.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, August 13, 2010

Mi goreng emas

Tak tau patut tulis kat sini ke tak.

My sayang cakap jangan komplen lagi... Tak baik. Belajar bersihkan hati...

Tapi aku rasa nak tulis jugak.

Untuk kenangan.

Tadi, habis kelas pukul 5, terus berjalan ke kereta. Kat parking lot UPM ada mini bazar ramadhan.

Ada jual baju, blouse, n pakaian. Cantik-cantik jugak.

Aku dah aim 2 things. Harem pants and blouse macam gaun barbie doll. Tapi tunggu elaun masuk dulu. Sekarang, sumpah miskin hina...

Pastu cari makanan la... Walaupun berhari raya, tapi perut tak berisi lagi. So, jalan-jalan cari makan la.

Tak de mood nak makan nasik.

Kuetiaw sup cam best jugak.

Murtabak Singapore pun menggoda jiwa.

Tapi decide nak beli mi goreng yang dah sejuk kat satu gerai tu.

Mintak sebungkus. tambah ayam goreng.

'Berapa ringgit?'

'5 ringgit'.

Sumpah aku sentap dalam hati. Tapi tengok Asz relaks je bayar, ingatkan dia tak kesah. Ye la, dia anak kontraktor. Orang berada....

Tapiiiiii....

Tutup je pintu kereta....

'Gila la mi goreng lambak dengan ayam seketul, RM 5...." Asz terjerit.

La... dia kesah upenya...

Balik bilik, makan.

Habiskan sehingga helaian mi terakhir. Aku yang tak makan sayur masak kat kedai pun, semua aku balun tadi. RM 5 beb.... Mi sejuk lak tu. Kalau mi goreng panas, n dia masak on the dot, xde la aku tersentap sangat.

Apapun, syukur alhamdulillah, itu rezeki aku hari ni.

Saudara seIslam di Gaza, apa khabar mereka di bulan ramadhan?

Fikir-fikirkan, selamat beramal....

No comments: