.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 29, 2010

Bulan madu ke 4


Ye hari ni mungkin kegembiraannya adalah seperti berbulan madu kali keempat kerana ini kali keempat elaun masuk.... Tapi siapa kata aku gembira duduk melepek dalam bilik tapi tak buat apa-apa.... Kepala pening sebab tidur secara overdose. Mungkin sebab dah terbiasa menjalani hari-hari yang dipenuhi kuliah yang santak ke malam dan sepulangnya dari kuliah, bersengkang mata membuat assignments. Tapi badan tak rasa lemau camni. Pergi lecture pagi selepas itu pun, masih lagi steady. Cehhh...

Bukan tak bersyukur diberi kelapangan oleh Allah, tapi tak tahu cemana pengisian untuk hari-hari tanpa kuliah yang sebanyak 4 hari itu...

Mood study lak macam tak berapa ada. Ye la, kelas dua jam, pastu cuti. Tak sempat mood tu nak stay lama, tetiba hilang. O-EM-JI....

Assignment dah dapat dua. Satu dari subjek Kajian Tindakan, satu lagi dari subjek Penaksiran Pembelajaran. Tapi asal je aku nak start online cari bahan untuk asg, mesti time tu la internet prob.. Tapi kalau aku online blog-hopping santak ke pagi, tak de bermasalahnya internet ni...

Lagi satu, rasa nak bawak keta. Sebab bila segroup dengan orang lain, rasa macam menyusahkan kawan yang selalu aku tumpang untuk ke kelas. Tapi dengan tepian jalanan sekitar kolej yang berantai tu, aku tak nampak kat mana rasionalnya aku bawak kereta ke sini tapi terpaksa parking atas bukit yang jauh giler tu dan kemudian menapak dengan penuh iltizam agar lemak-lemak terbakar... Ouhhh... kolej apakah ini??? Ingat kami suka-suka nak bawa kereta ke? Tak rasa ke ada bahaya yang menunggu student yang park kereta jauh-jauh dan di musim cuti nanti yang tak berapa ramai orang kat kawasan kolej? Or nak tunggu ada kejadian tak diingini berlaku dulu baru nak ambil tindakan. Boleh jadi bahan untuk Kajian Tindakan nanti... Huhuhu.. Tapi takpe la.... Orang atasan dah tetapkan peraturan, hamba yang hina ini akan menurut perintah...

Tak tau nak tulis apa lagi...

Aku rasa, faktor utama aku tak berapa produktif adalah sebab ruang belajar yang tak produktif. Eceh.. Tapi aku rasa betul kot. Sebab aku tak suka meja study aku yang sekarang. Aku lagi suka masa kat UMT dulu... Lagi satu alasan... Tadi salahkan internet..

Apa motif aku buat entry ni, nih????? Jiwa adalah kacau sekarang...

Cuma berharap untuk shopping dalam berjimat cermat...

Aku tengah aim baju-baju sebegini... Tapi belum mendapat kelulusan dari my sayang. Tapi kalau dari orang itu, aku dah tau dia TAK SUKA. Kannnn????
Add ImageKredit to an-wardrobe.blogspot.com


Mana nak cari baju-baju camni offline eh?? Sebab aku lagi suka belek-belek dulu sebelum beli.....



Next week balik kampung. Harap dapat jumpa mak buyung kesayangan di Pasir Mas semasa upacara lenggang perut dia nanti... Sangat eager nak tengok body dia.... Huhuhuhu... Dan kepulangan ini juga adalah untuk melangsaikan hutang piutang... Doakan aku selamat pergi dan balik... InsyaALLAH...

Nak stop merepek sebelum entry aku menjadi rubbish...




Wednesday, October 27, 2010

My idols...

Gatal betul tangan kalau sehari tak post entry...

Malam ni aku nak share 3 bloggers favourite aku... Sebelum ni, dua je. Tapi hari ni dah jadi tiga...

Pertama: Chika

Ni blog yang mula-mula sekali aku addicted to. Masa ni aku tak ada blog lagi. Masa di UMT kot. Termasuk dalam blog Chika from blog Cik Dieyla comel. Life Chika sangat interesting for me untuk selalu aku ikuti perkembangannya. Dan cara penulisannya sangat senang untuk dibaca. Aku rasa salah satu ciri untuk jadi blogger yang baik, bahasa Melayu nya harus baik. Chika menulis dengan bahasa Melayu yang skema. Sangat jarang untuk dia menyingkatkan ejaan dan juga menggunakan perkataan pasar. Her life flows amazingly and very adorable. Just like film story. Bertemu jodoh melalui penulisan blog, seawal usia 22 tahun saat baru menamatkan pengajian peringkat ijazah muda. Dengan seorang doktor dari Malaysia yang bertugas di Australia... Sounds interesting, rite? Dan sekarang ini, menjadi arkitek rumahtangga dengan baby comel bernama Nur Medina.

Sehari tak masuk blog Chika, hidup rasa tak lengkap. Sehari Cika tak update blog dia, aku yang menggelupur tak tentu arah.... Bukan jaga tepi kain orang, tapi cara penulisan beliau seolah-olah setiap saat dalam hidup berumahtangga adalah BAHAGIA.

Ok, then we move on my 2nd idol.

Sape lagi kalau bukan Kak Diana Ishak. Cara Kak Di menulis lain sikit dengan Chika. Kak Di ni, kalau menulis, kalau dia tengah marah pun, boleh buat kita gelak. Apatah lagi kalau dia buat lawak. Seolah-olah setiap apa yang berlaku dalam hidup dia, she just take it easy. Tak peduli apa yang orang kata. Yang paling penting restu suami dan keluarga. Yang paling aku respect adalah sikap workaholic dia, committed dan how strong she is when facing the hardest period in her life. Kak Di banyak mengajar aku untuk jadi stronger. Mungkin ada yang tak suka bila dia bercerita terlalu open, tapi dalam kelantangan beliau bersuara, ada betulnya setiap point yang dia tekankan. Tapi dah lumrah Melayu, selalu gelisah tak tenteram dengan kesenangan orang lain. Begitu kuat Kak Di menelan setiap komen dari pengkomen yang tak reti nak tinggal jejak dan pakai ID anonymous. Bangsa Melayu yang kaki pendengki, memang tak habis kalau nak melayan mereka dan bercerita tentang mereka. So, abaikan je mereka.

Teringat pula tentang cerita ketam yang aku dengar dari seorang trainer masa kat kursus mana ntah. Dalam ceritanya beliau bercerita, di sebuah pasar, terdapat tiga bakul ketam. Bakul pertama berisi ketam melayu, bakul kedua berisi ketam cina dan bakul ketiga berisi ketam india. Aku lupa cerita tentang ketam india, tapi yang aku ingat, bakul yang berisi ketam melayu tidak diletakkan penutup sedangkan bakul berisi ketam cina perlu ditutup kemas. Bila ditanya kepada menjual ketam tersebut, dia berkata, "Bakul ketam melayu tak perlu ditutup kerana ketam melayu takkan dapat keluar dari bakul kerana bila ada ketam melayu yang berjaya memanjat hingga ke permukaan, ketam melayu lain akan menarik ketam yang berjaya agar jatuh. Manakala bakul berisi ketam cina perlu ditutup sebab kitam cina akan berusaha memanjat hingga ke permukaan dan akan menarik ketam cina lain yang lemah agar sama-sama berjaya keluar.

See! Dalam keperitan, aku akui, itu persepsi tentang Melayu. Ya, tak semua. Tapi golongan sebegitu memang terdapat dalam masyarakat kita. Hidup di universiti pun, boleh dilihat golongan sebegitu bermaharajalela. Golongan yang tidak mahu berkongsi nota, tak mahu berkongsi ilmu sesama sendiri. Itulah Melayu. Aku pun hairan. Nota, kalau dibagi kawan fotostat, takkan hilang sebahagian ilmu. Tapi masih ada yang bersikap sebegini. Begitu juga jika sekiranya mendapat tahu topik-topik yang bakal masuk exam, ada yang mengunci mulut tidak mengkhabarkan kepada kawan. Padahal, belum tentu mereka boleh score that topic. Tapi tak apalah, Allah Maha Adil dan Allah Maha Tahu.

Nauzubillah, mintak dijauhkan. Mintak dijauhkan bertemu rakan sebegitu dan mintak dijauhkan aku bersikap begitu. Aminnnn...

Ok, lets move on the next idol.

Dan blogger ketiga yang aku sangat admire bout her writings is Fida Aishah. Yang ni aku baru masuk blog dia hari ni setelah terbaca dalam blog si gadis manis, Qis Sahara. Fida ni partly Malay. Tapi bahasa penulisannya sangat halus. Rasa tenang bila baca tulisan hati beliau. She's very artful... Berjiwa seni, dan berjiwa halus.

~~~

Ketiga-tiga blog ini memberi rentak yang berbeza kepada aku. Ada yang menenangkan jiwa, ada yang membakar semangat dan ada yang buat aku rasa tak sabar nak kawen. Huhuhu... Gatai naa... Tak adalah... Kawen tu kan fitrah setiap insan. Jodoh dah tertulis di Loh Mahfuz. Cuma kita je yang tak tahu bila dan dengan siapa. Allah akan anugerahkan bila Dia rasa kita dah cukup bersedia. Buat yang belum kawen dan belum bertemu jodoh, bawak-bawaklah bersabar dan bermuhasabah diri. Mungkin tika ini, kita perlu memperbaiki diri. Mungkin tika ini kita belum cukup kuat untuk menggalas tanggungjawab berumahtangga dan mungkin juga tika ini kita belum pun bersedia untuk menjadi seorang isteri. Jangan dirungsing umur yang meningkat. Apa ada pada umur. Cuma nombor semata. Tak mampu dijadikan batu ukuran kematangan... Belum tentu mereka yang lebih berusia itu matang. Dan jangan disangka yang baru setahun jagung itu pendek akalnya.

Kalau aku perhatikan teman-teman yang dah berumahtangga pun, aku rasa bezanya dengan kami yang belum berkahwin. Kematangan mereka, cara pembawakan diri, cara mengawal diri, cara mengurus masalah. Sangat adorable they are... Patutla rezeki kahwin mereka cepat sampai.

Hopefully, kalau dah cukup bersedia, cukup kuat, cukup matang, cukup rezeki.... Masanya akan sampai... InsyaALLAH.

Monday, October 25, 2010

Ni pic masa keluar dengan As ke JJ Taman Equine

Ni masa dinner di RasaMas

Ni baju As. Tapi sumpah aku berkenan... Memang so-adrenaline-rush... Sangat santek ini baju... InsyaALLAH, kalau ada rezeki lebih,nak beli jugak... As dah bagi izin aku copy paste baju dia... Hehehe... Padahal tiap kali jumpa barang santek, mesti berebut-berut dengan As sebab taste kami sama. Tapi biasanya As yang dapat sebab aku miskin hina... Hahaha....

Ni mandian fave aku sekarang. Rajen seyh aku mandi sekarang.... Wangi... Bau manis-manis stoberi...

My dinner di RasaMas. Fish n chips

My lunch di Secret Recipe. Vietnamese Beef Soup and Green Apple Kasturi

Ni sepatutnya dessert, tapi jadi appetiser... Pastu main course sampai, kenyang dahh...

Aku baru transferkan gambar dari handset ke laptop. So, baru menggelitis nak tempek kat sini... Blog haku, suka hati la kan...


Desa Waterpark


Memula sampai, segan...


With Athirah and Irfan

Ye, Sabtu lepas aku bersama kelab guru SMK Taman Dato' Harun telah berpoya-poya di Desa Waterpark sempena hari keluarga SMKTDH. Bergembira-bergembira jugak, tapi hasilnya lengan aku sekerat dah jadi itam, tu baru pakai shortsleeves lepas bersalin (bersalin baju ok???) dan terus jalan straight menuju ke kereta 5 menet kot. Terusssss.......... Bukti? Tak yah la letak bukti... Memang dah jadi tiga tones dah lengan aku ni... Tangan sampai ke pergelangan tangan memang juara la. 1 sem dok berladang atas bukit nun, mau tak itam.... Sampai sekarang tak fair balik. Wahh, cakap macam kan aku ni seputih kapas. Ahakz! Tapi Desa Waterpark tak la sebest Sunway Lagoon... Jangan sesekali imagine Desa Waterpark tu macam Sunway Lagoon... Entrance fee pun RM 20 per head je bagi orang dewasa. So tak yah nak imagine similarity dia dengan Sunway Lagoon tu yang kau kena bayar RM 80 sekali masuk...

Dan juga disebabkan aku kena tengok-tengokkan dua sepupu kecik aku tu, Alya Athirah dan Irfan Naufal, makanya aku kena mandi di Water Factory dengan kolam sedalam 0.3m sahaja... Ye-ye je dengan aku-aku sekali kena main gelongsor budak-budak sebab si kecik tu nak main tapi tak nak gelongsor sorang. Huhuhu....

Ni la Water Factory.... (Life-guard Water Factory ni sangat la annoying.... Macam orang tak pernah jumpa wisel)

Tapi lepas tu gilir-gilir dengan my uncle la untuk aku and my aunt so that we can enjoy The Super Tube. Memang so adrenaline-rush la dat Super Tube... Sape yang stress, aku cadangkan main Super Tube.... Best woo boleh menjerit sampai keluar anak tekak takde sape pun yang peduli.

Thunderbolt tu pulak, dia bukak for 15 minutes je. Start pukul 2. Aku pun tak tahu apa motif dia buat camtu. Untuk Thunderbolt, aku tak main pun. Tapi cekgu-cekgu muda SMKTDH termasuk my aunt and uncle q jugak.. Ramai gila orang q time ni... Time ni aku dah migrain dah. Panas dowh!
Makanan dia, ok la. Sedap. Tapi tak ada variasi sangat. Ceh, ada jugak nak komplen.

Lepas keluar dari The Super Tube

Esoknya, muka aku menggelupas dan kaki juga dah bertukar tone. Tapi yang paling best bila dok rumah my aunt ni, aku boleh lepas gian masak.... See.... menu hari pertama.... Asam pedas ikan bawal, daging dendeng, kerabu kacang botor dan ikan goreng.... Daging dendeng tu my aunt ikut resipi Chef Hanieliza. Best. Nanti nak masak kat rumah la... Menu wajib di request kalau aku gi rumah my aunt ni, asam pedas. Aku suka la bila orang main request-request nih... Siyes... Sebenarnya i love to cook... Sebab tu suka je orang request nak makan apa.... So, here are the result....



Hari kedua, tak ada gambar. Tapi masak tomyam campur dan ayam bakar blackpepper....
Malam last sebelum berangkat ke UPM, sempat lagi buat cucur ikan bilis. Huh, lepas gian aku nak masak....

Tapi kan, masa tengah-tengah kemas baju dalam beg, my aunt datang ke bilik. Tetiba hulurkan baju.


"Nah, ambil la... Cik Tini baru pakai sekali. Lepas basuh, mengecut. Terus tak muat."

"Baju apa pulak ni?"

"T-shirt muslimah."

Aku dalam hati... HAH???? TSHIRT MUSLIMAH???? Tetiba rasa diri ini kerdil even overweight... huhuhu... Baiklah, aku cuba.... Dan untuk tak mengecilkan hati my aunt, aku pakai baju tu masa nak balik UPM. Ok jugak la.... Selesa.... Tapi tak tau bila nak pakai.... Dah la sebelum ni pergi cafe, class or outing pakai baby tee je... Tetiba perubahan drastik, ase sedikit cuak... Tapi takpe, slow2....

Sunday, October 24, 2010

Ini entry sedih dan gembira...



Sebelum aku tulis cerita gembira, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah atok saudaraku yang kupanggil Ayah yang telah meninggalkan kita pada 7.15 pagi tadi.

Al-fatihah...

Tadi, umi called pukul 7.34 pagi. Bila umi mengkhabarkan berita kematian arwah ayah, aku tak terkejut. Kerana sudah terlalu lama arwah menderita sakit. Bukan aku mengharapkan kematiannya, tapi cukuplah arwah menderita di dunia ini.

Sedih kerana tak dapat menatap wajah arwah ayah sebelum dikebumikan, kerana kalau balik pun di awal pagi tadi, aku akan sampai lebih kurang pukul 7-8 jam kemudiannya. Dan for sure arwah sudah selamat dikebumikan. Dan esok, kuliah akan bermula. Rasanya lebih baik balik di hujung minggu ini. Kerana ada 3 hari yang terluang tanpa kuliah.

InsyaAllah, di kejauhan, aku takkan lupa menitipkan sedekah Yaasin dan Fatihah kepada arwah.

Tapi tidaklah rasa terkilan sangat kerana saat-saat akhir aku di kampung sebelum kembali ke UPM memulakan semester 2, aku sempat lagi memenuhi setiap permintaan arwah untuk mengurut badannya. Biarpun tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya aku pernah berbakti kepada arwah.

Rasanya tidak wajar untuk aku mencampurkan cerita sedih dan cerita gembira saat berpoya-poya di Desa Waterpark dalam satu post. Maka, cerita tentang Desa Waterpark akan aku karang esok...

Tidak la bergembira sangat di Desa Waterpark, kerana aku tahu ada hati yang bersedih dengan kegembiraanku. Sorry... Sorry sesangat...


Semalam

Ini cerita semalam.

Hari sebelum hari ini.

Semalam 23 Oktober.

Ya Allah, apa aku dah buat ni?

Aku bukan seorang manusia yang semudahnya berkata TIDAK kepada permintaan rakan-rakan, apatah lagi sahabat-sahabat yang dekat di hati. Dan bila kali ini aku perlu berkata TIDAK, hati rasa sakit. Rasa terkilan. Rasa tak senang.

Sumpah, aku rasa tak tenteram.

Bukan niat aku nak mengecewakan. Tidak sekali-kali. Bukan mempermainkan. Kita merancang, tapi restu Allah tak kesampaian.

Kalaulah kau tahu apa yang terbuku di hati.

Kalaulah kau boleh baca apa yang tertulis di dada.

Setiap manusia ada kehendak. Ada keinginan. Tapi bila kewarasan membatasi, ada yang tak dapat kukatakan YA.

Kerana di dunia ini bukan hanya ada KAU dan AKU, aku pasrah.

Tuduhlah aku mempergunakan kau.

Tuduhlah aku mempermainkan kau.

Tuduhlah apa saja.

Apa yang tersirat di hati, cuma aku dan ALLAH yang tahu.

Kerana kadangkala kita memerlukan alasan untuk membenci, inilah alasannya.

Bencilah aku untuk lupakan aku....

Apapun, yang berlalu akan diam di lipatan kenangan.

Thanks for everything.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan kebaikanmu...

Thanks my friend deary...

Friday, October 22, 2010

Ikan...

Sejak makan ikan talapia masak merah kat kedai makan kat Tasik SS, aku dah mula suka makan ikan. Tapi ikan tu je la. Before this, bukan aku tak suka makan ikan. Kat rumah aku suka la sebab abah and abang long aku prefer ikan than daging or ayam. Lagipun sebelum ni mindset aku cakap ikan yang dimasak secara banyak di kedai tak dibersihkan secara proper.

Ya, aku tahu, ikan baik untuk minda. Hanis Zalikha pun makan diet tinggi protein untuk menempuh exam. Sebab tu la aku cuba-cuba jugak makan ikan kat sini. Tapi setakat ni, ikan talapia je yang aku makan. Tapi masalahnya, bila makan ikan, aku membazir. Sebab ada part-part yang aku geli sikit nak kikis sampai licin.

Part mana??? Part dada kot.. Yang banyak tulang-tulang tu.. Eh, ke org panggil part apa. Macam ribs je... Hah, part tu la biasanya susah nak dibersihkan secara telus. Apatah lagi kalau dah siang ikan banyak-banyak, kan.

Tapi semenjak kenal ikan talapia ni, aku dah jatuh cinta. Ada la 2,3 kedai yang masak talapia sambal secara sedap.

Eh, pe motif aku wat entry pasal ikan ni???? Pasainya ikan tak melenting tak tentu pasal even aku dah sah2 bercerita tentang dia...

Sekarang ni, kat kolej takde air. Nasib baik malam ni my auntie yang dok Bukit Rimau tu nak datang ambil. Sekarang ni nak minum air pun takut, takut kena gi toilet. Dah la aku sempat simpan 1 baldi je air. Ni pun hadap laptop pakai kain semayang tunggu Maghrib. Takut takde air weh nak amek air semayang... Seb baik dah tak OFF DAY. Kalau tak, naya je nak mandi, membasuh bagai.... Alhamdulillah... Allah aturkan yang terbaik...

Esoknya insyaAllah, akan berpoya-poya di Desa Waterpark... Wuhuu, best mengisi masa lapang di semester dua... Minggu depan nak gi mana pulak ya???? Eh, my sayang dapat gaji hari ni, opkos la minggu depan diheretnya aku cari barang hantaran...

Patutnya malam ni My Sayang nak ajak teman dia gi uptown malam ni, tapi auntie nak datang jemput pukul 10 malam. Sorry la sayang, next time kita pergi ya...

Okey la.. Anything bout Desa Waterpark akan di update later...

Till then~

Take care dear.... Have a safe journey ya...

Salam....

Thursday, October 21, 2010

Sewangi strawberi....

Tadi pergi JJ Taman Equine dengan As. Window shopping katanya... Tapi aku habis RM100 and Asz, tak yah cakap la... Habis RM 400.... Tu cara-cara window shopping.... Kalau pergi dengan niat nak shopping, tak tau la habis berapa....

Pelik gak duit aku habis RM 100. Ase cam takde beli barang sangat...

Tapi paling best dan puas hati mesti la sebab beli Watsons Exfoliating Body Wash, Strawberry Extract. Wangi sangat bau stoberi.. Ase tak mau berenti mandi... Harga RM 2.90 je... Alah, cenonet je saiznya... 50ml... Tapi best...

Pastu beli apa lagi ya...

1. Watsons - RM 10.70
2. Jusco - RM 13.90
3. Secret Recipe for brunch - RM 31.45
4. RasaMas for dinner - RM 20
5. Cosway - RM 19.70

TOTAL: RM 95.75

Oi Cik Egie, get real pelisss... Kamu tu, dah la elaun belum masuk. Barang hantaran tak beli lagi. Ada hati nak berpoya-poya. Takkan asyik nak tadah dengan My Sayang kan????

Ehh, lupa nak update fasal 'perkembangan' diri aku... Hari tu masa puasa turun 2,3kg.... Tadi kat JJ, timbang, baru aku tau selama seminggu masa final exam hari tu tiap hari aku bantai dinner yang sangat lengkap, aku dah pun berkembang sebanyak 1.3kg... Adush, kena diet nih... Rizat tah ke mana-mana, aku yang berkembang dengan jayanya...

Cuak gak nak tahu rizat final sem 1... Buat semua readers, doakan kejayaan aku ya...

Yang, doakan ya.....






Wednesday, October 20, 2010

20/10/2010

Tarikh cantik gile... Tapi tak ada aktiviti best pun hari ni kecuali ke kelas amali Dr. Shaffe dan jugak dinner dengan MY SAYANG tepi tasik kolej serumpun... Best lak tulis MY SAYANG besar-besar camni.... Ada orang jeles rupanya.... Kehkehkeh...

Esok As ajak ke JJ Taman Equine (Belasah je eja....)

Tapi Mira cakap Sogo ada sales... Esok my sayang dapat gaji... Pe lagi Yang, jom beli barang hantaran...


Surat cinta untuk my readers

Eceh, bajet readers ramai... Hehehe.... Tapi kalau dah rajin sangat keluar masuk blog aku, rajin buat lalu lintas dalam blog aku, rajin pulak korek-korek cerita lama dalam blog aku tu... kira readers tegar la kan... Walaupun aku tau dalam hati ko tu, sumpah tak tenteram baca tulisan aku.... Well, nak buat cemana, aku tulis benda realiti... Pahit ke manis, aku tetap tulis. Kalau ada yang aku buat silap, aku tulis secara mengaku kesilapan. Kalau datang mood aku nak tulis pasal salah orang pun, aku tulis aje. Aku yang alami, aku yang rasa, sukati aku la kan. Blog aku lak tu... Dah memang itu fungsi blog. Kalau rasa tak puas hati, buat la blog sendiri. Tapi jangan harap la aku nak buat lalu lintas dalam blog ko tu. Tak kuasa nak ambik tau hal orang. Bukan kenyang pun...

Yang ko rajin sangat kelebet blog aku tapi tak senang ati dengan aku tu, pe hal? Dah takde kerja sangat... Camni la nak cakap.... Tak yah la hipokrit gitau orang ko pakai jeans saiz 25 sebab aku dah tau sangat saiz spender ko.... Siyes, tak yah hipokrit. Baik la ko muhasabah diri, berubah jadi lebih baik dari aku. Aku ni, memang dah sedar diri tak berapa baik mana pun. Tapi tak nak la hipokrit. Be ourselves...

Yang, i know u tak suka i menulis camni, tapi ni entry untuk readers tegar i yang lain, bukan u.... Ok?

Tuesday, October 19, 2010

Sastera 2

Emas secupak di tapak tangan,

Tuan seorang dalam taman....

Monday, October 18, 2010

Sastera 1

Apa di pandang emas di seberang,

Tuan di hati, tetap dikenang....

Home Sweet Home





Hari Khamis, 14 Oktober, 9.30 malam bertolak balik ke kampung halaman bersama kanda tercinta. Walaupun penat tak hilang lagi hasil dari Kem Insaniah Perguruan, tapi hati berkobar-kobar nak jumpa umi, abah, Awisy...

Kul 4.30 pagi selamat tiba di Jerteh. Pagi tu bantai tido sampai tengahari. Ngantuk ok... Aku ni dah la jenis manusia tak reti tido dalam bas. Nak tido kat tempat yang proper aje... Ngada...

Tapi pukul 3 petang bersiap-siap untuk ke rumah mak angkat di kampung dekat dengan UMT. Rindu kat adik. Dah lama gile tak jumpa. Adik pun dah berapa kali sms mintak aku ke sana. Kul 4 bertolak ke sana. 1st time kot drive long distance camtu. Takde la jauh sangat, dua jam je kot.

Best jumpa adik. Walaupun ada cerita sedih, walaupun aku tak dapat membantu, tapi cukup la kalau dapat bagi semangat, tumpangkan bahu untuk dia menangis, pinjamkan telinga untuk mendengar... Adik, kak doakan semuanya kan baik-baik saja.... Tabahkan hati, lapangkan dada. Allah jangan lupa. Manusia-manusia pendengki takkan berhenti mendengki sampai kiamat. Kalau dah hati busuk, begitu lah mereka adanya. Dorang takkan nampak salah dorang. Dorang takkan Tapi, kalau manusia pendengki tu bukan sara makan minum kita, pedulikan!!!! Yang pendengki, tetap akan mendengki. Hati dorang busuk sampai satu dunia dapat hidu. Abaikan je. Bukan dorang yang belikan kita nasik.

Agenda esoknya, menculik Erah Syahirah ke Pantai Air Tawar menikmati Nasi Air Pak Awi yang mabeles. Siyes sedap. Partner kan pulak dengan air batu jagung. Sumpah tak menyesal kosongkan perut, skip lunch untuk nasi air.



Lepas makan, survey bridal boutiques sekitar Kg. Raja dengan Erah. Ada yang berkenan, tapi manik di baju pengantin cam manik murah je. Alah, lambat lagi. Sempat lagi survey butik lain. Lepas hantar Erah, call abang. Jumpa kejap. Masa tu dah 6.30 petang kot. Tetiba adik aku call. Suruh drop by umah tok sedara. Dah lama dia sakit.


Sampai je rumah tok sedara, nenek sedara demam, and tok sedara lak sakit tekak. So, decide nak balik dulu dengan umi, and datang balik dengan abah lepas isyak hantarkan ubat. Kesian jugak kat nenek sedara. Dah banyak kali call abah suruh datang hantar ubat, tapi abah tak datang-datang. Sebabnya, semua kereta kena kebas dengan anak-anak... Huhu.. Sekali sekala balik... Pe lagi, kan???

Lepas Isyak pergi lagi rumah tok sedara dengan umi and adik. Malam paling best bagi adik aku kot sebab tetiba dapat mandat besar. Tetiba tok sedara serahkan kereta Nissan Bluebird (betul ke tak aku eja nih???) kat adik. Dengan itu, kereta Satria adik, bakal jadi milik aku. Huhuhu... Rezeki terpijak dowh!

Malam tido dengan tenang ati. Tapi hati tak senang nak balik UPM. Tapi pagi esoknya, terpaksa juga balik ke UPM. Nasib baik ada jejaka belahan jiwa yang teman. Walaupun tetiba emo dalam bas bila aku sakit kepala tapi abang sedap2 je tido.

Kul 11 malam, selamat tido dan bersedia ke kelas pertama di semester 2. Semoga dipermudahkan jalan menuju kejayaan. InsyaAllah, niat yang baik, akan dipermudahkan Allah. Yang penting hati mesti baik!!!! Semoga di lapangkan dada, dipermudahkan perjalanan, dibersihkan hati, dicekalkan semangat. Apa yang berlaku, Allah tempat bergantung. Apa yang berlaku, kepada Allah kita mengadu.... Allah knows why....

Aku tahu, aku berblog ni pun, ramai yang tak senang hati, tak tenteram jiwa. Aku pun tak tahu kenapa... Adakah aku guna jari dorang untuk menaip? Atau guna otak dorang untuk cari idea??? Tahhhh, tak paham... Kalau rasa tak tenteram jiwa, buat blog sendiri la wei!!!!

Satu je nak tanya....

Kita selalu merancang untuk hidup sempurna, tapi pernahkah kita merancang untuk mati sempurna???

Kaki yang tak beralas, lambat laun jadi kematu. Tertusuk duri pun tak rasa pape.

Jangan hati menjadi seperti itu. Gelap dengan dosa sampai mendengar nasihat atau ceramah agama pun tak tinggalkan kesan.

Nauzubillah, minta dijauhkan Allah...

Ya Allah, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah kau berikan kami hidayah. Amin.


Feeling Kak Diana Ishak

Wah, rasa best sejak dapat tau blog aku jadi tumpuan ramai... ahakz... Camni la yang Cik Puan Green Apple rasa bila ramai readers masuk blog... Yang penting, hati mesti cekal... Yang penting, income naik bila ramai readers... Thanks to all my readers...

Thursday, October 14, 2010

Kem Insaniah Perguruan DPLI UPM 2010/2011

Semalam tepat pukul 4.30 petang selamat sampai ke bilik htel tercinta setelah tiga malam bermalam di Pusat Penyelidikan Marin UPM, Telok Kemang, Port Dickson.

Badan sakit-sakit, tapi hati gembira. Gembira dapat menamatkan Kem Insaniah Perguruan yang begitu menggoncang iman, menguji mental dan fizikal. Juga cabaran paling kuat adalah cabaran makanan di sana....

Tapi serius aku cakap, ni kem paling worst dari segi pengurusan dari pihak coordinator dan catering. Beribu-ribu syukur kepada ALLAH sebab semua trainers berjaya cover segala kekurangan tersebut dengan provided us with all the best activities and challenging ever....

Pasal makanan, bukan tak bersyukur. Tapi kalau kita bayar RM 80 untuk makanan sahaja dan disediakan nasi mentah dan ayam sebesar ibu kaki, tak tau nak cakap apa la kan... Air teh pula, portion untuk seorang, suku gelas. Supper and minum petang pulak, kek pisang segera yang dihiris senipis 1cm, dikerat dua. Itu lah portion diet paling best untuk sape-sape yang berhajat nak turunkan berat badan setelah mengumpul berat sepanjang minggu exam.

Rasa nak menangis bila ita penat dan lapar setelah buat aktiviti fizikal, tunggu makanan yang datangnya lewat sejam tapi dapat pinggan berisi nasi mentah, kubis masak lemak 4 hiris dan ayam sebesar ibu kaki. Kalau sape yang dapat part leher ayam tu, isap la sampai habis rasa untuk habiskan nasi tu.... Series rasa nak nangis.

Padahal dia cakap tukang masak tu chef kat sheraton hotel. Aku rasa, masa kitorang join program survival laut dan penghayatan warisan di pulau bidong dulu, xde pun merungut pasal makanan camni. walaupun lauk biasa-biasa saja, tapi portion adalah cukup. Padahal tu orang biasa-biasa saje yang masak, tapi boleh bajet prtion untuk 100 orang makan....

Tapi aktiviti air seperti rafting, canoeing, latihan asas renang memang the best. LDK, corporate game, pertandingan masak, and malam kebudayaan are the best.

GAGAKians are the best.... Suhaimi, Kak Rozie, As, Lala, Jie, Egie, Ija, Kak Ila, Sue, Aishah, Along, sape lagi 2 orang eh??

Tapi pengisian untuk insaniah perguruan tu, kureng sikit la...

Apapun, banyak pengalaman baru yang diperolehi...

Thanks to all....

Saturday, October 9, 2010

Hoping for better things ahead....

Esok, akan berangkat ke Pusat Penyelidikan Merin (Aku tak tau nape dia eja Marin cmni?????) UPM di Teluk Kemang, Port Dickson.... Tadi dah habis RM150 untuk beli barang-barang camping... Tapi still terkurang something... Sleeping bag, i xde... Orang lain sume ada... Hmm, xpe la... bukan lama pun... 3 malam je... Kat Pulau Bidong dulu, ok je tido xde sleeping bag bagai...

Harap-harap perjalanan hari-hari di sana, akan baik-baik saje...

Doakan aku....

13 Oktober aku balik UPM, then malam terus balik ke Terengganu... Menjenguk family tercinta...


By the way, tadi berjaya makan ayam semulut... Tu pun curik dari Blackpepper Chicken Mc Deluxe abang... Tetiba aku back to normal, order Double Cheese Burger.. Tapi tetap sedapppp...


Belah kiri tu My Sayang punya, belah kanan tu aku yang punya.....

Gile seksi kan Blackpepper Chicken McDeluxe nihh????


Sekian update hari ini....

Ehhh???? Ada orang rindu nak tengok muka aku and My Sayang ke????

Ok la, ok la....

Nahhh!!!!


Salam.... Daa~


Friday, October 8, 2010

Final day of final exam

Alhamdulillah, final exam dah pun berakhir tepat jam 10 pagi tadi. Las paper is subject Pengurusan Kokurikulum.... Seb baik soalan Dr.Chee x susah sangat... Sebabnya... tak sempat khatam habis pun note dia.... Sebab malam tadu blackout dari kul 2 pg smpai 7pg.... Aras aku ni memang selalu je short circuit... Agaknya segala jenis Fius perkhidmatan, RCCB, MCB segala bagai tu, berfungsi dengan elok... Dan penyebabnya of course la budak-budak ni tak reti base guna electrical appliances secara overdose bagaikan ko sorang je yang bayar yuran kat hostel ni...

Tetiba aku terfikir, apa hukumnya duit yang budak-budak asrama ni berbisnes makanan seperti nasi goreng, sosej rebus, sosej bakar dan sebagainya, guna elektrik asrama, tapi jual kat orang yang bayar bil elektrik tu sama-sama.... Halal ke duitnya???/ Tak dikira menggunakan hak orang lain ke??? Wallahuallam....


Eisy, terpesong again!!!!

Dah settle 8 papers in a row within 5 dyas,... tetiba aku terasa diri aku agak la tough and kuat semangat... Huhu... Mencabar fizikal and mental ok...

Bercakap fasal tough and mencabar fizikal dan mental ni, kitorang-pelajar DPLI UPM ni dihambat ke PD lusa untuk program Bina Insan... Tak sempat release tension final exam, dah kena beraktiviti secara over limit lagi....

Tapi masa briefing tadi, aku ase aku suka semua aktiviti yang bakal dilalui.... Water confidence, rafting, community service, jungle trekking and so on.. Quite interesting, rite... Harap2 sebest program Survival Laut masa kat Pulau Bidong Universiti Malaysia Terengganu dulu.... Dan juga sebest program-program masa kat GEMS SRC02.... owh-missed-it-so-much...

Tapi, esok terpaksa melabur duit lagi... Banyak barang kena beli.... Stressnya... Hantaran tunang pun tak settle lagi... Seb baik dah di postpone dari Deepavali ke Raya Haji.... Hopefully, Allah permudahkan segalanya... Hopefully, better things ahead...

Salam~

Tuesday, October 5, 2010

2nd day final exam

Dah lepas 2 lagi subjek.

Sekolah dan Masyarakat

dan...

Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia....

Nak di jadikan cerita.....

Untuk paper Sekolah dan Masyarakat tu, kitorang kena jawab esei 3 bijik...

Punya la syok aku mengarang jawapan utk soalan pertama sampai 3 muka, pastu bila dah siap, refer soalan seterusnya baru terperasan yang jawapan untuk esei pertama adalah TERPESONG!!!! Cuak dowh... 3 muka weh, bukan 3 baris.... Sampai cramp tangan nak menulis...

Pastu cuba relax, jawab esei kedua dan ketiga. Kali ni cukup la dua muka semata-mata. Tak yah rerajin nak menggoreng idea secara overdose.... Seb baik cukup masa untuk cover balik esei no. 1...

Tu la... lain kali, tulis point penting dulu kat buku soalan... ni main taram je....

Careless....

esok, hati-hati untuk esei subjek Agrotek.....

Monday, October 4, 2010

1st day final exam

Dah lepas azab subjek Kemahiran Manipulatif 1 dan Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan....

Ada lagi 4 hari untuk ditempuh...

6 more papers left....

Gile x????

Takkkk....

Tak gila pun....

Allah berikan ujian ni sebab Allah tahu kita mampu....

So push ourselves to the limit....

Usaha selagi terdaya....

Buat sekadar yang termampu....

Usaha jangan semata...

Kesihatan kena jaga...

Allah jangan lupa...

Mak ayah selalu di dada....

Niat kena selalu ingat...

InsyaALLAH, ada rezeki kita....

Malam ni pulun study Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
dan Sekolah dan Masyarakat....

Gud luck everybody....

May Allah bless us...


Saturday, October 2, 2010

tragedi oktober...

semalam 1 oktober....

Ya Allah, rasa nak sujud syukur....

Bersyukur sangat-sangat...

Alhamdullillah, Allahuakbar, Subhanallah,

Lega sangat-sangat...

Rasa macam baru lepas bayar hutang RM 16 juta....

Semalam hari terakhir kuliah semester satu Diploma Pendidikan Sains Pertanian...

Diam tak diam, dah 3 bulan berlalu...

Segala penat jerih, pahit maung, ditelan dengan seribu kepayahan...

Walau rasa mahu tersungkur, tapi tetap tabahkan kaki melangkah mengharungi...

Kerana terkenang wajah umi abah,

Datuk nenek,

Wajah-wajah kesayangan...

Yang tak pernah lupa menitip doa,

Menghulur berkat....

Penat berladang,

Perit tekak menahan muntah mengadap ayam-ayam daging peliharaan,

Tak tidur malam saat ujian satu berlangsung...

Penat bersengkang mata menyiapkan assignment.

Tidur tak cukup, makan tak lalu,

Dah jadi perkara biasa sejak bergelar pelajar DPLI.

Benarlah kata Cekgu Yunie,

Kalau mahu jadi cikgu, hati mesti cekal.

Belum lagi dikira dugaan-dugaan menghadap perangai seribu satu manusia yang baru dikenali di sini....

Yang telah lama dikenali pun, bermacam ragam...

Apatah lagi manusia yang kita tak kenal ati budinya..

Takpe la.... sekurang-kurangnya, i learnt something...

I've learnt so much....

Dua hari ini,

Hari ini dan esok,

Kena persiapkan fizikal dan mental,

Kena penuhkan ilmu di dada dan minda...

Final exam bakal tiba 4 Oktober ini....

5 days in a row, for 8 papers...

Belum apa-apa lagi, dada dah rasa sesak...

InyaALLAH,

kalau kita jujur dengan ilmu,

Kalau kita diiring doa umi abah, datuk nenek, sahabat handai, kaum keluarga, dan insan-insan kesayangan,

Kalau kita ikhlas berniat untuk berbakti kepada bakal students nanti,

Allah akan permudahkan jalan kita.

Allah akan sentiasa memberi kemudahan kepada niat yang baik.

InsyaAllah....

Semoga hati ini melupakan kebaikan diri ini terhadap orang lain,

Dan semoga diri ini melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain terhadap aku.

Kata pepatah English,

If u cant forgive and forget,

Pick one....

Kerana saham di akhirat lebih penting...

Dan kerana perjalanan hidup kita sudah tertulis di Loh Mhfuz,

Terima kasih kepada yang pernah berbakti kepadaku,

Cukup sudah diungkit-ungkit kembali.

Bukan tidak berterima kasih,

Sangat2 berterima kasih.

Tapi sampai bila mahu menelan sakit di jiwa,

Bila tiap kali tersasar langkah,

Bila tiap kali terguris hatimu,

Kebaikanmu yang satu itu diungkit2,

Sedang dirimu tak pernah cuba bermuhasabah diri...

Perjalanan setiap orang telah ditetapkan Allah,

Dan dirimu cuma jadi penyebab...

Selebihnya adalah usaha, doa dan tawakal,

Dari diri sendiri dan ibu bapa.

Maafkan diri ini....

Salam ukhwah.

Good luck for final exam for 43 students of DP Sains Pertanian... dan 63 students of DP ERT....

All the best...
Semoga berada dalam lindungan rahmat Allah selalu.




Lafaz sakinah...



Saat Lafaz Sakinah- Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Sangat sebak dengar lagu ni.... Tiap kali dengar, tiap kali itulah rasa nak menangis.... Terbayang umi dan abah..... Rindunya.... Tambahan pula selepas raya hari tu, datang ke UPM dengan separuh hati...

Gerun dengan kehidupan yang bakal dilalui dengan orang lain. Bimbang menempuhi suka duka bersama orang lain.... Gundah saat memikirkan esak tangis bakal di kongsi bersama lelaki asing, juga lelaki kesayangan....

Abang,

Jadikan aku wanita syurga, bimbing aku menuju syurga....

Bersama mendapatkan keredhaanNya....