.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, October 24, 2010

Ini entry sedih dan gembira...



Sebelum aku tulis cerita gembira, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah atok saudaraku yang kupanggil Ayah yang telah meninggalkan kita pada 7.15 pagi tadi.

Al-fatihah...

Tadi, umi called pukul 7.34 pagi. Bila umi mengkhabarkan berita kematian arwah ayah, aku tak terkejut. Kerana sudah terlalu lama arwah menderita sakit. Bukan aku mengharapkan kematiannya, tapi cukuplah arwah menderita di dunia ini.

Sedih kerana tak dapat menatap wajah arwah ayah sebelum dikebumikan, kerana kalau balik pun di awal pagi tadi, aku akan sampai lebih kurang pukul 7-8 jam kemudiannya. Dan for sure arwah sudah selamat dikebumikan. Dan esok, kuliah akan bermula. Rasanya lebih baik balik di hujung minggu ini. Kerana ada 3 hari yang terluang tanpa kuliah.

InsyaAllah, di kejauhan, aku takkan lupa menitipkan sedekah Yaasin dan Fatihah kepada arwah.

Tapi tidaklah rasa terkilan sangat kerana saat-saat akhir aku di kampung sebelum kembali ke UPM memulakan semester 2, aku sempat lagi memenuhi setiap permintaan arwah untuk mengurut badannya. Biarpun tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya aku pernah berbakti kepada arwah.

Rasanya tidak wajar untuk aku mencampurkan cerita sedih dan cerita gembira saat berpoya-poya di Desa Waterpark dalam satu post. Maka, cerita tentang Desa Waterpark akan aku karang esok...

Tidak la bergembira sangat di Desa Waterpark, kerana aku tahu ada hati yang bersedih dengan kegembiraanku. Sorry... Sorry sesangat...


No comments: