.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan di UPM

Hari ni dah pun 1 Ramadhan. Malangnya aku dah pun selamat berhari raya.... Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam bersama-sama berbuka puasa di Suria Cherating Beach Resort bersama rakan-rakan GEMS, Aimi, Jaja, Ally, Papa teh, Nad, Wani,.... Aimi, dari seorang gadis, sekarang dah pun transform jadi mother-to-be. Tak sangka dah setahun....

Rasa baru semalam AFL dijemput berbuka buasa di rumah Nad dengan hidangan ayam percik, udang masak lemak cili padi, singgang ikan, sotong celup tepung, kuih-apa-tah-aku lupa... Tapi semuanya sangat sedap tak dapat menandingi hidangan di SRC...

Sumpah, rindu GEMS and SRC02 so much muaahh...

Dan diam tak diam, dah sebulan aku di bumi UPM. Mencari arah hidup dan identiti diri. Mengenal siapa rakan, sahabat dan teman... Meng-improve diri, dalam percubaan menjadi manusia yang lebih baik.

Rindunya keluarga. Yang paling rindu mesti Sayf Habib Darwisy. The one and only nephew.

Tak sabar nak balik raya.

Tapi melihat planner semester ini, rasa tak sempat nak bernafas. Sesak, jammed, full... Apapun, kena adapt la dengan hari-hari yang penuh aktviti sebab nanti, bila dah kerja pun, insyaALLAH, akan bz macam tu juga.... Huh, doakan aku kuat.

Nasib baik manusia-manusia kesayangan sentiasa dekat di hati. Kalau tak, aku tak setabah dan sekuat ini. Tq sayang....

Sorry kalau aku menaip dengan topik yang random. Ini je masa yang ada untuk aku update blog. Sangat bz dengan kerja ladang, kelas, dan preparation untuk 1st test minggu depan.... 6 papers in a row! Erkkk!!! Hopefully mampu study. Mampu score.... Sesungguhnya, pekerjaan yang baik sentiasa dipermudahkan Allah... wallahuallam....

Dah la dah setahun tinggal alam study, tinggal alam hafal menghafal, tinggal alam kira mengira. Sumpah kau cuak nak test minggu depan.... Again, doakan aku...

Tu pun belum masuk reports amali, assignment. group assignments, presentation...

Takpe la, ini jalan yang aku pilih.

Kata Dr. Samsilah- i-admire-her-so-much, dalam dunia remaja ni, (ehhh, remaja keee???) enjoy the processes in life, and enjoy every single outcome of it. Buka minda, lapangkan hati, dan terima segalanya. Everything is written in Loh Mahfuz. Believe to qada' and qadar. And everything happens for a reason. Allah knows why, and Allah knows the best for us. This is the best part in our life. See, sangat menyegarkan jiwa kan bila dengar kata-kata dia.

Sesungguhnya, subjek Psikologi Pendidikan is my fave subjects. And Sekolah dan Masyarakat too... Really refreshing and improve my cognitive thinking. Eceh, guna term psiko... Hehehe....

Ok la, pen off....

Nak continue dengan another topic yang dah lama bermain di minda tp xde masa nak taip.


No comments: