.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, September 17, 2010

Selepas sehari....

Selepas sehari menyambut hari ulangtahun.... Tak de buat pape pun sebenarnya. Tak de celebration or gift exchange session pun. Sebab semua gift utk birthday or anniversary akan dijamak taakhir semasa majlis pertunangan nanti. Jimat bajet seyh... Dahlah aku terperap kat bilik hostel seorang diri sampai rasa dah nak mati kering kebosanan. Abang kerja. Wifi xde. Terpaksalah suruh uncle aku bayarkan bil broadband sebab broadband dah kena barred. Huhu...

Tapi coverage still lagi sangat menyakitkan jiwa raga bakul baldi semua.

Kenapakah Selkom memperlakukan daku sebegini rupa????

Kecit ati i tau....

Sangat la tak best beraya seorang diri di bilik bila mana kawan-kawan dan sedara mara senang hati beraya di kampung bersama keluarga dan suami isteri masing-masing. Sedangkan aku terpaksa mengadap ayam daging yang langsung tak menyelerakan.

15 September hari tu, kami harvest ayam daging. Sumpah aku geli. Tak boleh sentuh langsung ayam tu sejak aku pelihara dia. Masa kat rumah balik beraya hari tu pun, aku tak sentuh langsung ayam masa masak. Nasib baik ada stok beef and seafood. Kesian jugak dengan group members sbb aku tak dapat langsung menyumbang tenaga semasa proses menangkap ayam, menimbang, menyembelih, membuang bulu even guna mesin, membersihkan dalaman ayam dsb. Sikit pun aku tak sentuh. Sorry la kawan2... Bukan aku action ke hape... tapi memang tak boleh...

Dengar cerita, dorang nak buat BBQ malam lusa. Teruskan lah, kawan-kawan.... Tak jemput aku pun takpe... Aku tak kecit ati pun...

Sejak bela ayam daging ni, aku tak makan ayam langsung. Gi KFC masa reunion hari tu pun aku makan shrimps je... Dah la fikiran dipengaruhi anasir-anasir dari Dr. Samsilah. Dr cakap, ayam daging tu dah bukan macam ayam dah. Dah jadi monster sebab dia xde atribute seekor ayam pun. Sebagai contoh dia tak pandai berkokok, tak pandai mengais cari makanan. Dan badannya dipenuhi hormon dari suntikan dan makanan. Siyes aku rasa scary nak makan ayam daging.

Tak tau la cane bila dah berkeluarga nanti... Tapi Dr. Samsilah cakap, another option for a healthier chicken is organic chicken. Tapi mana aku nak cekau di Besut saner?? Buat Abe Ku Saye, belajar2 la hidup tanpa ayam daging ye yangggg....

And di hari ini, saat semua orang berselubung dalam selimut menikmti kedinginan pagi yang basah dicurahi hujan lebat, tapi kami pelajar DPLI SP ini menyumbang tenaga mangaut taik ayam yang sangat la maveles bau dia di bawah reban sana.... Ya Allah, sumpah aku ras anak muntah. Mati hidup balik pun aku takkan ada niat untuk berbisnes ayam daging ni.... Siyes... Aku lagi rela En. Allen suruh aku bercangkul buat batas seorang diri dari disuruh buat kerja melibatkan ayam daging!!!!

Kesian pulak ayam tu kan.... Dia tak buat pape pun kat aku, tapi aku benci dia bagai nak rak... Sorry ayam daging deary... Huhuhu~

2 comments:

Anonymous said...

semua org geli rasanya.. tapi cara izyan tu macam obvious sgt la.. even bkn group ayam sama dgn u pon perasan.. kita duduk dlm 1 komuniti tu x boleh la nampak ketara sgt x sukanya.. (sekadar komen, jgn amik ati ya izyan)

Egie Polaris said...

opsie.. sorry.. insyaALLAH, for de next session of harvesting of those chicken, i'll take part.. insyaALLAH...