.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 18, 2010

Home Sweet Home





Hari Khamis, 14 Oktober, 9.30 malam bertolak balik ke kampung halaman bersama kanda tercinta. Walaupun penat tak hilang lagi hasil dari Kem Insaniah Perguruan, tapi hati berkobar-kobar nak jumpa umi, abah, Awisy...

Kul 4.30 pagi selamat tiba di Jerteh. Pagi tu bantai tido sampai tengahari. Ngantuk ok... Aku ni dah la jenis manusia tak reti tido dalam bas. Nak tido kat tempat yang proper aje... Ngada...

Tapi pukul 3 petang bersiap-siap untuk ke rumah mak angkat di kampung dekat dengan UMT. Rindu kat adik. Dah lama gile tak jumpa. Adik pun dah berapa kali sms mintak aku ke sana. Kul 4 bertolak ke sana. 1st time kot drive long distance camtu. Takde la jauh sangat, dua jam je kot.

Best jumpa adik. Walaupun ada cerita sedih, walaupun aku tak dapat membantu, tapi cukup la kalau dapat bagi semangat, tumpangkan bahu untuk dia menangis, pinjamkan telinga untuk mendengar... Adik, kak doakan semuanya kan baik-baik saja.... Tabahkan hati, lapangkan dada. Allah jangan lupa. Manusia-manusia pendengki takkan berhenti mendengki sampai kiamat. Kalau dah hati busuk, begitu lah mereka adanya. Dorang takkan nampak salah dorang. Dorang takkan Tapi, kalau manusia pendengki tu bukan sara makan minum kita, pedulikan!!!! Yang pendengki, tetap akan mendengki. Hati dorang busuk sampai satu dunia dapat hidu. Abaikan je. Bukan dorang yang belikan kita nasik.

Agenda esoknya, menculik Erah Syahirah ke Pantai Air Tawar menikmati Nasi Air Pak Awi yang mabeles. Siyes sedap. Partner kan pulak dengan air batu jagung. Sumpah tak menyesal kosongkan perut, skip lunch untuk nasi air.



Lepas makan, survey bridal boutiques sekitar Kg. Raja dengan Erah. Ada yang berkenan, tapi manik di baju pengantin cam manik murah je. Alah, lambat lagi. Sempat lagi survey butik lain. Lepas hantar Erah, call abang. Jumpa kejap. Masa tu dah 6.30 petang kot. Tetiba adik aku call. Suruh drop by umah tok sedara. Dah lama dia sakit.


Sampai je rumah tok sedara, nenek sedara demam, and tok sedara lak sakit tekak. So, decide nak balik dulu dengan umi, and datang balik dengan abah lepas isyak hantarkan ubat. Kesian jugak kat nenek sedara. Dah banyak kali call abah suruh datang hantar ubat, tapi abah tak datang-datang. Sebabnya, semua kereta kena kebas dengan anak-anak... Huhu.. Sekali sekala balik... Pe lagi, kan???

Lepas Isyak pergi lagi rumah tok sedara dengan umi and adik. Malam paling best bagi adik aku kot sebab tetiba dapat mandat besar. Tetiba tok sedara serahkan kereta Nissan Bluebird (betul ke tak aku eja nih???) kat adik. Dengan itu, kereta Satria adik, bakal jadi milik aku. Huhuhu... Rezeki terpijak dowh!

Malam tido dengan tenang ati. Tapi hati tak senang nak balik UPM. Tapi pagi esoknya, terpaksa juga balik ke UPM. Nasib baik ada jejaka belahan jiwa yang teman. Walaupun tetiba emo dalam bas bila aku sakit kepala tapi abang sedap2 je tido.

Kul 11 malam, selamat tido dan bersedia ke kelas pertama di semester 2. Semoga dipermudahkan jalan menuju kejayaan. InsyaAllah, niat yang baik, akan dipermudahkan Allah. Yang penting hati mesti baik!!!! Semoga di lapangkan dada, dipermudahkan perjalanan, dibersihkan hati, dicekalkan semangat. Apa yang berlaku, Allah tempat bergantung. Apa yang berlaku, kepada Allah kita mengadu.... Allah knows why....

Aku tahu, aku berblog ni pun, ramai yang tak senang hati, tak tenteram jiwa. Aku pun tak tahu kenapa... Adakah aku guna jari dorang untuk menaip? Atau guna otak dorang untuk cari idea??? Tahhhh, tak paham... Kalau rasa tak tenteram jiwa, buat blog sendiri la wei!!!!

Satu je nak tanya....

Kita selalu merancang untuk hidup sempurna, tapi pernahkah kita merancang untuk mati sempurna???

Kaki yang tak beralas, lambat laun jadi kematu. Tertusuk duri pun tak rasa pape.

Jangan hati menjadi seperti itu. Gelap dengan dosa sampai mendengar nasihat atau ceramah agama pun tak tinggalkan kesan.

Nauzubillah, minta dijauhkan Allah...

Ya Allah, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah kau berikan kami hidayah. Amin.


No comments: