.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 25, 2010

Desa Waterpark


Memula sampai, segan...


With Athirah and Irfan

Ye, Sabtu lepas aku bersama kelab guru SMK Taman Dato' Harun telah berpoya-poya di Desa Waterpark sempena hari keluarga SMKTDH. Bergembira-bergembira jugak, tapi hasilnya lengan aku sekerat dah jadi itam, tu baru pakai shortsleeves lepas bersalin (bersalin baju ok???) dan terus jalan straight menuju ke kereta 5 menet kot. Terusssss.......... Bukti? Tak yah la letak bukti... Memang dah jadi tiga tones dah lengan aku ni... Tangan sampai ke pergelangan tangan memang juara la. 1 sem dok berladang atas bukit nun, mau tak itam.... Sampai sekarang tak fair balik. Wahh, cakap macam kan aku ni seputih kapas. Ahakz! Tapi Desa Waterpark tak la sebest Sunway Lagoon... Jangan sesekali imagine Desa Waterpark tu macam Sunway Lagoon... Entrance fee pun RM 20 per head je bagi orang dewasa. So tak yah nak imagine similarity dia dengan Sunway Lagoon tu yang kau kena bayar RM 80 sekali masuk...

Dan juga disebabkan aku kena tengok-tengokkan dua sepupu kecik aku tu, Alya Athirah dan Irfan Naufal, makanya aku kena mandi di Water Factory dengan kolam sedalam 0.3m sahaja... Ye-ye je dengan aku-aku sekali kena main gelongsor budak-budak sebab si kecik tu nak main tapi tak nak gelongsor sorang. Huhuhu....

Ni la Water Factory.... (Life-guard Water Factory ni sangat la annoying.... Macam orang tak pernah jumpa wisel)

Tapi lepas tu gilir-gilir dengan my uncle la untuk aku and my aunt so that we can enjoy The Super Tube. Memang so adrenaline-rush la dat Super Tube... Sape yang stress, aku cadangkan main Super Tube.... Best woo boleh menjerit sampai keluar anak tekak takde sape pun yang peduli.

Thunderbolt tu pulak, dia bukak for 15 minutes je. Start pukul 2. Aku pun tak tahu apa motif dia buat camtu. Untuk Thunderbolt, aku tak main pun. Tapi cekgu-cekgu muda SMKTDH termasuk my aunt and uncle q jugak.. Ramai gila orang q time ni... Time ni aku dah migrain dah. Panas dowh!
Makanan dia, ok la. Sedap. Tapi tak ada variasi sangat. Ceh, ada jugak nak komplen.

Lepas keluar dari The Super Tube

Esoknya, muka aku menggelupas dan kaki juga dah bertukar tone. Tapi yang paling best bila dok rumah my aunt ni, aku boleh lepas gian masak.... See.... menu hari pertama.... Asam pedas ikan bawal, daging dendeng, kerabu kacang botor dan ikan goreng.... Daging dendeng tu my aunt ikut resipi Chef Hanieliza. Best. Nanti nak masak kat rumah la... Menu wajib di request kalau aku gi rumah my aunt ni, asam pedas. Aku suka la bila orang main request-request nih... Siyes... Sebenarnya i love to cook... Sebab tu suka je orang request nak makan apa.... So, here are the result....



Hari kedua, tak ada gambar. Tapi masak tomyam campur dan ayam bakar blackpepper....
Malam last sebelum berangkat ke UPM, sempat lagi buat cucur ikan bilis. Huh, lepas gian aku nak masak....

Tapi kan, masa tengah-tengah kemas baju dalam beg, my aunt datang ke bilik. Tetiba hulurkan baju.


"Nah, ambil la... Cik Tini baru pakai sekali. Lepas basuh, mengecut. Terus tak muat."

"Baju apa pulak ni?"

"T-shirt muslimah."

Aku dalam hati... HAH???? TSHIRT MUSLIMAH???? Tetiba rasa diri ini kerdil even overweight... huhuhu... Baiklah, aku cuba.... Dan untuk tak mengecilkan hati my aunt, aku pakai baju tu masa nak balik UPM. Ok jugak la.... Selesa.... Tapi tak tau bila nak pakai.... Dah la sebelum ni pergi cafe, class or outing pakai baby tee je... Tetiba perubahan drastik, ase sedikit cuak... Tapi takpe, slow2....

No comments: