.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 22, 2010

Ikan...

Sejak makan ikan talapia masak merah kat kedai makan kat Tasik SS, aku dah mula suka makan ikan. Tapi ikan tu je la. Before this, bukan aku tak suka makan ikan. Kat rumah aku suka la sebab abah and abang long aku prefer ikan than daging or ayam. Lagipun sebelum ni mindset aku cakap ikan yang dimasak secara banyak di kedai tak dibersihkan secara proper.

Ya, aku tahu, ikan baik untuk minda. Hanis Zalikha pun makan diet tinggi protein untuk menempuh exam. Sebab tu la aku cuba-cuba jugak makan ikan kat sini. Tapi setakat ni, ikan talapia je yang aku makan. Tapi masalahnya, bila makan ikan, aku membazir. Sebab ada part-part yang aku geli sikit nak kikis sampai licin.

Part mana??? Part dada kot.. Yang banyak tulang-tulang tu.. Eh, ke org panggil part apa. Macam ribs je... Hah, part tu la biasanya susah nak dibersihkan secara telus. Apatah lagi kalau dah siang ikan banyak-banyak, kan.

Tapi semenjak kenal ikan talapia ni, aku dah jatuh cinta. Ada la 2,3 kedai yang masak talapia sambal secara sedap.

Eh, pe motif aku wat entry pasal ikan ni???? Pasainya ikan tak melenting tak tentu pasal even aku dah sah2 bercerita tentang dia...

Sekarang ni, kat kolej takde air. Nasib baik malam ni my auntie yang dok Bukit Rimau tu nak datang ambil. Sekarang ni nak minum air pun takut, takut kena gi toilet. Dah la aku sempat simpan 1 baldi je air. Ni pun hadap laptop pakai kain semayang tunggu Maghrib. Takut takde air weh nak amek air semayang... Seb baik dah tak OFF DAY. Kalau tak, naya je nak mandi, membasuh bagai.... Alhamdulillah... Allah aturkan yang terbaik...

Esoknya insyaAllah, akan berpoya-poya di Desa Waterpark... Wuhuu, best mengisi masa lapang di semester dua... Minggu depan nak gi mana pulak ya???? Eh, my sayang dapat gaji hari ni, opkos la minggu depan diheretnya aku cari barang hantaran...

Patutnya malam ni My Sayang nak ajak teman dia gi uptown malam ni, tapi auntie nak datang jemput pukul 10 malam. Sorry la sayang, next time kita pergi ya...

Okey la.. Anything bout Desa Waterpark akan di update later...

Till then~

Take care dear.... Have a safe journey ya...

Salam....

No comments: