.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 12, 2010

Hari-hari raya Aidilfitri



Fuh, baru ketemu masa untuk update blog. Bz yang amat plus celcom broadband punya coverage adalah sangat mengecewakan pembayar bulanan sebanyak RM68 ini...

.:Raya Pertama:.

Hari raya yang sangat mengembirakan sebab berjaya ambil gambar sekeluarga selepas beberapa tahun. Sangat pathetic kan family aku. Ye la, tahun lepas, pagi raya kak long beraya di rumah mertua.
Tapi still ada rasa terkilan sebab baju raya anak tukang jahit adalah tak siap. Dah la aku tak bawak balik baju kurung dari UPM sebab baju-baju yang aku bawa ke UPM je yang senonoh sikit.

Baju kurung yang tinggal kat rumah adalah corak lama.... Yang nampak ada rupa sikit dalam wardrobe adalah baju kurung moden yang aku pakai masa konvo dan baju kebaya masa 2005 dulu.... tapi agak cuak nak pakai sebab kebaya tu masa berat aku 58kg and kain dia ketat gila. Dulu pernah try pakai tapi langsung takleh zip. Tapi, try jugak sarung dan alhamdulillah, dapat zip dengan jayanya... Haha... Sengeh-sengeh jugak dalam hati setelah menyedari berat sudah turun.... Hehe...


Lalu, tiada istilah sedondon tahun ni sebab baju kurung moden hijau tak siap. Maka, abang berbaju melayu hijau dan aku pakai kebaya warna milo susu... Sikit tak matching... Frust di tempat kejadian... DAANNNN, walaupun berat sudah turun, tapi bila pakai kebaya, tetap nampak obes dalam gambar... TAKKKKK SUKAAAAA!

Anita Mohamad yang manis

Pagi raya kali ni juga adalah sangat mendukacitakan kerana mendapat khabar, ex-classmate aku meninggal dunia pada 30 Ramadhan di Muadzam Shah kerana kemalangan jalanraya. Anita Mohamad.... Kawan yang baik, lemah lembut, bersopan santun, harapan keluarga... Dah la dah lama lost contact dengan dia dan baru-baru ni bertemu di FB dan selalu berchatting di YM.... Ya Allah, semoga dia ditempatkan dalam golongan penghuni syurga.... Amin... .

My family

Me n Abg Ku Saye

.:Raya Kedua:.

Seperti biasa, hari raya kedua beraya di rumah family my Abe Ku Saye, Najwa dan Irah. Dan juga berkesempatan melawat baby Kak Hanim n Abe Koyie yang comel tu.... Dah sebulan umur baby, baru makcik dia ni berpeluang tunjuk muka. Sangat impressed tengok body Kak Hanim yang masih dalam pantang tapi lagi slim dari aku... Wohhh, tercabar keimanan.... Takpe, kita tanam tekad dalam hati.... Harap2 membuahkan hasil. Wink_Wink .:Raya Ketiga:. Edisi berendam air mata sebab baju raya still tak siap. Macam nak gila punggah baju dalam wardrobe. Dan yang ada cuma baju konvo.

Pukul 11 pagi, reunion di KFC Jerteh. Best gila jumpa Ijea n baby dia, Shiro+Pudin and baby jugak, Nilam, Dayang, Effa and Isma... Riuh KFC dengan suara kitorang. Masing-masing berebut nak share cerita sampai tak tahu nak dengan sapa yang nak cakap. Pastu gerak gi rumah Ijea, and Cikgu Zubaidah. Kat rumah Ijea, ase tak sangka kawan sekelas dah ada rumah sendiri....Macam main pondok-pondok. Hehe...

Kat rumah Cikgu Zubaidah pulak, biskut semua best-best. Terutamanya blueberry cheese tart. Siyes sedap. Dan telah mendecide untuk booking untuk hantaran tunang nanti. InsyaALLAH. Pastu buat kecoh kat rumah Cikgu Zu berebut scale nak timbang berat. Dannn.... diumumkan!!!! Berat aku turun 3kg sepanjang di UPM. Diulangi, 3kg.... Hehe.... Aku ni memang jenis susah nak turun berat. Kalau nak naik, cepatttt je... So, happy la... Dan harap2 dapat turunkan lagi 3kg untuk bulan November nanti... InsyaAllah.


Hmm, esok dah kena balik UPM... malasnya.... Dan 3 ketul asaimen yang nak kena submit lepas raya, semua tak siap lagi....
Sekian update raya....

p/s: entry berciri sampah sebab aku malas nak pikir ayat yang senonoh sikit,....

No comments: