.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 5, 2010

Hati yang terluka....

Kalau la selama ni kita banyak terasa hati dengan orang walau cuma dengan perkara/perbuatan/kata-kata yang kecil aje, cuba fikir betapa banyaknya orang terasa hati dengan kita dek kerana kita rasa perkara/perbuatan/kata-kata kita yang kita fikir kecil aje tuuu..... Mungkin bagi kita perkara/perbuatan/kata-kata kita tu takde kesan pun sebenarnya, tapi mana tau orang yang asyik hadap perangai kita tu, dah calar-balar hatinya dengan kita...

Untuk itu, saya mintak maaf dengan seikhlas hati kepada semua kawan-kawan yang saya tak tahu pun mereka ada terasa hati, terguris hati, kecil hati dengan perangai saya yang kadang-kala, saya tak sedar pun ia dah melampaui batas-batas normal....

Kalau selama ni kita asyik komplen je perangai-perangai orang di sekeliling kita, sedangkan mereka tak mengganggu hidup kita pun just sekadar menyakitkan mata yang memandang, cuba fikir betapa banyaknya orang yang komplen perangai kita sehari-harian sedangkan kita tak sedar pun setiap tingkah laku kita mengganggu mata yang memandang kerana kita fikir, kita tak mengganggu sesiapa dan sekadar cuba menjadi diri sendiri....

Untuk itu, saya mintak maaf kerana saya tak mampu puaskan hati semua orang namun saya cuba belajar menjadi yang lebih baik di masa akan datang.... Sesungguhnya, cctv Allah S.W.T ada di mana-mana... So, please behave...

Kalau la selama ni kita selalu terasa hati dan keck ati dengan apa-apa je perbuatan orang kat kita, mungkin itu petanda yang Allah bagi supaya kita tak lakukan itu kepada kawan-kawan kita yang lain....

Dan sekiranya kita sellau fikir kita tak pernah sakitkan hati dia, tapi dia assyik je cari pasal nak sakitkan hati kita dan kita wondering why it happen to us, mungkin kerana Allah sedang berikan kita ujian demi ujian untuk kuatkan hati kita kerana mungkin ada lagi ujian Allah yang lebih hebat di masa akan datang dan bila sat itu tiba, kita sudah menjadi seteguh karang, tak hancur dek badai yang melanda....

Kadang-kadang kita lupa, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan Allah takkan membebankan hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung. Makanya, bila berlaku sesuatu yang kita rasa ianya di luar kemampuan kita, sesungguhnya Allah tahu yang kita cukup kuat untuk menahan beban tersebut...



Dan saya cuba seikhlas hati untuk memaafkan anda semua.



Kata Mahatma Gandhi:
~ The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.

Kata Robert Brault, www.robertbrault.com pula:
~ If you can't forgive and forget, pick one.

Kata Harriet Nelson:
~ Forgive all who have offended you, not for them, but for yourself.

The best is from William Arthur Ward:
~ Forgiveness is a funny thing. It warms the heart and cools the sting.



And for all my friends:

~ It must've been so hard on you
I'm sorry for all I put you through
I'm sorry for the helping hand I didn't lend
I wish I'd been a better friend

How do I tell you I'm sorry -

With a gesture, a look, a touch?
How is it I never realized
I hurt you so very much?

I'm sorry I hurt you

I didn't mean to
I'm sorry I hurt you,
I regret it, I do.
What I did, I regret
So lets make up and forget.

I love you

Just coz
Please forgive me
I'm sorry....

(Source: http://www.imag-e-nation.com/sorry_verses_poems_quotes.htm)




No comments: