.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, September 17, 2010

16 September ~ Dekat di hati...

Semalam 16 September 2010....

Semalam merupakan anniversary Mohd. Nazri Fauzi dan Nur Izyan Alias yang ke 5.

Rasa tak sangka hubungan kami dah mencapai 5 tahun....

Cepatnya masa berlalu....

Masih teringat-ingat lagi bila Effa membisikkan lamaran dari seorang lelaki pemalu dan pendiam...

Masih teringat-ingat usikan Marzuan bila pertama kami bertemu dalam kelas 625. Belajar MUET kononnya....

Masih terbayang-bayang aku bertanya yang mana satu yang empunya diri setiap kali my Abe Ku Saye dan bestfriend dia melintasi kelas aku....

Masih terdengar-dengar ayat aku, "Cakap la... Kalau tak nak cakap, saya letak," bila mana my Abe Ku Saye called setiap malam tapi cuma diam membisu sampaikan aku yang talkative ni tetiba jadi bisu tak tau nak cakap apa.....

Banyaknya susah senang yang kami lalui bersama sepanjang 5 tahun ini. Dan semoga 5 tahun ini akan berlarutan menjadi 50 tahun dan seterusnya, insyaALLAH.

Aku tahu, selama 5 tahun ini, aku bukanlah kekasih yang sempurna, tapi berusaha ke arah kesempurnaan itu adalah lebih baik dari duduk berdiam diri sambil menghitung kelemahan diri tanpa ada improvement.... kann??

Betapa selepas 5 tahun ini, aku tahu, impian dan matlamatku hanya satu.....

Semoga ALLAH mengkabulkan setiap impian kami, insyaALLAH.

IZYAN NAZRI.....

Diharap kisah kami takkan berakhir kerana permulaan nama aku adalah pengakhiran namanya dan pengakhiran nama aku adalah permulaan namanya....

Walaupun di hari ulangtahun ini aku mendapat perkhabaran seorang kawan baik telah putus tunang dan seorang lagi berpisah setelah hampir 5 tahun bersama, aku doakan semua itu minta dijauhkan dari kisah aku dan dia. Cukuplah sekali aku terluka. Cukuplah sekali aku kecewa. Dan aku takkan biarkan my Abe Ku Saye merasai kelukaan dan kekecewaan itu buat selamanya, insyaALLAH.

Buat teman-teman yang kecewa dalam cinta, ingatlah;

Kita bertanya:
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216.

Sesungguhnya, selepas 5 tahun ini, aku mengerti... betapa aku sayangkan Mohd. Nazri bin Fauzi.


Buat semua teman-teman, doakan yang terbaik untuk kami dan semoga hubungan ini bertukar menjadi hubungan yang sah dan halal di sisi Islam secepat mungkin dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Amin....



" A real lover is not falling in love with a million women or men, but a real lover will loves his/her lover in a million ways."

Hopefully, that is what we are... InsyaAllah...


No comments: