.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, September 6, 2010

Home Sweet Home

Pagi tadi, pukul 4.30 pagi, selamat sampai di Jerteh setelah menempuh perjalanan selama 7 jam setengah.... Syukur alhamdulillah....

Seharian di Sogo, buat aku rasa nak muntah. Manusia penuh serata alam. Niat nak cari heels pun terpadam serta merta bila tengok keadaan macam hell... Tak kuasa aku nak berebut-rebut try kasut... So cari je la rak-rak yang tak ramai orang dan berjaya beli handbag BUM dengan harga RM 89.50 setelah potongan 70%, kalau tak salah la... Dan jugak jeans Ladylike dengan harga RM 32.90.... Caye tak??? Sepatutnya jeans ni masuk dalam shopping list bln depan. tapi dah ada yang murah, and berkenan di hati, sambau je la, kannn??? Lagi pun, my Abe Ku Saye yang suruh amek.... I amek je la...

Lagi my Abe Ku Saye ajak aku ke Sogo sebab nak aku pilihkan selipar untuk mak dia and baju untuk ayah dia... Ingatkan nak belanja aku selipar raya and baju raya... Uhukz... Tapi takpe, yang penting, duit raya adalah masyuuukkkk....

Pastu berbuka di Putra Mi Sup sebab dah lama my Abe Ku Saye dok promote sup kat situ sedap. So, semalam kami order sup campur dan ayam goreng untuk dipartnerkan dengan nasi putih. Aku, punya la eksyen xnak makan banyak, so aku decide nak order 1 mangkuk je sup tu. Kononnya nak share je...

Tapi, lepas hirupan pertama....

"La, kalau tau sedap macam ni, baik order dua mangkuk..."

Siyes sedap. Sebijik macam Ani Sup Utara. Dah la aku dah lama ngidam nak makan kat Ani Sup Utara. Dulu kat Sek. 7 Shah Alam, selalu jugak makan. Tapi kat Serdang ni, tak tau nak cari kat mana.

Pastu terkantoi dengan my Abe Ku Saye bahawasanya aku pelahap nak mam~ Hehe....

Malam tadi, dah naik bas, aku pun bukak la penutup cupcorn aku... Makan panas-panas baru la best... Sedang asik menikmati cupcorn, aku terpandang my Abe Ku Saye berdiri betul-betul sebelah seat aku kat luar bas... Sengeh je my Abe Ku Saye pandang aku makan tak ingat dunia.... Tak tau la dah bape lama dia pandang aku yang sedang menikmati cupcorn tu... Pastu bila je bas bergerak, aku capai botol 100 plus dan minum dengan asyiknya sambil memandang ke luar tingkap. Dan dan tu jugak la aku terpandang my Abe Ku Saye yang sedang duduk di kerusi menunggu kat hentian Putra tuh.... Sekali lagi dia sengeh sambil geleng kepala.... Aku ingat, dia dah balik... Sori la bang, i memang suka makan... Walaupun masa berbuka bajet diet dengan bagi my abe Ku Saye 3/4 dari nasikku.. Tapi tak nyesal pun. Sebab dah lama tak makan nasik masa berbuka. So, tak de la besar sangat effectnya bila makan nasik sesuku je. Lagipun aku memang nak bagi dia gemok sket. Hehe...

Hari ni, berbuka puasa di rumah. Umi cakap, goreng kuetiaw dengan udang and kerang. Tapi adek aku si Iman tu mengada request nak makan bakso.... So, buatkan la bakso... Takpe, udang and kerang kita reserve untuk sahur sok.... Ha! sejak berpuasa dah nak hampir sebulan ni, pagi tadi for the first time aku bersahur dengan nasi baru masak. Panas2... Uih, masyukkk.... Tambah pula ada telur mata and kicap. Mak mertua panggil pun tak dengar.

Projek biskut and kek raya tak start lagi. Esok baru nak buat shopping list untuk makanan raya. Lagipun, esok, adek2 dah request pizza. Jom kita serbu Econjaya esokkkk!!!! Harap2 abah senang hati je hulurrr... Huhu....

Daaa~

No comments: