.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 29, 2010

Bulan madu ke 4


Ye hari ni mungkin kegembiraannya adalah seperti berbulan madu kali keempat kerana ini kali keempat elaun masuk.... Tapi siapa kata aku gembira duduk melepek dalam bilik tapi tak buat apa-apa.... Kepala pening sebab tidur secara overdose. Mungkin sebab dah terbiasa menjalani hari-hari yang dipenuhi kuliah yang santak ke malam dan sepulangnya dari kuliah, bersengkang mata membuat assignments. Tapi badan tak rasa lemau camni. Pergi lecture pagi selepas itu pun, masih lagi steady. Cehhh...

Bukan tak bersyukur diberi kelapangan oleh Allah, tapi tak tahu cemana pengisian untuk hari-hari tanpa kuliah yang sebanyak 4 hari itu...

Mood study lak macam tak berapa ada. Ye la, kelas dua jam, pastu cuti. Tak sempat mood tu nak stay lama, tetiba hilang. O-EM-JI....

Assignment dah dapat dua. Satu dari subjek Kajian Tindakan, satu lagi dari subjek Penaksiran Pembelajaran. Tapi asal je aku nak start online cari bahan untuk asg, mesti time tu la internet prob.. Tapi kalau aku online blog-hopping santak ke pagi, tak de bermasalahnya internet ni...

Lagi satu, rasa nak bawak keta. Sebab bila segroup dengan orang lain, rasa macam menyusahkan kawan yang selalu aku tumpang untuk ke kelas. Tapi dengan tepian jalanan sekitar kolej yang berantai tu, aku tak nampak kat mana rasionalnya aku bawak kereta ke sini tapi terpaksa parking atas bukit yang jauh giler tu dan kemudian menapak dengan penuh iltizam agar lemak-lemak terbakar... Ouhhh... kolej apakah ini??? Ingat kami suka-suka nak bawa kereta ke? Tak rasa ke ada bahaya yang menunggu student yang park kereta jauh-jauh dan di musim cuti nanti yang tak berapa ramai orang kat kawasan kolej? Or nak tunggu ada kejadian tak diingini berlaku dulu baru nak ambil tindakan. Boleh jadi bahan untuk Kajian Tindakan nanti... Huhuhu.. Tapi takpe la.... Orang atasan dah tetapkan peraturan, hamba yang hina ini akan menurut perintah...

Tak tau nak tulis apa lagi...

Aku rasa, faktor utama aku tak berapa produktif adalah sebab ruang belajar yang tak produktif. Eceh.. Tapi aku rasa betul kot. Sebab aku tak suka meja study aku yang sekarang. Aku lagi suka masa kat UMT dulu... Lagi satu alasan... Tadi salahkan internet..

Apa motif aku buat entry ni, nih????? Jiwa adalah kacau sekarang...

Cuma berharap untuk shopping dalam berjimat cermat...

Aku tengah aim baju-baju sebegini... Tapi belum mendapat kelulusan dari my sayang. Tapi kalau dari orang itu, aku dah tau dia TAK SUKA. Kannnn????
Add ImageKredit to an-wardrobe.blogspot.com


Mana nak cari baju-baju camni offline eh?? Sebab aku lagi suka belek-belek dulu sebelum beli.....



Next week balik kampung. Harap dapat jumpa mak buyung kesayangan di Pasir Mas semasa upacara lenggang perut dia nanti... Sangat eager nak tengok body dia.... Huhuhuhu... Dan kepulangan ini juga adalah untuk melangsaikan hutang piutang... Doakan aku selamat pergi dan balik... InsyaALLAH...

Nak stop merepek sebelum entry aku menjadi rubbish...




No comments: