.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, September 28, 2010

Tag dari cik ellen

Tag dari Cik Ellen from http://iluvmyframepink.blogspot.com

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Cam Ellen cakap, buat bodoh je even dalam hati bengkerk meruap-ruap... Tapi tu dulu la... Selepas ada ENGINEER hati, rasa marah+bengkerk tu, kita bagi je kat dia. Suruh dia simpan. So, kita akan ase bahagieeeee.... Kan yang... Hehehe.... Learn from mistakes...

Tapi siyes penah kena tikam dengan kawan baik... Baek kerrr???? Dari belakang ada, dari depan pun ada....

Kalau jadi camni, 1st; muhasabah diri... Pikir if kita ada wat salah dengan dia or kita pernah wat dia camtu. Kalau tak de, anggap je la tu ujian dari Allah... Dan ujian Allah itu kalau diterima dengan redha dan berlapang dada, boleh dijadikan medium penghapus dosa... Wallahuallam...


2). 6 orang di hati anda?

1- Umi, abah, family
2- my Abe Ku Saye
3- Engineer Hati
4- Kawan yang jarang jumpa tapi sentiasa di hati: Yunie, Ellen, Wa, Effa, Dayang, jaja
5- (nak tinggal kosong dulu, boleh? malas nk pikir...)
6- (nak tinggal kosong dulu, boleh? malas nk pikir....)



3). Anda rasa anda comel?

Of kos la... Tak baek menghina ciptaan Allah SWT.... Kalau dah sedar rupa kejadian tak secomel mana, comelkan dengan tingkah laku, comelkan hati... Kalau dah memang asal rupa kejadian adalah comel, comelkan lagi dengan tingkah laku yang comel... Tapi kalau diri anda comel tapi hati Nauzubillah, sila muhasabah diri sendiri b4 tido. (Opsie... baiklah Cikgu Izyan.. ceramah seketika)

Lagipun my Abe Ku Saye selalu cakap... 'Sayang ni, comel la...' (Erk.... muntah hijau...)

4). Single or taken?
Macam Ellen jawab jugak... Single sebab tak kawen lagi, tapi taken...

5). Blog yang anda suka?

Opkos la blog chika and Kak Di... Tapi banyak lagi sebenarnya... Fatin Liyana aka Doktor Comel, Kak Arween, blog masak2...

6). adakah bilik anda kemas setiap hari?

Sejak bergelar pelajar Dip. Pend. Sains Pertanian ni... Jarang nak jumpa bilik aku kemas.... Ehhh, bilik maybe kemas separuh sebab rumet aka Cekgu Zura rajin kemas part dia.. Hehehe.... Tapi sebelum start marathon asaimen and study utk test, aku pastikan katil, meja, lemari and lantai adalah neat and tidy.... Amek mood kate orang... Tapi kalau takat nak masuk bilik, makan, semayang, rest kejap before rushing gi kelas atau ladang atau kelas gantian malam, jangan harap katil aku kemas... Semua buku and baju aku main campak je atas katil... (Anak dara bertuah....)


7) Lagu terakhir yang anda dengar?

150 juta dari Fynn Jamal tapi budak comel bertudung labuh and bersuara sedap yang nyanyi...

8). Last text message?

My abu ku saye mintak izin nak tido dulu sebab aku baru balik kelas malam...


9). Last phone call?

My abe ku saye jugak sebab keluar saja dari kelas malam, aku lapor diri and mintak izin kuar gi makan... (Ecehhh, baik la sangattt. Padahalllllll.....)

10). Hari terakhir anda menangis?

Bila eh Yang??? Seminggu lepas raya kot.. Bawak ati yang kecik dengan umi and ngadu kat Jaja... Pastu banjir...


11). List lima color favorite anda?

Putih/cream untuk kasut and handbag, purple, biru, pink untuk baju... Maroon untuk kaler keta... (Eh, warna keta xsure lagi sbb yg latest aku suka tengok saga maroon SE)

12). Orang terakhir anda ber-YM?

MK Fadzli and Papa Teh...


13). Game paling anda suka?

Aku adalah manusia yang will say NO to computer/phone games...
Tapi suka main bola jaring untuk pecahkan lemak since aku baru realize aku ada talent main bola jaring masa kat CMMF... Alhamdulillah...

14). Adakah anda peminat MCR?

MCR? Apakahhhh? Tak tau.. aku jakun bab2 centu..


15). Apa perasaan anda jawab tag ni?

Takde rasa.... Pestaim jawab tag....


16). Anda rasa tag ini best?

Boleh la.... (Jaga ati tukg tag)


17). Tag lagi 10 orang

Malas la nak tag orang....

Friday, September 24, 2010

Chenta hati: Siri 2

Walaupun ni entry berciri pekasam, aku tetap nak post... Aku rasa aku dah jumpa Chenta Hati ke dua selepas Chenta Hati pertama iaitu rockmelon...

17 September hari tu, keluar dengan As ke Alamanda, Putrajaya sebab As nak cari kasut konvo.

Usha punya usha, tetiba aku jatuh hati pada benda alah ni...


Sangat menggoda jiwa raga... Hati terus jatuh terselepuk di kaki... Sangat selesa, sangat secure, sangat cantik di kaki dan senang di hati bila pakai. Sangat lama mengetest dan berat hati bila nak bukak dan simpan balik atas rak display... Owh, simptom apakah ini????


Harga adalah RM99.90. Dan telah berniat untuk memujuk my Abe Ku Saye untuk dijadikan hantaran tunang. Malangnya, my umi tak bagi sebab orang tak bagi hantaran sebegitu untuk pertunangan.... Sedikit kecewa di situ....

Tapi insyaALLAH, kalau ada rezeki lebih nanti, nak beli la.... Boleh pakai gi ngajar nanti, kan.... Cekgu haruslah pakai heels mengikut warna tema baju, kannn??? Macam cekgu Add Maths masa form 5 dulu... Tapi lupa nama even aku sangat admire dia... Tapi kalau kena ngajar kelas kat tingkat 4, haru jugakkan nak mendaki tangga??? Wish me luck....

Pastu As ajak dinner kat Johnny's... Terus bersetuju tanpa banyak soal sebab dah lama teringin nak makan Ginger Fried Rice.
Sebab rindu sangattt.... Tapi malam tu As order sup biasa.... bukan tom yam. Dulu makan tom yam. Lagi sedap kowt... Tapi tak pe, rezeki untuk hari itu....

BBQ chicken tu aku tak makan ye.... Harap maklum...
Hati masih kuat bertekad tak nak makan ayam yang appearancenya masih kuat membawa ciri-ciri ayam....

Ehhh, tetiba aku rasa suka update blog sebab internet laju gilerrr kat kolej doblas ni... Kejap je dah boleh upload gambo...

Thursday, September 23, 2010

Penawar penat...

Penawar kepenatan....harap2 dapat hindar dari masuk neraka...nauzubillah...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Penat....

Kalau aku ajak kau; kau cakap aku mempergunakan kau....


Kalua aku ignore kau and ajak orang lain; kau sentap sendiri....


Owh, susahnya nak jaga hati manusia.....

Sunday, September 19, 2010

Hati orang...

Bila aku tak buat kerja sebab tak tahan dengan bau ayam, dia kata:

"At least datang la tunjuk muka. Buat sekadar yang termampu."



Bila aku datang dan t ahan muntah sambil buat kerja, dan stop bila dah rasa memang tak tahan, dia kata:

"Ek eleh, setakat buat kerja camtu, baik tak yah datang."


Woi, blah la ko!!!! Tak de maknanya aku nak dengar cakap ko.

Kan aku dah cakap, aku tak boleh puaskan hati semua orang.


Regards,
~Aku~

Saturday, September 18, 2010

INSHAALLAH



By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


MasyaALLAH, the best song ever. The best medicine for a sick heart.....

Sangat stress. Tak tau nak cakap apa. Tak tahu nak mengadu dekat sape even tadi dah mengadu jugak dengan Jaja... Nak mengaji baca Quran, keadaan tak mengizinkan. Tapi bila dengar lagu ni, alhamdulillah, hati rasa terubat...

I wanna be strong. If no one want to help me be strong, i'll survive alone... Coz i have Allah with me... Be strong, be strong, be strong, be strong, be strong, Izyan!!!!

Selamat malam sayang.....

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam

Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu

Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam

Tidurlah sayangku


Friday, September 17, 2010

Mood rajin post entry

tetiba rajin terlebih lak hari ni... Sebabnya aku guna pc rumet aku, cikgu zura. ngam pulak broadband aku n pc zura ni... coverage sangat menenangkan jiwa....

tetiba jatuh cinta dengan lagu ni...

Setelah Ku Dipaling - Rast

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam

Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu

Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan

Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari

Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling


Pada Mu Kubersujud - Afghan

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff

pada-MU




Selepas sehari....

Selepas sehari menyambut hari ulangtahun.... Tak de buat pape pun sebenarnya. Tak de celebration or gift exchange session pun. Sebab semua gift utk birthday or anniversary akan dijamak taakhir semasa majlis pertunangan nanti. Jimat bajet seyh... Dahlah aku terperap kat bilik hostel seorang diri sampai rasa dah nak mati kering kebosanan. Abang kerja. Wifi xde. Terpaksalah suruh uncle aku bayarkan bil broadband sebab broadband dah kena barred. Huhu...

Tapi coverage still lagi sangat menyakitkan jiwa raga bakul baldi semua.

Kenapakah Selkom memperlakukan daku sebegini rupa????

Kecit ati i tau....

Sangat la tak best beraya seorang diri di bilik bila mana kawan-kawan dan sedara mara senang hati beraya di kampung bersama keluarga dan suami isteri masing-masing. Sedangkan aku terpaksa mengadap ayam daging yang langsung tak menyelerakan.

15 September hari tu, kami harvest ayam daging. Sumpah aku geli. Tak boleh sentuh langsung ayam tu sejak aku pelihara dia. Masa kat rumah balik beraya hari tu pun, aku tak sentuh langsung ayam masa masak. Nasib baik ada stok beef and seafood. Kesian jugak dengan group members sbb aku tak dapat langsung menyumbang tenaga semasa proses menangkap ayam, menimbang, menyembelih, membuang bulu even guna mesin, membersihkan dalaman ayam dsb. Sikit pun aku tak sentuh. Sorry la kawan2... Bukan aku action ke hape... tapi memang tak boleh...

Dengar cerita, dorang nak buat BBQ malam lusa. Teruskan lah, kawan-kawan.... Tak jemput aku pun takpe... Aku tak kecit ati pun...

Sejak bela ayam daging ni, aku tak makan ayam langsung. Gi KFC masa reunion hari tu pun aku makan shrimps je... Dah la fikiran dipengaruhi anasir-anasir dari Dr. Samsilah. Dr cakap, ayam daging tu dah bukan macam ayam dah. Dah jadi monster sebab dia xde atribute seekor ayam pun. Sebagai contoh dia tak pandai berkokok, tak pandai mengais cari makanan. Dan badannya dipenuhi hormon dari suntikan dan makanan. Siyes aku rasa scary nak makan ayam daging.

Tak tau la cane bila dah berkeluarga nanti... Tapi Dr. Samsilah cakap, another option for a healthier chicken is organic chicken. Tapi mana aku nak cekau di Besut saner?? Buat Abe Ku Saye, belajar2 la hidup tanpa ayam daging ye yangggg....

And di hari ini, saat semua orang berselubung dalam selimut menikmti kedinginan pagi yang basah dicurahi hujan lebat, tapi kami pelajar DPLI SP ini menyumbang tenaga mangaut taik ayam yang sangat la maveles bau dia di bawah reban sana.... Ya Allah, sumpah aku ras anak muntah. Mati hidup balik pun aku takkan ada niat untuk berbisnes ayam daging ni.... Siyes... Aku lagi rela En. Allen suruh aku bercangkul buat batas seorang diri dari disuruh buat kerja melibatkan ayam daging!!!!

Kesian pulak ayam tu kan.... Dia tak buat pape pun kat aku, tapi aku benci dia bagai nak rak... Sorry ayam daging deary... Huhuhu~

16 September ~ Dekat di hati...

Semalam 16 September 2010....

Semalam merupakan anniversary Mohd. Nazri Fauzi dan Nur Izyan Alias yang ke 5.

Rasa tak sangka hubungan kami dah mencapai 5 tahun....

Cepatnya masa berlalu....

Masih teringat-ingat lagi bila Effa membisikkan lamaran dari seorang lelaki pemalu dan pendiam...

Masih teringat-ingat usikan Marzuan bila pertama kami bertemu dalam kelas 625. Belajar MUET kononnya....

Masih terbayang-bayang aku bertanya yang mana satu yang empunya diri setiap kali my Abe Ku Saye dan bestfriend dia melintasi kelas aku....

Masih terdengar-dengar ayat aku, "Cakap la... Kalau tak nak cakap, saya letak," bila mana my Abe Ku Saye called setiap malam tapi cuma diam membisu sampaikan aku yang talkative ni tetiba jadi bisu tak tau nak cakap apa.....

Banyaknya susah senang yang kami lalui bersama sepanjang 5 tahun ini. Dan semoga 5 tahun ini akan berlarutan menjadi 50 tahun dan seterusnya, insyaALLAH.

Aku tahu, selama 5 tahun ini, aku bukanlah kekasih yang sempurna, tapi berusaha ke arah kesempurnaan itu adalah lebih baik dari duduk berdiam diri sambil menghitung kelemahan diri tanpa ada improvement.... kann??

Betapa selepas 5 tahun ini, aku tahu, impian dan matlamatku hanya satu.....

Semoga ALLAH mengkabulkan setiap impian kami, insyaALLAH.

IZYAN NAZRI.....

Diharap kisah kami takkan berakhir kerana permulaan nama aku adalah pengakhiran namanya dan pengakhiran nama aku adalah permulaan namanya....

Walaupun di hari ulangtahun ini aku mendapat perkhabaran seorang kawan baik telah putus tunang dan seorang lagi berpisah setelah hampir 5 tahun bersama, aku doakan semua itu minta dijauhkan dari kisah aku dan dia. Cukuplah sekali aku terluka. Cukuplah sekali aku kecewa. Dan aku takkan biarkan my Abe Ku Saye merasai kelukaan dan kekecewaan itu buat selamanya, insyaALLAH.

Buat teman-teman yang kecewa dalam cinta, ingatlah;

Kita bertanya:
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216.

Sesungguhnya, selepas 5 tahun ini, aku mengerti... betapa aku sayangkan Mohd. Nazri bin Fauzi.


Buat semua teman-teman, doakan yang terbaik untuk kami dan semoga hubungan ini bertukar menjadi hubungan yang sah dan halal di sisi Islam secepat mungkin dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Amin....



" A real lover is not falling in love with a million women or men, but a real lover will loves his/her lover in a million ways."

Hopefully, that is what we are... InsyaAllah...


Sunday, September 12, 2010

Hari-hari raya Aidilfitri



Fuh, baru ketemu masa untuk update blog. Bz yang amat plus celcom broadband punya coverage adalah sangat mengecewakan pembayar bulanan sebanyak RM68 ini...

.:Raya Pertama:.

Hari raya yang sangat mengembirakan sebab berjaya ambil gambar sekeluarga selepas beberapa tahun. Sangat pathetic kan family aku. Ye la, tahun lepas, pagi raya kak long beraya di rumah mertua.
Tapi still ada rasa terkilan sebab baju raya anak tukang jahit adalah tak siap. Dah la aku tak bawak balik baju kurung dari UPM sebab baju-baju yang aku bawa ke UPM je yang senonoh sikit.

Baju kurung yang tinggal kat rumah adalah corak lama.... Yang nampak ada rupa sikit dalam wardrobe adalah baju kurung moden yang aku pakai masa konvo dan baju kebaya masa 2005 dulu.... tapi agak cuak nak pakai sebab kebaya tu masa berat aku 58kg and kain dia ketat gila. Dulu pernah try pakai tapi langsung takleh zip. Tapi, try jugak sarung dan alhamdulillah, dapat zip dengan jayanya... Haha... Sengeh-sengeh jugak dalam hati setelah menyedari berat sudah turun.... Hehe...


Lalu, tiada istilah sedondon tahun ni sebab baju kurung moden hijau tak siap. Maka, abang berbaju melayu hijau dan aku pakai kebaya warna milo susu... Sikit tak matching... Frust di tempat kejadian... DAANNNN, walaupun berat sudah turun, tapi bila pakai kebaya, tetap nampak obes dalam gambar... TAKKKKK SUKAAAAA!

Anita Mohamad yang manis

Pagi raya kali ni juga adalah sangat mendukacitakan kerana mendapat khabar, ex-classmate aku meninggal dunia pada 30 Ramadhan di Muadzam Shah kerana kemalangan jalanraya. Anita Mohamad.... Kawan yang baik, lemah lembut, bersopan santun, harapan keluarga... Dah la dah lama lost contact dengan dia dan baru-baru ni bertemu di FB dan selalu berchatting di YM.... Ya Allah, semoga dia ditempatkan dalam golongan penghuni syurga.... Amin... .

My family

Me n Abg Ku Saye

.:Raya Kedua:.

Seperti biasa, hari raya kedua beraya di rumah family my Abe Ku Saye, Najwa dan Irah. Dan juga berkesempatan melawat baby Kak Hanim n Abe Koyie yang comel tu.... Dah sebulan umur baby, baru makcik dia ni berpeluang tunjuk muka. Sangat impressed tengok body Kak Hanim yang masih dalam pantang tapi lagi slim dari aku... Wohhh, tercabar keimanan.... Takpe, kita tanam tekad dalam hati.... Harap2 membuahkan hasil. Wink_Wink .:Raya Ketiga:. Edisi berendam air mata sebab baju raya still tak siap. Macam nak gila punggah baju dalam wardrobe. Dan yang ada cuma baju konvo.

Pukul 11 pagi, reunion di KFC Jerteh. Best gila jumpa Ijea n baby dia, Shiro+Pudin and baby jugak, Nilam, Dayang, Effa and Isma... Riuh KFC dengan suara kitorang. Masing-masing berebut nak share cerita sampai tak tahu nak dengan sapa yang nak cakap. Pastu gerak gi rumah Ijea, and Cikgu Zubaidah. Kat rumah Ijea, ase tak sangka kawan sekelas dah ada rumah sendiri....Macam main pondok-pondok. Hehe...

Kat rumah Cikgu Zubaidah pulak, biskut semua best-best. Terutamanya blueberry cheese tart. Siyes sedap. Dan telah mendecide untuk booking untuk hantaran tunang nanti. InsyaALLAH. Pastu buat kecoh kat rumah Cikgu Zu berebut scale nak timbang berat. Dannn.... diumumkan!!!! Berat aku turun 3kg sepanjang di UPM. Diulangi, 3kg.... Hehe.... Aku ni memang jenis susah nak turun berat. Kalau nak naik, cepatttt je... So, happy la... Dan harap2 dapat turunkan lagi 3kg untuk bulan November nanti... InsyaAllah.


Hmm, esok dah kena balik UPM... malasnya.... Dan 3 ketul asaimen yang nak kena submit lepas raya, semua tak siap lagi....
Sekian update raya....

p/s: entry berciri sampah sebab aku malas nak pikir ayat yang senonoh sikit,....

Monday, September 6, 2010

Home Sweet Home

Pagi tadi, pukul 4.30 pagi, selamat sampai di Jerteh setelah menempuh perjalanan selama 7 jam setengah.... Syukur alhamdulillah....

Seharian di Sogo, buat aku rasa nak muntah. Manusia penuh serata alam. Niat nak cari heels pun terpadam serta merta bila tengok keadaan macam hell... Tak kuasa aku nak berebut-rebut try kasut... So cari je la rak-rak yang tak ramai orang dan berjaya beli handbag BUM dengan harga RM 89.50 setelah potongan 70%, kalau tak salah la... Dan jugak jeans Ladylike dengan harga RM 32.90.... Caye tak??? Sepatutnya jeans ni masuk dalam shopping list bln depan. tapi dah ada yang murah, and berkenan di hati, sambau je la, kannn??? Lagi pun, my Abe Ku Saye yang suruh amek.... I amek je la...

Lagi my Abe Ku Saye ajak aku ke Sogo sebab nak aku pilihkan selipar untuk mak dia and baju untuk ayah dia... Ingatkan nak belanja aku selipar raya and baju raya... Uhukz... Tapi takpe, yang penting, duit raya adalah masyuuukkkk....

Pastu berbuka di Putra Mi Sup sebab dah lama my Abe Ku Saye dok promote sup kat situ sedap. So, semalam kami order sup campur dan ayam goreng untuk dipartnerkan dengan nasi putih. Aku, punya la eksyen xnak makan banyak, so aku decide nak order 1 mangkuk je sup tu. Kononnya nak share je...

Tapi, lepas hirupan pertama....

"La, kalau tau sedap macam ni, baik order dua mangkuk..."

Siyes sedap. Sebijik macam Ani Sup Utara. Dah la aku dah lama ngidam nak makan kat Ani Sup Utara. Dulu kat Sek. 7 Shah Alam, selalu jugak makan. Tapi kat Serdang ni, tak tau nak cari kat mana.

Pastu terkantoi dengan my Abe Ku Saye bahawasanya aku pelahap nak mam~ Hehe....

Malam tadi, dah naik bas, aku pun bukak la penutup cupcorn aku... Makan panas-panas baru la best... Sedang asik menikmati cupcorn, aku terpandang my Abe Ku Saye berdiri betul-betul sebelah seat aku kat luar bas... Sengeh je my Abe Ku Saye pandang aku makan tak ingat dunia.... Tak tau la dah bape lama dia pandang aku yang sedang menikmati cupcorn tu... Pastu bila je bas bergerak, aku capai botol 100 plus dan minum dengan asyiknya sambil memandang ke luar tingkap. Dan dan tu jugak la aku terpandang my Abe Ku Saye yang sedang duduk di kerusi menunggu kat hentian Putra tuh.... Sekali lagi dia sengeh sambil geleng kepala.... Aku ingat, dia dah balik... Sori la bang, i memang suka makan... Walaupun masa berbuka bajet diet dengan bagi my abe Ku Saye 3/4 dari nasikku.. Tapi tak nyesal pun. Sebab dah lama tak makan nasik masa berbuka. So, tak de la besar sangat effectnya bila makan nasik sesuku je. Lagipun aku memang nak bagi dia gemok sket. Hehe...

Hari ni, berbuka puasa di rumah. Umi cakap, goreng kuetiaw dengan udang and kerang. Tapi adek aku si Iman tu mengada request nak makan bakso.... So, buatkan la bakso... Takpe, udang and kerang kita reserve untuk sahur sok.... Ha! sejak berpuasa dah nak hampir sebulan ni, pagi tadi for the first time aku bersahur dengan nasi baru masak. Panas2... Uih, masyukkk.... Tambah pula ada telur mata and kicap. Mak mertua panggil pun tak dengar.

Projek biskut and kek raya tak start lagi. Esok baru nak buat shopping list untuk makanan raya. Lagipun, esok, adek2 dah request pizza. Jom kita serbu Econjaya esokkkk!!!! Harap2 abah senang hati je hulurrr... Huhu....

Daaa~

Sunday, September 5, 2010

Hati yang terluka....

Kalau la selama ni kita banyak terasa hati dengan orang walau cuma dengan perkara/perbuatan/kata-kata yang kecil aje, cuba fikir betapa banyaknya orang terasa hati dengan kita dek kerana kita rasa perkara/perbuatan/kata-kata kita yang kita fikir kecil aje tuuu..... Mungkin bagi kita perkara/perbuatan/kata-kata kita tu takde kesan pun sebenarnya, tapi mana tau orang yang asyik hadap perangai kita tu, dah calar-balar hatinya dengan kita...

Untuk itu, saya mintak maaf dengan seikhlas hati kepada semua kawan-kawan yang saya tak tahu pun mereka ada terasa hati, terguris hati, kecil hati dengan perangai saya yang kadang-kala, saya tak sedar pun ia dah melampaui batas-batas normal....

Kalau selama ni kita asyik komplen je perangai-perangai orang di sekeliling kita, sedangkan mereka tak mengganggu hidup kita pun just sekadar menyakitkan mata yang memandang, cuba fikir betapa banyaknya orang yang komplen perangai kita sehari-harian sedangkan kita tak sedar pun setiap tingkah laku kita mengganggu mata yang memandang kerana kita fikir, kita tak mengganggu sesiapa dan sekadar cuba menjadi diri sendiri....

Untuk itu, saya mintak maaf kerana saya tak mampu puaskan hati semua orang namun saya cuba belajar menjadi yang lebih baik di masa akan datang.... Sesungguhnya, cctv Allah S.W.T ada di mana-mana... So, please behave...

Kalau la selama ni kita selalu terasa hati dan keck ati dengan apa-apa je perbuatan orang kat kita, mungkin itu petanda yang Allah bagi supaya kita tak lakukan itu kepada kawan-kawan kita yang lain....

Dan sekiranya kita sellau fikir kita tak pernah sakitkan hati dia, tapi dia assyik je cari pasal nak sakitkan hati kita dan kita wondering why it happen to us, mungkin kerana Allah sedang berikan kita ujian demi ujian untuk kuatkan hati kita kerana mungkin ada lagi ujian Allah yang lebih hebat di masa akan datang dan bila sat itu tiba, kita sudah menjadi seteguh karang, tak hancur dek badai yang melanda....

Kadang-kadang kita lupa, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan Allah takkan membebankan hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung. Makanya, bila berlaku sesuatu yang kita rasa ianya di luar kemampuan kita, sesungguhnya Allah tahu yang kita cukup kuat untuk menahan beban tersebut...



Dan saya cuba seikhlas hati untuk memaafkan anda semua.



Kata Mahatma Gandhi:
~ The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.

Kata Robert Brault, www.robertbrault.com pula:
~ If you can't forgive and forget, pick one.

Kata Harriet Nelson:
~ Forgive all who have offended you, not for them, but for yourself.

The best is from William Arthur Ward:
~ Forgiveness is a funny thing. It warms the heart and cools the sting.



And for all my friends:

~ It must've been so hard on you
I'm sorry for all I put you through
I'm sorry for the helping hand I didn't lend
I wish I'd been a better friend

How do I tell you I'm sorry -

With a gesture, a look, a touch?
How is it I never realized
I hurt you so very much?

I'm sorry I hurt you

I didn't mean to
I'm sorry I hurt you,
I regret it, I do.
What I did, I regret
So lets make up and forget.

I love you

Just coz
Please forgive me
I'm sorry....

(Source: http://www.imag-e-nation.com/sorry_verses_poems_quotes.htm)




Saturday, September 4, 2010

Big spender....

What a big spender i am tonite..

Huhhh, kecut perut bila dah kira berapa duit habis dalam masa 2 jam malam ni...

Maybe sebab dah lama tak shopping kot...

Sekali shopping... amek kau! Habis RM 200...

Tu baru shopping kat uptown... tak gi shopping complex lagi....

Dan bila diteliti shopping list, baru boleh potong 6 barang out of 20, dan 1 barang yang tak tersenarai tapi terbeli.... Huahuahua... Ase nak menangis bila beli barang yang ke-6 bila tetiba aku sedar itu rm 50 terakhir yang ada dalam purse aku...

Abes la niat suci murni aku nak berjimat cermat duit elaun ni....

Maybe bagi orang lain, apa la sangat dengan RM 200. Tapi bagi aku, besar nilainya RM 200 itu bila mana dihabiskan dalam masa 2 jam. Dan telah ditipu oleh peniaga sbyk dua kali malam ini.... huahuahua...

Pentipu 1:

Aku: Akak, baju ni RM 25, bpe boleh kurg?

Akak peniaga: Hmm, akak bg rm 20....

Aku pun bersorak suka ati sebab dia kurg kan rm5.

Tapi melangkah je ke kedai selang 2 buah dari situ. Baju yang sebijik sama... Tertera di situ RM 20...

Dan aku pun...

"Bang, bape boleh kurang ni?"

"RM 15, dik..."

Wahhh, sumpah aku nak nanges di tempat kejadian....



Pentipu 2:

Aku: Cantik la baju ni, boleh try tak kak?

Peniaga: Boleh, boleh, try la...

Aku; Berapa ni kak? (Setelah selesai m'try baju tersebut)

Peniaga: RM 35...

Aku: Tak leh kurang lagi ke kak?

Peniaga: Boleh... akak bagi RM 33...

Aku: Nanti dulu la kak... Jap lagi saya datang balik.

15 minit kemudian. Setelah mensurvey di gerai lain kononnya tak mau ditipu kali ke 2... aku kembali ke kedai itu. Dannnn...

Aku: Jadi la kak saya amek baju tu...

Peniaga: Ok. (Sambil lipat baju tu n masukkan dalam plastik)

Aku: (Hulur duit RM 50)

Peniaga: (Bagi belen RM 1)

Aku: Ehh, tadi akak cakap RM 33.

Peniaga: Ehh, mana ada....

Aku: Betul. Tadi saya tanya harga berapa, akak cakap RM 35, tapi boleh kurang RM33.

Peniaga: Tak, itu baju yang kecik sikit tu. Yang sebelah baju awak amek tu.

Aku: (Malas nak gaduh dan angkat kaki je sambil dalam ati menyumpah2. Dah memang kau bagi aku try baju tu, ape ke bongok nye kau gitau harga baju sebelah tu yang aku tak merisik khabar punnnn?????)


Apapun aku ase happy malam ni... Sebabnya hajat nak makan spagetti bolognaise kat San Francisco Pizza tertunai sudah. Walaupun tak abes sbb byk sgt.. Tu amek regular portion. Bukan amek large portion.... Seb baik sedap. Tambah pulak dikawankan dengan Lime Special yang ganja gile rasa dia... Sumpah sedap.... Sebabnya teringi makan spagetti San Francisco is, malam semalam makan spagetti kat Chop and Steak tak sedap langsung. Melayu gila rasa dia.... Tak leh feeling2 Italiano pun.... Frust di tempat kejadian. Dah la semalam berbuka dengan Maggi cup je sebab kul 8.30 mlm ada test... Takpe la, rezeki hari semalam...

Lagipun ase lega sebab 1st test sume dah habis and dapat result pun agak memuaskan ati umi abah. Dan lagi banyak grup asg dah settle. Tinggal lagi dua tiga ketul yang kena submit lepas raya. Tambah menyenangkan ati bila aku bakal berangkat pulang ke kampung tercinta, esok lusa.... Owh, seronotnyeee....

Apapun, thanks to Asz sebab sudi melayan angin aku nih..... Luv u so much...