.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, August 24, 2010

Selamat jalan atok...

Hari ni, baru ada masa sikit mengadap blog...

Ahad, bersamaan 11 Ramadhan, 6.30 petang mendapat perkhabaran atok sebelah abah telah kembali ke rahmatullah.

...Speechless...

Dengan group assignments yang berlambak... aku sikit pun tak mampu mencuri masa untuk pulang ke majlis perkebumian atok. Dan cuma mempunyai beberapa detik untuk bertanyakan keadaan di kampung. Dan aku tak punya masa untuk mengenang atok dan menangis... Cuma mampu menyedekahkan Yaasin dari kejauhan.

Dan pagi tadi, setelah bersengkang mata selama dua malam menyiapkan group assignment and presentation paper, barulah aku berkesempatan menelefon umi dan bercakap panjang lebar tentang atok. How useless i think of myself when my mom said, semua cucu-cucu lain yang bekerja di Kajang, Negeri 9, Johor and etc, balik, kecuali aku and adik aku yang sedang belajar di TATI.

Betapa aku pentingkan diri sendiri kerana memikirkan assignments yang perlu disiapkan tanpa mempedulikan keadaan di kampung.

Sumpah aku stress. Bukan menyesali nasib. Bukan menyalahkan takdir. Tapi aku terkilan. Tak sempat menatap wajah atok buat kali terakhir.... Sedangkan assignment yang aku buat, xde la tinggi mana pun markahnya....

Dan tadi, stress aku memuncak. Tanpa mempedulikan kelas Dr. Chee yang belum habis, aku bergegas pulang ke bilik. Kepala rasa berat. Dada rasa berat. Selera makan hampir mencapai tahap zero. So many things cant be described...

Dan sejam selepas tu, handset dihujani mesej-mesej dari classmates yang concern bertanyakan ke mana menghilangnya aku dan As kerana Dr. Chee perasaan akan kehilangan kami. Dan setelah di explain oleh mariah, Dr. Chee memahami keadaan aku. Alhamdulillah.

Dan esok petang, insyaALLAH, aku akan pulang ke kampung. Biarpun terlambat....

Selamat jalan atok...

Alfatihah buatmu...

Semoga kau ditempatkan di kalangan penghuni syurga...

Amin...
Better late than never...

No comments: