.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 11, 2010

Dalam hati ada Eclipse

Hahaha! Tajuk tak nak kalah.... Dalam hati ada Eclipse... Hah, kau adaaaa?????

Ok, baru 3, 4 hari lepas aku berkesempatan menonton Twilight Eclipse. Tu pun dari vcd private yang telah disponsor secara paksarela oleh my Abe Cyg.

Sesiapa yang menonton Twilight kali ni, mesti hati rasa tak selesa kan? Mesti rasa tak best bila tengok Bella tu rupanya sayangkan Jacob jugak walaupun dah ada Edward yang heart-melting tuhhh. Tapi, sape kita untuk mengata dan memburuk-burukkan Bella. Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang akan faham perasaan Bella, Edward dan Jacob dalam Eclipse tu. Aku bukan sokong Bella, tapi.... Sesungguhnya, cinta datang tanpa dipaksa.

Apapun, aku suka ayat Bella dalam Eclipse tu. Lebih kurang camni la dia kata.... "It's not the matter of which one i love, but with whom should i stay with..." (Sorry-grammar-berterabur).

Teringat situasi seorang hamba Allah yang aku kenali, yang terjebak dengan jalan cerita Eclipse ni. Nama.... Biarlah aku guna nama-nama watak dalam Eclipse jugak. Cuma, versi Melayu.... Bila lagi nak feeling2 couple dengan Edward kannnn....

Bella: Kalau one day, kita jumpa lagi in future, and dengan mengabaikan segala faktor yang menghalang kita dari bersama sekarang, awak akan terima saya tak?

Jacob: (Silent 2 minutes). Ok, kalau saya pulak tanya awak, kalau sekarang, dengan mengambil kira segala faktor yang menghalang kita dari bersama sekarang, saya cakap saya betul-betul serius sayang awak, dan berniat nak melamar awak dan bertemu dengan ibu bapa awak, sanggupkah awak terima saya?

Bella: (Silent for 15 minutes. Dan soalan tak terjawab sampai hari ini). Sayang, love u so much.

So, kalau korang menjadi rakan Bella versi melayu ni, apa patut korang advice kan kat si Bella nih??? Aku buntu... ~

No comments: