi tadi, setelah bersengkang mata selama dua malam menyiapkan group assignment and presentation paper, barulah aku berkesempatan menelefon umi dan bercakap panjang lebar tentang atok. How useless i think of myself when my mom said, semua cucu-cucu lain yang bekerja di Kajang, Negeri 9, Johor and etc, balik, kecuali aku and adik aku yang sedang belajar di TATI.

Betapa aku pentingkan diri sendiri kerana memikirkan assignments yang perlu disiapkan tanpa mempedulikan keadaan di kampung.

Sumpah aku stress. Bukan menyesali nasib. Bukan menyalahkan takdir. Tapi aku terkilan. Tak sempat menatap wajah atok buat kali terakhir.... Sedangkan assignment yang aku buat, xde la tinggi mana pun markahnya....

Dan tadi, stress aku memuncak. Tanpa mempedulikan kelas Dr. Chee yang belum habis, aku bergegas pulang ke bilik. Kepala rasa berat. Dada rasa berat. Selera makan hampir mencapai tahap zero. So many things cant be described...

Dan sejam selepas tu, handset dihujani mesej-mesej dari classmates yang concern bertanyakan ke mana menghilangnya aku dan As kerana Dr. Chee perasaan akan kehilangan kami. Dan setelah di explain oleh mariah, Dr. Chee memahami keadaan aku. Alhamdulillah.

Dan esok petang, insyaALLAH, aku akan pulang ke kampung. Biarpun terlambat....

Selamat jalan atok...

Alfatihah buatmu...

Semoga kau ditempatkan di kalangan penghuni syurga...

Amin...
Better late than never...

S-T-R-E-S-S

Siyes, aku stress....

Tapi tak tau nak luah cane....

Kepala sakit.

Tapi bukan sakit kepala....

Adoih....

Cane nak release tension ni....

Nak share dengan orang pun, tak reti nak susun kata...



p/s: Yang, datang sini, yang..... :-)

Wednesday, August 18, 2010

Bila rindu suami....

Kejadian berlaku di bilik Asz.

Setelah selesai berbuka puasa, roomate Asz, Nora (nama sebenar), seorang isteri jarak jauh dengan suami segera ke bilik air mengambil wuduk.

Setelah siap solat, Nora terjerit nyaring. Asz yang sedang membaca surat khabar, tersentak.

"Kenapa?????" Soal Asz....

"Aku semayang subuh.... siap Qunut lagi...."

Sumpah aku gelak pecah perut... Tau la baru kahwin 3 bulan. Kau kat Serdang, laki kat Terengganu. Tapi jangan la sampai kau niat Maghrib tapi semayang subuh.... Hehehe...

Kritikal eyh bila rindu laki neyh... Wohh, sumpah aku ngeri!!! (Yang, miss u... ehh, tetiba)

Btw, aku berbuka dengan bakso tadi. Dah siap makan, tinggal nak hirup kuah je, baru teringat yang aku xleh makan pedas... Hehehe... Mati la aku kalau heartburn malam ni... Hopefully tidak sebab aku bukan sengaja, aku lupaaaa....

Dah la esok ada 2 papers untuk mid sem test. 1 pukul 8.00 pagi dan satu lagi 8.30 malam. Taaaaaaappiiiii, pukul 2-5 petang kami kena naikkan batas jagung sepanjang 25 meter DARAB 7 batas. Dan lokasi ladang adalah di atas bukitttt....

Bila masa aku nak study neyh?????

Malam ni, kena pulun habis la...

Dah la test Pengajaran Pengurusan Agrotek tadi hancuss luluh.... Owh-aku-keciwa....

Wish me luck...




Monday, August 16, 2010

second paper: falsafah n perkembangan pendidikan di malaysia

dari awal lagi, mindset aku dah salah tentang dis subject.

sejarah aku, 6c ok masa spm dulu. so, no wonder la aku fobia dengan segala macam history dan falsafah ni. aku lagi suka pskologi kot...

so, malam tadi, niat nak tido kejap pukul 11 mlm dan bangun balik 2.30 pg mcm smlm, ms study subjek psiko adalah palsu semata-mata.

makanya aku tersedar pukul 5.30 pagi dan realized that aku belum start study pape untuk paper falsafah yang akan di test lagi 3 jam.

punyalah menggelabah aku study sepintas lalu, dengan niat, asal baca sudahhh....

lalu, berjalan dengan senang hati ke kelas.

duduk di kerusi.

baca doa.

selawat.

baca bismillah, 40x.

bukak kertas soalan....

Nauzubillah....

Soalan adalah tak berkaitan dengan nota slideshow lecturer.

Maka, skill 'fikir logik' langsung tak boleh dipraktikkan.

Lalu menjawab dengan tenang tanpa meniru dan...

Tawakkal kepada Allah.

Dan, aku tak mengharap dapat tinggi sangat pun.

Dah la ni je la ujian yg ada utk subjek ni.

No second test.

Dan test ini membawa markah 20%.

Sangat cuak di situ....

Dan menyesal...

Apapun, pray for the best...

InsyaAllah.



p/s: tukang kejut, x kejutkan saya pown.... sila makan cili sendiri wpun anda pose ye, tukang kejut..

Sunday, August 15, 2010

I need to hear this right now..

Priceless scrolls are in our hands,
Sweats of hardship such a lot to remind,
The nation need us,
Too much to be done,
Let's get down
Coz it's pay back time
Like gemstones beautiful and priceless
Each one is special
Own color and space
Strong, powerful and full of goodness,
Ready to be used bringing life and grace,
Courage, strength and determination,
Got to be strong
If we wanna brave through
Confidence, discipline and moderation
The world need us
So let shine through
If we fall
Just got to stand up
Failure is success
Lessons well learnt
Go on climbing
Just dont ever stop
Trust ourselves
We'll be on track again
Once we there
Humble ourselves
Taking dreep breaths to face new day
Together we stand
And pray to be blessed
Leader of tomorrow we here should stay...(2x)

Syukur alhamdulillah...

Setelah setahun meninggalkan dunia kampus, syukur alhamdulillah, dengan berkat doa umi abah, ayah tok, wan, dan insan2 kesayangan, hari ini telah berjaya menjawab soalan ujian pertama subjek Psikologi dalam Pendidikan, dengan penuh tawadduk.... Sebelum ni, sangat cuak takut fungsi mengingat dan menghafal otak terjejas sebab dah lama tak guna. Apapun, syukur alhamdullillah, otak masih berfungsi seperti dulu juga, dan mungkin perlukan sedikit catalysts untuk trigger the action for the better function of mind. InsyaALLAH, i'm working for it.

Ujian tadi, syukur alhamdulillah, ada yang yakin betul. tapi ada jugak yang sedikit confuse. Tapi adat la kan. Mana ada orang yakin 100%. Nanti kang, salah, dpt low marks, kecewa. Aku tak la berharap sangat, but hoping for the best outcomes. InsyaALLAH. Apapun, aku dah usaha, so, berserah sahaja kepada ALLAH. He knows the best for me. Tq, ALLAH.

Hmm, esok... ada lagi agenda lain.

16 Ogos 2010 - 1st Test Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia.

18 Ogos 2010 - 1st Test Pengajian Praktik Sains Pertanian
- 1st Test Pengajaran Pengurusan Agroteknologi

19 Ogos 2010 - 1st Test Kemahiran Manipulatif 1

20 Ogos 2010 - 1st Test Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

23 Ogos 2010 - 1st Test Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum.

InsyaALLAH, setakat ni, itulah jadual Ujian 1 Dip. Pend. Sains Pertanian, Semester 1, UPM. Semoga dipermudahkan ke jalan yang lurus... InsyaAllah. Doakan aku.

Till then.

Pen off.

Friday, August 13, 2010

Mi goreng emas

Tak tau patut tulis kat sini ke tak.

My sayang cakap jangan komplen lagi... Tak baik. Belajar bersihkan hati...

Tapi aku rasa nak tulis jugak.

Untuk kenangan.

Tadi, habis kelas pukul 5, terus berjalan ke kereta. Kat parking lot UPM ada mini bazar ramadhan.

Ada jual baju, blouse, n pakaian. Cantik-cantik jugak.

Aku dah aim 2 things. Harem pants and blouse macam gaun barbie doll. Tapi tunggu elaun masuk dulu. Sekarang, sumpah miskin hina...

Pastu cari makanan la... Walaupun berhari raya, tapi perut tak berisi lagi. So, jalan-jalan cari makan la.

Tak de mood nak makan nasik.

Kuetiaw sup cam best jugak.

Murtabak Singapore pun menggoda jiwa.

Tapi decide nak beli mi goreng yang dah sejuk kat satu gerai tu.

Mintak sebungkus. tambah ayam goreng.

'Berapa ringgit?'

'5 ringgit'.

Sumpah aku sentap dalam hati. Tapi tengok Asz relaks je bayar, ingatkan dia tak kesah. Ye la, dia anak kontraktor. Orang berada....

Tapiiiiii....

Tutup je pintu kereta....

'Gila la mi goreng lambak dengan ayam seketul, RM 5...." Asz terjerit.

La... dia kesah upenya...

Balik bilik, makan.

Habiskan sehingga helaian mi terakhir. Aku yang tak makan sayur masak kat kedai pun, semua aku balun tadi. RM 5 beb.... Mi sejuk lak tu. Kalau mi goreng panas, n dia masak on the dot, xde la aku tersentap sangat.

Apapun, syukur alhamdulillah, itu rezeki aku hari ni.

Saudara seIslam di Gaza, apa khabar mereka di bulan ramadhan?

Fikir-fikirkan, selamat beramal....

Wednesday, August 11, 2010

Dalam hati ada Eclipse

Hahaha! Tajuk tak nak kalah.... Dalam hati ada Eclipse... Hah, kau adaaaa?????

Ok, baru 3, 4 hari lepas aku berkesempatan menonton Twilight Eclipse. Tu pun dari vcd private yang telah disponsor secara paksarela oleh my Abe Cyg.

Sesiapa yang menonton Twilight kali ni, mesti hati rasa tak selesa kan? Mesti rasa tak best bila tengok Bella tu rupanya sayangkan Jacob jugak walaupun dah ada Edward yang heart-melting tuhhh. Tapi, sape kita untuk mengata dan memburuk-burukkan Bella. Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang akan faham perasaan Bella, Edward dan Jacob dalam Eclipse tu. Aku bukan sokong Bella, tapi.... Sesungguhnya, cinta datang tanpa dipaksa.

Apapun, aku suka ayat Bella dalam Eclipse tu. Lebih kurang camni la dia kata.... "It's not the matter of which one i love, but with whom should i stay with..." (Sorry-grammar-berterabur).

Teringat situasi seorang hamba Allah yang aku kenali, yang terjebak dengan jalan cerita Eclipse ni. Nama.... Biarlah aku guna nama-nama watak dalam Eclipse jugak. Cuma, versi Melayu.... Bila lagi nak feeling2 couple dengan Edward kannnn....

Bella: Kalau one day, kita jumpa lagi in future, and dengan mengabaikan segala faktor yang menghalang kita dari bersama sekarang, awak akan terima saya tak?

Jacob: (Silent 2 minutes). Ok, kalau saya pulak tanya awak, kalau sekarang, dengan mengambil kira segala faktor yang menghalang kita dari bersama sekarang, saya cakap saya betul-betul serius sayang awak, dan berniat nak melamar awak dan bertemu dengan ibu bapa awak, sanggupkah awak terima saya?

Bella: (Silent for 15 minutes. Dan soalan tak terjawab sampai hari ini). Sayang, love u so much.

So, kalau korang menjadi rakan Bella versi melayu ni, apa patut korang advice kan kat si Bella nih??? Aku buntu... ~

1 Ramadhan di UPM

Hari ni dah pun 1 Ramadhan. Malangnya aku dah pun selamat berhari raya.... Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam bersama-sama berbuka puasa di Suria Cherating Beach Resort bersama rakan-rakan GEMS, Aimi, Jaja, Ally, Papa teh, Nad, Wani,.... Aimi, dari seorang gadis, sekarang dah pun transform jadi mother-to-be. Tak sangka dah setahun....

Rasa baru semalam AFL dijemput berbuka buasa di rumah Nad dengan hidangan ayam percik, udang masak lemak cili padi, singgang ikan, sotong celup tepung, kuih-apa-tah-aku lupa... Tapi semuanya sangat sedap tak dapat menandingi hidangan di SRC...

Sumpah, rindu GEMS and SRC02 so much muaahh...

Dan diam tak diam, dah sebulan aku di bumi UPM. Mencari arah hidup dan identiti diri. Mengenal siapa rakan, sahabat dan teman... Meng-improve diri, dalam percubaan menjadi manusia yang lebih baik.

Rindunya keluarga. Yang paling rindu mesti Sayf Habib Darwisy. The one and only nephew.

Tak sabar nak balik raya.

Tapi melihat planner semester ini, rasa tak sempat nak bernafas. Sesak, jammed, full... Apapun, kena adapt la dengan hari-hari yang penuh aktviti sebab nanti, bila dah kerja pun, insyaALLAH, akan bz macam tu juga.... Huh, doakan aku kuat.

Nasib baik manusia-manusia kesayangan sentiasa dekat di hati. Kalau tak, aku tak setabah dan sekuat ini. Tq sayang....

Sorry kalau aku menaip dengan topik yang random. Ini je masa yang ada untuk aku update blog. Sangat bz dengan kerja ladang, kelas, dan preparation untuk 1st test minggu depan.... 6 papers in a row! Erkkk!!! Hopefully mampu study. Mampu score.... Sesungguhnya, pekerjaan yang baik sentiasa dipermudahkan Allah... wallahuallam....

Dah la dah setahun tinggal alam study, tinggal alam hafal menghafal, tinggal alam kira mengira. Sumpah kau cuak nak test minggu depan.... Again, doakan aku...

Tu pun belum masuk reports amali, assignment. group assignments, presentation...

Takpe la, ini jalan yang aku pilih.

Kata Dr. Samsilah- i-admire-her-so-much, dalam dunia remaja ni, (ehhh, remaja keee???) enjoy the processes in life, and enjoy every single outcome of it. Buka minda, lapangkan hati, dan terima segalanya. Everything is written in Loh Mahfuz. Believe to qada' and qadar. And everything happens for a reason. Allah knows why, and Allah knows the best for us. This is the best part in our life. See, sangat menyegarkan jiwa kan bila dengar kata-kata dia.

Sesungguhnya, subjek Psikologi Pendidikan is my fave subjects. And Sekolah dan Masyarakat too... Really refreshing and improve my cognitive thinking. Eceh, guna term psiko... Hehehe....

Ok la, pen off....

Nak continue dengan another topic yang dah lama bermain di minda tp xde masa nak taip.